The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TUNKU ABDUL RAHMAN - SHANLEY PATRICK A/L REGAN PATRICK RAJ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by moniqasaiman, 2021-09-21 10:49:02

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TUNKU ABDUL RAHMAN SHANLEY

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TUNKU ABDUL RAHMAN - SHANLEY PATRICK A/L REGAN PATRICK RAJ

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
(SEMPENA PROGRAM SEMARAK BULAN KEBANGSAAN

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

(SEMPENA PROGRAM SEMARAK BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT NEGERI JOHOR)

KAT NEGERI JOHOR)

PENDAHULUAN

Untuk menyempurnakan buku skrap digital ini,
saya dan ibu telah melayari Internet untuk
mencari maklumat.Saya amat bersyukur atas
bantuan ibu.Semasa mencari maklumat,saya
membaca sejarah tokoh penentangan kuasa
barat. Saya berasa kagum dengan kehebatan
tokoh.Tanpa tokoh yang berusaha menentang,
tiadalah Negara yang aman dan makmur seperti
hari ini.

BIODATA PELAJAR

NAMA : SHANLEY PATRICK A/L REGAN PATRICK RAJ
UMUR : 10 TAHUN
BANGSA : INDIA
DARJAH : 4 KATHIRAVAN
SEKOLAH : SJKT MASAI
DAERAH : PASIR GUDANG

BIODATA TOKOH

• Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
• Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

• Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah( Istana
Pelamin)

• Anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada
• Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24

• Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955
• Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada

tahun 1957sehingga 1970
• Pembentukan Malaysia pada tahun 1963

RASIONALISASI

PEMILIHAN TOKOH

• Beliau digelar "Bapa Kemerdekaan"
• Beliau jugalah "Bapa Malaysia"
• Hatinya baik dan terkenal dengan panggilan “Man Of Peace”
• Tokoh ini insan hebat yang melaungkan kata-kata keramat
Merdeka sebanyak 7 kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium
Merdeka. Inilah idola saya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
.Namanya megah terukir dalam lipatan sejarah Malaysia.Jasanya
sungguh besar sehingga Malaysia menjadi negara merdeka yang
berdaulat.Saya dan seluruh rakyat Malaysia terhutang budi dengan
pengorbanan beliau.

KELEBIHAN TOKOH

Meskipun berasal dari kalangan keluarga Diraja, Tunku Abdul Rahman Putra
Al- Haj lebih selesa merendah diri dan mesra dengan panggilan Awang di
kalangan rakan-rakan dan orang kampung yang mengenali beliau.
Kepimpinan dan ketokohan dalam diri Tunku terserlah ketika beliau masih
remaja lagi apabila beliau dengan tegas memprotes dasar pilihan warna kulit
sebagai syarat dalam pengambilan pelajar yang diamalkan oleh St. Catherine
College, Universiti Cambridge sehingga beliau diterima masuk ke kolej
berkenaan dan dasar yang selama ini menjadi penghalang kepada pemohon
kulit bewarna dari Asia dan Afrika tidak lagi diamalkan. Keadaan ini
memperlihatkan kematangan Tunku yang pada ketika itu baru sahaja berusia
16 tahun.

•Tunku sentiasa mendahulukan rakyat, contohnya beliau tidak suka kepada
peperangan dan menyelesaikan sesuatu isu di meja rundingan, antaranya ialah
rundingan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng di Baling,
Kedah pada 1955, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

• Kejayaan Tunku dalam memimpin negara dan memastikan Malaysia berada dalam
keadaan aman dan selamat turut dibuktikan apabila berjaya menewaskan gerakan
„Ganyang Malaysia‟ iaitu ancaman Konfrontasi yang digerakkan oleh Indonesia
pada masa itu

• Malaysia pada tahun 1960-an tergolong sebagai antara negara miskin dalam Dunia
Ketiga, bagaimanapun kegigihan Tunku dalam menaikkan hasil penanaman getah
dan perlombongan bijih dan lain-lain sumber asli negara telah menghasilkan
kemakmuran ekonomi negara

Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi berjasa kepada
rakyat Malaysia. Tetapi sumbangan beliau bukan hanya tertakluk
dalam bidang politik sahaja,beliau juga menyumbang tenaga dalam
aspek sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang kesenian dan
lain-lain. Perwatakan Tunku yang mulia ini telah menjadi satu
teladan atau „role model‟yang baik bagi semua ahli politik dan
juga pemimpin. Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh
dapati bahawa Tunku seorang yang rendah diri,bersemangat
patriotik,bersemangat kenyal, mengambil berat kebajikan rakyat
dan lain-lain.

PENUTUP

• Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada negara. Sebagai
generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan sumbangan beliau. Tanpa
perjuangan beliau, mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia
mungkin tiada dalam peta dunia. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau
telah dianugerahkan 'Outstanding Malaysian of the Year' pada tahun 1987, 'Honorary
Citizen of London', 'International Sports Award' dari United States of Sports Academy
pada tahun 1981, anugerah 'The Replica of Dhu'l Faqar' dari Al-Malik Faisal 9 pada tahun
1983, 'Doktor Kehormat Undang-undang' dari University of Oxford serta anugerah
'Ramon Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai
'Bapa
Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia‟. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 di Hospital Besar Kuala
Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jenazahnya
dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah pada 7 Disember 1990


Click to View FlipBook Version