The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Projek ini adalah untuk memenuhi kerja kursus subjek Lestari Alam Sekitar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amalia Amiran, 2022-10-26 00:06:53

LAPORAN PROJEK 5R KITAR SEMULA KERTAS SECARA DIY DI TAMAN PERUMAHAN KAMPUNG BELIMBING

Laporan Projek ini adalah untuk memenuhi kerja kursus subjek Lestari Alam Sekitar

NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)

Nama : AMALIA ZULAIKHA BINTI AMIRAN

Angka Giliran : 2019212350021

Nombor K/P : 000813-03-1294

Kumpulan/Unit : TESL B JUN 2019

Kod dan Nama : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Kursus

Nama Pensyarah : PN. SIVE DARSHINE a/p PERIASAMY

Tarikh Hantar : 15/10/2022

Tarikh Diterima :

(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

/ Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar

/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.

Tandatangan Pelajar : AMALIA Jumlah markah:

Tarikh : 15/10/2022

Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM 5R:
KITAR SEMULA KERTAS (Do-It-Yourself)
DI TAMAN PERUMAHAN KAMPUNG BELIMBING

RINGKASAN PROJEK

JENIS PROJEK : 5R Kitar Semula Kertas (DIY)
JANGKA WAKTU / MASA : 4.00 sehingga 6.00 petang (2 jam)
LOKASI : Taman Perumahan Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan
PESERTA : Penduduk Tamah Perumahan Kampung Belimbing
JUMLAH PESERTA : 15 orang
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :

1. Pembentangan mengenai 5R dan kitar semula kertas secara DIY
2. Aktiviti pengumpulan kertas yang telah digunakan
3. Demonstrasi dan simulasi proses kitar semula kertas secara DIY

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Fasa Perancangan
2.1 Kertas kerja

3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Pembentangan mengenai 5R dan kitar semula kertas secara DIY
3.2 Aktiviti pengumpulan kertas yang telah digunakan
3.3 Demonstrasi dam simulasi kitar semula kertas secara DIY

4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan

5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman

6.0 Cadangan penambahbaikan

7.0 Penutup

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM 5R: KITAR SEMULA KERTAS (DIY) DI TAMAN
PERUMAHAN KAMPUNG BELIMBING

1.0 Pengenalan

Manusia bergantung sepenuhnya terhadap sumber alam sebagai tempat tinggal dan
sumber makanan untuk menjalani kehidupan yang harmoni dah sejahtera. Namun demikian,
isu kelestarian didapati semakin kritikal pada masa kini, dan negara Malaysia tidak
terkecuali berhadapan dengan pelbagai isu kelestarian yang mendatangkan kesan negatif
terhadap alam sekitar (Azrina Sobian, 2017). Kelestarian bumi membabitkan pelbagai aktiviti
memelihara dan memulihara alam sekitar dengan mengamalkan gaya hidup lestari. Oleh itu,
satu Program 5R: Kitar Semula Kertas secara DIY telah dilaksanakan bagi meningkatkan
kesedaran masyarakat akan kepentingan dan cara memelihara alam sekitar dengan aktiviti
kitar semula kertas secara DIY.

Menurut statistik, dianggarkan 14 juta tan sampah setahun akan dikutip menjelang
2022 atau hampir 40, 000 tan sehari dengan anggaran 95 peratus daripadanya merupakan
sisa pepejal dikutip di tapak pelupusan (Muhammad Basir Roslan & Sakini Mohd Said,
2022). Ini menunjukkan bahawa jumlah sampah atau sisa pepejal di negara Malaysia
berada pada tahap yang agak membimbangkan. Walaubagaimanapun, pengamalan konsep
5R mampu mengurangkan masalah sampah sarap tersebut. 5R merupakan satu singkatan
kepada Reduce (mengurangkan), Reuse (Guna semula), Recycle (Mengitar semula),
Recreate (Mencipta semula), dan Rethink (Berfikir semula). Reduce atau mengurangkan
menekankan pengurangan penggunaan sumber asli secara berlebihan bagi mengelakkan
sektor industri mempertingkatkan pengeluaran bahan bagi memenuhi permintaan pengguna.
Reuse atau guna semula pula bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang
terpakai untuk dijadikan barangan lain. Seterusnya, Recycle atau kitar semula merujuk
kepada memproses barangan lama untuk dijadikan barangan baru, manakala Recreate
menekankan aspek mencipta atau membaik pulih barangan yang rosak untuk digunakan
semula. Akhir sekali, Rethink merujuk kepada proses berfikir sebelum membuang barangan
ataupun berfikir bagi mengguna semula barangan.

Justeru, amalan gaya hidup sihat yang menekankan konsep 5R sangat penting untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi menjaga alam sekitar demi kelangsungan
hidup generasi akan datang. Dengan itu, Program 5R: Kitar Semula Kertas secara DIY
diharapkan dapat memupuk amalan 5R dan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

2

Program ini dipilih untuk dilaksanakan kerana ia merangkumi kesemua elemen 5R iaitu
mengurangkan penggunaan kertas baru (Reduce) melalui proses mengitar semula kertas
yang telah digunakan (Recycle) dengan menciptakan kertas baharu (Recreate) untuk
digunakan semula (Reuse). Malah, program ini juga menggalakkan proses pemikiran
(Rethink) untuk menentukan barang yang boleh dibuang dengan yang boleh dikitar
mahupun diguna semula.

Laporan ini ditulis mengikut tiga bahagian iaitu fasa perancangan, fasa semasa
pelaksaan dan fasa selepas pelaksanaan program.
2.0 Fasa Perancangan

Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa ini,
beberapa aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti
matlamat dan objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan
serta peruntukan. Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi
menjayakan program ini:

2

KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM 5R:

KITAR SEMULA KERTAS (Do-It-Yourself)
DI

TAMAN PERUMAHAN KAMPUNG BELIMBING

TARIKH: 19 Oktober 2022

DISEDIAKAN OLEH: AMALIA ZULAIKHA BINTI AMIRAN

4

KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan

5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program 5R: Kitar Semula Kertas di Taman Perumahan
Kampung Belimbing
8.0 Kewangan

8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan kewangan
9.0 Penutup

4

1.0 Pengenalan

Rakyat Malaysia menjana sebanyak 19 100 tan sisa pepejal sehari pada tahun
2005 dan dijangka meningkat kepada 14 juta tan sampah setahun menjelang tahun
2022 (Muhammad Saufi Hassan et al., 2021). Semakin banyak sampah yang dihasilkan,
semakin banyak tapak pelupusan sampah yang diperlukan. Oleh itu, pelaksanaan
program 5R iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula),
Recreate (mencipta semula), dan Rethink (berfikir semula) berupaya meningkatkan
kesedaran masyarakat akan kepentingan kitar semula dan penjagaan alam sekitar. Kitar
semula merupakan aktiviti memproses barang-barang yang telah diguna pakai untuk
menjadikan barang-barang baru. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah
kertas, logam, botol dan kotak minuman.

Kertas kerja ini disediakan untuk mendapatkan pertimbangan penduduk Taman
Perumahan Kampung Belimbing bagi membolehkan pelaksanaan program kitar semula
kertas secara DIY diadakan di Taman Perumahan Kampung Belimbing.

2.0 Matlamat

Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat memelihara dan cinta akan
alam sekitar dalam diri setiap peserta dengan mempraktikkan amalan kitar semula
kertas bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal, pencemaran, menjimatkan kos dan
sumber negara kita bagi memastikan alam sekitar terpelihara.

3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya mengekalkan kelestarian alam sekitar
melalui aktiviti 5R.
ii) Memberi pendedahan kepada penduduk taman perumahan akan kepentingan dan
cara mengitar semula kertas.
iii) Melatih peserta untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian.
iv) Mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tempat pembuangan sampah
setiap hari dan mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui pembuangan
sampah yang tidak terurus.
v) Meningkatkan semangat kerjasama antara peserta dalam melakukan aktiviti kitar
semula kertas.

7

4.0 Rasional
Program 5R kitar semula kertas secara DIY yang bakal dijalankan ini diharapkan dapat
mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan warga penduduk tentang amalan kitar
semula kertas yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Perancangan aktiviti dan
penyampaian input dalam program ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk
mempelajari, mengetahui dan mengaplikasikan konsep 5R dengan mengitar semula
kertas secara DIY. Dengan pelaksanaan program ini, peserta dapat mengenalpasti
impak dan kelebihan mengaplikasi amalan kitar semula kertas bagi memelihara
kelestarian alam sekitar.

5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program

Tarikh: 19 Oktober 2022

Tempat: Taman Perumahan Kampung Belimbing

Sasaran: 15 orang penduduk Taman Perumahan Kampung Belimbing

Cadangan nama program: Program 5R: Kitar Semula Kertas (Do-It-Yourself)

6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti dirancang bagi menjayakan program kitar semula kertas (DIY) ini.
Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah proses pembentangan dan perbincangan mengenai
proses kitar semula kertas, pengumpulan kertas yang telah diguna pakai serta
demonstrasi dan simulasi proses kitar semula kertas yang boleh dilakukan sendiri di
rumah tanpa perlu ke pusat kitar semula.

Masa Aktiviti
4.00 - 4.30 petang
Pembentangan dan perbincangan
4.30 - 5.00 petang mengenai kitar semula kertas secara
5.00 - 6.00 petang DIY

Pengumpulan kertas yang telah
diguna pakai

Demonstrasi dan simulasi proses
kitar semula kertas secara DIY

7

7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di SK Bandar Baru Ampang

Perbincangan dengan
penduduk taman
perumahan

Hebahan mengenai projek Pembentangan dan
melalui Whatsapp penduduk perbincangan mengenai
kitar semula kertas (DIY)
taman perumahan
Pengumpulan kertas yang
Penyediaan tempat dan telah digunapakai
alatan bagi pelaksanaan

program

Taklimat program

Pelaksanaan program + Demonstrasi kitar semula
Rekod kertas (DIY)

Menyediakan laporan Simulasi kitar semula
pelaksanaan program kertas (DIY) oleh peserta

Tamat Penyampaian cenderahati
kepada peserta

7

8.0 Kewangan

8.1 Anggaran perbelanjaan:

Item Kuantiti Kos Jumlah
Silk Screen Printing 4 RM14.90 x 4 RM59.60
Wooden Frame
6 RM2 x 6 RM12.00
Tuala 15 RM3 x RM15 RM45.00
Cenderahati
JUMLAH RM116.60
KESELURUHAN

8.2 Peruntukan:

Peruntukan daripada : Peruntukan yang digunakan untuk menjayakan
program ini adalah peruntukan sendiri daripada pelaksana program.

7

9.0 Penutup
Pelaksanaan program kitar semula kertas secara DIY merupakan satu proses yang

sangat ideal untuk dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk akan
kepentingan amalan kitar semula dan cara melaksanakan amalan tersebut. Amalan kitar
semula merupakan satu langkah yang penting bagi memelihara kelestarian alam sekitar.
Oleh itu, kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada kerjasama
dan penglibatan yang tinggi daripada penduduk Taman Perumahan Kampung Belimbing.
Melalui program ini, diharapkan perasaan cinta akan alam sekitar dapat disemai di dalam
diri setiap warga penduduk bagi mengurangkan masalah pencemaran yang semakin
membimbangkan disebabkan jumlah sisa pepejal. Semoga usaha murni ini mendapat
kerjasama dan penyertaan yang tinggi daripada semua pihak untuk memastikan kelestarian
alam sekitar terpelihara.
Disediakan oleh,

……………………………………………
(AMALIA ZULAIKHA BINTI AMIRAN)

8

3.0 Fasa Pelaksanaan
Selanjutnya, pelaksanaan aktiviti-aktiviti bagi program kitar semula kertas secara

DIY akan dilaporkan pada bahagian fasa semasa pelaksanaan ini. Pelaksanaan aktiviti
bagi program ini dilaksanakan seperti yang telah dirangka dalam kertas kerja cadangan
di atas. Aktiviti tersebut merangkumi pembentangan dan perbincangan tentang kitar
semula kertas secara DIY, pengumpulan kertas yang telah digunapakai serta
demonstrasi dan simulasi kitar semula kertas secara DIY oleh peserta. Program ini
disertai oleh 15 orang penduduk Taman Perumahan Kampung Belimbing yang
kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berumur 9 tahun sehingga 16
tahun. Terdapat juga beberapa orang dewasa yang menyertai program ini. Maklumat
lanjut mengenai peserta boleh dilihat melalui jadual di bawah:

Lingkungan umur Bilangan peserta
8 orang
Kanak-kanak 4 orang
(9 tahun sehingga 12 tahun) 3 orang

Remaja Jumlah peserta : 15 orang
(13 tahun sehingga 16 tahun)

Dewasa
(30 tahun sehingga 50 tahun)

Jadual 1. Maklumat Peserta Program 5R Kitar Semula Kertas Secara DIY

Pelaksanaan program kitar semula kertas secara DIY ini bermula pada jam 4
petang sehingga 6 petang pada 19 Oktober 2022 bertempat di Taman Perumahan
Kampung Belimbing. Bagi melaksanakan program ini, hebahan telah dibuat dalam
bentuk poster dan dihantar kepada penduduk Taman Perumahan Kampung Belimbing
melalui aplikasi ‘WhatsApp’ tiga hari sebelum program dilaksanakan. Penyertaan adalah
terbuka kepada semua penduduk taman perumahan tersebut tidak mengira peringkat
umur. Peringatan dan kata-kata aluan mengenai program tersebut juga dibuat sejam
sebelum program bermula. Sebelum program bermula, para pesera diberikan taklimat
pendek mengenai program yang akan dijalankan bagi memberi idea kepada mereka
akan tujuan, aktiviti dan tentatif program yang dilaksanankan. Ini bagi memastikan

15

pelancaran program dan memberi gambaran kepada peserta akan kepentingan dan
usaha melestarikan alam sekitar melalui program kitar semula ini.

Rajah 1. Poster Program 5R: Kitar Semula Kertas secara DIY

15

3.1 Pembentangan Mengenai 5R dan Kitar Semula Kertas Secara DIY
Pertama sekali, pembentangan mengenai 5R dan amalan kitar semula kertas

secara DIY dilaksanakan oleh pelaksana. Aktiviti pembentangan ini dilaksanakan
bermula jam 4.00 sehingga 4.30 petang. Pembentangan itu merangkumi pengenalan,
kepentingan, serta langkah yang boleh diambil untuk mengamalkan 5R dan kitar
semula. Pembentangan tersebut juga menerangkan mengenai amalan kitar semula
kertas dan langkah kitar semula kertas secara DIY yang boleh dilakukan sendiri di
rumah tanpa perlu ke pusat kitar semula. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada peserta akan kepentingan amalan kitar semula dan
menggalakkan mereka mengamalkan amalan kitar semula kertas. Terdapat juga sesi
soal jawab dan perbincangan singkat yang dilakukan antara pelaksana dengan
peserta bagi mendapatkan pengetahuan dan maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti
tersebut. Pendidikan dilihat sebagai cara terbaik bagi membentuk generasi yang
mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar (Jamilah
et al, 2011, dirujuk dalam Hanifah Mahat et al, 2020). Ini menunjukkan bahawa
pembentangan ini mendorong peserta mengamalkan amalan kitar semula kertas
secara DIY kerana amalan ini mampu menyumbang kepada penjimatan
perbelanjaan kertas dan mengurangkan jumlah pokok yang ditebang untuk
memenuhi permintaan terhadap kertas bagi memelihara alam sekitar.

Rajah 2. Peserta menonton video cara kitar semula kertas secara DIY

15

Rajah 3. Antara Kandungan Pembentangan 5R dan Kitar Semula Kertas Secara DIY

3.2 Aktiviti pengumpulan kertas yang telah digunakan
Bagi menjayakan program kitar semula kertas secara DIY ini, aktiviti pengumpulan
kertas yang telah digunakan juga dilaksanakan sebelum aktiviti kitar semula kertas
dijalankan. Satu sudut khas telah disediakan bagi peserta meletakkan kertas-kertas yang
telah diguna pakai untuk dikitar semula. Saya menggunakan kotak terpakai untuk
menyediakan sudut pengumpulan kertas tersebut. Kertas yang berjaya dikumpul rata-rata
terdiri daripada buku tulis yang telah habis digunakan dan kertas tersebut boleh digunakan
untuk aktiviti seterusnya iaitu kitar semula kertas secara DIY.
Tambahan pula, aktiviti ini dapat menggalakkan penglibatan peserta dalam amalan
kitar semula. Aktiviti ini sedikit sebanyak mampu memberi kesedaran kepada peserta
bahawa kertas yang telah digunakan boleh dikumpulkan dan dikitar semula bagi
mengelakkan jumlah sampah yang banyak. Semasa pelaksanaan aktiviti ini, setiap peserta
dikehendaki membawa kertas yang telah digunakan samaada surat khabar mahupun buku
tulis.

15

Rajah 4. Sudut Pengumpulan Kertas yang Diperbuat daripada Kotak Terpakai

3.3 Demonstrasi dan simulasi kitar semula kertas secara DIY

Pada pukul 5.00 petang, aktiviti utama bagi program ini telah dijalankan. Saya
sebagai pelaksana program mendemonstrasi proses kitar semula kertas secara DIY kepada
para peserta. Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti kitar semula secara
DIY ini ialah mesin pengisar, Silk Screen Printing Wooden Frame, tuala dan bekas.
Langkah dan gambar pelaksanaan demonstrasi proses kitar semula kertas secara DIY akan
dibentangkan sekali gus seperti berikut:

Langkah pertama:
Koyakkan kertas kepada bahagian-bahagian kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Rajah 5. Pelaksana dan beberapa orang peserta mengoyak kertas yang telah digunakan
kepada bahagian-bahagian kecil.
15

Langkah Kedua :
Rendamkan kertas yang telah dikoyakkan kepada bahagian-bahagian kecil itu ke dalam air
dan kisarkan sehingga lumat.

Rajah 6. Proses merendam dan mengisar kertas
Langkah Ketiga :
Rendamkan kembali kertas yang telah dikisarkan ke dalam air. Kemudian tuang rendaman
tersebut ke atas Silk Screen Printing Wooden Frame. Setelah itu tekapkan Silk Screen
Printing Wooden Frame pada tuala dan keringkan air menggunakan tuala lain.

15

Rajah 7. Proses merendam kertas yang telah dikisar

Rajah 8. Meletakkan air yang dikisar ke atas Silk Screen Printing Wooden Frame

Rajah 9. Mengeringkan Silk Screen Printing Wooden Frame dengan menekapkannya ke
atas tuala.
15

Akhir sekali, tunggu kertas tersebut kering sebelum digunakan. Hasil akhir kertas
yang dikitar semula boleh dipotong untuk mendapatkan saiz kertas yang lebih elok. Lebihan
kertas yang dipotong boleh dikitar semula untuk menghasilkan kertas baru.

Rajah 10. Antara hasil kertas yang telah dikitar semula
Setelah saya mendemonstrasikan cara kitar semula kertas secara DIY kepada
peserta, peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri proses kitar semula kertas tersebut
dalam kumpulan. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada peserta merasai
proses kitar semula kertas secara DIY yang mudah dan menggalakkan mereka
mengamalkan amalan kitar semula kertas ini dalam kehidupan seharian. Tindakan ini
mampu menggalakkan peserta melestarikan alam sekitar dengan mengitar semula kertas
sendiri di rumah.

Rajah 11. Peserta melalukan aktiviti kitar semula kertas secara DIY dalam kumpulan
15

Rajah 12. Antara hasil kertas kitar semula
Sebelum aktiviti tamat, pelaksana memberikan cenderahati kepada para peserta
sebagai tanda penghargaan kerana sudi meluangkan masa dan tenaga dengan melibatkan
diri dalam program kitar semula kertas ini. Ini menunjukkan semangat peserta dalam usaha
melestarikan alam sekitar.

Rajah 13. Pelaksana memberikan cenderahati kepada para peserta

4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, Program 5R: Kitar Semula secara DIY yang telah dijalankan di Taman

Perumahan Kampung Belimbing telah berjalan dengan lancar berkat kerjasama penduduk
taman perumahan tersebut. Setelah pelaksanaan program tersebut, post-mortem telah
dijalankan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, dan cadangan
penambahbaikan bagi program tersebut. Analisis SWOT yang dibuat membantu pelaksana
merefleksi diri dan program bagi penambahbaikan dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Penulisan laporan mengenai pelaksanaan program turut dilaksanakan bagi merekodkan

15

pelaksanaan program yang telah dijalankan bermula dari fasa perancangan, fasa
pelaksanaan sehingga fasa selepas pelaksanaan.

5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)

5.1 Kekuatan

Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan program 5R:
kitar semula secara DIY ini. Pertama sekali, aktiviti yang dijalankan melalui program ini
merangkumi kesemua ‘R’ dalam amalan 5R, iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna
semula), Recycle (kitar semula), Recreate (mencipta semula) dan Rethink (berfikir semula).
Aktiviti pengumpulan kertas yang telah digunakan menunjukkan pengaplikasian ‘R’ yang
pertama iaitu Reduce atau kurangkan. Hal ini demikian kerana, aktiviti ini menggalakkan
peserta untuk mengurangkan penggunaan kertas baru dengan menyimpan kertas yang
telah digunakan untuk membuat kertas baru. Aktiviti kitar semula kertas secara DIY
merangkumi ‘R’ yang lain iaitu mengitar semula kertas yang telah digunakan (Recycle)
dengan menciptakan kertas baharu (Recreate) untuk digunakan semula (Reuse). Aktiviti-
aktiviti ini mampu mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan perbelanjaan untuk
membeli kertas yang baru. Rethink pula diaplikasikan apabila murid menggunakan proses
berfikir untuk memilih dan melaksanakan proses kitar semula kertas menggunakan kertas
yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, majalah dan kertas buku tulis. Tuntasnya,
para peserta dapat melakukan dan mengaplikasikan kesemua elemen dalam 5R secara
tidak langsung semasa program dijalankan.

Selain itu, program ini memberi pengetahuan kepada para peserta akan amalan
hidup lestari yang boleh dilakukan untuk memelihara alam sekitar. Aktiviti pembentangan
mengenai 5R dan kitar semula kertas secara DIY memberi banyak input kepada para
peserta akan kepentingan dan langkah memelihara alam sekitar. Input dan pengetahuan
yang disalurkan secara tidak langsung mampu memberi kesedaran dan galakan kepada
para peserta untuk terus mengamalkan amalan hidup lestari dengan mengitar semula kertas
sendiri di rumah. Tambahan pula, aktiviti kitar semula kertas secara DIY dalam program ini
memberi peluang kepada para peserta untuk menjalankan amalan kitar semula kertas
secara amali. Pendedahan kitar semula secara amali kepada para peserta dapat membantu
peserta mengaplikasikan amalan ini di rumah kerana mereka mempunyai pengalaman untuk
melaksanakannya. Ia dapat menggalakkan peserta untuk meneruskan amalan kitar semula
kertas secara DIY ini kerana mudah untuk diamalkan. Intihanya, program ini mampu

15

memberi pengetahuan, kesedaran dan galakan kepada peserta untuk mengamalkan gaya
hidup lestari dan kitar semula dalam kehidupan untuk memelihara alam sekitar.

5.2 Kelemahan

Meskipun program ini berjalan dengan lancar, masih terdapat beberapa kelemahan
yang dikenalpasti. Pertama sekali, penyertaan penduduk taman perumahan yang kurang
memberangsangkan. Meskipun pelaksanaan program telah diuar-uarkan kepada penduduk
taman perumahan, penyertaan masih lagi kurang dibandingkan dengan jumlah penduduk
taman perumahan yang ramai. Sebagai bukti, hanya terdapat 15 orang peserta yang
menyertai program ini. Kekurangan penyertaan ini paling banyak dilihat dalam kalangan
orang dewasa. Hal ini demikian kerana, kurang kesedaran akan amalan kitar semula dan
kelestarian alam sekitar dalam kalangan penduduk. Kebanyakkan ibu bapa di taman
perumaha tersebut beranggapan bahawa program dan aktiviti yang dijalankan tidak sesuai
bagi orang dewasa dan hanya menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai.
Walaubagaimanapun, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi
kesedaran kepada penduduk akan kepentingan dan langkah kitar semula kertas. Oleh itu,
saya berkongsi perjalanan program tersebut dengan penduduk lain yang tidak dapat
menyertai program tersebut melalui aplikasi ‘WhatsApp’ yang disertai oleh penduduk taman
perumahan tersebut.

Seterusnya, kekangan kewangan juga menjadi kelemahan bagi program ini.
Disebabkan peruntukan bagi program ini adalah peruntukan sendiri dari pelaksana, alatan
yang dapat dibekalkan adalah terhad. Sebagai contoh, pelaksana hanya mampu
membekalkan 4 Silk Screen Printing Wooden Frame untuk melaksanakan aktiviti kitar
semula kertas. Oleh itu, para peserta terpaksa melakukan aktiviti kitar semula kertas secara
berkumpulan. Pelaksana mendapati bahawa jika peserta mampu mengitar semula kertas
secara individual, pelaksanaan aktiviti ini mungkin lebih efektif. Tambahan pula, saiz Silk
Screen Printing Wooden Frame yang dibekalkan terlalu besar bagi peserta yang pertama
kali melakukan kitar semula kertas secara DIY. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kertas
yang dikitar semula kertas oleh peserta tidak terbentuk elok dan terkoyak di bahagian tepi.
Namun demikian, ianya boleh dipotong kepada saiz yang lebih kecil dan bahagian terkoyak
boleh dikitar semula untuk membuat kertas baru. Kesimpulannya, terdapat beberapa
kekurangan yang dikenalpasti melalui program yang dilaksanakan namun ia masih mampu
dikawal dan diselesaikan dengan inisiatif lain.

15

5.3 Peluang

Terdapat peluang yang dapat diperoleh melalui aktiviti kitar semula kertas ini.
Aktiviti kitar semula kertas secara DIY ini membuka peluang untuk menjana pendapatan
kerana kertas yang dikitar semula berpotensi untuk dijadikan buku nota yang mesra alam
dan dijual di pasaran. Sudah semestinya harga buku nota hasil kitar semula kertas yang
dijual lebih murah berbanding buku nota yang terdapat dipasaran. Malah, pendapatan
melalui buku mesra alam yang dihasilkan melalui proses kitar semula kertas ini boleh
disalurkan untuk melaksanakan program melestarikan alam sekitar yang lain seperti
program kitar semula secara besar-besaran, kempen, mahupun pertandingan yang
melibatkan kelestarian alam sekitar. Hal ini mampu membuka peluang lebih besar dalam
usaha memelihara alam sekitar dengan melibatkan agensi-agensi lebih besar mahupun
badan kerajaan dan badan bukan kerajaan.

5.4 Ancaman

Ancaman yang dikenalpasti melalui pelaksanaan aktiviti kitar semula kertas ini ialah,
program dan usaha ini merupakan usaha jangka masa yang pendek. Hal ini demikian
kerana, program ini dijalankan sekali sahaja dan tidak diteruskan secara berkala. Oleh itu,
usaha ini berhadapan dengan acaman di mana usaha memupuk amalan kitar semula kertas
DIY dalam kalangan penduduk tidak dapat dihayati dan diamalkan dalam jangka masa yang
panjang. Usaha dan amalan kitar semula kertas DIY mungkin dilupakan dan tidak
dilaksanakan lagi oleh para peserta jika tiada galakan yang berterusan dilakukan untuk
memupuk amalan tersebut. Intihanya, usaha memupuk amalan kitar semula kertas secara
DIY dalam kehidupan seharian tidak akan berkesan sekiranya tidak dijalankan secara
berterusan.

6.0 Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah bekerjasama dengan pihak sekolah atau
agensi-agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan untuk menjayakan program pelestarian
alam sekitar ini. Hal ini demikian kerana, dengan kerjasama pihak yang lebih besar, program
dapat dilaksanakan dengan peruntukan kewangan oleh pihak tersebut. Peruntukan
kewangan ini mampu membantu program berjalan dengan lebih lancar dan dijalankan dalam
skala yang lebih besar dengan peralatan dan keperluan yang mencukupi. Oleh itu, program

15

kelestarian alam sekitar dapat dijalankan dengan lebih baik sekiranya kerjasama antara
pihak lain dapat dilakukan.

Selain itu, aktiviti kitar semula kertas DIY dapat ditambahbaik dengan penggunaan
alatan Silk Screen Printing Wooden Frame yang bersaiz lebih kecil supaya kertas yang
dikitar semula tidak mudah terkoyak. Hal ini demikian kerana, peserta yang menyertai
program kitar semula kertas mungkin pertama kali melaksanakan aktiviti kitar semula
tersebut. Oleh itu, mereka perlu mempraktikkan proses kitar semula kertas itu dengan
peringkat yang rendah terlebih dahulu, iaitu dengan menggunakan alatan yang bersaiz kecil
bagi melatih diri dengan proses tersebut.

Seterusnya, kempen kesedaran secara kecil-kecilan perlu diadakan terlebih dahulu
sebelum program kelestarian alam sekitar (kitar semula) ini dilaksanakan. Ini bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kelestarian alam sekitar merupakan
tanggungjawab semua tidak mengira peringkat umur. Kempen kesedaran ini penting bagi
memastikan penyertaan program kitar semula ini memberangsangkan dengan jumlah
peserta yang ramai. Melalui kesedaran akan kepentingan memelihara alam sekitar,
masyarakat mungkin tergerak hati untuk melibatkan diri dalam program kelestarian alam
sekitar. Kempen kesedaran ini boleh dilakukan dengan menghantar flyers atau risalah
mengenai kepentingan dan tanggungjawab masayarakat dalam memelihara alam sekitar
kepada setiap rumah di taman perumahan tersebut. Sedikit sebanyak, ia mampu menarik
minat masyarakat untuk terlibat sama dalam program penglestarian alam sekitar.

Akhir sekali, kerjasama dengan majlis bandaraya perlu dijalinkan bagi merancang
aktiviti-aktiti kelestarian alam sekitar di sekitar kawasan perumahan secara berkala. Hal ini
penting bagi memastikan kelangsungan usaha memelihara alam sekitar ini dilaksanakan.
Pelbagai aktiviti memelihara alam sekitar boleh dilakukan lantaran pelbagai isu mengenai
sampah sarap, pembakaran terbuka dan pencemaran timbul di kawasan tersebut. Oleh itu,
setiap pihak harus berganding bahu dalam usaha memelihara alam sekitar.

15

7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini berjalan dengan lancar dan

objektif program dapat dicapai dengan jayanya. Pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar adalah tanggungjawab setiap manusia. Oleh itu, program dan aktiviti memulihara dan
memelihara alam sekitar sangat penting untuk dilaksanakan bagi mencegah pencemaran,
bencana alam, dan menjaga kelestarian dan keindahan alam. Pengetahuan tentang alam
sekitar dan kitar semula mampu mewujudkan suatu amalan penjagaan alam sekitar (Hanifah
Mahat, 2020). Justeru, usaha melestarikan alam sekitar perlu dititikberarkan dalam setiap
lapisan masyarakat dan amalan penjagaan alam sekitar itu perlu dipupuk dari zaman kanak-
kanak dan berterusan sehingga tua.

Disediakan oleh,

……………………………………………
(AMALIA ZULAIKHA BINTI AMIRAN)

16

Rujukan
Azrina Sobian. (2017, March 27). Bersama Merealisasikan Kehidupan Lestari. Utusan

Malaysia. https://www.ikim.gov.my/index.php/2017/03/27/bersama-merealisasikan-
kehidupan-lestari/
Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, & Yazid Saleh. (2020). Pengetahuan dan Amalan
Penjagaan Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Pra-Sekolah. Akademika, 3(13), 4-
13. https://doi.org/10.17576/akad-2020-9001-01
Muhammad Basir Roslan, & Sakini Mohd Said. (2022, March 10). Anggaran 14 juta tan
sampah akan dikutip tahun
ini. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/613802
Muhammad Saufi Hassan, Nor Asyikin Mat Hayin, Muhammad Razis Ismail, & Nurul Husna
Mahmus. (2022, July 20). 14 juta tan sampah pada
2022. Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-
sampah-pada-2022
Nora Ismail. (2015, May 6). Kitar Semula [PowerPoint Slides].
SlideServe. https://www.slideserve.com/puterinora/kitar-semula

16


Click to View FlipBook Version