Sains Tahun 3 Unit 9: Sistem Suria
(A) Ahli Sistem Suria
Video Ahli sistem Suria :
https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=XNLWh7rbFwM
1. Sistem Suria terdiri daripada Matahari, planet, satelit semula jadi,
asteroid, meteoroid, dan komet.
2. Matahari merupakan pusat Sistem Suria yang dikelilingi oleh ahli
Sistem Suria yang lain.
3. Terdapat 8 planet di dalam Sistem Suria. Urutan planet dalam Sistem
Suria bermula dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh,
Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
4. Objek semula jadi yang beredar mengelilingi sesebuah planet dikenali
sebagai satelit semula jadi.
5. Asteroid ialah objek batuan berlogam yang beredar mengelilingi
Matahari di antara Marikh dan Musytari.
6. Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang lebih
kecil di ruang angkasa dan dikenali sebagai meteoroid.
7. Komet ialah gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi
Mahatari.
8. Tayangan Sistem Suria boleh ditonton di dalam teater Angkasa
Planetarium Negara.
Video sistem Suria :
https://www.youtube.com/watch?v=vyi_QnWqs7c
(B) Suhu, Orbit dan Masa Peredaran Planet
1. Matahari merupakan sumber haba dalam Sistem Suria.
2. Suhu planet yang dekat dengan Matahari lebih panas berbanding
dengan suhu planet yang jauh dari Matahari.
3. Atmosfera ialah lapisan gas-gas yang menyelubungi sesebuah planet.
4. Planet bergerak mengelilingi Matahari mengikut laluannya yang
dipanggil orbit.
5. Orbit ialah laluan bayangan planet berbentuk elips yang mengelilingi
Matahari di ruang angkasa.
Oreri
6. Oreri ialah sejenis jam yang direka oleh George Graham untuk
menunjukkan kedudukan bandingan dan pergerakan planet dalam
Sistem Suria.
7. Masa peredaran ialah masa yang diperlukan untuk mengelilingi satu
pusingan lengkap.
8. Masa yang diambil untuk setiap planet membuat satu peredaran
lengkap mengelilingi Matahari adalah berbeza.
9. Semakin bertambah jarak kedudukan sesebuah planet dari Matahari,
semakin bertambah masa yang diambil oleh planet tersebut beredar
mengelilingi Matahari.