DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
DALAM ISLAM
E-MAJALAH
KONSEP BERJIRAN
NAMA PENSYARAH : EN. MUHAMMAD ZAN BIN
SAILAN
NOR MARSHA NUR AIN
SHAFINA BINTI SHAHIRAH BINTI
MAZLAN ZULKIFLE
(17DHSF17F2010) (17DHSF17F2013)
E-Majalah
Edisi pertama 2020
Konsep
Kejiranan
"Menghormati jiran
adalah kewajipan
setiap muslim kerana
ia perkara yang
mulia"
Konsep Berjiran
"Menghormati jiran adalah
kewajipan setiap muslim kerana ia
perkara yang mulia"
Penulis:
Nor Marsha Shafna Binti Mazlan
Suntingan Oleh:
Nur Ain Shahirah Binti Zulkifle
Diterbitkan Oleh:
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sg Lang, 45100 Sg. Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-32806255
Fax: 03-32806402
Hak Cipta (c) 2020 - Politeknik Sultan Idris Shah
Cetakan Pertama : 2020
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi
kandungan dan konsep buku ini dalam apa jua bentuk,
cetakan dan elektronik, termasuk televisions, radio dan
segala jenis platform tanpa izin daripada pihak Politeknik
Sultan Idris Shah.
Isi Kandungan
Kata-kata aluan 1
Pengenalan 2
Definisi jiran 3
Pembahagian kaedah berjiran 4
Hak berjiran 5
Punca-punca semangat kejiranan 6
Hak & kewajipan terhadap jiran 7
Objektif berjiran 8
Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan 9
Kepentingan semangat kejiranan 10
Kebaikkan mengamalkan semangat kejiranan 11
Implikasi terhadap jiran 12
Adab berjiran 13
Kesimpulan 14
Akhir kata 15
Rujukan 16
Kata- kata aluan…
Seindah Bicara ,
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah,tuhan yang
memelihara dan mentadbir sekalian
alam ,tuhan yang Maha Pemurah,lagi
Maha Pengasih,Tuhan yang menguasai
hari pembalasan KepadaMulah kami
memohon pertolongan . Tunjukkanlah
kami ke jalan yang lurus,iaitu jalan-jalan
orang yang engkau beri nikmat kepada
mereka,bukan jalan orang-orang yang
engkau murkai dan bukan pula jalan
orang-orang yang sesat. Bersyukur kami
dengan limpah kurnianya dapat juga
kami menyiapkan tugas berkumpulan
yang diamanahkan kepada
kami.Tugasan yang diberikan oleh
Ustaz Muhammad Zan Bin Sailan.
| 1
PENGENALAN
Islam adalah salah satu agama yang cukup mulia dan
memberi banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan
mendorong kearah kebaikan dan kesejahteraan. Salah
satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi
menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah
amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak
boleh hidup seorang diri. Oleh itu, Islam telah menekankan
kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan
masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat
membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya.
| 2
DARI SEGI BAHASA
Jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang
yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
DARI SEGI ISTILAH
Jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu
jiran yang BErsebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40
buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.
Hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa
walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia
juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu
Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian
darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni
oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang
dihuni oleh kita.
| 3
Pembahagian Jiran beragama
Islam Islam yang
mempunyai
Islam membahagikan jiran kepada
beberapa bahagian supaya maruah dan pertalian darah
kehormatan Islam terjamin. Islam sangat
memudahkan para umatnya untuk Jiran beragama
bergaul justeru Islam tidak Islam yang tidak
membahagikan tentang kedarjatan
seseorang individu dalam mengeratkan mempunyai
hubungan sillaturrahim cumanya individu pertalian darah
tersebut perlu mengetahui tentang adab
pergaula yang dituntut dalam Islam. Jiran bukan
Islam.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-
Nisaa’ ayat 36 iaitu : | 4
Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah
kamu mempersekutukan-Nya dengan
sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua
orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, tetangga yang
dekat dan tetangga yang jauh dan teman
sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong dan membangga-
banggakan diri.
PUNCA-PUNCA SEMANGAT
KEJIRANAN....
Pada zaman moden dan "Semoga kita dapat
serba canggih, kita dapat berjiran sehingga ke
lihat pelbagai punca yang
menyebabkan semangat jannah kelak,
kejiranan semakin luntur, Amiinn.. "
antaranya :
1. Gaya hidup masyarakat
sekarang yang terlalu sibuk.
2. Kos sara hidup yang tinggi
serta tekanan hidup dunia
moden.
3. Kemajuan dalam bidang
teknologi atau media massa.
4. Arus pembangunan yang
semakin pesat melanda
| 5
HAK JIRAN YANG
PERLU DIPELIHARA
Hak jiran perlu bagi setiap individu
untuk pelihara kerana hal ini adalah
selari dengan tuntutan agama. Tidak
menyakiti jiran dan seringkali
memelihara keamanan dengan jiran.
Hal ini sebagaimana dalam sabda
Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa
yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat maka
janganlah dia menyakiti
jirannya.”
Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih
`Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan
asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:
1. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak
membawa mudharat.
2. Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik.
3. Menziarahi jiran ketika sakit.
4. Jangan menyakiti dan menzalimi jiran.Setiap daripada kita wajib
memelihara kepentingan jiran.
Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW bersabda :
ْ اَﻗﺮﱠ َﻋ ْﻴ َﻦ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ِﻦ اَ َﻗﺮﱠ ﷲُ َﻋ ْﻴ َﻨ ُﻪ ﻳَ ْﻮ َم اَ ْﻟ ِﻘ َﻴﺎ َﻣ ِﺔ
Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan
kepada seorang mukmin, maka Allah akan
memberikan kegembiraan kepadanya pada hari
kiamat”.
| 6
HAK & KEWAJIPAN SETIAP
MUSLIM TERHADAP JIRAN
JENIS JIRAN HAK JIRAN
Jiran Muslim Hak sebagai
yang seorang Muslim
mempunyai Hak sebagai
hubungan seorang Kerabat
persaudaraan. Hak sebagai
seorang Jiran
Jiran Muslim
yang tidak · Hak sebagai
mempunyai seorang
hubungan Muslim
persaudaraan. · Hak sebagai
seorang jiran
Jiran bukan Hak sebagai
Islam seorang
jiran
| 7
Dapat membantu OBJEKTIF
melahirkan anggota BERJIRAN
1 masyarakat harmoni,
mempunyai jati diri dan
2semangat cinta akan Pelbagai aktiviti
berbentuk
negara. pemupukkan
nilai-nilai
patriotisme dapat
diimplimentasikan
di dalam diri
masyarakat.
3Kejiranan amat
penting di dalam
perbentukan
tamadun islam
selepas
pembentukkan
sasiah individu
dan keluarga.
| 8
LANGKAH - LANGKAH MEMUPUK
SEMANGAT KEJIRANAN
Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu
padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam
jiwa. Oleh itu, setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang
tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang
berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam
kalangan masyarakat kini. Justeru, senario ini haruslah disusuli dengan
langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama
ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian
negara.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk
memupuk semngat kejiranan:
| 9
KEPENTINGAN Seterusnya , semangat kejiranan juga
SEMANGAT penting kerana dapat membentuk semangat
KEJIRANAN kekitaan dan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu. Mengimbas kembali
Kepentingan semangat kejiranan Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan
dapat memupuk kerjasama dalam bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu
kalangan anggota masyarakat di dan berpecah-belah, negara akan musnah
sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dan kehidupan anggota masyarakat tidak
dipupuk melalui penglibatan anggota akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
masyarakat dalam pelbagai aktiviti kejiranan membolehkan semua anggota
yang diadakan di kawasan tempat masyarakat memahami antara satu sama
mereka tinggal. Aktiviti lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini
kemasyarakatan seperti gotong- boleh mempelajari perbezaan budaya dan
royong, majlis sambutan perayaan sistem sosial masyarakat lain seterusnya
atau perjumpaan bulanan komuniti memahami sensitiviti mereka agar dapat
dapat mempertemukan semua jiran, bertoleransi, bekerjasama dan saling
saling berkenalan dan merapatkan menghormati. Tegasnya semangat
hubungan. kejiranan penting dalam membentuk
masyarakat bersatu padu dan seterusnya
Mereka akan lebih mesra, saling dapat memacu pembangunan negara ke
membantu bagai aur dengan tebing arah kegemilangan.
tanpa membezakan warna kulit,
bangsa atau kepercayaan. Hal ini Di samping itu, semangat kejiranan juga
menunjukkan bahawa semangat penting kepada negara kerana
kejiranan yang dipupuk dapat memudahkan kerajaan melaksanakan
membentuk kerjasama dalam pelbagai program pembangunan dan
kalangan anggota masyarakat membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan
seterusnya membentuk ukhuwah yang Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan
kukuh dan ampuh. Selain itu semangat apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat
kejiranan juga penting kerana dapat sejahtera maka pelbagai rancangan
membentuk semangat kekitaan dan pembangunan dapat diatur, dirancang dan
melahirkan masyarakat yang bersatu dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang
padu. kekangan.
| 10
KEBAIKAN
MENGAMALKAN
SEMANGAT
KEJIRANAN
Kita akan mudah mendapat
bantuan jika kita menghadapi
sesuatu masalah.
Membantu kita dalam
menjayakan majlis .
Menjamin keselamatan
tempat tinggal kita
Memupuk semangat
perpaduan dikalangan rakyat
dalam Negara kita.
Semangat kejiranan yang
terjalin juga membolehkan
gejala negatif di tempat tinggal
kita dicegah.
| 11
IMPLIKASI JIKA
TIDAK BERADAP
DENGAN JIRAN
1)Kehidupan tidak tenang.
2)Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
3)Terpinggir daripada masyarakat.
4)Sukar mendapat pertolongan ketika dalam
kesusahan.
5)Negara akan menjadi mundur dan kucar-kacir.
| 12
ADAB BERJIRAN
Terdapat banyak adab berjiran yang perlu kita menitikberatkan agar hidup kita dalam
berjiran sentiasa bahagia dan harmoni. Antara adab berjiran yang dapat kami kongsikan
disini adalah seperti :
Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat
menghormati antara satu sama lain.
Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam,
budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan
buruk.
Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri
dari bersikap takbur.
Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang
diperlukan.
Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang
mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan
atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan
sebagainya.
Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya
melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
| 13
Kesimpulan Semangat kejiranan
merupakan sebahagian
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung daripada amalan dan
pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam menjadi budaya
setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat masyarakat di Malaysia
antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri yang menjadikan negara
masyarakat yang berkualiti. Selain itu ,perpaduan kita unik pada pandangan
juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat di luar sana
negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada malah dikenali di seluruh
dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak dunia. Tuntasnya,
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan Semangat kejiranan bukan
damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui sahaja penting dalam
hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah mengekalkan suasana
jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, harmoni dalam kalangan
saling mempercayai dan mengamalkan rakyat di negara kita
perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal malah sumbangannya
ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah cukup besar terutamanya
bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa bagi memastikan Malaysia
kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , terus cemerlang dan
semangat kejiranan memainkan peranan yang mampu berdaya saing
amat penting dalam menjana kehidupan setempat pada masa akan datang
yang aman dan harmoni. kerana rakyatnya yang
bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan
berminda kelas pertama
yang dapat memacu
negara tercinta ke arah
kegemilangan.
Kesimpulannya, jelaslah
kepada kita betapa
penting dan besarnya
peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran
dan kesejahteraan
sesebuah negara. Hanya
negara yang makmur dan
sejahtera sahaja yang
akan dapat meneruskan
agenda pembangunan
yang lebih gemilang pada
masa akan datang.
| 14
KAkahtair....... Dengan adanya E-majalah Konsep Kejiranan, ia
merupakan satu platform untuk berkongsi
"Kejujuran itu bermula maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan
dari Hati" seorang pelajar bersama para pembaca yang
dikasihi sekalian. Konsep Kejiranan, merupakan
sebuah e-majalah yang direka oleh pelajar
semester akhir Politeknik Sultan Idris Shah. Ia
bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus
DUA6022 Komunikasi & Penyiaran Islam. Konsep
Kejiranan, dipilih sebagai nama e-majalah kerana ia
bersesuaian untuk memumpuk semangat kejiranan
di kalangan masyarakat.
Faktor-faktor topik ini dipilih kerana ia merupakan
perkara yang merisaukan masyarakat pada masa
kini. Ia juga dapat menceritakan dan memberi info
kepada para pembaca. Para pembaca juga dapat
menambahkan ilmu yang dikongsikan oleh kami.
Sekian, Terima kasih. | 15
RUJUKAN
http://sexygirlxx98.blogspot.com/2018/0
8/hak-jiran-yang-perlu-dipelihara.html
http://tfasa.blogspot.com/2018/
https://semiotik211.wordpress.com/isu-
konsep-hubungan-sesama-
manusia/konsep-kejiranan-2/
http://efoliokki.blogspot.com/?m=1
http://anyflip.com/omig/smvm/basic
https://www.canva.com/
| 16