The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashraafiphone6s, 2023-02-08 05:02:47

GF Majlis Tahlil Doa Selamat

GF Majlis Tahlil Doa Selamat

K H A M I S 1 8 1 4 4 4 9 F EBRUARI 2 0 2 3 1 2P M - 1P M SURAU W IS M A FGV REJAB FGV GROUP FINANCE FGV CAPITAL FGV SSC MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT


Nama Petugas Allahyarham/Allahyarhamah Dato' Mohd Hairul Abdul Hamid Abdul Hamid bin Mat Karim Aminah bt Mohamed Amin Hajjah Aznur Kama Azmir Hj Azmir bin Alang Kamarudin Hjh Norsiah binti Mohd Nor Norhayati Muhamad Kasim Hj Alang Kamarudin bin Mat Saman Hjh Sanah bt Abdullah Sani Hj Ishak bin Arshad Hjh Che'Ni binti Rani Hj Md Nor Uda Rafar Hjh Aniah binti Md Rashid Anuar Putra bin Ruzmant Ab Aziz Ismail Pauziah bt Abdullah Ismail bin Ali Mohd Izam Pariz Mohd Irza Pairuz Bin Zamri Zainurul Irma Binti Zamri


Nama Petugas Allahyarham/Allahyarhamah Haji Shahril Ibrahim Hjh Zariah Binti Ab Kadir Hjh Rahilah Binti Ab Kadir Zahidi Bin Kadir Hj Haron Bin Sonot Hjh Kalsom Binti Yaacob Haji Ab Kadir Bin Yusof Hjh Rahah Binti Md Rasif Rohana Binti Hj Haron Murni Binti Hj Haron Hisham Binti Hj Haron Hajjah Rahayu Alias Alias bin Hasan Mariam binti Yan Abd Rahman Rahmah binti Jan Zabedah binti Abd Rahman Zainab binti Kolang Haslinda Abdul Rahim Abdul Rahim bin Abbas Hisham Bakar Taha Bin Marjan Hajjah Sri Anita Mashat Salamah Bt Kasam Mat Som Bin Sufian


Nama Petugas Allahyarham/Allahyarhamah Hanida Rohhani Mohd Hamdan Bin Mohd Sahid Ahmad Bin Marwi Muhamad Ashraaf Mohd Asri Mohd Asri Bin Kurish Aina Najwa Syahira Ahmad Fisal Ahmad Fisal Bin Daud Fatin Umi Fahmeeda Riduwan Riduwan Bin Hambali Hambali Bin Ismail Surif Bin Saleh Salwah Binti Basirun Siti Athiyyah Shafiyyah Kamsol Kamsol Bin Ahmad Nurul Sofia Mat Shukri Mat Isa bin Saad Gayah binti Abdullah Yusof bin Jaafar Ku Daharah binti Ku Ishak Farah Nabilah Rosnee Che Tom binti Talib Nurdiyanah Khalid Khalijah Mohd Taib Mohamed Mat isa Kamariah Samsuddin Muhammad b Sulaiman Mohamed Zabri bin Abd Hamid


Nama Petugas Allahyarham/Allahyarhamah Wan Nur Syahirah Wan Zaizin Daud bin Awang Besar Wan Zainab binti Wan Ismail Muhammad Nazmi Bin Mahrof Mahrof Bin Musa Safari Bin Jamil Norliza Binti Abdullah Intan Nurul Asyiqeen Binti Mohd Safari Noor Shakinah Mohd Sapian Zuraidah Bt Zainuddin Ramlah bt Saleh Melati Hani Che wa Binti Abd Wahab Abu Bakar Bin Omar Abd Manaf Bin Hj Shaari Che mah Binti Abdullah Zainun Binti Abd Manaf Norakmal Rosli Bin Mahamad Alham Aini Izzati Zulkefli bin nordin Amir Muzami Abdul Latip Abdul Wahab Salma Jusoh Zainun binti hassan


Nama Petugas Allahyarham/Allahyarhamah Nik Hafizah Nik Ahmad Nik Ahmad Bin Nik Salleh Hanifah Bin Ahmad Nik Hazirah Bt Nik Ahmad Nik Mohd Rashidi Bin Nik Ahmad Muhammad Hazmin Md Sokor Bin Mokhtar Edi Nurita Bin Abbas Nurul Aini Baharudin Sapiah Binti Mahat Hariz Naufal bin Hassan Hariz Nasrullah bin Hassan Razali Abu Talib Abu Talib bin Mat Nor Norziah Said Hj Said bin Hj Yunus Hj Nordin bin Hj Abdullah Mohd Shahairi Abu Bakar Salamah bt Hassan Mv Mohamed Koya Fatimah Mohamad Mahmood Dahaman Nurul Athirah Kamarunzaman Razeman bin Mohd Zain Mokhtar bin Hj Wahid Nor Fahayu Mohd Marzuki bin Ahmad Zaimi bin Ahmad


Nama Petugas Allahyarham/Allahyarhamah Siti Azrina Abdul Razak Hj Mohd Yasin bin Hj Ismail Hj Jeliah bt Ibrahim Hj Abdul Karim bin Ahmad Suzana Kamarulkhizan Fauziah bt Idris Ruzana Suhaimi Iyam binti Salimon Osman bin Saari Nur Ilyana Aimi Hj Jab bin Yaacob Hjh Chah bt Hj Wahab Norhidayah binti Hj Adam Basri bin Hj Jab Zummi Khairiah binti Othman Mohammad Hafizzul Harin Hj Abdullah bin Hj Abdul Rahman Hj Kasran bin Hj Wahab Hjh Zaharah binti Hj Zain Hj Borhan bin Hj Zain Radin Asiah binti Othman Fatimah Farhana Sahak Omar Maimunah Petugas yang turut terlibat Faizah Azizan @ Harun Nurul Hana'aliah Maliza Abdul Malik Farhana Mohd Fauzi Syafiq ‘Aizat Abdul Wahab


"Ya Allahu Ya Ghaf ar, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa zuriat kami, dosa saudarasaudara kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa guru-guru kami, dosa pemimpin-pemimpin kami serta dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." آِمْين َيا َرَّب الَعاَلِمْيَن ASHRAAF ASRI Edted by : FATIN UMI FAHMEEDA


Tahlil Arwah TAHLIL ARWAH


Tahlil Arwah Kehadrat penghulu kami, kekasih kami dan penolong kami nabi Muhammad S.A.W. dan kepada semua roh ibubapa, para sahabat dari kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul, rahmat Allah ke atas Nabi Muhammad dan mereka semuanya dan ke atas keluarga setiap sahabat dan sanak saudara dan pengikut-pengikut semuanya beroleh kebaikan hingga hari akhirat. Kepada roh ibubapa kami, guru-guru kami dan orang yang mempunyai hak ke atas diri kami sekalian. - 70 - Al-Fatihah


Tahlil Arwah Al-Ikhlas (1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, (2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (3) Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Al-Fatihah (1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani , (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat ( 3 ) - 71 -


Tahlil Arwah An-Nas (1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia. (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar - 72 - Al-Falaq (1) Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan, (3) Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. (4) Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar


Tahlil Arwah Al-Baqarah : 1-5 (1) Alif Lam Mim (hanya Tuhan mengetahui maksudnya) (2) Kitab al-Quran ini tiada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (3) Iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. (4) Dan mereka yang beriman kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang terdahulu sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. (5) Mereka itu yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung. Al-Fatihah (1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. - 73 -


Tahlil Arwah Al-Baqarah: 163 (163) Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; Tiada tuhan melainkan Dia Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang; Al-Baqarah: 255 (Ayat Kursi) (255) Allah, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus menguasai (makhlukNya) tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya segala yang di langit dan bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat melainkan dengan keizinanNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka; dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan dengan apa yang dikehendakiNya. Kursi (ilmu) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. Al-Baqarah: 284 (284) Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya, dan Allah menyiksa siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. - 74 -


Tahlil Arwah Al-Baqarah: 285 (285) Rasul telah beriman kepada al-Quran diturunkan kepadanya dari TuhanNya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seseorang pun dengan yang lain dari rasul-rasulNya, dan mereka mengatakan: Kami dengar dan kami taat. Mereka berdoa: Ampunilah kami ya Tuhan kami Dan kepada Mu kami dikembalikan. Al-Baqarah: 286 (286) Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang dilakukannya dan ia mendapat dosa (dari kejahatan) yang dilakukannya. Mereka berdoa: Ya Tuhan Kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berikan kami kemaafan, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ( 3 ) - 75 -


Tahlil Arwah Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, kasihanilah kami. Rahmat Allah dan keberkatanNya ke atas kamu, ahli keluarga Rasulullah. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Wahai ahlil bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucap selawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman ucapkan selawat dan salam yang selayaknye ke atas baginda Ya Allah, kami pohon setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhlukMu iaitu kekasih Allah, penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya akan beberapa maklumat dan kalimat, apabila para pengingat menyebutMu, dan pelupa-pelupa pula melupaiMu. ( 3 ) - 76 -


Tahlil Arwah Ya Allah, kami pohon setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhlukMu iaitu bulan purnama, penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya akan beberapa maklumat dan kalimat, apabila para pengingat menyebutMu, dan pelupa-pelupa pula melupaiMu . Dan Allah Taala meredhai pemimpinpemimpin kami dan sahabat-sahabat rasul semuanya. Dan cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan tidak ada upaya melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Ya Allah, kami pohon setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas makhlukMu iaitu cahaya pagi, penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya akan beberapa maklumat dan kalimat, apabila para pengingat menyebutMu, dan pelupa-pelupa pula melupaiMu. - 77 -


Tahlil Arwah Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Besar KekuasaanNya. Sebaik-baik zikir maka ketahuilah sesungguhnya ia adalah : Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah (Yang hidup, Yang kekal) Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah (Yang hidup, Yang sebenar-benar wujud) Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah (Yang hidup, Yang dihajati) Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu kekasih Allah. Ya Allah aku pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w Ya Allah aku pohon selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Tuhan selawat dan salam ke atasnya. ( 2 ) 3 Al-Fatihah ( ) ( ) ( 100 70 33 ) ( ) - 78 -


Tahlil Arwah Doa Tahlil Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya. Wahai Tuhan kami, kepadaMu tertumpu segala pujian sebagaimana layak bagi kebesaran pemerintahanMu. Ya Allah, kami pohonkan selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sebagai selawat yang melepaskan diri kami dari bala bencana, Tunaikanlah ya Allah segala hajat kami, dan selawat itu engkau bersihkan kami dari segala keburukan dan Engkau angkatkan kami disisiMu setinggi darjat dan Engkau sampaikan ke hujung harapan dan cita-cita kami dari segala kebaikan semasa kami hidup dan selepas mati. Maha suci Engkau ya Allah, kami tidak dapat mengira pujian kami ke atasMu sebagaimana Engkau puji ke atas diriMu, maka kepadaMu segala pujian DOA TAHLIL - 79 -


Tahlil Arwah sehingga Engkau redhai dan untukMu pujian apabila Engkau redha dan untukMu pujian selepas Engkau redha. Ya Allah pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di permulaan dan pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di hari penghabisan dan pohon selawat ke atas Nabi Muhammad setinggi-tingginya sehingga hari kiamat dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sehingga diwarisi bumi dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris. Ya Allah jadikanlah, sampaikanlah dan terimalah pahala bacaan yang kami baca daripada kitab Al-Quran yang agong, dan pahala bacaan yang kami tahlilkan dari “La ilaha illallah” dan pahala bacaan istighfarnya dan pahala bacaan zikir dari sebutan “Ya Allah” dan pahala selawat dan salam kami ke atas Nabi Muhammad pada saat yang berkat ini sebagai hadiah dari kami sebagai penghubung dan ia sebagai rahmat dariMu yang turun membawa berkat yang meliputi, - 80 -


Tahlil Arwah juga sebagai sedekah yang diterima, dikemukakan dan dihadiahkan kehadrat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. kemudian kepada roh-roh para isterinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan tabiin, tabi’ tabiin bagi mereka kebaikan hingga hari kiamat. Ya Allah, jadikan selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding dan penebus mereka dari api neraka. Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sihatkanlah dan maafkanlah mereka. Kemudian berikanlah pahala sedemikian juga kepada roh-roh ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa dan guru-guru kepada ibubapa kami seterusnya sekelian orang Islam dari timur ke barat. Ya Allah, jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dan rakan ibubapa kami juga dengan sekelian yang hadir dan ibubapa mereka semuanya 3 - 81 -


Tahlil Arwah berada dalam rahmat dan kasih sayang. Masukkan kami dan mereka ke dalam syurgaMu yang saujana luas, Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, penganugerahan yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah, pohon pindahkan dari mereka kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga abadiMu, kepada naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk bersama orang-orang yang mendapat nikmat yang terdiri dari para-para Nabi, siddiq, syahid, orang-orang Solih dan Orang-orang yang mendampingi mereka dengan baik, Wahai Tuhan Yang Amat Kasih Sayang. Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Al-Fatihah - 82 -


Tahlil Arwah DOA PENUTUP Doa Penutup Perkenankanlah permintaan kami ya Allah, wahai tuhan yang mentadbir seluruh alam. Ya Tuhan kami, terimalah doa kami, Sesunguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami ya Allah, sesungguhnya engkaulah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Janganlah Engkau mengenakan kami dosa-dosa besar, wahai Tuhan yang Maha Mulia dan kami akhiri doa ini dengan segalapujian bagi Mu Allah Tuhan semesta Alam. Semoga Allah menerima doa kita semua. Al-Fatihah (1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani , (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. - 83 -


Tahlil Arwah Selawat Nabi Telah terbitlah bulan purnama ke atas kami. Maka samarlah bintang-bintang kerananya. Wahai Nabi, semoga sejahtera engkau. Wahai Rasul, semoga sejahtera engkau. Wahai Kekasih, semoga sejahtera engkau. Semoga engkau dirahmati Allah. Kami tidak pernah melihat orang secantik engkau. Wahai wajah yang berseri-seri. Engkau logam yang menjadi emas. Engkaulah pelita hati. Wahai Kekasihku, wahai Muhammad. Wahai pengantin dua makhluk. Wahai orang yang dikuatkan, wahai orang yang dimuliakan. Wahai Imam dua Kiblat. Tuhan yang mengetahui semua rahsia dan yang tersembunyi. Yang memperkenankan segala permintaan. Wahai Tuhan, rahmatilah kami semua. Dengan seluruh kebaikan. Semoga rahmat Allah tetap ke atas Muhammad. Sebanyak baris-baris tulisan ini. Saya terpuji pembawa petunjuk Muhammad. Yang mempunyai wajah yang terang-benderang Engkaulah matahari, engkaulah bulan. Engkaulah cahaya di atas cahaya. - 84 - Selawat Nabi


Click to View FlipBook Version