The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Ikram Md Shariff, 2024-02-13 06:35:48

Bab 8 – Cahaya dan Optik

Bab 8 – Cahaya dan Optik

BAB 5 JIRIM Sains Tingkatan 1 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor


5.1 Jirim dalam Alam


Jirim Jirim boleh didefinisikan sebagai semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Semua benda hidup termasuklah manusia, tumbuhan dan haiwan dikelaskan sebagai jirim. Benda bukan hidup seperti air, tanah, batu dan udara juga ialah jirim


Sifat Fizik Jirim • Sifat fizik ialah kualiti yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan lima deria manusia atau menggunakan alat pengukur


Sifat-sifat fizik jirim • Cecair yang berbeza mempunyai takat didih yang berbeza. • Takat didih air ialah 100°C.


Sifat-sifat fizik jirim • Pemegang periuk diperbuat daripada bahan penebat haba seperti plastik.


Sifat-sifat fizik jirim • Periuk diperbuat daripada bahan konduktor haba seperti logam.


Sifat-sifat fizik jirim • Gula boleh melarut dalam air kopi.


Sifat-sifat fizik jirim • Takat lebur ais ialah suhu tetap ketika ais berubah menjadi cecair pada tekanan yang tertentu.


Sifat Kimia Jirim • Sifat kimia suatu bahan menunjukkan tindak balas sesuatu bahan itu berubah menjadi bahan yang berbeza. • Sifat kimia ini bergantung pada tindak balas yang berlaku terhadap sesuatu bahan.


Sifat-sifat kimia jirim • Pengaratan berlaku kepada besi apabila terdedah kepada air dan udara.


Sifat-sifat kimia jirim • Petrol merupakan jirim yang mudah terbakar.


Mengelaskan Bahan • Ketumpatan •takat lebur •takat didih • keterlarutan


Ketumpatan • Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per unit isi padu bahan tersebut. • Ketumpatan menentukan kebolehan sesuatu bahan untuk terapung dan tenggelam • Bahan yang kurang tumpat akan terapung manakala bahan yang lebih tumpat akan tenggelam • Sebagai contoh, minyak kurang tumpat daripada air. • Oleh itu, minyak akan terapung di permukaan air


Takat Lebur dan Takat Didih • Takat lebur ialah suhu apabila keadaan pepejal bertukar menjadi cecair. • Takat didih pula ialah suhu apabila keadaan cecair berubah menjadi gas. • Jirm juga boleh dikelaskan berdasarkan takat lebur dan takat didih sesuatu bahan.


Keterlarutan • Keterlarutan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk melarut di dalam pelarut dan membentuk larutan. • Keterlarutan sesuatu bahan bergantung pada ciri-ciri f izik dan kimia bahan larut dan pelarut • Oleh sebab bahan yang berbeza mempunyai kebolehan melarut yang berbeza, jirim juga boleh dikelaskan mengikut keterlarutan bahan. • Sebagai contoh, kita melarutkan gula (bahan larut) di dalam air kopi (pelarut) untuk diminum


5.2 Tiga Keadaan Jirim


Tiga Keadaan Jirim • Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni. Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar mahupun menerusi mikroskop cahaya. • Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron.


Teori kinetik • Teori kinetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskret dan sentiasa bergerak pada semua arah.


Zarah-zarah jirim • Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara satu sama lain. • Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu jirim, zarah akan bergerak lebih laju. • Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan • Jirim wujud dalam tiga keadaan yang berlainan, iaitu pepejal, cecair dan gas.


Air • Air merupakan satu-satunya bahan di muka bumi ini yang wujud secara semula jadi dalam ketiga-tiga keadaan. • Contohnya, air wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik. • Apabila disejukkan, air berubah menjadi ais. • Air yang dipanaskan pada suhu 100°C pula akan berubah menjadi stim.


PEPEJAL • Ruang antara zarah: Sangat kecil • Susunan zarah: Tersusun sangat rapat • Pergerakan zarah: Bergetar pada kedudukan yang tetap


PEPEJAL


CECAIR • Ruang antara zarah: Sederhana • Susunan zarah: Tersusun rapat • Pergerakan zarah: Bebas bergerak, menggelongsor dan berlanggar antara satu sama lain


CECAIR


GAS • Ruang antara zarah: Besar • Susunan zarah: Berjauhan antara satu sama lain • Pergerakan zarah: Bebas bergerak secara rawak dan berlanggar antara satu sama lain


GAS


plasma • Matahari tidak dikategorikan sebagai pepejal mahupun gas. • Matahari berada dalam keadaan jirim yang disebut sebagai plasma.


Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan Jirim • Zarah-zarah ini bergerak secara rawak dalam pelbagai arah dan menyebabkan bau wangian itu tersebar. • Kita boleh katakan bahawa resapan telah berlaku. • Resapan ialah proses pergerakan zarah-zarah jirim dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah.


Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh Penyerapan dan Pembebasan Haba Berdasarkan Teori Kinetik • Terdapat banyak bahan yang mengalami perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian kita disebabkan oleh penyerapan dan pembebasan haba. • Pemanasan atau penyejukan menyebabkan sesuatu jirim mengalami perubahan keadaan. • Contohnya, apabila sesuatu cecair itu disejukkan, cecair itu akan membebaskan haba • Zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak lebih perlahan. • Zarah-zarah menarik antara satu sama lain dan bertukar menjadi pepejal. • Cecair dikatakan mengalami proses pembekuan.


Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh Penyerapan dan Pembebasan Haba Berdasarkan Teori Kinetik • Apabila bahan pepejal dipanaskan, bahan tersebut akan berubah menjadi cecair dan akhirnya menjadi gas melalui proses pendidihan. • Sesetengah bahan pula akan berubah terus daripada pepejal menjadi gas. Proses ini disebut sebagai pemejalwapan • Semasa proses pemejalwapan, tenaga kinetik zarah-zarah bertambah apabila zarah menyerap haba sehingga boleh bertukar secara langsung daripada pepejal menjadi gas.


Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh Penyerapan dan Pembebasan Haba Berdasarkan Teori Kinetik • Apabila sesuatu bahan dipanaskan, suhu akan meningkat dan apabila sesuatu bahan disejukkan, suhu akan menurun • Walau bagaimanapun, suhu tidak akan berubah ketika mencapai takat beku, takat lebur dan takat didih semasa proses pembekuan, peleburan dan pendidihan. Keadaan ini berlaku kerana tenaga kinetik zarah-zarah tidak bertambah; haba diserap atau dibebaskan untuk memastikan daya tarikan antara zarah-zarah diatasi atau dibentuk.


Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh Penyerapan dan Pembebasan Haba Berdasarkan Teori Kinetik • Semasa perubahan fizikal ini berlaku, jisim juga kekal tidak berubah kerana kuantiti zarah-zarah tidak berubah apabila dipanaskan atau disejukkan. • Perubahan yang berlaku hanyalah pada tenaga kinetik zarah-zarah tersebut.


TAMAT


Click to View FlipBook Version