The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Ikram Md Shariff, 2021-02-09 04:03:47

NOTA TAHUN 3 UNIT 6 PENGUKURAN

NOTA TAHUN 3 UNIT 6 PENGUKURAN

Sains Tahun 3 Unit 6: Pengukuran

(A) Luas
video untuk luas:
https://www.youtube.com/watch?v=8_dCZ3IeDyA
https://www.youtube.com/watch?v=5-n4yJJPihU
https://www.youtube.com/watch?v=yVE8NwOHOXY
https://www.youtube.com/watch?v=QtdcJ_U8BPQ

1. Besarnya sesuatu kawasan atau permukaan dipanggil luas.
2. Unit-unit ukuran bagi luas ialah:

1. Sentimeter persegi (cm2): Luas buku atau daun.
2. Meter persegi (m2): luas tikar atau gelanggang.
3. Kilometer persegi (km2): luas negeri atau tasik.
3. Terdapat dua jenis luas permukaan, iaitu permukaan sekata dan
permukaan tidak sekata.
1. Luas permukaan sekata sesuatu objek boleh diukur

menggunakan kertas petak atau kertas graf.

Video pengukuran luas sekata :
https://www.youtube.com/watch?v=j0r7rSdEKpg

2. Luas permukaan tidak sekata boleh dianggar menggunakan
kertas petak berukuran 1cm x 1cm atau kertas graf.

1. Tekap dan lakarkan bentuk pada kertas graf.
2. Tandakan petak yang penuh dan petak yang separuh dan

lebih separuh penuh.
3. Kira petak tersebut.
4. Kertas graf ialah kertas bergaris berpetak-petak segi empat.

(B) Isipadu
video untuk isipadu :
https://www.youtube.com/watch?v=yVE8NwOHOXY
https://www.youtube.com/watch?v=hF2_uWa4EBk
https://www.youtube.com/watch?v=uwF8Odff_Y0

1. Isi padu ialah besarnya sesuatu ruang yang dipenuhi oleh sesuatu
pepejal, cecair atau gas.

2. Unit-unit ukuran bagi isi padu ialah:
1. Milimeter (ml): Isi padu susu kotak atau picagari.
2. Liter (l): Isi padu air botol atau jar penyukat.
3. Meter padu (m3): Isi padu tangki air atau kolam renang.

3. Isi padu kotak lohong boleh diukur dengan menggunakan kubus 1
sentimeter padu.

4. Isi padu cecair boleh diukur menggunakan silinder penyukat atau
bikar.

5. Kita perlu membaca bacaan cecair dengan kedudukan mata berada
pada aras meniskus.

6. Meniskus ialah permukaan cecair di dalam sesuatu bekas yang
kelihatan berkeluk.

7. Isi padu pepejal tidak sekata boleh ditentukan melalui kaedah sesaran
air. Isi padu air yang tersesar bersamaan dengan isi padu objek.
Isi padu pepejal tidak sekata = bacaan isi padu akhir – bacaan isi padu
awal.

8. Pengukuran penting dalam kehidupan bagi mendapatkan luas dan isi
padu dengan tepat dan seterusnya mengelakkan pembaziran.


Click to View FlipBook Version