The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR ZAFIRAH BINTI YUSOF
BAHASA MELAYU 2
AMBILAN JUN 2022/2027
BMMB3283 KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurzafirahy, 2025-03-13 01:46:04

CERITA KANAK-KANAK : PENGAJARAN BELALANG

NUR ZAFIRAH BINTI YUSOF
BAHASA MELAYU 2
AMBILAN JUN 2022/2027
BMMB3283 KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

pengajaran belalang pengajaran belalang ZAFIRAH YUSOF


Kesusasteraan kanak-kanak merupakan jenis sastera genre yang mengungkapkan persoalan tentang dunia kanak-kanak yang disampaikan secara lisan mahupun tulisan. (Arba ’ie Sujud et al., 2014). Sastera kanakkanak memainkan peranan penting dalam perkembangan minda dan sahsiah kanak-kanak. (Mohd Firdaus Che Yaacob, 2016). Menurut Salmah Hj. Ayob (1981) pula, sastera kanak-kanak ini juga mampu memelihara serta membentuk keadaan yang sesuai bagi perkembangan emosi dan akaI fikiran kanakkanak di samping menyegar dan menyenangkan jiwa mereka. Melalui cerita yang menarik dan mudah difahami, karya sastera ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mampu mendidik, menanamkan nilai moral serta membentuk pemikiran kreatif kanak-kanak. Cerpen "Pengajaran Belalang " adalah sebuah kisah yang membawa mesej perpaduan, kebijaksanaan, kerajinan, dan kerjasama melalui watak Belalang yang leka dan Semut yang rajin bekerja. Kisah ini mengajarkan kanak-kanak tentang kepentingan berusaha, membuat persediaan awal dan saling membantu dalam kehidupan. Dengan penyampaian yang ringkas dan padat, cerpen ini membantu pembaca cilik memahami nilai murni dalam kehidupan seharian serta menggalakkan mereka mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berpandangan jauh. PENGENALAN


Di sebuah padang rumput yang luas, hiduplah seekor Belalang Hijau yang sangat riang. Dia gemar melompat-lompat dari satu batang rumput ke batang rumput yang lain sambil menyanyi gembira. Setiap hari, dia menikmati cahaya matahari dan angin sepoi-sepoi bahasa, tanpa memikirkan masa depan.


Tidak jauh dari situ, terdapat sekumpulan Semut kecil yang sibuk bekerja keras. Mereka mengangkut butiran makanan satu demi satu dan menyimpannya di dalam sarang bawah tanah mereka. Musim tengkujuh bakal tiba dan mereka perlu bersiap sedia dengan bekalan makanan yang mencukupi.


"Kenapa kamu semua bekerja begitu keras? " tanya Belalang sambil tersenyum. "Lihatlah betapa indahnya hari ini. Marilah menyanyi dan berseronok dengan aku." Salah seekor semut menjawab, "Kami sedang mengumpul makanan untuk musim tengkujuh. Apabila hujan turun tanpa henti, makanan akan sukar didapati." Belalang ketawa dan berkata, "Musim tengkujuh masih jauh. Kenapa perlu risau sekarang? Lebih baik nikmati hidup!"


Hari berganti hari, Belalang terus menyanyi dan berseronok, sementara Semut bekerja tanpa henti. Mereka tidak menghiraukan ejekan Belalang kerana mereka tahu usaha mereka hari ini akan menyelamatkan mereka nanti.


Akhirnya, musim panas berlalu dan musim tengkujuh pun tiba. Hujan turun dengan lebat tanpa henti selama beberapa minggu. Padang rumput kini bertukar menjadi lopak air yang besar, dan menyebabkan makanan sukar untuk dicari.


Belalang yang kelaparan dan kesejukan berjalan perlahan menuju ke sarang Semut. Dia mengetuk pintu kecil sarang itu dengan penuh harapan. Semut membuka pintu dan terkejut melihat keadaan Belalang yang lemah. "Aku lapar dan kesejukan." , kata Belalang dengan suara sayu. "Bolehkah kamu berkongsi makanan dengan aku?"


Semut-semut itu saling berpandangan. Akhirnya, ketua semut berkata, "Kami telah bekerja keras sepanjang musim panas dan kami mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kami akan membantu kamu kali ini, tetapi ingatlah, kerja keras itu penting untuk masa depan." Belalang berasa sangat bersyukur. Dia sedar akan kesilapannya kerana tidak membuat persediaan lebih awal.


Sejak hari itu, Belalang tidak lagi leka menyanyi sepanjang hari. Apabila musim panas tiba, Belalang mula bekerja bersama Semut, mengumpul makanan untuk persediaan musim tengkujuh akan datang. Daripada pengalaman itu, Belalang belajar bahawa kesenangan hari ini tidak akan bertahan selamanya jika kita tidak berusaha. Semut pula menunjukkan bahawa kebaikan hati dan kerjasama menjadikan kehidupan lebih bermakna.


Belalang bernyanyi sepanjang hari, Semut bekerja tak henti-henti, Menyimpan makanan, bersatu hati, Agar selamat di hari nanti. “Hentikan kerja, marilah main, ” Belalang ketawa tanpa yakin, Semut berkata, “Hujan kan tiba, Bersiap sedia lebih bermakna.” Hujan turun, Belalang kian resah, Tiada bekalan, badan pun lemah, Semut membantu tanpa rungutan, Saling menolong penuh keikhlasan. Belalang insaf, janji ditepati, Rajin berusaha setiap hari, Perpaduan, rajin, dan bekerjasama, Hidup bahagia selamanya. Sajak Susah Dahulu, Senang Kemudian


JUSTIFIKASI Cerita ”Pengajaran Belalang ” dan sajak ”Susah Dahulu, Senang Kemudian ” yang dihasilkan merupakan sebuah karya kisah binatang yang sesuai untuk dibaca oleh golongan kanak-kanak. Watak utama dalam ceritacerita ini didominasi oleh haiwan dan biasanya memaparkan nilai-nilai moral serta mesej yang baik seperti pengajaran, manfaat, iktibar dan peringatan. (Tucaymah, 1989). Menurut NurHasma Muhd Saad et al., (2020), kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi terhadap cerita-cerita yang menarik antaranya cerita binatang. Cerita pendek ini dikatakan sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menggunakan bahasa yang mudah difahami dan gaya penceritaan yang menarik. Dalam menggunakan perkembangan awal kanak-kanak, penggunaan ayat yang ringkas dan bersifat repetitif membantu mereka memahami mesej yang ingin disampaikan. (Mohd Firdaus Che Yaacob & Nasirin Abdillah, 2017). Selain itu, elemen dialog dan watak haiwan dalam cerpen menjadikan kisah ini lebih dekat dengan dunia imaginasi kankak-kanak sekali gus menarik minat mereka untuk membaca dan mengambil iktibar daripada kisah yang disampaikan.


Di samping itu, cerita ini mengandungi nilai-nilai murni yang penting dalam pembentukan sahsiah kanak-kanak. Melalui kisah ”Pengajaran Belalang ” , kanak-kanak dapat memahami konsep usaha, kerjasama, dan kepentingan persediaan menghadapi cabaran. Hasil kajian Arba ’ie et al., (2014) menurut Mohd Firdaus (2021), mereka mendapati bahawa unsur emosi juga akan mempengaruhi pembacaan kanak-kanak dalam kesusasteraan Melayu serta mampu memberi impak positif kepada perilaku dan pertuturan kanak-kanak. Dari segi gaya penulisan pula, cerita ini menggunakan gabungan beberapa gaya seperti pendekatan naratif dan deskriptif bagi memberikan gambaran jelas kepada pembaca. Selain itu, terdapat juga penggunaan dialog antara watak yang turut membantu menyampaikan mesej secara lebih interaktif dan menghidupkan cerita. Ini menjadikannya lebih menyeronokkan untuk dibaca oleh kanak-kanak. Hal ini juga bertepatan dengan pendapat James (2019) yang mengatakan bahawa dialog dalam cerpen mempunyai fungsi yang besar untuk menghidupkan cerita. Ditambah lagi oleh Diyana Moin (2022) yang berpendapat bahawa melalui watak dan jalan cerita, kanak-kanak dapat belajar mengenali emosi serta cara untuk mengendalikannya. JUSTIFIKASI


Seterusnya, dalam konteks sajak pula, adanya unsur pengajaran secara berirama yang bukan sahaja memudahkan pemahaman tetapi juga menjadikannya lebih menarik untuk dibaca berulang kali. Penggunaan rima dan ritma menjadikan isi cerita lebih berirama sekali gus meningkatkan daya ingatan serta minat kanak-kanak. Sebagaimana disokong oleh Serafica (2021), beliau berkata rima iaitu pengulangan bunyi pada akhir kata atau baris menciptakan pola bunyi yang teratur dan harmoni serta menjadikan sajak lebih menarik dan mudah diingati manakala ritma pula merujuk kepada aliran atau tempo dalam sajak yang dihasilkan melalui pengulangan bunyi, tekanan, atau panjang pendek suku kata yang memberikan kesan muzikal dan memudahkan pembaca mengikuti aliran sajak. Dengan ini, kanak-kanak bukan sahaja terhibur tetapi juga dapat menyerap nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, ada juga penekanan kepada unsur alam dan kiasan yang menjadikan cerita ini lebih menarik malah membolehkan kanak-kanak memahami pengajaran secara tidak langsung melalui gambaran situasi yang dekat dengan kehidupan seharian mereka. Penggunaan unsur alam dalam cerita seperti musim tengkujuh juga memberi kesedaran tentang perubahan cuaca dan kepentingan merancang masa depan. JUSTIFIKASI


Tambahan lagi, cerita dan sajak ini membantu merangsang pemikiran kritis dan kreatif kanak-kanak. Dengan menghayati kisah ini, kanak-kanak dapat membuat perbandingan antara sikap Belalang dan Semut serta belajar untuk menilai tindakan yang baik dan buruk. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa cerita dan sajak ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menjadi sumber pendidikan yang berkesan dalam membentuk pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak. JUSTIFIKASI


Cerita "Pengajaran Belalang " mengandungi pelbagai nilai murni yang dapat dijadikan teladan, khususnya kepada kanak-kanak. Antara nilai utama yang diketengahkan ialah kerajinan dan kesungguhan, seperti yang ditunjukkan oleh Semut yang bekerja keras mengumpul makanan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh. Selain itu, nilai kerjasama dan perpaduan turut ditekankan apabila Semut bekerja bersama-sama tanpa mengenal penat lelah, membuktikan bahawa usaha secara kolektif lebih berkesan dan bermanfaat. Selain itu, nilai kebijaksanaan juga dapat dilihat melalui tindakan Semut yang berfikir jauh ke hadapan. Semut tidak leka seperti Belalang, yang akhirnya menyesal kerana tidak membuat persediaan. Lebih penting lagi, cerita ini mengajarkan nilai tolong-menolong dan keikhlasan, apabila Semut tetap membantu Belalang yang dalam kesusahan meskipun Belalang pernah mengabaikan nasihat mereka. Kesemua nilai ini memberi pengajaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan berusaha, bekerjasama, dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan. NILAI MURNI


Arba ’ie Sujud, Nurul Azimah Abdull Sedik, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Intan Zahariah Gaisun. (2014). Ekspresi Emosi Melalui Bahan Bacaan Sastera KanakKanak. Jurnal Melayu. Universiti Putra Malaysia. https://journalarticle.ukm.my/8576/1/8001-20846-1- SM.pdf Diyana Moin. (2022). 10 Cerita Sebelum Tidur Untuk Kanak Kanak. Lengkap Dengan Moral Setiap Satunya. https://www.kelabmama.com/cerita-sebelum-tiduruntuk-kanakkanak/?utm_source= James T.S. Chong. (2019). Gaya Bahasa Cerita KanakKanak & Cerpen. https://www.scribd.com/presentation/164477917/GayaBahasa-Cerita-Kanak-Kanak-Cerpen?utm_source= Mohd Firdaus Che Yaacob. (2016). Impak Cerminan Budaya Berfikir Masyarakat Melayu ke Arah Kemajuan Multimedia Menerusi Cerita Rakyat. Seminar Budi dan Nilai. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 22-23 Mei. Mohd Firdaus Che Yaacob & Nasirin Abdillah. (2017). Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melalui Cerita-Cerita Rakyat Melayu: Kajian Teks Himpunan 366 Cerita Rakyat Diselenggara Oleh Aripin Said & Othman Puteh.2018. Journal of Busnes and Devolement, 5(2), 68- 75. RUJUKAN


Mohd Firdaus Che Yaacob, Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan & Nur Samsiah Mazlan. (2021). Keberkesanan Unsur Watak dan Perwatakan dalam Cerita Rakyat dalam Kalangan Kanak-kanak dan Remaja Melalui Media Animasi. Jurnal Melayu. https://journalarticle.ukm.my/18372/1/51813- 169834-1-SM.pdf NurHasma Muhammad Saad, Kartina Kamaruzaman. Rosni Samah. (2020). Fungsi Cerita Binatang Dalam Sastera Kanak-kanak Melayu-Arab Salmah Hj. Ayob. (1981). Sastera Untuk Kanak-Kanak: Fungsi dan Implikasinya. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Universiti Sains Malaysia. https://eprints.usm.my/33538/1/Jilid_03_Artikel_0 9.pdf Serafica Gischa. (2021). Rima Puisi dan Irama. https://www.kompas.com/skola/read/2021/01/24 /174629769/rima-puisi-dan-irama?utm_source= Tucaimah Rusydi Ahmad. (1998). Adab al-Atfal fi alMarhalah al-Ibtidaiyyah. Kaherah: Dar al Fikr alArabiy. RUJUKAN


Kesimpulannya, cerpen "Pengajaran Belalang " mengajar kita bahawa kesenangan tidak datang tanpa usaha, dan setiap kejayaan memerlukan perancangan serta kerja keras. Sikap rajin dan bijaksana seperti Semut harus dijadikan contoh, manakala sikap leka dan sambil lewa seperti Belalang perlu dielakkan. Selain itu, nilai perpaduan dan tolong-menolong juga menjadi pengajaran penting dalam cerita ini, di mana Semut tetap membantu Belalang walaupun dahulu nasihat mereka tidak diendahkan. Kisah ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberikan teladan yang berguna kepada kanak-kanak, mengajar mereka untuk lebih bertanggungjawab dan berfikir tentang masa depan. Melalui kisah ini, diharapkan generasi muda dapat membina sikap yang lebih baik dan menjadikan kerja keras serta kerjasama sebagai amalan dalam kehidupan seharian. PENUTUP


TAMAT


Click to View FlipBook Version