The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FKIK3013 TUGASAN 1 PENULISAN LAPORAN NUR FARHANA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESL 0619 Nur Farhana Binti A.Razak, 2023-07-16 16:23:27

FKIK3013 TUGASAN 1 PENULISAN LAPORAN NUR FARHANA

FKIK3013 TUGASAN 1 PENULISAN LAPORAN NUR FARHANA

Keywords: PERKAHWINAN WARGANEGARA LUAR NEGARA ISLAM

FKIK3013 Tugasan 1 - Penulisan Laporan Prosedur Perkahwinan Di Luar Malaysia Bagi Warganegara Malaysia Beragama Islam Disediakan oleh - Nur Farhana binti A.Razak [2020112350302] Pensyarah - Dr. Wan Azlan bin Wan Adnan


Pendahuluan 01


● Pada umumnya, perkahwinan, perceraian dan ruju’ di luar negara hendaklah berdasarkan Hukum Syarak dan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri atau undang-undang yang berkuat kuasa di negara berkenaan. ● Bagi memudahkan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ di luar negara, Kerajaan Malaysia telah melantik Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul di beberapa buah negara. ● Bagi Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul di luar negara yang tidak mempunyai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’, rakyat Malaysia dibenarkan mendaftarkan perkahwinan, perceraian dan ruju’ di Badan-Badan Agama, Majlis Agama Islam atau Pusat Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa negara berkenaan.


Perkahwinan Di Luar Negara 02


Berdasarkan peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia perkahwinan di luar negara boleh dibuat di : Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia yang mempunyai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia. Badan-badan Agama, Majlis Agama Islam atau Pusat Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa negara berkenaan.


Akad nikah Di Luar Negara 03


Akad nikah di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul boleh dilakukan oleh : Wali perempuan di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk yang dilantik di luar negara (jika ada) ; atau Wakil Wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk yang dilantik di luar negara (jika ada) ; atau Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk yang dilantik di luar negara (jika ada) Jika perkahwinan tersebut melibatkan seorang perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, perkahwinan tersebut hendaklah diakadnikahkan oleh Wali Raja/Wali Hakim.


Pendaftaran Perkahwinan 04


● Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ hendaklah mendaftarkan semua perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara apabila permohonan pendaftaran dikemukakan oleh pemohon. ● Bagi pasangan yang berkahwin di Badan-Badan Agama, Majlis Agama Islam atau Pusat Islam yang diiktiraf di luar negara dan tidak mendaftarkan perkahwinan tersebut di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul, hendaklah mendapatkan surat nikah, sijil nik ah atau apa-apa kenyataan yang membawa maksud pernikahan yang dikeluarkan oleh Badan-badan Agama, Majlis Agama Islam atau Pusat Islam di luar negara bagi tujuan pendaftaran perkahwinan di Malaysia. ● Setelah kembali ke Malaysia, pasangan tersebut hendaklah membuat permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara di Jabatan Agama Islam Negeri yang berkaitan dalam tempoh masa enam (6) bulan setelah kembali ke Malaysia.


Penyediaan Dokumen Berkaitan 05


Senarai Dokumen Yang Diperlukan ● Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri dan pasangan ● Sijil atau kenyataan memeluk Islam (jika berkaitan) ● Passport pemohon dan pasangan ● Sijil certified copy of an Entry of Marriage (jika berkaitan) ● Sijil Bebas Status Perkahwinan (Certificate of No Impediment to Marriage) (jika berkaitan) ● Surat wakalah wali sekiranya wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan ● Surat perakuan cerai/surat kematian pasangan terdahulu (jika berkaitan) ● Sijil Kursus Pra-Perkahwinan (bagi sesetengah negara) ● Keputusan Ujian HIV (bagi sesetengah negara) ● 3 keping gambar terkini pemohon dan pasangan ● Apa-apa dokumen berkaitan pernikahan yang diperakui oleh pihak berkuasa agama negara berkenaan. Bawa dokumen asal dan sekurang-kurangnya 4 salinan dokumen berikut


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon and infographics & images by Freepik Sekian, Terima Kasih. Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version