The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Ikram Md Shariff, 2021-02-09 03:59:56

NOTA TAHUN 3 UNIT 4 HAIWAN

NOTA TAHUN 3 UNIT 4 HAIWAN

Nota Sains Tahun 3 Unit 4: Haiwan

1. Haiwan boleh dikelaskan berdasarkan tabiat permakanannya.
2. Terdapat tiga tabiat permakanan haiwan:

1. Haiwan herbivor

1. Haiwan yang hanya makan tumbuh-tumbuhan sahaja.
2. Contoh: Arnab dan gajah.
3. Mempunyai gigi kacip yang kuat untuk memotong

tumbuh-tumbuhan.
4. Mempunyai gigi geraham yang lebih besar untuk

melumatkan tumbuh-tumbuhan yang dimakan supaya
mudah ditelan.

2. Haiwan karnivor

1. Haiwan yang hanya makan haiwan lain sahaja.
2. Contoh: Helang dan ular.
3. Mempunyai gigi taring yang lebih tajam berbanding

dengan haiwan lain.
4. Gigi taring yang tajam memudahkan haiwan karnivor

mengoyakkan daging untuk dimakan.

3. Haiwan omnivor

1. Haiwan yang boleh makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan
lain.

2. Contoh: Ayam dan monyet.
3. Mempunyai gigi kacip untuk memotong makanan.
4. Mempunyai gigi taring untuk mengoyak makanan.
5. Mempunyai gigi geraham untuk melumatkan makanan.
3. Sekiranya haiwan mempunyai kegigian yang tidak sesuai dengan
tabiat makannya, maka:
1. Haiwan herbivor susah nak memotong rumput.
2. Haiwan karnivor susah nak mengoyakkan daging.
3. Haiwan omnivor boleh mengoyakkan ikan dengan mudah tetapi
tidak dapat memotong buah pisang.
4. Haiwan boleh mengalami perubahan tabiat permakanan semula
jadinya sekiranya berlaku perubahan keadaan di persekitarannya.


Click to View FlipBook Version