The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elizechieng, 2021-12-30 21:24:58

JENAYAH SIBER BY KUMPULAN 3

JENAYAH SIBER BY KUMPULAN 3

JENAYAH
SIBER

By Kumpulan 3

Team 3

Aprilicia Anak Usun Amat Elize Chieng
Nelson Keripan
20DAT20F2016 20DAT20F2034
20DAT20F2012

01 Program

DIPLOMA AKAUNTANSI

02 Nama kursus

MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia

03 Nama Pensyarah
Madam Farah Hanan Binti Abu Bakar

04 Politeknik
Politeknik Mukah

No. Kandungan
1. Hasil Pembelajaran
2. Objektif
3. Pengenalan
4. Faktor-Faktor Cabaran Jenayah Siber
5. Kesan-Kesan Cabaran Jenayah Siber
6. Contoh-Contoh Jenayah Siber Yang Pernah Berlaku Di Malaysia
7. Penutup
8. Rujukan

Hasil pembelajaran kursus:

Nilai Masyarakat Malaysia membincangkan aspek
sejarah pembentukan masyarakat, nilai-nilai agama,
adat resam dan budaya masyarakat di Malaysia. Selain
itu, pelajar dapat mempelajari tanggungjawab sebagai
individu dan nilai perpaduan dalam kehidupan di
samping cabaran- cabaran dalam membentuk
masyarakat Malaysia.

Objektif

1. Berpengetahuan dan cekap dari segi teknikal dalam disiplin perakaunan selaras
dengan keperluan industri.

2. Mampu mengintegrasikan nilai, sikap, profesionalisme dan kemahiran sosial dalam
melibatkan diri dengan masyarakat dan pihak berkepentingan.

3. Mengguna pakai peranan seorang pemimpin dan ahli pasukan dan berkomunikasi
secara berkesan untuk menyediakan penyelesaian berasaskan data untuk masalah
perakaunan.

4. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu secara proaktif untuk kemajuan
kerjaya dan mengurus sumber dan maklumat secara inovatif.

PENGENALAN

Dalam era globalisasi dengan Jenayah siber tidak seperti jenayah-

kemajuan sains dan teknologi telah jenayah lain yang mempunyai bukti-bukti

mendatangkan kemudahan dan fizikal bagi memudahkan analisis mencari

kesenangan dalam melakukan urusan penjenayah. Biasanya jenayah siber

seharian mahupun urusan kerja. Namun melibatkan jenayah komersial seperti

begitu keburukan dan bahaya juga rompakan atau pemindahan wang yang

tidak dapat dielakkan. Ini berlaku banyak kepada akaun penjenayah. Jenayah

apabila ada pihak yang tidak siber merupakan jenayah komputer yang

bertanggungjawab telah baharu pada abad ini. Jenayah siber ini

menyalahgunakan kemajuan sains dan terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan

teknologi demi memenuhi kepentingan atau pengubahsuaian program atau data

diri dan keuntungan. komputer, pencurian maklumat,

penggodaman dan lain-lain.

Kemudahan siber merupakan antara Kemunculan Internet sebagai alat
komunikasi terkini menjanjikan satu wadah
kemajuan sains dan teknologi yang penyebaran maklumat yang memantapkan
ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa
terdedah kepada penyalahgunaan pihak yang dapat mengawal perjalanan maklumat
di dunia siber, berjuta-juta laman web telah
yang tidak bertanggungjawab. dihidupkan. Bermacam-macam maklumat
sama ada benar atau salah, idea, ideologi,
Penyalahgunaan inilah yang propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet.
mewujudkan satu bentuk jenayah iaitu

jenayah siber. Jenayah siber telah

menjadi penyumbang tertinggi dalam

kes-kes jenayah di negara-negara maju

seperti negara-negara Eropah, Amerika

dan Jepun.

Faktor-Faktor Cabaran Jenayah Siber

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini. Berjuta-juta laman
web yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang tidak kira sama ada
benar atau salah telah menjadi penjenayah siber ini mengendalikan internet
untuk mempengaruhi pengguna awam. Contohnya, kegiatan “Penipuan
Bungkusan” didalangi warga Afrika.

Penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada
pengguna kerana mudah, menjimatkan masa dan tenaga yang fleksibel
menyebabkan ramai pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini.
Terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan mencipta laman
web perbankan. Ia dilakukan oleh penjenayah siber dengan menggunakan
taktik phishing antaranya menghasilkan laman web palsu yang menyerupai
laman web perbankan sebenar.Pengguna yang tertipu akan memasukkan
kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh
penjenayah siber.

Faktor-Faktor Cabaran Jenayah Siber

Sikap manusia yang sukar dikawal. Penjenayah akan menyerang sistem
disebabkan perasaan suka-suka ataupun ingin menggunakan ilmu yang baru
mereka pelajari. Antaranya perbuatan ialah mereka cipta program-program
pemusnah atau virus komputer untuk tujuan memusnahkan pangkalan data
pihak lain.

Masyarakat yang kekurangan pengetahuan dalam pengendalian
komputer. Kebanyakkan penjenayah siber ini adalah orang golongan
berpengetahuan ataupun professional dalam pengendalian komputer. Orang
ramai sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini kerana mereka
tidak mengetahui cara-cara untuk mengelak diri daripada ancaman jenayah
siber.

Kesan-Kesan Cabaran Jenayah Siber

Orang ramai akan kurang keyakinan terhadap urusan secara atas talian kerana mereka berasa bimbang
dengan privasi mereka yang akan dicerobohi melalui jenayah siber.

Kesan jenayah siber yang pernah berlaku di negara kita adalah kita akan mengalami ancaman
keselamatan daripada pencuri maklumat. Pada masa kini, semua maklumat diri hendaklah diisi melalui atas
talian. Contohnya, sistem ICT kerajaan iaitu e-kerajaan, e-kesihatan dan sebagainya. Jika sistem ICT tersebut
tidak mempunyai keselamatan yang kukuh, maka penggodam dapat menggodam maklumat mangsa dan
menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan yang tidak bagus seperti untuk pemalsuan data dan
penjualan data.

Selain itu, kita juga akan mengalami tekanan perasaan. Mangsa jenayah siber mengalami tekanan perasan
seperti marah, malu dan trauma. Hal ini kerana jenayah siber termasuk memalukan orang lain dari segi paras
rupa atau tubuh badan di atas talian. Hal ini boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, majikan dan
sebagainya kerana mangsa akan kemurungan sehingga tidak bergaul dengan orang lain. Mangsa mungkin
mengambil jalan singkat dengan membunuh diri disebabkan malu. Mangsa berasa diperbodohkan oleh
pemangsa dan sanggup membuat apa sahaja. Hal ini menjurus kepada tekanan perasaan dan depresi.

Tambahan pula, kita bakal kerugian kewangan. Ini adalah salah satu kesan terbesar daripada jenayah
siber terhadap syarikat iaitu kerugian hasil. Perkara ini boleh berlaku apabila maklumat sulit kewangan
syarikat dibocorkan atau dicuri dan digunakan oleh pihak luar untuk mengeluarkan dana daripada akaun
syarikat secara haram. Hal ini juga boleh berlaku kepada peniaga yang laman e-dagangnya telah terjejas
akibat daripada jenayah siber ini dan menyebabkan kerugian pendapatan kerana pengguna tidak boleh
mengakses laman web itu.

Langkah-Langkah mengatasi cabaran siber

1. Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan

Langkah ini untuk menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan
ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media
cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai
pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber
untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu
supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila
menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masingmasing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan
madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan
penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar
ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang
serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber.

2. Mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber

Langkah ini adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu
menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan
dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan
seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-
undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan
kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan
melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas.
Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah
siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang
atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber
dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur
asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan.

3. Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber

Hal ini kerana kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada
setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar
sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi
pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu
pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau
pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita
memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanakkanak dan golongan remaja. Hal ini kerana
mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata
peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan,
pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan
seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan
siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah.

4. Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber

Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak
kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah
siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber
dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar
teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber.
Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan
kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap
penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario
ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan
apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh
tetapi jikasebliknya hanya kerugian akan kita dapat.

Contoh Cabaran Jenayah Siber yang pernah berlaku di Malaysia

1. Hacking atau penggodaman

Ini merupakan suatu tindakan mengakses sesebuah komputer tanpa mendapat sebarang kebenaran atau
izin daripada pihak bertanggungjawab yang ditugaskan mahupun kebenaran daripada pemilik sesebuah
komputer. Penggodaman kebiasaannya dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi berkenaan dengan ilmu pengaturcaraan komputer yang membolehkan mereka
untuk melakukan penggodaman dengan mencari di manakah titik kelemahan sesebuah komputer mahupun
perisian yang membolehkan baginya untuk menceroboh sistem keselamatan serta mengakses sistem
tersebut. Apabila seseorang penggodam (hackers) berjaya menceroboh mahupun melumpuhkan sesebuah
sistem komputer, kebiasaannya mereka akan menyalin maklumatmaklumat sulit dan penting, memadam
atau mengubahsuai mana-mana kandungan maklumat atau sistem program yang tersimpan di dalam
sesebuah komputer mahupun yang lebih parah lagi apabila mereka mencuri wang atau membuat pesanan
barang melalui sistem komputer yang dicerobohi dan barang tersebut dihantar kepada mereka sendiri.
Kesan yang buruk jelas kelihatan daripada penggodaman ini apabila ia menyebabkan kerugian besar dari
segi kewangan dan kehilangan harta benda yang besar yang terpaksa ditanggung oleh mangsa apabila
penggodaman tersebut turut melibatkan pengalihan wang atau harta benda dari sesebuah institusi
kewangan atau perbankan elektronik mahupun pasar dalam talian (online shop).Namun, tidak semua
penggodam melakukan penggodaman dengan niat untuk mencuri wang, terdapat juga segelintir
penggodam yang melakukan penggodaman hanya kerana ingin menguji “kehandalan” mereka dalam
menembusi sistem keselamatan sesebuah komputer mahupun perisian tanpa mencuri sebarang maklumat
mahupun wang.

2. Pemindahan wang secara haram

Pemindahan wang secara haram adalah pengalihan wang daripada sesebuah akaun simpanan
individu atau sesebuah organisasi ke dalam akaun bank pihak lain mahupun diri individu yang
melakukan tindakan tersebut. Jenayah ini lebih bersifat kepada jenayah pecah amanah dan
penyalahgunaan kuasa yang diberikan kepada seseorang individu yang telah diamanahkan untuk
menjaga harta atau kerahsiaan yang sepatutnya. Antara kes terawal yang berlaku di dalam negara ini
yang pernah dilaporkan adalah apabila seorang lepasan institusi pengajian tinggi tempatan yang
bernama Aman Syah telah berjaya memperoleh jutaan ringgit dengan hanya melakukan pemindahan
dividen bagi setiap pemegang akaun salah sebuah bank ke dalam akaun dirinya dan dia mampu
menikmati kehidupan yang mewah hasil daripada kegiatan jenayah yang dilakukannya. Pemindahan
wang secara haram ini bermaksud berlakunya pemindahan wang oleh orang yang tidak mempunyai
kebenaran atau kuasa untuk mengakses ke dalam akaun milik perseorangan mahupun individu dan
memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun dirinya mahupun akaun individu yang lain dengan niat
untuk memiliki wang tersebut. Pemindahan wang secara haram ini sering berlaku kepada pengguna-
pengguna sistem perbankan elektronik dan ia berlaku sama ada berlakunya pencerobohan ke atas
akaun mereka atau berlakunya pecah amanah atau khianat yang dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab.

3. Phishing

Phishing merupakan suatu cubaan bersifat jenayah yang melibatkan penipuan bagi
mendapatkan maklumat-maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan butiran kad
krdit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai bagi tujuan aktiviti jenayah.
Phishing kebiasaannya dilakukan melalui aplikasi seperti email, dengan menghantar email palsu
yang hampir menyerupai daripada organisasiorganisasi perbankan elektronik yang sah secara
rawak kepada mangsa dengan menyamar sebagai wakil sah daripada pihak perbankan elektronik
melalui penghantaran notis yang meminta mangsa untuk mengisi butiran diri yang bersifat sensitif
dan sulit seperti nombor akaun pemilik, nama pengguna mahupun kata laluan di bagi tujuan
pengemaskinian akaun mahupun penyelenggaraan laman web pihak bank institusi kewangan
terbabit. Kebiasaannya bersama-sama email mahupun notis elektronik yang diberi, penjenayah
siber akan memberikan sebuah hyperlink(pautan) yang akan membawa mangsa kepada laman web
palsu yang direka khas seolah-olah laman web perbankan elektronik dalam talian yang sah tanpa
disedari oleh mangsa dan akhirnya berlaku kecurian identiti (identity theft) yang akhirnya
menyebabkan pelbagai masalah bakal berlaku terhadap mangsa seperti kerugian besar dalam
bentuk kewangan, kecurian identiti mahupun halangan dalam melakukan capaian (akses) kepada
akaun email atau perbankan elektronik mereka.

4. Penipuan siber (Internet Fraud)

Penipuan siber merujuk kepada penipuan yang berlaku dengan menggunakan instrumen komputer
mahupun menjadikan laman siber dalam menjalankan aktiviti jenayah penipuan yang tidak menggunakan
komputer. Seiring dengan kemajuan internet, pelbagai urusan perniagaan dan perdagangan mula
beroperasi dengan kemunculan pelbagai laman-laman jualan atas talian serta pasar elektronik sama ada di
laman web mahupun laman media sosial seperti Facebook. Pelbagai barangan diperdagangkan sama ada
yang melibatkan nilai yang rendah sehingga yang melibatkan jutaan ringgit dan urusan perdagangan
dijalankan sama ada pembeli melakukan pembayaran penuh mahupun membayar deposit kepada penjual
dan setelah itu pesanan mereka akan diproses dan dihantar mahupun dengan cara cash on delivery.
Namun begitu tidak semua urus niaga secara dalam talian dilakukan dengan jujur kerana terdapat banyak
kes berkenaan penipuan dalam perdagangan dalam talian yang dilaporkan yang melibatkan kerugian yang
amat besar. Kebanyakan mangsa melaporkan bahawa mereka ditipu oleh penjual sama ada barangan yang
dipesan mereka tidak sampai mahupun mereka menerima barangan yang tidak sama seperti yang dipesan
oleh mereka dan penjual gagal dihubungi dan terus lesap bersama wang mereka dan kebanyakan penipuan
dilaporkan berlaku menerusi jualan di laman media sosial. Pernah dilaporkan di mana terdapat seorang
pembeli yang ditipu oleh penjual ketika melakukan pembelian tiga telefon bimbit secara dalam talian yang
mengalami kerugian RM3,250 apabila hanya menerima lesung batu yang dikirim oleh penjual. Penipuan
siber kebiasaannya melibatkan transaksi wang serta urusan jual beli barangan serta produk yang dijual dan
kadangkala ia amat sulit untuk dikesan kerana penjenayah sering memberikan maklumat palsu mengenai
butiran diri mereka serta nombor akaun orang lain dalam menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Penutup

Tindakan yang terbaik ialah setiap individu
memainkan peranan masing-masing dalam
lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Pihak
pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah
menangani risiko ancaman siber dari perspektif
yang menyeluruh sera mengeluarkan polisi-polisi
yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja
syarikat.Maasyarakat juga perlu cakna terhadap
segala inisiatif yang akan memastikan keselamatan
siberdiaplikasikan di setiap sudut penggunaan
teknologiharian kita. Elakkan sikap apati dan tidak
peduli apabilaseseorang individu menegur atau
menasihati kita akan kesalahan yang kita lakukan.

Rujukan

-https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
-https://www.scribd.com/document/177745530/Faktor-jenayah-siber
-https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html
-http://eprints.um.edu.my/13068/1/37.pdf
-https://www.facebook.com/103637221273072/posts/kesan-jenayah-siber1kerugian-
kewangansalah-satu-kesan-terbesar-daripada-jenayah-/103726574597470/
-https://www.scribd.com/document/479466212/punca-dan-kesan-jenayah-siber

Thank You


Click to View FlipBook Version