The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Ikram Md Shariff, 2021-02-10 02:42:23

NOTA TAHUN 3 UNIT 8 ASID DAN ALKALI

NOTA TAHUN 3 UNIT 8 ASID DAN ALKALI

Sains Tahun 3 Unit 8: Asid Dan Alkali

1. Di sekeliling kita terdapat pelbagai bahan yang bersifat asid, alkali dan
neutral.

2. Sifat bahan boleh diuji menggunakan kertas litmus.

3. Kertas litmus ialah sejenis penunjuk yang akan berubah warna apabila
diuji. Kertas litmus mempunyai dua warna, iaitu biru dan merah.

4. Selain kertas litmus, kita juga boleh menguji sifat sesuatu bahan
melalui deria rasa dan sentuhan. Namun, ia bukanlah penunjuk
saintifik.

5. Bahan berasid:
1. Apabila bahan berasid diuji, hanya kertas litmus biru berubah
warna kepada merah. Kertas litmus merah tidak berubah warna.
2. Kebanyakan bahan berasid berasa masam dan perit apabila
disentuh.
3. Contoh: lemon, jus oren, cuka, buah anggur, sos tomato, limau
nipis, dan asam jawa.

6. Bahan beralkali:

1. Apabila bahan beralkali diuji, hanya kertas litmus merah
berubah warna kepada biru. Kertas litmus biru tidak berubah
warna.

2. Kebanyakan bahan beralkali berasa pahit dan licin apabila
disentuh.

3. Contoh: air kopi tanpa gula, air kapur sirih, air soda bikarbonat,
telur putih, ubat gigi, dan air sabun.

7. Bahan neutral:
1. Apabila bahan neutral diuji, kedua-dua kertas litmus tidak
berubah warna.
2. Bahan neutral mempunyai pelbagai rasa seperti tawar, manis
dan masin.
3. Bahan neutral berasa licin serta kesat apabila disentuh.
4. Contoh: air minuman, air gula, susu segar, air garam, air madu
dan minyak masak.

8. Selain kertas litmus, kita juga boleh menguji sifat asid atau alkali
sesuatu bahan menggunakan bahan lain sebagai penunjuk seperti:
1. Kertas pH,
2. Ekstrak kunyit,
3. Ekstrak kubis ungu, dan
4. Ekstrak bunga raya.

9. Bahan berasid dan beralkali banyak digunakan dalam bidang
pertanian, perubatan dan pembuatan produk kegunaan isi rumah.




Click to View FlipBook Version