The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Ikram Md Shariff, 2021-01-31 07:40:57

NOTA KEMAHIRAN SAINTIFIK SEKOLAH RENDAH

NOTA KEMAHIRAN SAINTIFIK SEKOLAH RENDAH

Keywords: NOTA KEMAHIRAN SAINTIFIK

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Kemahiran saintifik terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Kemahiran Proses Sains
2. Kemahiran Manipulatif

1.0 Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains yang telah dipelajari sebelum ini
termasuklah:

1. Memerhati: Menggunakan deria penglihatan,

pendengaran, rasa, bau, atau sentuhan untuk mengumpul

maklumat tentang objek dan fenomena.

2. Mengelas: Mengasing dan mengumpulkan objek atau

fenomena berdasarkan ciri yang sama.

3. Mengukur dan menggunakan nombor: Membuat

pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan

nombor, alat piawai atau alat yang diseragamkan.

4. Membuat inferens: Membuat kesimpulan awal yang

munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk

menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

5. Meramal: Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau

berdasarkan data.

6. Berkomunikasi: Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk

tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

Semasa di tahun 4, murid-murid akan mempelajari 6 lagi
kemahiran proses sains iaitu:

1.7 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

1. Menggunakan perhubungan ruang dan masa ialah kemahiran
memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena
berdasarkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu dan
berat mengikut masa.

2. Contoh, selepas 20 minit, ais krim sudah berubah bentuk, saiznya
juga mengecil. Perubahan bentuk dan saiz aiskrim dinamakan
perubahan parameter.

3. Apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan
saiznya semakin mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa dalam
situasi di atas adalah, apabila masa bertambah, bentuk aiskrim
menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil.

1.8 Mentafsir Data

1. Mentafsir data ialah kemahiran memberikan penerangan yang
rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang
dikumpulkan.

2. Penerangan yang diberikan daripada bacaan sesuatu jadual, carta pai,
carta palang atau carta pengelasan ialah contoh mentafsir data.

1.9 Mendefinisi Secara Operasi

1. Mendefinisi secara operasi ialah kemahiran memberikan definisi
tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dapat
dilakukan dan diperhatikan.

2. Sebagai contoh,

1. Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air ialah isi
padu air yang tinggal di dalam bikar.

2. Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air paling
tinggi ialah isi padu air yang tinggal paling sedikit di dalam
bikar.

3. Definisi secara operasi pertumbuhan pokok kacang hijau ialah
bilangan daun dan ketinggian pokok kacang hijau selepas
seminggu.

4. Definisi secara operasi had kekenyalan gelang getah ialah
Panjang maksimum gelang getah yang dapat ditarik sebelum
putus.

1.10 Mengawal Pemboleh Ubah

1. Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh berubah dalam sesebuah
penyiasatan.

2. Pemboleh ubah yang diubah dalam sesuatu penyiasatan dinamakan
pemboleh ubah dimanipulasi.

3. Pemboleh ubah yang dikekalkan dalam sesuatu penyiasatan dikenali
sebagai pemboleh ubah malar.

4. Pemboleh ubah yang diperhatikan dalam sesuatu penyiasatan
dikenali sebagai pemboleh ubah bergerak balas.

1.11 Membuat Hipotesis

1. Membuat hipotesis ialah kemahiran membuat pernyataan umum
yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam
sesuatu penyiasatan.

2. Sebagai contoh, “Semakin bertambah bilangan adukan, semakin
berkurang masa untuk gula melarut sempurna”.
o Mereka berjaya membuat hipotesis dengan mengaitkan dengan
mengaitkan hubungan antara pemboleh ubah yang
dimanipulasi iaitu bilangan adukan dengan pemboleh ubah
yang bergerak balas, iaitu masa untuk gula melarut sempurna.

3. Hipotesis yang dibuat boleh diuji dengan menjalankan eksperimen.

1.12 Mengeksperimen

1. Mengeksperimen ialah kemahiran merancang dan menjalankan
penyiasatan untuk meguji sesuatu hipotesis dengan mengumpul dan
mentafsir data bagi membuat kesimpulan daripada penyiasatan
tersebut.

2. Langkah-langkah mengeksperimen:
1. Merancang eksperimen
1. Mengenal pasti masalah dan membuat pernyataan
masalah
2. Membuat hipotesis
3. Mengamal pemboleh ubah
4. Menyenaraikan alat dan bahan
5. Merancang langkah-langkah
2. Menguji hipotesis
3. Mengumpul dan mentafsir data
4. Membuat kesimpulan
5. Menulis laporan
1. Tujuan
2. Pernyataan masalah
3. Hipotesis
4. Menentukan pemboleh ubah
5. Alat dan bahan
6. Langkah-langkah

7. Dapatan/ Data
8. Mentafsir data
9. Kesimpulan

Kemahiran Manipulatif

1. Kemahiran manipulatif sains perlu diamalkan ketika suatu
eksperimen atau penyiasatan.

2. Terdapat 5 kemahiran manipulatif:
1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan
betul.
2. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
3. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
4. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan
selamat.
5. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.


Click to View FlipBook Version