INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
___________________________________________________________________
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3053)
___________________________________________________________________
PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1 TAHUN 2
NAMA PELAJAR NUR AFIFAH BINTI MUSKANAN
ANGKA GILIRAN 2021192340152
NOMBOR KAD PENGENALAN 020424020266
KUMPULAN/UNIT G8
KOD/NAMA KURSUS
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN
TAJUK TUGASAN DAN PEMBELAJARAN (EDUP3053)
NAMA PENSYARAH
EPORTFOLIO
TARIKH HANTAR DR NURULRABIHAH BT MAT NOH
24 SEPTEMBER 2022
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah
SWT, kerana di atas limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Dr Nurulrabihah bt Mat Noh atas kesabaran, sokongan, nasihat dan
bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan
tugasan ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah
banyak mengajar saya untuk menjadi seorang penyelidik dan pendidik yang baik.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan
yang sentiasa membantu dan memberi peringatan kepada saya dalam menjayakan
setiap perkara yang saya lakukan. Mereka membantu saya menjawab setiap
pertanyaan dan persoalan yang telah saya ajukan kepada mereka dengan hati yang
tulus. Semoga Allah SWT mengurniakan nikmat yang berlipat ganda untuk mereka
yang telah membantu saya.
Ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang saya hormati, yang
sentiasa memberi kasih sayang, dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup yang
amat saya perlukan. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan amat
saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini.
Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam
menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.0 Learning Designer
3.0 Rancangan Pengajaran Harian
4.0 Model Reka Bentuk Pengajaran
4.1 Analisis pelajar
4.2 Menyatakan objektif
4.3 Memilih kaedah, media dan bahan
4.4 Gunakan media atau bahan
4.5 Tindak balas pelajar
4.6 Menilai dan menyemak
5.0 Laporan Perancangan Dan Pelaksanaan
6.0 Penghasilan Unit Pembelajaran Digital (DLO)
1.0 PENGENALAN
Menurut Heinic, Molenda, Russell dan Smalnido (2012), reka bentuk pengajaran
merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh perancang bagi membina dan
merancang segala aspek pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sebelum
masuk mengajar di dalam kelas. Oleh itu, jelaslah bahawa reka bentuk pengajaran
merupakan perkara yang perlu dititikberatkan demi menghasilkan pengajaran dan
bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Bahan pengajaran yang dibina
mestilah dinilai, diguna dan diurus dengan baik supaya dapat meningkatkan prestasi
pelajar serta dapat memudahkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, eportfolio ini berperanan untuk menjelaskan proses perancangan
dan pelaksanaan yang dilakukan sepanjang melaksanakan projek bagi kursus
Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran (EDUP3053).
2.0 LEARNING DESIGNER
Pautan Learning Designer:
Pendidikan Islam Bidang Ibadah (Tahun 4) · Learning Designer (ucl.ac.uk)
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN:
Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Islam Tahun 4
1. Mata pelajaran Pendidikan Islam
2. Kelas 4 Anggerik
3. Tarikh / Masa 27 September 2022 / 30 Safar / Selasa
4. Masa 10.45 – 11.45 pagi (60 minit)
5. Bilangan murid 20 orang (lelaki: 7, perempuan: 13)
6. Tajuk Bulan Penyucian Jiwa
7. Pengetahuan sedia Pelajar pernah berpuasa Ramadan pada tahun lepas.
ada
8. Standard Kandungan 4.3 Merumus konsep puasa Ramadan dan
menghayatinya secara beradab dan istiqamah
9. Standard 4.3.4 Menghuraikan sunat-sunat puasa Ramadan
pembelajaran 4.3.5 Menganalisis perkara-perkara yang membatalkan
puasa Ramadan
4.3.6 Merumus kepentingan puasa Ramadan
melaksanakan ibadah puasa Ramadan secara beradab
dan istiqamah.
10. Objektif Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid
pembelajaran dapat:
1. Menerangkan dengan terperinci sunat-sunat puasa
Ramadan dengan betul,
2. Membezakan perkara-perkara yang membatalkan
puasa dengan tepat
3. Menghubungkaitkan kepentingan puasa Ramadan
dan melaksanakan ibadah puasa Ramadan secara
beradab dan istiqamah.
11. Kemahiran berfikir Membanding beza, menghubungkait
12. Gabungjalin Akidah
13. Penyerapan Sains, matematik
14. Penerapan nilai Kerjasama, patuh,
15. Amalan pedagogi Pembelajaran koperatif
masa kini
16. Kemahiran insaniah Kemahiran sosial: kerja berpasukan
17. EMK Nilai murni: Patuh pada arahan guru
Kreativit: Berkeupayaan memimpin
18. Penilaian TMK: Pembelajaran menggunakan aplikasi You Tube,
pengajaran dan Picker Wheel, jamboard, Google Docs, Google Slides
pembelajaran Soal jawab, sumbang saran, permainan
19. Bahan/alat bantu
mengajar Gambar, audio, video, aplikasi You Tube, Picker Wheel,
jamboard, Google Docs, Google Slides.
Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan
Mukadimah - Bacaan doa - Seorang murid Nilai:
(3 minit) diminta oleh guru -Khusyuk
mengetuai doa. -Tawakal
-Adab berdoa
- Murid-murid yang
lain diminta
mengikut bacaan
doa bersama-sama.
Set induksi - Guru meminta murid - Guru memberikan Kaedah:
(5 minit) meneka perlakuan
gambar-gambar yang gambar-gambar Soal jawab
diberikan.
yang berkaitan
dengan amalan- BBM:
amalan yang Gambar
dilakukan ketika
berpuasa.
Langkah 1 - Murid diminta Kaedah:
(12 minit) - Sunat-sunat puasa menerangkan Penerangan, soal
gambar-gambar jawab
yang dilihat dan
berkongsi hasil
dapatan pada
pautan jamboard.
- Guru
menayangkan video
puasa-puasa sunat
kepada pelajar.
- Murid mendengar BBM:
penerangan Video
daripada guru.
- Apakah maksud sunat? - Guru dan murid Nilai:
berbincang dan Bersungguh-
sungguh
bersoal jawab
berkenaan video
yang ditayangkan.
- Murid-murid
diminta berkongsi
hasil dapatan
berkenaan video
sunat-sunat puasa
Ramadan pada
pautan jamboard.
Langkah 2 - Audio podcast tentang - Guru memberikan
(15 minit) satu perkara yang podcast kepada Kaedah:
Perbincangan
membatalkan puasa. murid dan murid
perlu mendengar BBM:
dengan teliti. Audio
- Murid dibahagikan EMK:
- Senarai nama mengikut kepada 7 kumpulan. Keusahawanan
(Murid
kumpulan: Murid diminta bekerjasama dan
berbincang untuk
mengenalpasti mempunyai daya
perkara-perkara saing untuk
yang membatalkan menghasilkan
Satu contoh tentang puasa selain contoh kerja
perkara yang yang terdapat dalam berkumpulan)
membatalkan puasa audio podcast.
telah diberikan melalui Nilai:
audio, murid perlu - Murid perlu Kerjasama
mencari contoh yang lain mencari maklumat di
melalui You Tube. aplikasi You Tube
dan mengumpulkan
maklumat bersama-
sama ahli kumpulan
yang telah
ditetapkan.
- Murid diminta
untuk menyatakan
perkara yang
membatalkan puasa
dalam pautan
Google Docs yang
diberikan.
Langkah 3 - Lagu kepentingan - Guru Kaedah:
(20 minit) berpuasa Ramadan memperdengarkan
lagu kepentingan Nyanyian
puasa Ramadan.
Murid menyanyikan BBM:
lagu kepentingan - Video
puasa Ramadan. - Templat
- Isikan templat Diari - Guru memberikan Nilai:
Ramadan satu template Diari - Bersungguh-
Ramadanku. Murid sungguh
mengisi dan - Jati diri
menceritakan
pengalaman
semasa berpuasa
Ramadan.
- Murid perlu
menghasilkan satu
video. Video yang
dihasilkan boleh
dipilih sama ada
perkara-perkara
sunat atau perkara
yang membatalkan
puasa atau
kepentingan puasa
Ramadan
- Kemudian, murid
perlu memuat naik
hasil kerja di aplikasi
You Tube untuk
menjadi tontonan
umum.
Penutup Tentukan jawapan yang Kognitif:
(5 minit) betul melalui permainan Guru meminta murid Nilai:
pagar sesat (word wall). membuat rumusan Bertanggungjawab
tentang tajuk yang
dipelajari melalui
permainan wordwall.
Sosial:
Guru menasihati
murid untuk terus
semangat berpuasa
hingga kerana
puasa adalah
kewajipan kepada
umat Islam.
4.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
Bagi menghasilkan pengajaran yang bermakna dan berkesan, saya telah memilih
model Assure. Model Assure merupakan model reka bentuk pengajaran yang
menumpukan kepada pembelajaran dan elemen yang terdapat di bilik darjah seperti
guru, pelajar, kurikulum dan kemudahan. Terdapat enam langkah utama dalam model
Assure.
MODEL ASSURE
4.1 Analisis Pelajar:
Sasaran murid yang difokuskan ialah murid dari kelas 4 Dinamik sebagai pengguna
laman Google Sites tersebut. Kelas ini tediri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12
orang perempuan. Pengetahuan sedia ada pelajar ialah pelajar pernah berpuasa dan
mengetahui niat berpuasa Ramadan.
4.2 Menyatakan objektif:
Terdapat tiga objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Selepas proses pengajaran
dan pembelajaran murid dapat menghuraikan sunat-sunat puasa Ramadan dengan
betul, menilai dan membezakan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan
tepat serta merumus kepentingan puasa Ramadan dan melaksanakan ibadah puasa
Ramadan secara beradab dan istiqamah.
4.3 Memilih kaedah, media dan bahan:
Pendekatan: Pendekatan tematik, inkuiri penemuan
Kaedah: Penerangan, soal jawab, nyanyian
Strategi: Berpusatkan bahan, murid
Media dan bahan: Gambar, audio, video, Google Docs, Jamboard, Google Slides
4.4 Gunakan media atau bahan
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Penggunaan video animasi
digunakan bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Permainan wordwall pula
digunakan di akhir pembelajaran bagi menilai kefahaman pelajar.
4.5 Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Pembelajaran yang melibatkan pelajar yang berfikir secara aktif akan menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal. Penyediaan media dan bahan sumber yang
sesuai digunakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran ini ialah adalah seperti
gambar dan video yang akan dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan,
dapat menjana idea dan juga aktiviti bagi menyelesaikan masalah.
4.6 Menilai dan menyemak
Penilaian semula bahan dilaksanakan oleh guru selepas tamat PdP. Guru boleh
menyemak kefahaman pelajar dan pencapaian pelajar melalui keputusan permainan
wordwall di akhir pembelajaran. Murid dapat melaksanakan pembelajaran dengan
rasa seronok dan terhibur.
Kesimpulan
Model Assure dipilih kerana mempunyai elemen-elemen penting yang boleh dijadikan
sebagai panduan untuk merancang pengajaran dengan lebih baik supaya matlamat
pengajaran pada hari tersubut dapat tercapai. Model Assure juga dipilih kerana ia
menitikberatkan aspek penilaian sepanjang sesi PdP berlangsung.
5.0 LAPORAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN BAHAN
6.0 PENGHASILAN UNIT PEMBELAJARAN DIGITAL (DLO)
Pautan DLO:
https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/dlopendidikanislam/home