The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AdriannaJaden, 2021-09-23 04:45:37

Pendidikan Moral edited

Pendidikan Moral edited

PBL {PROJECT BASE LEARNING}

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

TOKOH-TOKOH YANG MENGHARUMKAN
NEGARA

Adrianna Jaden Michael

6UKM 2021

BIODATA SAYA

Nama: Adrianna Jaden Michael
Umur: 12 tahun
Tarikh Lahir: 24 Ogos 2009
Tempat Lahir: Hospital Likas, Kota Kinabalu
Haiwan Kesukaan: Kucing dan Arnab
Hobby: Berbasikal
Makanan Kegemaran: Pizza
Minuman Kegemaran: Milo dan susu kacang
Warna Kegemaran: Merah dan Hitam

TOKOH KEBANGGAAN NEGARA

Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia.
Beliau menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu berturut-turut.

Tarikh Lahir: 21 Oktober 1982
Umur: 38 tahun
Tempat Kediaman: Bangan Serai, Perak, Malaysia
Bidang: Badminton

Datuk Lee Chong Wei berjaya kerana dia tidak mudah
berputus asa dan berlatih bersungguh-sungguh demi negara.

Saya memilih Datuk Lee Chong Wei kerana dia sanggup
berlatih untuk menerima pingat emas dan mempertahankan
nama baik negara.

Sikap yang saya perlu contohi ialah berlatih bersungguh-
sungguh jika ingin mencapai impian diri.

TOKOH KEBANGGAAN NEGARA

Pandalela Rinong anak Pamg

Pandelela Rinong anak Pamg AMN JBK (lahir 2 Mac 1993) ialah seorang atlet Malaysia
bagi acara terjun. Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di
Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London dan mencatat sejarah
sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu
dalam acara terjunan 10 meter platform wanita dan atlet Malaysia kedua memenangi
pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.

Tarikh Lahir: 2 Mac 1993
Umur: 28 tahun
Tempat Kediaman: Bau, Sarawak, Malaysia
Bidang: Terjunan 10 meter platform wanita

Pandalela Rinong anak Pamg berjaya kerana beliau sentiasa
berlatih walau apa terjadi dan tidak pernah berputus asa jika
gagal menerima pingat emas.

Sikap yang saya perlu perlu contohi daripada Pandalela ialah
jangan berputus asa jika gagal.

TOKOH KEBANGGAAN NEGARA

Datuk Nicol Ann David

Datuk Dr Nicol Ann David )lahir 26 Ogos 1983) ialah seorang
pemain skuasy profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang
menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi
gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka
Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Tarikh Lahir: 26 Ogos 1983

Umur: 38 tahun
Tempat Kediaman: Puchong ,Selangor,Malaysia
Bidang: Skuasy

Datuk Nicol Ann David berjaya kerana beliau sentiasa fokus
semasa latihan dan sentiasa berdisiplin.

Sikap yang saya perlu contohi daripada Datuk Nicol Ann David
ialah sentiasa berdisplin dan sentiasa focus.

TOKOH KEBANGGAAN NEGARA

Datuk Azizulhasni bin Awang

Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang (lahir 5 Januari 1988) ialah seorang pelumba
basikal trek profesional Malaysia. Azizulhasni terkenal selepas memenangi kejuaraan
lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas
acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Beliau merupakan
pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008.
Beliau diberi jolokan Azizulhasni the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang
kecil. Azizul merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi
acara Keirin.

Tarikh Lahir: 5 Januari 1998
Umur: 33 tahun
Tempat Kediaman: Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia
Bidang: Berbasikal

Datuk Azizulhasni Bin Awang berjaya kerana beliau berani dan
sentiasa gigih dan tidak pernah berfikiran negatif seperti
terfikir yang dia akan cedera parah ketika berbasikal.

Sikap yang saya perlu contohi daripada Datuk Azizulhasni ialah
tidak berfikiran negatif jika ingin menyahut cabaran dan
berlatih gigih.

SAYA sangat bangga dan INGIN
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA

TOKOH-TOKOH YANG TELAH
MENGHARUMKAN nama NEGARA

MALAYSIA.


Click to View FlipBook Version