LAPORAN PROJEK LATIHAN INDUSTRI
NAMA: MUHAMMAD FAIZ AIMAN BIN AHMAD
NO KAD PELAJAR: SPHT-15-18-010
NO KAD PENGENALAN: 000718-08-0709
PENYELIA CAWANGAN: PUAN SURYANI BINTI TAJUDIN
PENYELIA INSPEN: Sr NOR RAFIDAH BINTI ABDULLAH
ALAMAT: TINGKAT 7, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN ISTANA LARUT,
34000 TAIPING,
PERAK
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
PENGHARGAAN 4
PENDAHULUAN 5-6
SEJARAH & LATAR BELAKANG
8-12
Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta
JPPH Taiping 14-20
21
BAHAGIAN A: STRUKTUR ORGANISASI
& PROSES KERJA
Struktur Organisasi Pejabat Penilai Daerah Taiping
Proses Penilaian & Proses Kerja
BAHAGIAN B: LAPORAN PENILAIAN
RUMUSAN / KOMEN
LAMPIRAN A- Salinan Hakmilik
LAMPIRAN B- Pelan Lokasi
LAMPIRAN C- Gambar Hartanah
LAMPIRAN D- Pelan Bangunan
LAMPIRAN E- Butir-butir Perbandingan
LAMPIRAN F- Pelan perbandingan
LAMPIRAN G- Pelarasan
2
PENGHARGAAN
Sebelum memulakan laporan industri ini, saya ingin mengucapkan rasa syukur terhadap Ilahi kerana
memberi peluang yang amat berharga menimba ilmu dalam latihan industri ini. Terima kasih kepada
INSPEN dan Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta yang memberi peluang kepada saya menjalankan
latihan industri di JPPH Taiping.
Tidak lupa didikan oleh pensyarah-pensyarah di INSPEN yang mengajar saya untuk latihan industri ini.
Juga pegawai-pegawai dan staff-staff di setiap bahagian seperti Pentadbiran, Napic, Pelukis Pelan &
Teknikal di JPPH Taiping diucapkan ribuan terima kasih kerana membantu saya dalam latihan industri ini.
Akhir sekali diharapkan dengan laporan yang saya disediakan dapat mengikut kehendak oleh pihak di
INSPEN dengan apa yang saya peroleh sepanjang tempoh latihan industri ini dan dapat menyambung
pembelajaran semester terakhir bagi sesi 2018/2019. Sekian terima kasih.
3
PENDAHULUAN
Pelajar kursus Sijil Penilaian Harta Tanah sesi 2018/2019 harus menjalani Latihan Industri pada semester
4 yang bermula pada 25 November 2019 hingga 28 Februari 2020. Bagi yang mengambil cuti ketika tempoh
latihan industri hendaklah menganti cuti tersebut dengan berapa hari mereka mengambil cuti manakala cuti
sakit tidak perlu diganti.
Tujuan Latihan Industri adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar kursus ini
tentang ciri amalan dalam penilaian harta tanah, potensi dalam bidang harta tanah serta kepentngannya
dalam masyarakat.
Antara objektif yang dapat dicapaikan melalui Latihan Industri ini ialah:
i. Mempraktikan teori yang dipelajari daripada semester sebelum-sebelumnya.
ii. Memberikan peluang untuk menguji kefahaman teori yang dipelajari di kuliah secara langsung.
iii. Menambah pengetahuan dalam bidang harta tanah.
iv. Mendedahkan pelajar kepada stuktur organisasi tempat latihan dan mengetahui peranan jawatan
dalam stuktur organisasi tersebut
v. Melatih pelajar untuk menulis laporan dengan lengkap yang kemudiannya boleh dijadikan rujukan
pada kerjaya pada masa hadapan.
4
SEJARAH & LATAR BELAKANG
Jabatan Pernilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH)
Jabatan Pernilaian & Perkhidmatan Harta adalah jabatan yang berada di bawah Kementerian Kewangan
Malaysia bermula sebagai Bahagian Pernilaian di Perbendaharan Malaysia pada 1 Jun 1957 untuk
memberikan nilaian kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi yang lain. Kini peranan dan tugasan Jabatan
diperluaskan untuk membantu dan menasihatkan kerajaan dalam bidang industri harta tanah.
Diantara tugasan utama JPPH ini ialah untuk memberikan perkhidmatan nilaian harta tanah bagi maksud
pencukaian, pinjaman perumahan, insurans, pembelian/penjualan, penswastaan dan pengkorporatan,guaman
sivil,terbitan modal/perlaburan asing, nilaian am, dan penentuan pampasan untuk maksud pengambilan
tanah, izinlalu elektrik serta paip.
Antara peranan & tanggungjawab yang lain Jabatan ini ialah:
i. Sebagai penasihat dan konsultan kepada kerajaan dan agensinya tentang semua perkara berkenaan
harta tanah nilaian, perundingan dan perkhidmatan harta
ii. Membantu Kementerian Kewangan dalam perlaksanaan polisi berkaitan harta tanah
iii. Mengumpul, menerbit dan mengkaji informasi harta tanah
iv. Memberikan latihan dalam bidang berkaitan penilaian harta tanah dan perkhidmatan harta
v. Menjalankan kajian dan pembangunan dalam bidang harta tanah
5
Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (Cawangan Taiping)
Pejabat JPPH di Taiping adalah merupakan salah satu daripada 3 pejabat Penilai Daerah di Perak. Antara
cawangan yang lain di Perak berada di Ipoh dan Teluk Intan.Ianya dibuka pada 1 Januari pada tahun 1977.
Pejabat Penilai Daerah Taiping bidang kuasa nilaian meliputi 5 daerah yang mempunyai 40 mukim di
bahagian utara Perak. Daerah-daerah tersebut adalah:
i. Kerian iv. Kuala Kangsar
ii. Selama v. Larut Matang
iii. Hulu Perak
Di JPPH Taiping terdapat seramai 43 pegawai meliputi bahagian Pentadbiran, Unit Teknologi Maklumat,
Pelukis Pelan, Napic dan Teknikal. Kesemua unit mempunyai ketua pegawai yang meyelia pegawai
bawahan di unit masing-masing.
Antara kes penilaian kebiasaan yang diterima dan diproses di cawangan JPPH Taiping ialah Duti Setem,
Pinjaman Perumahan dan Harta Pusaka Kecil. Kesemua kes ini mempunyai had masa yang ditetapkan
seperti 3 hari bagi kes Duti Setem, Pinjaman Perumahan 6 hari dan Harta Pusaka Kecil 7 hari yang perlu
diproses dalam jangka masa tersebut.
6
BAHAGIAN A
Struktur Organisasi & Proses Kerja
7
1. Struktur Organisasi Pej
jabat Penilai Daerah Taiping
8
2. Proses Penilaian & Proses Kerja
I. Sebelum Proses Penilaian:
a. Penerimaan Permohonan
Sebelum JPPH membuat nilaian terlebih dahulu ia perlulah menerima permohonan daripada mana-
mana pihak seperti agensi kerajaan yang lain, syarikat ataupun individu. Seterusnya, permohonan
yang dibuat diasingkan mengikut tujuan nilaian dan didaftarkan sebagai kes untuk dibuat oleh
pegawai-pegawai JPPH. Di JPPH Taiping pendaftaran kes di buat di bahagian Pentadbiran.
Contoh permohonan nilaian duti setem yang diterima:
Kes-kes yang diterima kemudiannya akan didaftarkan di dalam Sistem Maklumat Penilaian JPPH
(VIS) dan pegawai boleh melihat tarikh mati kes dan sebagainya. Antara perkara yang penting ketika
mendaftarkan kes ialah:
i. Maksud nilaian iii. Kepentingan yang perlu dinilai
ii. Maklumat berkenaan harta tanah iv. Tarikh Nilaian
VIS & Kemasukan data pendaftaran :
9
b. Pembukaan Fail
Bagi kes yang tiada rekod lama fail baru akan dibuka. Kes yang kebiasaannya dibuka fail baru di sini
adalah Pinjaman Perumahan & Harta Pusaka Kecil.Manakala kes yang mempunyai rekod lama akan
diambil dari bilik fail dan borang permohonan nilaian baru akan ditambah ke fail tersebut. Duti
Setem tidak mengunakan fail hanya borang PDS15 daripada Pejabat Duti Setem.
c. Pengagihan Kes
Selepas kes yang diterima didaftarkan, kes tersebut akan diagihkan kepada pegawai-pegawai
mengikut daerah yang mereka jaga untuk dinilai dan diproses.
d. Pengumpulan Maklumat
Langkah seterusnya sebelum penilaian adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan harta tanah
dalam kes. Antara maklumat yang dikumpul adalah sama ada harta tanah tersebut mempunyai kes
lama, lokasi harta tanah dan harga jual beli di kawasan sekitar harta tanah berkenaan melalui
perbandingan jual beli yang lain. Semua maklumat perbandingan kes dikumpul melalui VIS dan
lokasi harta tanah di kesan menggunakan Map Info dan Google Earth
e. Menentukan keperluan lawat periksa
Langkah terakhir sebelum penilaian adalah menentukan sama ada kes tersebut perlu atau tidak kes
tersebut membuat pemeriksaan. Jikalau dapat dilihat melalui Google Earth & Street dan gambar
harta tanah tersebut adalah yang terkini maka tidak perlu untuk membuat pemeriksaan melainkan
tuan punya harta tanah tersebut ada menyatakan pertambahan bahagian rumah yang tidak ditambah
ke dalam pelan lama maka perlu untuk membuat pemeriksaan.
10
II. Semasa & Selepas Penilaian/Lawat Periksa:
Sebelum membuat lawat periksa, setiap pegawai perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan.Antara
prosedur berikut ialah:
a. Mengenal pasti lokasi sebenar harta tanah, bentuk, keadaan rupa bumi, jalan masuk dan persekitaran
melalui aplikasi pemetaan seperti Google Maps, Google Earth dan lain – lain dengan betul dan tepat.
b. Fail yang perlu dibawa mestilah mempunyai borang JPPH/3/A atau JPPH/T/3/B, pelan lokasi, pelan
tapak ataupun peta piawaian yang menunjukkan kedudukan harta tanah.
c. Kaedah penilaian yang akan digunakan perlu ditentukan. Kaedah yang bakal digunakan mestilah
bersesuaian dengan maklumat yang telah dikumpulkan.
d. Hubungi pihak tuan tanah bagi mendapatkan kebenaran untuk buat lawat periksa.
Semasa lawat periksa:
a. Menyusun kes fail mengikut jarak supaya dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan
b. Melawat bahagian luar bangunan kemudian ke dalam bahagian bangunan.
c. Memulakan ukuran dari kiri ke kanan serta dari belakang ke depan.
d. Membuat catatan mengenai ukuran dan melukis pelan kasar dahulu.
e. Semak semula ukuran daripada pelan tapak dan sahkan ukuran pelan tersebut.
f. Catatkan maklumat harta tanah tersebut dan pembangunan sekitar.
g. Lukis semula lukisan kasar yang dibuat semasa lawat periksa dengan kemas apabila kembali ke pejabat.
Catatkan jenis kemasan harta tanah tersebut di dalam lukisan yg dilukiskan semula.
Selepas lawat periksa:
1. Menyediakan laporan penilaian dan hantar kepada agensi pemohon
11
Ringkasan
12
BAHAGIAN B
LAPORAN PENILAIAN
13
NO. LOT LAPORAN & NILAIAN
HAKMILIK
MUKIM : LOT 4325
DAERAH : PN 79570
NEGERI : KAMUNTING
ALAMAT : LARUT & MATANG
: PERAK DARUL RIDZUAN
: NO 16, JALAN KAMUNTING
1. PENDAHULUAN
Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Taiping telah mendapat permohonan daripada Lembaga Hasil
Dalam Negeri untuk membuat nilaian untuk mengetahui nilai semasa/pasaran untuk ½ bahagian bangunan
sahaja bagi Lot 4325, No Hakmilik PN 79570, Mukim Kamunting di Daerah Larut & Matang, Perak Darul
Ridzuan bagi maksud duti setem.
2. TARIKH NILAIAN
Tarikh nilaian bagi harta tanah tersebut adalah berdasarkan Tarikh Surat Perjanjian Jual Beli
Disempurnakan/Ditandatangani iaitu pada 19 April 2019.
3. TARIKH LAWAT PERIKSA
Tarikh: 20 April 2019
Oleh : Pn. Nur Farhana Bt Ahmad Shuh (Pen. Pegawai Penilaian)
14
4. KETERANGAN HAKMILIK
Butiran maklumat hakmilik harta tanah tersebut adalah seperti di dalam title yang dihantar kepada Pejabat
Duti Setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kemudiannya kepada JPPH Taiping daripada
pemohon/peguam :
No. Lot : 4325
No. Hakmilik : PN 79570
Mukim : Kamunting
Daerah : Larut & Matang
Negeri : Perak Darul Ridzuan
Luas Tanah & Bangunan : 130 Meter Persegi
Pegangan : Pajakan, 99 tahun, berakhir pada 11 Januari 2082 ( Baki pajakan, 62 tahun )
Kategori Kegunaan Tanah : Bangunan
Syarat Nyata : Perniagaan- Bangunan Kedai
Sekatan Kepentingan : Tidak boleh dipindahmilik atau dipajak kecil tanpa kebenaran Menteri Besar
Perak
Salinan Hakmilik adalah seperti di Lampiran A
15
5. LOKASI HARTA TANAH & PERSEKITARAN
Harta tanah tersebut terletak di Lot 4325, No 16, Jalan Kamunting, Medan Saujana, 34600 Kamunting
Perak. Terletak kira-kira 4.8 km dari bandar Taiping dan berada di tengah-tengah pekan Kamunting. Harta
tanah tersebut boleh dicapai melalui Jalan Kamunting menuju ke pasaraya yang berdekatan, Aeon Mall
Taiping. Secara ringkasnya kawasan persekitaran harta tanah berkenaan merupakan kawasan perdagangan
yang dikelilingi rumah kedai dan pasaraya seperti The Store & Aeon Mall dan kawasan perumahan, Taman
Saujana di belakang harta tanah berkenaan. Pembangunan di kawasan sekeliling mempunyai reka bentuk
lama seperti bangunan rumah kedai yang didirikan.
Pelan Lokasi adalah seperti di Lampiran B
16
6. KETERANGAN HARTA TANAH
Tanah
Harta tanah berkenaan berkeluasan 130 Meter Pesergi. Rupabentuk lot segi empat panjang dan mempunyai
rupabuminya yang separas dengan paras ketinggian dari jalan tar. Kegunaan semasa harta tanah berkenaan
adalah bangunan.
Bangunan
Bangunan Rumah Kedai 2 Tingkat
Jenis bangunan : Rumah Kedai 2 tingkat rekabentuk pemaju
Kegunaan : Kedai/Kediaman
Struktur : Kekal
Bumbung – Asbestos
Kemasan bangunan : Siling – Asbestos, Batu Lepaan
Dinding – Bata Lepaan
: Lantai – Simen & Mosaic
:
:
Luas bangunan utama: 214.34 meter persegi
Luas bangunan luar : 31.73meter persegi
Luas lantai efektif` : 123.04 meter persegi
17
Tarikh binaan : 1990
Keadaan struktur bangunan adalah
Keadaan struktur : sederhana
Ruang Operasi
Akomodasi : Ruang Umum
: Tandas
:
Pelan Tapak & Gambar Subjek Lot adalah seperti di Lampiran C dan D
7 . KEMUDAHAN AWAM
7.1 Bekalan elektrik : Ada
7.2 Bekalan air : Ada
7.3 Pengangkutan awam : Ada
7.4 Telefon : Ada
8. MAKLUMAT PERANCANGAN
8.1 Kawasan PBT : Dalam kawasan Majlis Daerah Larut Matang & Selama (MDLMS)
8.2 Zoning : Perdagangan
18
9. ASAS NILAIAN
Nilaian adalah berasaskan kepada Nilai Pasaran yang didefinisikan di bawah ‘Malaysian of Valuation
Standard’ sebagai :-
“Amaun yang dianggarkan untuk pertukaran sesuatu harta tanah atau liabiliti pada tarikh nilaian bagi
sesuatu transaksi yang tulen, di antara penjual yang rela, setelah harta tanah berkenaan dipasarkan di
pasaran terbuka dalam tempoh yang berpatutan, di mana semua pihak telah bertindak dengan
pengetahuan, bijak dan tanpa paksaan”.
10. FAKTOR-FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN
10.1 Kedudukan subjek berada di tengah pekan
10.2 Pengangan subjek lot
10.3 Lokasi dan kedudukan Harta tanah berkenaan di lapisan pertama
11. BUTIR-BUTIR PERBANDINGAN
Butir- butir perbandingan yang terbaik dan sebanding ialah pindahmilik yang terletak berhampiran dan masa
transaksi yang paling hampir dengan harta tanah berkenaan.
Sila rujuk di Lampiran E & F - Butir - butir Perbandingan & Pelan Perbandingan
19
12.0 KAEDAH PENILAIAN
Memandangkan perihal lot berkenaan serta bukti-bukti nilaian yang diperolehi, kaedah penilaian yang sesuai
bagi menentukan nilai pasaran tanah berkenaan ialah Kaedah Perbandingan & Kos.
Kaedah perbandingan adalah berasaskan kepada prinsip bahawa bukti harga jualan atau balasan yang
dibayar untuk sesuatu harta tanah adalah merupakan nilai pasaran harta tanah tersebut. Dalam kaedah ini,
jual beli harta tanah yang sebanding dalam kawasan sekitar akan digunakan sebagai asas untuk menentukan
nilai pasaran harta tanah subjek. Penyelarasan yang sesuai dibuat untuk mengambilkira perbezaan antara
harta tanah yang dinilai berbanding dengan bukti-bukti jual beli di atas faktor-faktor seperti lokasi, saiz,
bentuk, jenis pegangan dan sebagainya yang mempengaruhi nilai.
Kaedah kos pula adalah mencari dan mengira kos untuk membina bangunan tersebut. Kaedah kos
digunakan untuk menyemak adakah sama atau hampir sama harga pasaran yang diperoleh melalui kaedah
perbandingan. Kaedah kos diperoleh dengan menambah nilai tanah dan nilai bangunan tersebut.
Rujuk Lampiran G-Pelarasan
13.0 PENDAPAT NILAIAN
Berdasarkan butir-butir jual beli harta sebanding di kawasan yang sama, saya berpendapat nilai pasaran yang
munasabah dan berpatutan bagi harta tanah ini untuk 1/2 bahagian dengan pemilikan kosong dan tanpa
sebarang bebanan adalah RM250,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit
Sahaja).
20
Rumusan
Sepanjang menjalani latihan industri di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH), saya
telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman bekerja bersama- sama dengan tenaga kerja
profesional. Latihan Industri ini sangat berfaedah kepada pelajar dalam mempraktikkan apa yang
dipelajari di INSPEN. Dengan itu pelajar akan lebih memahami apa yang dipelajari. Bagi pendapat
saya, latihan industri ini perlu diteruskan untuk masa hadapan dan tempohnya dipanjangkan agar
dapat mempelajari sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
21