Sains Tahun 3 Unit 10: Mesin Ringkas
1. Takal ialah satu contoh mesin ringkas yang memudahkan beban
diangkat ke atas dengan menggunakan daya yang kecil.
2. Takal tetap mempunyai satu roda beralur yang membolehkan tali
melaluinya.
3. Takal tetap terdiri daripada beberapa komponen, iaitu alur, tali, roda
dan gandar.
4. Takal berfungsi apabila tali yang melalui alur ditarik untuk
mengangkat beban.
5. Antara komponen model kren termasuklah tapak, tiang, lengan, beban,
tali, 1 takal kuning sebagai motor dan 1 takal hitam sebagai takal tetap.
6. Takal banyak digunakan dalam kehidupan seharian, seperti
1. menaikkan bendera,
2. menimba air dari perigi,
3. menarik pukat ke bot nelayan dan
4. mengangkat barang yang berat.
7. Takal memudahkan beban diangkat.
8. Untuk mereka cipta model takal berfungsi, kita perlulah:
1. Mengenal pasti masalah
2. Menjana idea
3. Membuat lakaran idea
4. Menyediakan alat dan bahan
5. Membina model takal.
9. Selain takal tetap, terdapat beberapa jenis takal yang lain, seperti takal
bergabung dan takal bergerak.
Takal bergerak
Takal bergabung
10. Takal digunakan dalam banyak bidang, seperti
1. Di pelabuhan: takal pada kren memudahkan kerja memungah
kontena dari kapal ke lori.
2. Di tapak pembinaan: takal pada kren memudahkan kerja
mengangkat bahan binaan.