The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Ikram Md Shariff, 2021-02-09 03:57:46

NOTA TAHUN 3 UNIT 3 MANUSIA

NOTA TAHUN 3 UNIT 3 MANUSIA

Sains Tahun 3 Unit 3: Manusia (KSSR Semakan 2017)

(A) Jenis dan Struktur Gigi

1. Manusia mempunyai tiga jenis gigi:
1. Gigi kacip: Memotong makanan.
2. Gigi taring: Mengoyakkan makanan.
3. Gigi geraham: Melumatkan makanan.

2. Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, struktur gigi dari luar
ke dalam ialah:
(i) enamel,
(ii) dentin,
(iii) gusi,
(iv) saraf dan
(v) salur darah.
\

3. Terdapat dua set gigi, iaitu gigi susu dan gigi kekal.

1. Kedua-dua set gigi mempunyai jenis gigi yang sama, iaitu gigi
kacip, gigi taring dan gigi geraham.

2. Perbezaan antara set gigi susu dan set gigi kekal:

 Cara penjagaan kesihatan gigi:
1. Berkumur dapat mengeluarkan sisa makanan yang terlekat pada
celah gigi.
2. Gigi diberus menggunakan ubat gigi yang digosokkan di setiap
permukaan gigi. Beruslah gigi sekurang-kurangnya dua kali
sehari.
3. Untuk menggunakan flos, selitkan tali flos di celah gigi dan
gerakkannya untuk mengeluarkan sisa makanan.
4. Kita juga perlu membuat pemeriksaan gigi di klinik setiap enam
bulan.

 Terdapat pelbagai teknologi rawatan pergigian seperti:
1. Tampalan

2. Pendakap gigi

3. Gigi palsu
4. Rawatan akar

(B) Kelas Makanan

1. Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan yang mempunyai
kepentingan kepada tubuh badan agar kita sentiasa kekal sihat.

1. Protein seperti daging, ayam, ikan, udang dan susu membantu
dalam tumbesaran badan.

2. Karbohidrat seperti nasi, kentang, bijirin dan roti memberi
tenaga kepada badan kita.

3. Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menjaga
kesihatan badan kita.

4. Mineral seperti sayur-sayuran, makanan laut, garam dan keju
menjaga kesihatan badan kita.

5. Lemak seperti mentega dan minyak memanaskan badan kita.

6. Air seperti mineral dan jus mengawal suhu badan kita.

7. Pelawas seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mencegah
sembelit.

2. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kelas
makanan dalam jumlah yang mencukupi.

3. Makan makanan tidak seimbang boleh menyebabkan masalah
kesihatan. Oleh itu, kita perlu merancang makanan yang kita makan
supaya seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

1. Aras 1: Makan secukupnya seperti nasi, mi, bijirin, produk
bijirin dan ubi-ubian.

2. Aras 2: Makan banyak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Aras 3: Makan sederhana seperti ikan, ayam, daging, kekacang,

susu dan produk tenusu.
4. Aras 4: Makan sedikit seperti lemak, minyak, garam dan gula.

(C) Proses Pencernaan

1. Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan
yang lebih kecil sipaya nutrient daripadanya boleh diserap semasa
melalui urutan aliran makanan di dalam badan.

2. Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian badan,
bermula dari mulut, esofagus, perut, usus dan berakhir di dubur.

3. Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan
yang lebih kecil supaya lembut dan mudah ditelan.

4. Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin kecil di perut.
5. Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.
6. Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi yang tidak

diperlukan lagi.
7. Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari selepas

makan, makan gelojah dan bercakap semasa makan boleh memberi
kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan sakit perut.




Click to View FlipBook Version