The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sumbangan cerita daripada Shafy bin Ahmad Shukor, 5 Pink, 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Azlina, 2020-12-28 08:28:34

KISAH TELADAN YANG LUCU DAN SEDIH

Sumbangan cerita daripada Shafy bin Ahmad Shukor, 5 Pink, 2020

KISAH TELADAN YANG
LUCU DAN SEDIH

Dari:
Shafy bin Ahmad Shuko

5 Pink
2020

Bermulalah kisah pada suatu petang
sang kancil yang cerdik bersiar-siar
didalam hutan belantara.

Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang
kancil telah terjatuh ke jurang yang
amat dalam. Ia cuba untuk keluar
berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan
adalah sia-sia, sang kancil pun
berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari
lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada
idea yang bernas untuk sang kancil
keluar dari lubang tadi, namun sang
kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang
kancil telah terdengar bunyi tapak
kaki yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni
tak lain, mesti gajah ni!”

Kemudian Sang Kancil mendapat
satu idea yang bernas untuk
menyelamatkan diri untuk keluar
dari lubang.

Kemudian sang gajah yang lalu
itupun menegur
sang kancil;

“Eh sang kancil, tengah buat
apa?” Tanya si Gajah.

“Menyelamatkan diri!”

“Dari apa?” Tanya gajah lagi.

“Dari bahaya, cuba tengok atas,
langit nak runtuh, dah hitam”
Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus
mempercayai sang kancil
bulat-bulat.

“Habis tu macam mana nak
selamatkan diri?” Tanya si gajah.

“Masuklah sekali dalam lubang ini,
kalau langit runtuh
pun selamat
kita dekat sini”

Tanpa berfikir panjang
sang gajah pun
Terus melompat
ke dalam
lubang untuk
menyelamatkan
dirinya.

Kemudian sang
kancil pun
mengambil
kesempatan untuk
melompat di atas
badan gajah dan
terus keluar dari
lubang yang dalam

“Haha, padan muka engkau,
selamat aku” Kemudian sang
kancil pun berlalu pergi
meninggalkan sang gajah yang
masih terpinga-pinga di dalam
lubang tadi”.

Seronok juga bila membaca cerita
kanak-kanak begini. Teringat masa
kecil dulu, inilah cerita dongeng dan
turun temurun yang diwarisi dari
zaman berzaman. Namun bila
difikirkan kembali, apa yang cuba
untuk disampaikan melalui cerita
ini?

Jadilah seperti sang kancil yang
cerdik tapi tak baik?

Atau jadilah seperti
sang gajah yang
baik tapi
tak cerdik?

“Orang baik tak cerdik akan ditipu,
orang yang cerdik
tapi tak baik
akan menipu”

Jangan jadi sang kancil seperti
dalam cerita tadi kerana sang
kancil yang cerdik tapi tak baik
telah menipu sang gajah untuk
menyelamatkan diri. Juga jangan
jadi seperti sang gajah kerana
walaupun baik tapi tak cerdik
akan ditipu.

Jadi tiada pilihan lain selain jadi
orang yang cerdik dan baik kerana
orang yang sebegini tidak akan
ditipu juga tidak menipu. Dan
pengakhiran cerita sang kancil dan
sang gajah itu sepatutnya begini.

“Eh, sang kancil, tengah buat
apa?” Tanya
sang gajah.

“Aku terjatuh dalam lubang yang
besar inilah, dah berkali-kali aku cuba
untuk keluar tapi tak berjaya,
bagaimana kalau engkau berjaya
tolong aku untuk keluar dari sini, aku
akan bagi tebu yang paling besar di
dalam hutan rimba ini!” balas sang
kancil.

“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak
keluarkan engkau bagaimana?”

“Cuba engkau tengok sekeliling,
mana tau ada dahan kayu ke pokok
tumbang ke untuk keluarkan aku
dari lubang ini”

“Oh aku Nampak ada dahan kayu”

Kemudian sang gajah menggunakan
kekuatannya menolak tunggul kayu
dan menggunakan belalainya untuk
menolak tunggul kayu ke dalam
lubang.

Kan bagus kalau pengakhirannya
begini, sang kancil tidak menipu
sang gajah dan sang gajah
mendapat habuan setelah
menyelamatkan sang kancil.

Win-win solution. Tiada yang kecewa.
Apalah nak jadi kalau kanak-kanak di
Malaysia ingin jadi seperti kancil yang
cerdik tapi tak baik? Agaknya sebab
itulah negara agak kacau kot, sebab
ramai yang cerdik tapi tak baik.

Hanya andaian semata-mata,
harap-harap bukan.

-TAMAT-


Click to View FlipBook Version