The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Ikram Md Shariff, 2024-02-13 06:23:45

Bab 6 – Jadual Berkala

Bab 6 – Jadual Berkala

z Sistem respirasi Mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dari sel dalam badan.


z z Sistem endokrin Menghasilkan hormon untuk menyelaraskan tindak balas dalam badan


z Sistem pembiakan Menghasilkan sperma dan ovum untuk pembentukan zuriat.


z 2.2 Respirasi Sel dan Fotosintesis


z Respirasi Respirasi terbahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam (respirasi sel). Pernafasan merupakan pertukaran gas antara organisma dengan persekitarannya manakala respirasi sel pula ialah proses pengoksidaan dan penguraian glukosa yang berlaku di dalam sel hidup untuk membebaskan tenaga.


z Respirasi Sel Respirasi sel ialah proses penguraian makanan untuk membebaskan tenaga. Tenaga yang dibebaskan akan digunakan untuk semua proses hidup yang berlaku dalam badan. Proses respirasi sel memerlukan oksigen dan glukosa untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + Air + Tenaga


z Fotosintesis Tumbuhan hijau mensintesis makanan sendiri melalui fotosintesis. Makanan yang dibuat oleh tumbuhan iaitu glukosa kemudiannya disimpan dalam bentuk kanji. Kehadiran kanji dalam daun menunjukkan fotosintesis telah berlaku.


z Proses respirasi sel dan fotosintesis Proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi. Semasa respirasi sel, gas oksigen diserap dan gas karbon dioksida disingkirkan. Karbon dioksida yang disingkirkan akan digunakan oleh semua tumbuhan hijau untuk melakukan fotosintesis Oksigen yang dihasilkan daripada proses fotosintesis pula digunakan oleh semua organisma untuk respirasi sel.


z TAMAT


Click to View FlipBook Version