TTAANNGGGGUUNNGGJJAAWWAABB BBEERRSSAAMMAA KEMPEN KEBERSIHAN S e l a m a t k a n B u m i K i t a ! S e l a m a t k a n B u m i K i t a ! 1188AAPPRRIILL22002233 PPOOLLIITTEEKKNNIIKKTTUUAANNKKUUSSYYEEDDSSIIRRAAJJUUDDDDIINN,, PPEERRLLIISS 88..0000AAMM--1122..0000PPMM
Seindah Bicara, Salam Sejahtera & Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya, kami dapat menyiapkan buku program yang bertajuk Kempen Kebersihan Tanggungjawab Bersama dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Salasiah binti Noordin selaku pensyarah kursus Notetaking yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan buku program ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi tinggi perghargaan kepada ahli-ahli kumpulan kami atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan serta sepanjang kami menyiapkan buku program ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan rakan kelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat sepanjang kami menyiapkan buku program ini. PENGHARGAAN
KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,Hadirin sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana diberi kesempatan untuk kita bersama-sama berkumpul pada hari yang damai ini bagi menjayakan "Kempen Kebersihan Tanggungjawab Bersama" yang dianjurkan oleh pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Semester 4, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama bagi menjayakan program ini. Program ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada semua. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Hadirin yang saya hormati sekalian, Kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, manakala sebahagian lagi ialah amalan kita yang mulia dan soleh. Saya mewakili pihak pengurusan berharap agar program pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini dapat dicapai.
Hadirin sekalian yang dihargai, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir sebagai sukarelawan dan meluangkan masa dan memberi sumbangan dalam menjayakan program ini dengan lebih efektif. Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini, dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya.
OBJEKTIF PROGRAM Menerapkan nilai-nilai murni seperti mencintai kebersihan adalah tanggungjawab bersama sesama rakyat. Memupuk semangat kerjasama antara rakyat semasa berganding bahu dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang untuk kesejahteraan semua orang. "Menimbulkan kesedaran kepentingan kebersihan, Menanam sikap cintakan kebersihan". Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan. Menerapkan kebersihan yang teratur akan menjamin kesihatan yang lebih sihat dan tenaga dan dapat menghindari daripada penyakit.
BUTIRAN PROGRAM Bersih atau istilah dalam bahasa Arab iaitu nazifah adalah menjadi akar kata daripada sepotong Hadith nabi SAW yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Huraian daripada Hadith di atas adalah menuntut supaya semua pihak mengutamakan kebersihan dalam semua perkara. Kebersihan lahir daripada hati yang nurani dan diterjemahkan dengan sikap dan tingkah laku. Orang yang bersih jiwa nescaya bersihlah sikap dan tingkah laku lalu diterjemahkan dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, isu kebersihan terus menjadi wahana penting dalam masyarakat apabila masih ada segelintir anggota masyarakat yang tidak peka terhadap amalan yang sangat penting ini. Hal ini agak menyedihkan sejak belakangan ini. Sikap individualistik dengan perilaku "lempar batu sembunyi tangan" terus menyumbang terhadap pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelbagai perkara yang drastik perlu bekerjasama oleh semua pihak agar Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara yang bersih, sejahtera dan harmoni.
Seperti yang telah kita sedia maklum, inisiatif yang paling perdana lahir daripada diri sendiri. Program ini telah berjaya menjalankan sebanyak tiga aktiviti iaitu membersih kawasan asrama siswa dan siswi, bergotong-royong di kawasan bilik kuliah dan mencantikkan kawasan bilik kuliah. Ketiga program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan semua pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah memberi sumbangan yang terbaik dan efektif semasa program ini dan juga bagi menjayakan "Program Kempen Kebersihan Tanggungjawab Bersama" yang dianjurkan oleh pelajar dari Diploma Sains Kesetiausahaan, Semester 4. Program tersebut telah dijalankan seperti berikut:- Tarikh: 18 April 2023 Tempat: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Masa: 8.00 AM - 12.00 PM
TENTATIF PROGRAM
BUTIRAN AKTIVITI Pelajar lelaki membersihkan kawasan asrama siswa sementara pelajar perempuan membersihkan kawasan asrama siswi. Membersihkan tandas blok asrama masing-masing. Mengelap cermin tingkap di sekitar bilik kuliah untuk membuang segala habuk habuk dan dapat memberi keselesaan kepada pelajar untuk berada di bilik kuliah. Menyusun meja dengan kemas dan teratur. Menyapu lantai dan buang sampah di dalam bilik kuliah. Pelajar diarahkan untuk mengecat semula bilik kuliah yang ditetapkan. Memastikan dinding telah dicat dengan warna yang baru dan kelihatan kemas. Aktiviti:Membersihkan kawasan asrama siswa dan siswi. Objektif: Memupuk sikap kebersihan di dalam diri pelajar. Pelaksanaan : 1. 2. Aktiviti : Bergotong royong di kawasan Bilik Kuliah. Objektif : Memupuk semangat bekerjasama antara para pelajar. Pelaksanaan : 1. 2. 3. Aktiviti : Mencantikkan kawasan di Bilik Kuliah. Objektif : Dapat meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dan hadir ke bilik kuliah. Pelaksanaan : 1. 2.
MEMBERSIHKAN KAWASAN ASRAMA
MEMBERSIHKAN KAWASAN ASRAMA
GOTONG ROYONG BILIK KULIAH
GOTONG ROYONG BILIK KULIAH
MENCANTIKKAN KAWASAN BILIK KULIAH
MENCANTIKKAN KAWASAN BILIK KULIAH
DISUNTING OLEH: AISYAH BINTI NORULHAIZAM RASIKA PRIYA A/P CHANDRAN AMYLIA EMALYN NURSYAFEENA BINTI MOHD SHAH 18DSK21F1002 18DSK21F1028 18DSK21F1034