The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Faiz Adharul Eizy, 2022-09-12 19:50:46

oacp LRTSB

FAIZ ADHARUL

Keywords: TEST

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

PELAN ANTIRASUAH
ORGANISASI (OACP)

LADANG RAKYAT
TRENGGANU SDN BHD

DAN KUMPULAN
SYARIKATNYA

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

SEUNTAI KATA

ُ‫ٱل َّسَال ُم اع ال ْي ُك ْم او ار ْح امةُ ٱَّه َّل ِل او اب ار اكاتُه‬

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT, dengan limpah rahmat dan
izin-Nya jawatankuasa Pelan Antirasuah Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. dapat
membangunkan manual Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan jayanya. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada jawatankuasa Pelan Antirasuah Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.
yang telah menggiatkan usaha secara kolektif dan menggembleng tenaga bagi merealisasikan
penghasilan manual untuk rujukan bersama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan separuh daripada kes-
kes rasuah yang berlaku di negara ini melibatkan penjawat awam sepanjang enam tahun lalu.
Berdasarkan perangkaan tangkapan SPRM dari tahun 2015 hingga 2020, sejumlah 5,652
tangkapan telah dibuat dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,683 atau 47.5 peratus adalah
terdiri daripada penjawat awam. Bertitik tolak daripada peningkatan angka inilah, pihak Ladang
Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. terpanggil untuk mendokumenkan Pelan Antirasuah Organisasi
(OACP) secara tersusun dan terancang sebagai sumber rujukan premier semua peringkat dalam
organisasi. Hal ini bertujuan untuk mengekang salah guna kuasa yang melibatkan tadbir urus,
ketidaktelusan dalam membuat keputusan, sikap lepas pandang dalam menjalankan pemantauan
dan ketirisan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab pada semua peringkat, sama ada
pada peringkat bawahan sehingga pihak atasan. Kita tidak sesekali berkrompomi dengan sebarang
bentuk penyalahgunaan kuasa sehingga melibatkan nama baik serta reputasi syarikat. Demi
menjaga amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada kita, rasa kebersamaan serta sikap bahu
membahu perlu disandarkan untuk dipraktikkan sebagai amalan teras ke arah memperkasakan
agenda sifar rasuah dalam kalangan tenaga kerja Ladang Rakyat Trengganu.

Saya percaya dengan kemahuan dan derap seiring kita sebagai unit yang saling menyokong
dan mendokong dalam organasasi, usaha untuk mengekang kegiatan yang menjurus kepada
amalan rasuah dapat direalisasikan tanpa kompromi. Semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan
dengan rasa penuh kebertanggungjawaban daripada semua pihak agar budaya memberi dan
menerima rasuah tidak membarah serta mendarah daging dalam kalangan tenaga kerja di syarikat
ini.

Sekian, terima kasih.

YM Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang
Ketua Eksekutif
Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.

i

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 – PENGENALAN LRTSB

1.1 Latar Belakang Syarikat 1
Misi dan Visi 2
3
1.2 Aktiviti Utama LRTSB Dan Kumpulan Syarikatnya

1.3 Pemegang Taruh Dan Saling Kaitan Pelbagai Pihak 4
5
1.4 Keperluan Syarikat Menangani Rasuah Daripada Pelbagai
Perspektif

1.5 Aktiviti Dan Bidang Utama Yang Terdedah Kepada Rasuah, 6
Masalah Pelanggaran Integriti Dan Tadbir Urus (Governans)

BAB 2 – ISU DAN CABARAN MENANGANI RASUAH

2.1 Isu Dan Cabaran Yang Dihadapi 7

2.2 Faktor Dalaman Dan Luaran Syarikat 8
BAB 3 – KUPASAN DATA

3.0 Kupasan Data 9 - 11

BAB 4 - KERANGKA OACP

4.1 Visi, Misi Dan Matlamat Oacp 12

4.2 Bidang Keutamaan Dan Strategi 13
BAB 5 – PELAN TINDAKAN DAN INISIATIF

5.1 Strategi, Objektif Dan Inisiatif Yang Telah Dikenal Pasti 14 - 16
Membantu Tangani Masalah Dalam Bidang Berisiko 17
5.2 Prinsip Pengurusan Antirasuah LRTSB
BAB 6 – KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 18 - 19
20
6.1 Mekanisme Pelaksanaan Dan Pemantauan

BAB 7 - KESIMPULAN

7.0 Kesimpulan

ii

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

BAB 1
PENGENALAN LRTSB

0

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd (LRTSB) adalah sebuah syarikat perladangan kelapa sawit
yang telah ditubuhkan pada 2 Ogos 1977 dengan matlamat utama untuk membangunkan
perladangan kelapa sawit di Mukim Bandi, Tebak dan Banggol dalam daerah Kemaman,
Terengganu, dengan modal dibenarkan dan modal berbayar masing-masing sebanyak RM35
juta dan RM24.58 juta. Sebanyak 43 peratus saham LRTSB dimiliki oleh Terengganu
Incorporation Sdn. Bhd. (TISB), 38 peratus oleh Ketengah Holding Sdn. Bhd. dan 19 peratus
oleh Kumpulan Ladang-ladang Terengganu Sdn. Bhd. (KLLTSB).

PENUBUHAN

• 2 OGOS 1977
• CHENEH, KEMAMAN, TERENGGANU

STRUKTUR MODAL

• MODAL DIBENARKAN: RM 35,000,000
• MODAL BERBAYAR: RM 24,579,340

AKTIVITI UTAMA

• PERLADANGAN KELAPA SAWIT
• KILANG PEMPROSESAN SAWIT
• TERNAKAN LEMBU DAN AYAM KAMPUNG ORGANIK
• AGEN PENGURUSAN LADANG

1

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

VISI

Memaksimumkan keuntungan dengan ‘Pencapaian
Perniagaan (22:23)’ dan memacu kelestarian

MISI

Memaksimumkan keuntungan dan menyumbang
sebahagian daripada keuntungan syarikat dalam usaha
membasmi kemiskinan di Negeri Terengganu melalui
pengagihan sumbangan kepada tabung kemiskinan
negeri dan dividen kepada pemegang saham

2

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

1.2 AKTIVITI UTAMA LRTSB DAN
KUMPULAN SYARIKATNYA

AKTIVITI
UTAMA

EJEN TERNAKAN

PENGURUSAN Ternakan lembu dan

Tadbir urus ladang ayam kampung
kelapa sawit
organik.

PERLADANGAN PEMPROSESAN HILIRAN

1.Keluasan ladang sawit seluas Kapasiti pemprosesan 1. Biogas
lebih 13,500 hektar. 2. Baja humus
semasa Kilang Sawit Bukit 3. Tapak semaian sawit
2. Keluasan ladang kelapa
seluas 500.6 hektar. Bandi dan Kilang Rakyat

Ketengah Perwira adalah

55mt/jam.

3

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

1.3 PEMEGANG TARUH DAN SALING
KAITAN PELBAGAI PIHAK

Secara spesifiknya, pemegang taruh adalah orang perseorangan dan organisasi yang terlibat
secara aktif dalam projek atau pihak yang mempunyai kepentingan dan terlibat secara positif atau
negatif serta boleh memberi kesan kepada pelaksanaan projek atau penyiapan projek dengan
jayanya. Berikut adalah disenaraikan lima (5) kumpulan pemegang taruh dan pihak yang berkaitan
terdiri daripada:

PEMEGANG SAHAM
TERENGGANU INCORPORATION (TI)

KETENGAH HOLDINGS
KUMPULAN LADANG-LADANG TERENGGANU (KLLT)

ANAK SYARIKAT
RAKYAT KETENGAH PERWIRA SDN. BHD. (58%)
CHENEH RECREATION & RESORT SDN. BHD. (100%)

WARGA KERJA LRTSB

SYARIKAT ATAU INDIVIDU BERKAITAN
PERKHIDMATAN DAN PEMBEKALAN

PIHAK BERKUASA

4

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

1.4 KEPERLUAN SYARIKAT MENANGANI RASUAH
DARIPADA PELBAGAI PERSPEKTIF

Syarikat
Pemegang Taruh

Ekonomi
Memastikan syarikat Menjaga amanah Mengoptimumkan
mematuhi keperluan yang dipertanggung- perbelanjaan melalui
undang-undang yang jawabkan oleh tadbir urus yang baik
berkaitan antirasuah pemegang taruh serta mengelakkan
dan jenayah korporat. dengan mengelakkan pembaziran yang
unsur rasuah, salah disebabkan oleh
guna kuasa, dan unsur rasuah.
konflik kepentingan.

5

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

1.5 AKTIVITI DAN BIDANG UTAMA YANG TERDEDAH
KEPADA RASUAH, MASALAH PELANGGARAN INTEGRITI

DAN TADBIR URUS (GOVERNANS)

Kerangka Pelan Antirasuah LRTSB adalah berasaskan kepada lima (5) bidang keutamaan dan
bidang utama yang telah diuruskan seperti berikut:

1. Pentadbiran Dan Sumber Manusia

Pentadbiran
• Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran syarikat.
• Menguruskan hal-hal perolehan berdasarkan polisi syarikat.

Sumber Manusia
• Mengendalikan urusan hal ehwal pengurusan sumber manusia
• Mengendalikan hal ehwal tenaga kerja tempatan dan asing (TKA).
• Mengendalikan hal ehwal keselamatan & kesihatan pekerjaan.
• Mengendalikan hal ehwal pensijilan.

2. Kewangan

• Memproses bayaran kepada pembekal mengikut tatacara kewangan yang
ditetapkan.

3. Operasi Ladang Dan Ternakan

• Merancang dan menguruskan operasi ladang kelapa sawit / kelapa.
• Menguruskan sistem perternakan lembu secara integrasi di ladang sawit &

fidlot serta ternakan ayam kampung secara semi intensif.

4. Operasi Kilang dan Pemasaran

Operasi Kilang
• Merancang dan mengatur aktiviti memproses Buah Tandan Segar (BTS)

kepada Minyak Sawit Mentah (MSM) dan Isirong Sawit (IRS).
Pemasaran

• Menguruskan pembelian Buah Tandan Segar (BTS) daripada pembekal.
• Menguruskan jualan MSM dan IRS.
• Menguruskan urusan pemilihan syarikat pengangkutan bagi MSM dan IRS.

5. Unit Kualiti dan Keselamatan

• Menguatkuasakan undang-undang di bawah peraturan syarikat.
• Memastikan kualiti penuaian BTS mengikut spesifikasi MPOB.

6

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

BAB 2
ISU DAN CABARAN
MENANGANI RASUAH

6

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

2.1 ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam menuju ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi, agenda membanteras rasuah
telah menjadi keutamaan negara. Laporan Indeks Persepsi Rasuah (Corrruption Perception
Index atau CPI) tahun 2021, menunjukkan Malaysia berada di tangga lebih baik iaitu kedudukan
62 berbanding tahun 2020, berada pada tangga ke-57 daripada 180 negara. Indeks ini
memfokuskan elemen rasuah dalam sektor awam dan ahli politik dengan melihat kepada
penyalahgunaan kemudahan awam untuk kepentingan atau keuntungan peribadi. Keterlibatan
pegawai tertinggi bukan sahaja boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit tetapi turut
mempersoalkan integriti pihak yang diamanahkan dalam menjamin keselamatan dan
kemakmuran negara.

Sehubungan dengan itu, usaha pembanterasan rasuah seharusnya bermula dari peringkat
tertinggi yang perlu seiring dengan etika dan integriti. Sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam
sesebuah syarikat, gejala ini sudah pasti membawa pelbagai impak negatif seperti menggugat
keharmonian dalaman syarikat, dan penindasan dalam kalangan kakitangan.

Sikap tamak, terpedaya dengan gaya hidup mewah, kelemahan pihak pengurusan,
penyalahgunaan kuasa dan kewujudan ruang serta peluang menerima rasuah, antara punca utama
gejala ini terus berleluasa. Amalan ini dilihat bukan sahaja mencemarkan imej sesebuah
organisasi atau syarikat, tetapi juga memberi kesan kepada negara serta menggugat kualiti kerja.
Apa yang jelas, rasuah perlu ditangani bagi memperkasa jati diri, meningkatkan keyakinan umum
terhadap ketelusan dan kredibiliti semua pihak.

7

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

2.2 FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN SYARIKAT

KELEMAHAN KAWALAN DALAMAN

• Sistem kawalan dalaman berperanan penting bagi memastikan warga kerja
menjalankan tugas dengan sempurna dan penuh berintegriti. Tindakan
punitif terhadap individu yang melanggar peraturan dan integriti perlu
dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh bagi memberi kesedaran
kepada warga kerja yang lain.

TAHAP PEMATUHAN PROSEDUR YANG RENDAH DALAM
KALANGAN WARGA KERJA

• Prosedur yang ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi mestilah dipatuhi dan
menjadi sumber rujukan kepada semua pemegang taruh serta warga kerja
dalam syarikat. Tindakan yang tidak merujuk kepada prosedur yang berkuat
kuasa, serta kecenderungan membuat keputusan sendiri bakal memberi
kesan negatif terhadap imej syarikat. Keadaan akan lebih berisiko jika
terdapat sebarang tindakan yang bercanggah dengan perundangan sedia ada
sekaligus menjatuhkan nama baik syarikat.

GAYA HIDUP MEWAH DAN MASALAH EKONOMI

• Amalan gaya hidup mewah turut menyumbang kepada punca utama
terjadinya masalah rasuah. Demi kelangsungan hidup untuk menampung
gaya hidup mewah sehingga memerlukan wang lebih dan akhirnya
perbelanjaan melangkaui pendapatan bulanan yang diperoleh. Masalah
keberhutangan yang serius juga akan menjadikan rasuah sebagai jalan pintas
dan penyelesaian.

KELEMAHAN PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN ETIKA
INTEGIRITI DALAM KALANGAN WARGA KERJA

• Polisi Rasuah, dan Dasar Integriti tidak dihayati dan tidak diamalkan
semasa menjalankan sebarang urusan kerja. Ini menjadikan warga kerja
tidak mempunyai benteng yang boleh melindungi mereka daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi perundangan dan peraturan
syarikat.

PEMATUHAN TERHADAP PROSEDUR OPERASI STANDARD
(SOP)

• Kelemahan Prosedur Operasi Standard (SOP) itu sendiri sama ada daripada
segi pematuhan mahupun pentadbiran sedikit sebanyak membuka ruang dan
peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab terlibat dengan
jenayah rasuah.

8

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

BAB 3
KUPASAN DATA

8

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

3.0 KUPASAN DATA

Dalam usaha mengenal pasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan rasuah di LRTSB dan
Syarikat Kumpulannya yang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi, Jawatankuasa
OACP LRTSB telah menganalisis beberapa data yang berkaitan bagi membantu menyenaraikan
risiko-risiko sedia ada yang melibatkan data-data seperti berikut:

ANALISIS KES TATATERTIB JUMLAH KES 8
DI LRTSB TATATERTIB

TAHUN 2015 HINGGA 2021 Rajah 1

PECAH AMANAH 1 KES-KES TATATERTIB
KECURIAN 1 DI LRTSB BAGI
1 TAHUN 2015 HINGGA
SALAH GUNA HARTA BENDA SYARIKAT 1 TAHUN 2021
INGKAR ARAHAN
2 Bagi kesalahan besar
TIDAK JUJUR/ AMANAH 1 (major misconduct) dan
CUAI DALAM TUGAS 1 dikenakan tindakan buang
TUNTUTAN PALSU kerja atau turun pangkat
dan penahanan kenaikan
0 0.5 1 1.5 2 2.5 gaji tahunan (KGT).
Sumber: Unit Sumber
2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 Manusia, LRTSB.

Pola statistik kes tatatertib LRTSB pada tahun 2015 terdapat 4 kes melibatkan kesalahan
tatatertib iaitu 2 kes melibatkan tidak jujur / tidak amanah, 1 kes ingkar arahan dan 1 kes
melibatkan cuai dalam tugas. Sepanjang tahun 2016, tiada aduan atau kes-kes tatatertib diterima.
Pada tahun 2017 hanya terdapat 1 kes melibatkan tuntutan palsu. Bagi tahun 2018, tiada aduan
atau kes-kes tatatertib diterima manakala pada tahun 2019 terdapat 1 kes yang melibatkan salah
guna harta benda syarikat. Pada tahun 2020, terdapat 2 kes yang melibatkan kes kecurian dan
pecah amanah, manakala pada tahun 2021, tiada aduan atau kes-kes tatatertib diterima.

9

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

Secara keseluruhannya, kes-kes tatatertib menunjukkan penurunan daripada segi data
statistik dari tahun 2015 hingga 2021. Pendekatan yang telah dijalankan oleh Unit Integriti bagi
membendung peningkatan permasalahan tatatertib adalah dengan memberi kesedaran dalam
bentuk taklimat, mengadakan kursus, klinik tatatertib dan penyampaian maklumat melalui lensa
integriti.

Pada peringkat nasional, data statistik yang dikeluarkan oleh SPRM menunjukkan terdapat
penurunan kes tangkapan rasuah iaitu sebanyak 28 kes dalam tempoh lima tahun. Selain daripada
itu, sektor perolehan dikenal pasti sebagai sektor yang tertinggi cenderung kepada rasuah dalam
tempoh lima tahun sejak 2013 di mana sebanyak 42.8 peratus aduan kes-kes rasuah yang diterima
oleh SPRM adalah daripada sektor tersebut. Selain itu, beberapa sektor lain yang turut mempunyai
aduan kes-kes rasuah yang agak tinggi di SPRM adalah sektor penguatkuasaan sebanyak 23.9
peratus, sektor pentadbiran dan perlesenan & permit masing-masing mencatatkan 13.4 peratus
serta 8.6 peratus dan sektor pembiayaan & hasil sebanyak 8.1 peratus - Gambar rajah 2 & 3

Rajah 2

STATISTIK TANGKAPAN BAGI TAHUN 2015 HINGGA TAHUN 2021
Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

STATISTIK TANGKAPAN
TAHUN 2015 HINGGA 2021
1200
1101

1000 998

879 894 851
2021
BILANGAN TANGKAPAN 800

600

400

200

0 2018 2019 2020
2017 TAHUN

10

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

Rajah 3
SEKTOR YANG CENDERUNG KEPADA RASUAH TAHUN 2013-2018 (ADUAN YANG
DITERIMA OLEH SPRM)
Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

PERTAHANAN & PENTADBIRAN PERNIAGAAN &
KESELAMATAN 13.4% INDUSTRI
1.2%
0.1%
PEROLEHAN
PEMBIAYAAN & 42.8%
HASIL
8.1%

PERLESENAN &
PERMIT
8.6%

PERKHIDMATAN
0.5%

PENGUATKUASAAN PELABURAN
23.9% 0.4%

PEROLEHAN PERKHIDMATAN PELABURAN
PEMBIAYAAN & HASIL
PENGUATKUASAAN PERLESENAN & PERMIT PERNIAGAAN & INDUSTRI

PERTAHANAN & KESELAMATAN PENTADBIRAN

Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2021, Malaysia berada pada
kedudukan tangga ke 62 daripada 180 buah negara. Pada tahun 2020 pula, Malaysia berada
pada kedudukan tangga ke 57 dengan hanya mencatat skor sebanyak 48% daripada 100%. Pada
peringkat ASEAN CPI 2021, Malaysia kekal berada pada kedudukan di tangga ke-3 selepas
Singapura dan Brunei seperti pada tahun 2020. Justeru, pelbagai usaha membanteras kegiatan
rasuah sehingga ke peringkat akar umbi perlu dijalankan agar Malaysia dapat mengikut jejak
langkah negara jiran, Singapura dan Brunei seterusnya berjaya menjadi sebuah negara
berintegriti dan bebas rasuah.

11

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

BAB 4
KERANGKA OACP

11

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

4.1 VISI, MISI DAN MATLAMAT OACP

Kerangka OACP ini menggariskan visi, misi dan matlamat yang menyumbang kepada
keberkesanan usaha pembanterasan rasuah di LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya dengan
memperkukuh governans, integriti dan antirasuah warga kerja melalui pematuhan terhadap
undang-undang, peraturan dan arahan yang ditetapkan.
.

VISI
Melahirkan warga kerja
yang bebas rasuah dan

berintegriti tinggi

MISI
Meningkatkan
kecekapan, ketelusan, dan
kebertanggungjawaban
warga kerja berasaskan
tadbir urus yang baik.

MATLAMAT
Mengamalkan budaya kerja
yang telus, berintegriti dan

berakauntabiliti di semua
peringkat LRTSB dan
Kumpulan Syarikatnya.

12

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

4.2 BIDANG KEUTAMAAN DAN STRATEGI

• Memperkasakan kecekapan dan • Mengukuhkan ketelusan dalam
ketelusan dalam penyampaian pembayaran dan kecekapan
perkhidmatan ke arah tadbir urus pengurusan kewangan.
yang baik.

Pentadbiran dan Kewangan
Sumber Manusia

• Mempertingkatkan keberkesanan, • Memantapkan ketelusan dan
kecekapan, ketelusan dan integriti integriti dalam pengurusan operasi
dalam pengurusan operasi kilang & pemasaran.
perladangan & ternakan.

Operasi Ladang dan Operasi Kilang dan
Ternakan Pemasaran

• Memperkemaskan kecekapan,
dan menguatkuasakan
mekanisme kawalan ke atas
pematuhan terhadap arahan dan
pekeliling.

Unit Kualiti dan
Keselamatan

13

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

BAB 5
PELAN TINDAKAN

DAN INISIATIF

13

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

5.1 STRATEGI, OBJEKTIF DAN INISIATIF YANG TELAH
DIKENAL PASTI MEMBANTU TANGANI MASALAH
DALAM BIDANG BERISIKO

BIDANG PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
KEUTAMAAN
Memperkasakan kecekapan dan ketelusan dalam penyampaian
Strategi perkhidmatan ke arah tadbir urus yang baik.

Objektif Strategik Mempertingkatkan kawalan dalaman secara berkala dan memperkukuh
budaya berintegriti.

BIL INISIATIF PENERAJU / TEMPOH
PELAKSANA PELAKSANAAN
1. Semakan SOP Perolehan Unit Pentadbiran
Unit Sumber Manusia 6 bulan
2 Mengenakan tindakan punitif yang lebih Unit Pentadbiran 6 bulan
tegas ke atas pegawai terlibat Unit Pentadbiran 1 tahun
3 bulan
3 Membangunkan sistem e-submission Unit Sumber Manusia
3 tahun
4 Mewujudkan jawatankuasa pembuka Unit Integriti
peti tender / sebut harga Unit Sumber Manusia 3 tahun
1 tahun
i) Melaksanakan pusingan kerja bagi Unit Integriti
3 tahun
pegawai yang berkhidmat sekurang- Unit Integriti
3 tahun
kurangnya 3 tahun tetapi tidak melebihi

5 tahun dalam jabatan tertentu.
5

ii) Melaksanakan penggayaan kerja bagi

pegawai yang berkhidmat sekurang-

kurangnya 3 tahun tetapi tidak melebihi

5 tahun dalam jabatan tertentu.

6 Mempertingkatkan kesedaran integriti
dalam kalangan pegawai

7 Mengkaji semula kod tingkah laku dan
tatakelakuan (HR)

Memantapkan aktiviti penyaluran

8 maklumat (salahlaku) kepada yang
bertanggungjawab – borang kajian dan

soal selidik.

9 Memantau pelaksanaan polisi integriti

14

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

BIDANG KEWANGAN
KEUTAMAAN
Mengukuhkan ketelusan dalam pembayaran dan kecekapan
Strategi pengurusan kewangan.

Objektif Strategik Memperkemas, memperkukuh dan memantau secara berkala
mekanisme perakaunan ke atas pengurusan kewangan.

BIL INISIATIF PENERAJU / TEMPOH
PELAKSANA PELAKSANAAN
1 Semakan SOP Pembayaran dan
Tunai Runcit Unit Akaun 6 bulan

2 Meningkatkan mekanisma kawalan Unit Akaun 3 tahun
dan pengurusan tunai runcit
Unit Akaun 6 bulan
3 Menambahbaik akaun payable
system (Pinfosys) Unit Akaun 3 tahun

4 Menyelia pematuhan tatacara kerja
secara berkala

BIDANG OPERASI LADANG DAN TERNAKAN
KEUTAMAAN
Mempertingkatkan keberkesanan, kecekapan, ketelusan dan integriti
Strategi dalam pengurusan operasi perladangan & ternakan.

Objektif Strategik Memperkemas, menguatkuasakan, meningkatkan ketelusan
pengurusan operasi ladang & ternakan serta membudayakan amalan
berintegriti.

BIL INISIATIF PENERAJU / TEMPOH
PELAKSANA PELAKSANAAN
1. Menambahbaik SOP operasi ladang Operasi ladang
secara berkala 6 bulan
Unit ternakan
2 Menambahbaik SOP operasi 6 bulan
ternakan secara berkala Operasi ladang
Unit ternakan 3 tahun
Menyelia pematuhan terhadap

3 tatacara kelestarian operasi, Amalan
Pertanian Baik (GAP) dan MSPO

Part 3.

15

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

BIDANG OPERASI KILANG DAN PEMASARAN
KEUTAMAAN
Memantapkan ketelusan dan integriti dalam pengurusan operasi kilang
Strategi & pemasaran

Objektif Strategik Memperkemas, menguatkuasakan, meningkatkan ketelusan
pengurusan operasi kilang & pemasaran serta membudayakan amalan
berintegriti.

BIL INISIATIF PENERAJU / TEMPOH
PELAKSANA PELAKSANAAN
Menyelia pematuhan terhadap akta
Operasi kilang 3 tahun
1 pengilangan sawit dan persijilan
(MSPO- Part 4 dan ISO QMS Unit Pemasaran 6 bulan

9001:2015).

2 Menambahbaik SOP Pembelian BTS

BIDANG UNIT KUALITI DAN KESELAMATAN
KEUTAMAAN
Memperkemaskan kecekapan, dan menguatkuasakan mekanisme
Strategi kawalan ke atas pematuhan terhadap arahan dan pekeliling.

Objektif Strategik Mempertingkatkan dan memantau pematuhan ke atas arahan,
pekeliling dan garis panduan berkaitan pengurusan kawalan kualiti dan
keselamatan.

BIL INISIATIF PENERAJU / TEMPOH
PELAKSANA PELAKSANAAN
Menyelia pematuhan terhadap Manual
1 Penggredan Buah Kelapa Sawit Unit Kualiti 3 tahun

MPOB. Unit Kualiti 6 bulan
Unit Keselamatan 6 bulan
2 Menambahbaik SOP Penggredan

3 Menambahbaik SOP Keselamatan

16

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

5.2 PRINSIP PENGURUSAN ANTIRASUAH LRTSB

Prinsip pengurusan antirasuah LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya adalah dasar yang dipegang
oleh syarikat dalam menentukan hala tuju pengurusan pelaksanaan OACP dan telah menggariskan
empat (4) prinsip sepertimana berikut:

• Pengurusan Tertinggi LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya
bertanggungjawab dalam mengamalkan serta menghayati integriti dan
nilai-nilai etika pada tahap tertinggi, berdasarkan keperluan undang-

KOMITMEN undang dan peraturan berkaitan antirasuah yang berkuat kuasa dipatuhi,
PENGURUSAN dan menguruskan risiko rasuah secara berkesan.

TERTINGGI

• Penilaian ini dijadikan asas kepada usaha amalan antirasuah syarikat.
OACP LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya akan melaksanakan penilaian
risiko rasuah secara berkala dan sekiranya terdapat keperluan perubahan,

PENILAIAN keutamaan akan diberikan kepada risiko rasuah dalaman mahupun
RISIKO RASUAH luaran.

• OACP akan mewujudkan langkah pelaksanaan inisiatif yang munasabah

dan bersesuaian bagi menangani sebarang risiko rasuah berbangkit

PELAKSANAAN ekoran daripada kelemahan struktur, proses dan prosedur serta
INISIATIF
perundangan.

• Pemantauan dan penilaian secara sistematik dilaksanakan dengan
memastikan langkah pelaporan pelaksanaan inisiatif dikemukakan
kepada Pengurusan Tertinggi.

• Penilaian prestasi secara berkala dan keberkesanan program perlu
PEMANTUAN dititikberatkan.
DAN PENILAIAN • Mengenal pasti penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan dan
SISTEMATIK hasilnya boleh dijadikan asas bagi memantapkan usaha-usaha kawal dan

risiko antirasuah sedia ada di LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya.

17

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

BAB 6
KAEDAH PEMANTAUAN

DAN PENILAIAN

17

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

6.1 MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN

Bagi memastikan pelaksanaan OACP LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya yang lebih cekap dan
sistematik, kerjasama semua pihak adalah penting bagi memenuhi aspirasi kerajaan yang
ditetapkan melalui NACP. Sehubungan dengan itu, mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan
Pemantauan OACP LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya ditubuhkan bagi melaksanakan tugas-
tugas berikut:-

JAWATANKUASA AUDIT, RISIKO DAN INTEGRITI (JARI)

Menerima laporan prestasi Menasihat dan mengenal pasti Membuat keputusan dan
penyelesaian terbaik untuk menetapkan dasar
OACP

UNIT INTEGRITI (URUSETIA)

Melaporkan status pelaksanaan OACP setiap suku tahun kepada Pengurusan Tertinggi LRTSB dan
Kumpulan Syarikatnya melalui JARI

OACP (BAHAGIAN/ UNIT)

Mengemukakan laporan pelaksanaan masing-masing bagi setiap suku tahun kepada Unit Integriti,
LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya.

Ruang Lingkup Pelan Antirasuah
Nasional (NACP) merupakan satu
dokumen bagi memastikan pelaksanaan
yang berkesan oleh semua pemegang
taruh, dan bermatlamat untuk
menyumbang kepada pembaharuan
strategi antirasuah di Malaysia.

18

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2025

6.1 MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN

PENERAJU MESYUARAT TINDAKAN

Jawatankuasa Audit, Mesyuarat • JARI menerima laporan daripada UI.
Risiko dan Integriti Jawatankuasa • JARI menasihat dan mengenal pasti
(JARI) Audit, Risiko dan
Integriti (JARI) penyelesaian terbaik untuk OACP.
• JARI membuat keputusan dan menetapkan

dasar.

……………………………………………………………………………………………………

Unit Integriti (UI) Mesyuarat • UI mendapatkan input daripada setiap

sebagai Urus Setia Jawatankuasa unit / bahagian terhadap status OACP.

OACP Audit, Risiko dan • UI salurkan status pencapaian OACP

Integriti (JARI) setahun sekali kepada mesyuarat JARI
dan pihak lain yang berkaitan jika

diperlukan (SPRM, Terengganu

….…………………………………………….………• …In…co…rpo…rat…ed…Sd…n. B…h…d. d…an…la…in-…lai…n).…….

Jawatankuasa Mesyuarat • Memastikan inisiatif - inisiatif dilaksanakan
OACP Jawatankuasa berdasarkan sasaran dan tempoh masa yang
OACP ditetapkan.

• Mendapatkan penjelasan bagi tindakan yang
tidak dapat dilaksanakan

• Menyediakan laporan pelaksanaan dan
laporan penuh tahunan pencapaian OACP.

• Mengemukakan laporan pelaksanaan suku
tahun dan laporan penuh tahunan kepada Unit
Integriti selaku Urus Setia OACP untuk
dibentangkan di Mesyuarat JARI.

• Menambah baik / mengemas kini pelan
tindakan (jika perlu).

• Membuat kajian semula OACP selepas
tempoh pelaksanaan.

19

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

BAB 7
KESIMPULAN

20

PELAN ANTIRASUAH LRTSB 2022-2024

7.0 KESIMPULAN

Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRTSB)
dan Kumpulan Syarikatnya adalah bagi memperlihatkan komitmen syarikat sebagai sebuah
Government-Linked Company (GLC) dalam menyokong dasar antirasuah Kerajaan Malaysia.
Intipati pelan ini mengandungi tindakan yang perlu diambil sebagai menyahut dasar kerajaan
untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara bebas rasuah.
LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya akan sentiasa peka dengan perubahan semasa dengan
mengambil kira maklum balas, nasihat dan panduan daripada pelbagai pihak supaya inisiatif yang
dirangka akan sentiasa relevan dan terus menjadi panduan serta rujukan semua pihak dalam
menangani salah laku dan jenayah rasuah.
Bagi memastikan keberkesanan OACP ini, pelaksanaan semua inisiatif yang telah dikenal pasti
akan dipantau dan dikaji semula secara berkala. Dalam usaha tersebut, sebanyak lima (5) strategi
dan dua puluh satu (21) inisiatif yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan sebagai panduan
pengurusan antirasuah di LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya. Terdapat 10 inisiatif yang dijangka
dapat dilaksanakan dalam waktu masa pendek iaitu 3 sehingga 6 bulan, dan 2 insiatif dalam masa
sederhana iaitu kurang daripada 1 tahun serta 9 inisiatif melibatkan jangka masa panjang iaitu tidak
lebih daripada 3 tahun.
Kejayaan pelaksanaan semua inisiatif dalam tempoh tiga (3) tahun akan datang bakal menentukan
hala tuju baharu LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya dalam aspek penambahbaikan governans,
integriti dan antirasuah untuk kelangsungan serta kelestarian pelan ini pada masa hadapan.

20


Click to View FlipBook Version