m/s 7 EDISI PERTAMA
TAHAP KESEPADUAN
DISEMBER 2021/2022
DICAPAI
SCAN ME !
E-MAJALAH
MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
TOPIK 4: PEMANTAPAN KESEPADUAN
NASIONAL MALAYSIA
WE'RE ALL MALAYSIANS. THIS IS THE BOND
THAT UNITED US. LET US ALWAYS REMEMBER
THAT UNITY IS OUR FUNDAMENTAL
STRENGTH AS A PEOPLE AND AS A NATION.
- Tunku Abdul Rahman
KANDISUINGAN
TAJUK MUKA SURAT
Sidang redaksi 1
Penghargaan 2
Pengenalan 3
Perpaduan : Matlamat Diidamkan 4-6
Detik detik perbezaan 7-8
Tahap kesepaduan dicapai 9-11
Kesepaduan sosial & defisit sosial 12
6 Dimensi kesepaduan sosial 13
Defisit sosial 14
Langkah langkah defisit sosial 15
Etos nasional 16-18
Perpaduan : proses diusaha 19
Etnik Etnik-Tahap Keetnikan, Batas Etnik, 20-21
hubungan Sosial Rentas Etnik
Alat Penyatupaduan Melalui Tawar-menawar, 22
Perundingan dan Pengantaraan
Galeri Album 23
Penutup 24
Sumber Rujukan 25
Disediakan Oleh 26
NAMA PENSYARAH :
PUAN SOLHAL HUDA
BT. SAHIDAN
SIDANG
REDAKSI
AMYLIA EMALYN ANIS AUFA BINTI ZAHARIN NUR ADILA BINTI ABD
NURSYAFEENA BINTI MOHD 18DSK21F1016 RAHIM
SHAH 18DSK21F1026
18DSK21F1034
NURUL ALIA LEE BINTI NUR NADIA IZZATI BINTI
KASMADI
MUHAMMAD AMIN LEE 1
18DSK21F1044
18DSK21F1046
PENGHARGAAN
Seindah Bicara,
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum w.b.t
Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian
alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya ini.
Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurnianya
terhasillah majalah yang dapat memberikan manfaat kepada
semua. Sesungguhnya kami berasa bangga dan berbesar hati
dapat menyelesaikan tugasan e-majalah ini dengan
sebaiknya. Setinggi tinggi penghargaan kami ucapkan kepada
pensyarah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban, Puan
Solhal Huda Bt. Sahidan diatas bimbingan, sumbangsaran
pendapat dan idea untuk penghasilan e-majalah ini.
2
PENGENALAN
BY ALIA LEE
Tajuk ini menjelaskan tentang pemantapan kesepaduan
nasional Malaysia. Selain itu, bab ini turut membincangkan
kepelbagaian masyarakat. Kepelbagaian ini menimbulkan
berbagai-bagai cabaran kepada sesebuah masyarakat,
seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika
dan peradaban yang berbeza dan terjelma dalam pemikiran
dan praktis kehidupan masing-masing. Namun, kesemuanya
perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi
persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan. Kesediaan tawar-menawar, berunding dan
melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan
dan keharmonian di Malaysia semenjak merdeka. Hal ini
menunjukkan kesepaduan nasional yang telah wujud,
didukung dan mesti terus-menerus dimantapkan. Hal ini
dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak
serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang
diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan
yang diusahakan.
3
PERPADUAN : MATLAMAT
DIIDAMKAN BY ALIA LEE
Perpaduan merupakan istilah umum yang biasa kita dengar. Hal ini sering
digunakan semasa perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin politik.
Istilah tersebut amat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang
memerlukan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat dalam konteks
keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya.
Oleh sebab itu, pentingnya, gagasan perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in
diversity (Kasim Tukiman, 2020).
Perpaduan menjadi idaman seluruh masyarakat Malaysia, tetapi masih
belum tercapai. Perpaduan merujuk kepada satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identity dan nilai. Bersama serta perasaan cinta dan bangga akan
tanah air. Perpaduan sebagai satu Hasrat yang diidamkan oleh seluruh rakyat
Malaysia namun hal ini sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan.
Perkara ini, biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu
secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat. Kita perlu
sentiasa berusaha mencari jalan ke arah penyatupaduan. Kesemua ini dilakukan
berdasarkan tiga prinsip utama, iaitu tawar-menawar (bargaining), berunding
(negotiation) dan perantaraan (mediation). Hasil yang dicapai selama ini adalah
berasaskan platform intergrasi yang telah dibina. Perpaduan merupakan matlamat
akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik (Shamsul, 2007).
4
BY ALIA LEE
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), sejarah hubungan kaum di
Malaysia berlaku trend pasang dan surut yang boleh dibahagikan kepada tiga
tempoh masa iaitu selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 iaitu fasa konflik
(1945-1960), fasa kestabilan tetapi tegang (1961-1970) dan fasa kesepaduan sosial
(1971 hingga kini). Ketiga-tiga fasa tersebut mencerminkan scenario hubungan
kaum di Malaysia dan menjelaskan bahawa perpaduan kaum dalam konteks
kesepaduan sosial perlu dijaga agar pengalaman pahit dalam dekad-dekad lalu
menjadi pengajaran untuk kebaikan bersama.
Oleh sebab itu, perpaduan nasional menjadi misi penting bagi negara yang
memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang mampu menterjemahkan wajah
kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu
menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu perlu menjadikan Islam
sebagai kayu ukur utama dalam mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks
Malaysia. Selain melihat sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah seluruh alam,
ciri agama bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal
menerajui usaha baik ini. Perlu wujud kesedaran dalam masyarakat, supaya berusaha
membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam
merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2020. Bagi mencapai misi ini, masyarakat
perlu mewujudkan nilai persefahaman, tolak ansur dan hormat-menghormati. Kesantunan
insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu
dititkeberatkan serta difahami oleh semua pihak.
5
BY ALIA LEE
Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara yang
membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama dalam
suasana harmoni di samping mengekalkan identity dan ciri bangsa masing-masing.
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan budaya
berbeza, sifat kebersamaan serta cinta akan keharmonian perlu ada bagi
merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Justeru, keutamaan kepada usaha
membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat
perlu diberi perhatian. Maka, peranan individu dan masyarakat memahami peranan
masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.
6
DETIK DETIK PERBEZAAN
BY AMYLIA EMALYN
Sambutan Perayaan
Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan
perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan dan agama dan setiap agama
yang pelbagai. Namun hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat
perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri ciri yang tertentu.
Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam menhadapi isu sambutan
perayaan sebagai suatu sambutan tahunan semua bangsa di Malaysia. Malah aktiviti kunjung
mengunjung yang tidak berkaitan dengan hal hal keagamaan perlu diteruskan agar
perpaduan yang ada semakin utuh dan padu.
Jenayah
Apabila berlaku sesuatu jenayah, pastinya kita akan melihat apakah jenis jenayah yang
dilakukan. Apabila telah pasti sesuatu jenayah tersebut, makan akan terlintas dalam minda
siapakah yang terlibat dalam jenayah tersebut. Hal ini adalah satu sikap yang salah kerana
semua jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa.
Setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenayah. Jika sesorang tidak
mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, maka apabila berdepan
dengan sesuatu perkatara, maka akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh
undang-undang. Sebagai warganegara, kita haruslah patuh kepada setiap peraturan dan
undang undang negara kerana hukuman tidak melihat bangsa untuk ianya dijatuhkan oleh
pihak mahkamah. 7
Tempat Kerja
Telah timbul isu berkenaan tempat kerja yang memilih bangsa bangsa tertentu dan syarat
syarat tertentu. Hal ini sudah tentu merupakan sesuatu yang akan menggugat perpaduan
bangsa jika tidak ditangani dengan baik. Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah
satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan
tidak terikat kepada bangsa atau kaum.
Sebagai warganegara isu tempat kerja kerja perlu dilihat sebagai salah satu peluang untuk
meningkatkan produktiviti kerana berlainan bangsa dan agama akan memberikan pelbagai
idea dan usaha untuk majikan memperoleh manfaat yang pelbagai dikalangan pekerjanya.
Pengebumian
Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang. Walau bagaimanapun,
agama tidak menghalang untuk seseorang penganut bersedih dan menghormati atas
kehilangan salah seorang ahli keluarga yang berlainan agama dan bangsa. Ziarah menziarahi
juga digalakkan sebagai memberi sokongan kepada ahli keluarga yang kematian orang yang
disayangi. Lebih bermakna lagi apabila bantuan dihulurkan kepada waris yang kehilangan
tempat bergantung dan dapat membantu mereka yang memerlukan.
8
TAHAP KESEPADUAN
DICAPAI BY NUR ADILA
Malaysia sudah hampir mencapai ‘kesepaduan sosial’ walaupun perpaduan
masih merupakan suatu matlamat yang terus diidamkan.
Pakar antropologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pengarah serta
pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri
Baharuddin berkata rakyat Malaysia mesti menerima kedudukan masyarakat
majmuknya dengan pelbagai budaya dan agama bagi mencapai perpaduan.
Berucap di persidangan dua hari Pemantapan Citra Kenegaraan: Perkongsian
Pengalaman (COSMA3) yang dianjurkan oleh UKM di sini hari ini beliau berkata
kesepaduan sosial tidak sama seperti perpaduan, dimana anggota masyarakat
harus mempunyai pendapat yang sama mengenai segala isu penting.
Beliau telah menyampaikan ucap tamanya bertajuk Perpaduan, Kesepaduan dan
Penyatupaduan: Satu Negara, Tiga Konsep Keramat, di persidangan itu.
Prof Shamsul Amri menjelaskan apabila membincangkan kedudukan sesuatu
kumpulan sosial, ia boleh dikatakan berada dalam keadaan kesepaduan apabila
wujud hubungan antara anggota-anggotanya dan untuk kumpulan keseluruhannya.
9
Beliau berkata sebuah negara yang mempunyai penduduk terdiri dari
hanya satu bangsa dan beragama sama pun sukar mencapai perpaduan
apatah lagi sebuah negara seperti Malaysia yang terdiri dari masyarakat
berbilang kaum, agama dan budaya. Beliau berkata perpaduan, kesepaduan
dan penyatupaduan adalah tiga konsep yang Malaysia berharap untuk
mencapai, ia itu konsep yang tidak sama tetapi mempunyai kaitan.
Perpaduan sering diungkapkan oleh rakyat dan juga ahli politik ketika
berbicara mengenai kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Namun perpaduan yang dikatakan itu hanyalah suatu impian yang belum
tercapai. Ia adalah suatu matlamat yang diinginkan oleh sebuah negara
majmuk seperti Malaysia.
Walau bagaimanapun, jika masyarakat kaum yang sama di negara-negara
lain tidak boleh mencapainya, apatah lagi negara seperti Malaysia.
Namun biarpun perpaduan masih bersifat impian dan bukan pencapaian, bibit
ke arah perpaduan tetap ada tetapi ianya adalah dalam bentuk kesepaduan.
“Kesepaduan merupakan satu keadaan yang tidak lengkap kerana
kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang ada di negara ini,” tambahnya.
“Jadi kalau kita mahu menuju ke arah kesepaduan yang lengkap hingga
mencapai perpaduan kita mesti menerima perbezaan, kalau tidak ia tidak
akan berjaya,” tegas beliau.
10
Prof Shamsul Amri juga menjelaskan ada pihak yang mahu mengukur
perpaduan sedangkan ia bukan suatu perkara yang ketara dan tidak boleh
didapati dalam bentuk kuantiti. Namun demikian perpaduan boleh dipantau
dan diperhatikan.
Persidangan dua hari COSMA3 itu telah dilancarkan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. Seramai 40 ahli akademik
dari universiti awam dan swasta tempatan dan Indonesia membentangkan
kertas penyelidikan mereka dalam persidangan itu.
11
KESEPADUAN SOSIAL &
DEFISIT SOSIAL BY ANIS AUFA
Kesepaduan Sosial
Kesepaduan sosial adalah antara teras penting dalam menjamin semua
bangsa di Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni. Ia
merupakan asas utama kepada keadaan yang stabil tanpa ada sebarang
konflik dalam masyarakat di Malaysia. Konsep kesepaduan sosisal yang
diasaskan oleh kerajaan adalah sebagai formula penting untuk
menguruskan masyarakat yang berbilang kaum dan agama khususnya di
Malaysia.
Mohd Syariefudin Abdullah et. Al (2016) dalam kajiannya menyatakan,
terdpata enam dimensi yang ada dalam kesepaduan social seperti di
carta berikut :
12
6 dimensi kesepaduan sosial BY ANIS AUFA
Kepunyaan- Penyertaan-
Pemencilan Ketakterlibatan
Ia merujuk kepada Rangkuman- Ia berfokus kepada
kewujudan atau
ketidakhadiran nilai-nilai penyertaan dalam
Pengecualian politik dalam kalangan
yang dikongsi dan Dimensi ini merujuk rakyat sama ada di
perasaan identiti yang kepada tahap tahap pusat atau lokal
sama. kesaksamaan dan dalam kerajaan.
peluang dalam kalangan
warga dalam ekonomi
khasnya pasaran.
Setara/setaraf-
Tidak setara
Ia merujuk kepada Kesamaan-
Ketidaksamaan
Pengiktirafan- penyelenggaraan
legitimasi dalam politik Ia merujuk kepada
Penolakan dan institusi sosial-
Dimensi ini merujuk daripada tahap negeri persamaan dan peluang
kepada kebimbangan kepada individu dalam yang sama dalam
akan perbezaan atau masyarakat yang kalangan masyarakat
toleransi dalam mempunyai minat yang tanpa mengira etnik,
kepelbagaian dalam berbeza. agama, budaya dan
kalangan masyarakat. Bahasa.
13
DEFISIT SOSIAL
BY ANIS AUFA
Defisit Sosial
Defisit sosial ialah isu dan hal yang belum selesai perlu diusahakan
penyelesaian satu persatu, memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak,
perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip tawar-menawar,
perundingan ataupun mediasi. (Dr Shamsul Amri Baharuddin,2019).
Sepuluh perkara utama yang menjadi topik kepada isu defisit sosial iaitu
etnisiti,agama,kelas sosial, pedidikan,Bahasa,jurang generasi, gender, politik
federalisme, ruang (bandar-desa) dan media. Ianya melibatkan isu-isu yang jika tidak
ditangani dengan bermanfaat dengan berhemat akan menjadi punca kepada
runtuhnya kesepaduan sosial yang ingin dibangunkan. Perkara-perkara seperti
kenyataan berbau sensitive etnik,agama dan perlembagaan, pilihanraya, krisis
ekonomi,dasar awam baru, kegagalan pembangunan, rasuah dan tadbir urus tidak
berintegriti boleh menghancurkan apa yang telah dibina selama ini dan akan menjadi
barah jika tidak dikawal.
14
LANGKAH LANGKAH
DEFISIT SOSIAL BY ANIS AUFA
Antara langkah-langkah dalam menghadapi defisit sosial ialah:
Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Politik Federalisme. Parti-parti politikpembangkang
sebelum ini membentuk Pakatan Harapan, memenangi PRU Ke-14 tanpa
pertumpahan darah,dan membentuk kerajaan dalam tahun 2018. Tidak seperti
sesetengah negara yang menghadapi pilihanraya sehingga terdapat dan kehilangan
harta benda akibat rusuhan dan tunjuk perasaan dari kalangan penyokong parti yang
bertanding.
Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Bahasa. Bahasa Melayu adalah salah satu alat yang
dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah,
agensi kerajaan mahupun swasta dapat menjadi bahasa penyatuan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum.
Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Etnisiti. Di beberapa negeri seperti di pantai timur,
masyarakat Melayu dan Cina mempunyai hubungan yang sangat erat. Sebagai contoh,
masyarakat Cina di Kelantan boleh bercakap dialek Kelantan tanpa telor atau pelat.
Hal ini adalah sesuatu yang perlu ditonjolkan terutama masyarakat Cina di bandar
supaya jurang dalam aspek etnisiti dapat dikurangkan.
Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Agama. Keharmonian dalam kepelbagaian bangsa
ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa.
Namun sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya, kadangkala
masyarakat kita berdepan isu sensitive yang boleh menggugat ketenteraman dan
keharmonian seperti perbezaan kefahaman mengenai agama,budaya dan kaum
masing-masing. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian ini perlu ditangani dengan baik
untuk mengelakkan tercetusnya sebarang perkara tidak diingini.
15
ETOS NASIONAL
BY ANIS AUFA
Maksud etos menurut Kamus Dewan ialah sifat ciri sesuatu
bangsa,budaya,era dan lain-lain-lain. Ia berasal daripada perkataan
Greek yang membawa etos berasal daripada perkataan
etika,sikap,keperibadian,watak ,karakter, serta keyakinan atas sesuatu
perkara.
Perkara Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir
Mohamad (1992) mengenai etos bangsa pula menyatakan:
“…building a nation out of diverse people with differing
historical,ethnic,linguistic, religious,cultural and geographical
backgrounds is something more than just fostering consensus on the
basic character of a state or nation. It involves the fostering of (1)
shared historical experiences, (2) shared values, (3) a feeling of
common identity, (4) shared destiny that transcends ethnic bounds
without undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment, and
(7) an emotional attachment to the nation,and the flowering of
distinctly national ethos” (Mahathir Mohamad,1992)
16
Secara kesimpulannya, etos Nasional Bangsa Malaysia
menurut pendapat Tun Mahathir ialah:
Perkongsian sejarah
Perkongsian Nilai
Perasaan Kekitaan
Bersama
Perkongsian Masa
Depan
Kesetiaan
Komitmen
Keterikatan Emosi
Negara
17
Menurut Nazri Muslim (2016), terdapat beberapa dimensi utama yang
dapat menjelaskan etos bangsa sesebuah masyarakat. Etos bangsa
terbina apabila masyarakat berkongsi nilai yang sama. Nilai masyarakat
yang dikongsi bersama merangkumi elemen kerjasama,menghormati
setiap individu,toleransi,disiplin diri (etika atau moral) dan demokrasi. Di
samping itu, etos bangsa juga akan terbina melalui perkongsian perasaan
dan semangat. Perasaan dan semangat dalam konteks etos bangsa dapat
dikategorikan kepada perasaan kekitaan, semangat patriotism dan
nasionalisme, dan persaan sebagai seorang warnganegara Malaysia.
Masyarakat multietnik Malaysia juga membawa suatu identity tersendiri.
Identiti bangsa Malaysia merujuk kepada beberapa sub-dimensi iaitu
bangsa Malaysia, Bahasa Malaysia, simbol-simbol negara dan beli barang
buatan Malaysia. Sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran
tentang etos bangsa tidak akan berupaya untuk hidup sebagai satu unit
kolektif apatah lagi untuk membentuk sebuah negara-bangsa yang ideal.
Etos nasional menjadi pusat kepada agenda pembinaan negara-bangsa
khususnya dalam konteks untuk mencapai matlamat perpaduan negara
dan integrase nasional. Etos nasional perlu mempunyai ciri-ciri unik
masyarakat setempat yang mengikat individu dengan negara. Ciri-ciri
unik etos nasional merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan
dan semata-mata, kepercayaan dan identiti.
18
PENYATUPADUAN : PROSES DIUSAHA
BY NADIA IZZATI
Penyatupaduan terjelma dalam pelbagai bentuk usaha yang dilakukan secara
berterusan bagi mencari penyelesaian defisit sosial dengan membina tapak
intergrasi di semua lapisan masyarakat.. Shamsul Amri Baharuddin ( 2015 )
menjelaskan naratif masyarakat Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan
kesepaduan sosial. Selain itu, masyarakat perlu juga berdepan dengan cabaran
stable tension yang muncul apabila parti politik, organisasi bukan kerajaan
atau individu memainkan isu-isu sensitif seperti bahasa, agama, pendidikan
vernakular, perlembagaan dan hak yang diperuntukkan kepada orang Melayu
bumiputera, hubungan negeri dan persekutuan, spatial antara bandar dan luar
bandar dan sebagainya.
Mekanisme penyatupaduan ini dinamakan tapak intergrasi. Tapak intergrasi ini
wujud dalam bentuk dasar, acara sukan, festival budaya, perayaan agama, seni
muzik dan budaya dan sebagainya. Pelbagai ruang dan peluang dicipta bagi
membolehkan tapak integrasi sentiasa ada dan muncul silih berganti. Tapak
intergrasi ini boleh dilihat dalam bentuk top down seperti kewujudan dasar
pembangunan yang direka oleh pembuat dasar bagi memastikan hala tuju
pembangunan yang dirancang, dipantau oleh kementerian atau jabatan
kerajaan tertentu di peringkat pusat dan negeri ( Kartini & Rachel; 2018 ).
19
Etnik Etnik-Tahap Keetnikan,
Batas Etnik, Hubungan Sosial
Rentas Etnik
BY NADIA IZZATI
Kategori etnik merujuk kepada warisan sosiobudaya seseorang. Antara
ciri konsep etnik ialah budaya, adat, bahasa, agama, dan negara asal
nenek moyang. Kumpulan etnik memiliki satu set ciri sosiobudaya yang
tersendiri. Menurut Martin (2003), etnik ialah kumpulan manusia yang
wujud sebagai sebahagian daripada satu masyarakat yang lebih besar
dengan ahli-ahli kumpulan ini dengan mengamalkan budaya yang agak
seragam. Mak, etnik boleh didefiniikan sebagai sekelompok manusia
yang mengamalkan budaya termasuk adat resam, bahasa, agama yang
seragam dan berasal dari negara nenek moyang.
Tahap Keetnikan merupakan budaya modeniti yang mengutamkan
kestabilan dan kemajuan. Menyenarai dan meneliti perbezaan serta
cabaran antara komuniti untuk diselesaikam. Negara kita mempunyai
rakyat yang terdiri dari pelbagai bahasa , budaya ,agama dan tradisi
kehidupan. Menjadi matlamat utama negara bagi memastikan kehidupan
rakyat pelbagai budaya ini hidup saling bersatu dan berintergrasi.
20
Batas etnik iaitu kepelbagaian masyarakat yang berbeza etnik,
agama, Bahasa, budaya, fan sebagainya. Semakin nipis batas etnik
akan semakin mudah tebentuknya interaksi di antara masyarakat.
Menurut Mansoret al ( 2006 ), sama ada tebal, nipis atau
pupusnya batas etnik seseorang individu itu akan menentukan
sama ada tingkah lakunya dioengaruhi oleh perkiraan etnik atau
tidak.
Hubungan Sosial Rentas Etnik adalah menggalakkan aktiviti
kolektif dan pembangunan individu dan komuniti . Pengukuhan
struktur hubungan organisasi antara berbilang agama dan etnik di
setiap peringkat masyarakat. Hubungan pelbagai etnik di Malaysia
menjadi intipati penting dalam menjamin kesepaduan sosial dalam
masyarakat. Hubungan ini wujud dalam pelbagai sama ada melalui
aspek politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah hal ehwal
pentadbian.
21
Alat Penyatupaduan Melalui Tawar-
menawar, Perundingan dan Pengantaraan
BY NADIA IZZATI
Kesepaduan sudah dicapai melalui pembentukan tapak intergrasi yang
dibina berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan dan
pengantaraan. Prinsip ini dilaksanakan dengan kerjasama yang baik antara
pemimpin dan masyarakat Perlembagaan Persekutuan ialah mercu tanda
tapak intergrasi yang menjadi asas dan teras kesepaduan rakyat
Malaysia. Penyatupaduan pula terjelma dalam pelbagai bentuk usaha yang
perlu terus dilaksanakan untuk mencari penyelesaian deficit sosial
dengan membina projek tapak intergrasi di semua lapisan masyarakat.
22
GALERI
ALBUM
23
PENUTUP
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang
kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan
kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan
keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang
berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang
porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu
penting untuk meningkatkan keamanan Negara.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun ”bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan
kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi
masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
24
SUMBER RUJUKAN
1.
https://www.jobstore.com/caree
rs-blog/2019/08/29/kepentingan-
perpaduan-kaum-di-malaysia/
2.
25
DISEDIAKAN OLEH
Amylia Emalyn Nursyafeena
Binti Mohd Shah EDITOR
18DSK21F1034
Nurul Alia Lee Binti Muhammad
Amin Lee
18DSK21F1046
Nur Adila Binti Abd Rahim
18DSK21F1026
Anis Aufa Binti Zaharin
18DSK21F1016
Nur Nadia Izzati Binti Kasmadi
18DSK21F1044
26