The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN, BAIK PULIH DAN NAIK TARAF BANGUNAN SEKOLAH SMKPP 9 (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14113365, 2023-11-05 03:54:40

KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN, BAIK PULIH DAN NAIK TARAF BANGUNAN SEKOLAH SMKPP 9 (2)

KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN, BAIK PULIH DAN NAIK TARAF BANGUNAN SEKOLAH SMKPP 9 (2)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN, BAIK PULIH DAN NAIK TARAF BANGUNAN SEKOLAH


2 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN, BAIK PULIH DAN NAIK TARAF BANGUNAN SEKOLAH 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) terletak dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ditubuhkan pada 4 Disember 2003. Sekolah ini terletak di kawasan bandar dan mempunyai empat blok bangunan yang terdiri dari pejabat pentadbiran,bilik guru,bilik darjah,bilik-bilik khas pembelajaran, dewan,bilik mesyuarat, bilik auditorium, perpustakaan, makmal, kantin,tandas dan satu bangunan Pendidikan Khas. Sekolah ini diterajui oleh seorang pengetua bersama-sama 4 orang penolong kanan serta barisan guru seramai 94 orang dan kakitangan pejabat seramai 12 orang. Selaras dengan usia yang hampir 2 abad,infrastruktur bangunan sekolah ini menjadi rosak akibat sistem saliran yang tidak berfungsi dengan baik. Masalah gangguan elektrik di bilik darjah,bilik khas dan bilik auditorium yang tidak dapat dikenalpasti puncanya juga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid kerana bilik-bilik tersebut tidak dapat digunakan dengan efektif. Selain itu, masalah sistem saliran yang bocor dan reput menyebabkan air daripada sistem saliran mengalir keluar dan masuk ke bilik-bilik pembelajaran.Masalah ini juga berlaku di beberapa tempat seperti kawasan luar dewan dan kawasan laluan utama warga sekolah ke bilik darjah. Masalah ini menjadi lebih teruk apabila hujan turun dan menjejaskan banyak tempat di kawasan sekitar bangunan sekolah. Air menitis keluar daripada tiang-tiang yang reput dan bumbung sehingga menyebabkan cat bangunan rosak, lantai berlubang dan mengganggu keselesaan warga sekolah. Pihak sekolah serta PIBG tidak mampu menampung kos yang tinggi untuk membaiki dan membaik pulih infrastruktur menyebabkan kerosakan semakin lama menjadi semakin teruk dan sangat membahayakan keselamatan murid. 1. PENGENALAN


3 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Meningkatkan keberkesanan kemenjadian murid secara menyeluruh dengan penyediaan prasarana yang kondusif dan berteknologi. 3.1 Memberi keselesaan kepada murid dan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku di kelas 3.2 Menaik taraf keseluruhan tempat yang terjejas bagi tujuan keselamatan dan keselesaan murid 3.3 Baik pulih sistem saliran dan kebocoran di tandas,bumbung dan kawasan sekitar laluan murid terutama di hadapan pintu masuk dewan utama. 3.4 Baik pulih lantai yang berlubang di sekitar foyer, kantin, dan laluan ke dewan, perpustakaan,koperasi dan dataran. 3.5 Baik pulih sistem dan pendawaian elektrik 4.1 Aspek keselamatan murid dan guru tidak terjamin merujuk kepada keadaan bangunan yang teruk akibat titisan air daripada atas bangunan dan lopak air yang bertakung di lantai. 4.2 Bilik-bilik khas tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran kerana dimasuki air, gangguan elektrik dan tidak selamat. 2. MATLAMAT 3. OBJEKTIF 4. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


4 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) BIL PERKARA KETERANGAN 1 Sistem saliran dan bumbung bocor • Membaiki kebocoran dalam sistem saliran • Menggantikan sistem saliran yang baharu Berlaku kebocoran pada bumbung dan dalam sistem saliran hingga menyebabkan air mengalir di dinding,tembok dan menitis ke kawasan bangunan bawah Pihak sekolah terpaksa menyediakan baldi untuk menahan pengaliran air terutama ketika hujan lebat di sekitar laluan foyer,kantin, perpustakaan dan koperasi sekolah. 2. Kawasan luar Dewan Tuan Abdul Razak • Baik pulih pintu masuk utama • Mengecat bangunan luar terutama bahagian pintu masuk utama dewan • Memasang ‘tile’ di tangga dan kawasan hadapan pintu masuk dewan. Air menitis di pintu masuk utama sebelah kanan dewan. Kesannya tangga licin,cermin di pintu mempunyai kesan air yang merosakkan pandangan dan tidak dapat digunakan. Pihak sekolah telah menghadangnya dengan pita keselamatan dan notis kawasan berbahaya 3. Laluan sepanjang bangunan dari foyer ke dataran • Menutup lantai berlubang dan rekahan simen di laluan • Memasang ‘tile’ di sepanjang laluan Banyak kesan rekahan dan lantai yang berlubang di sepanjang laluan. Banyak berlaku kejadian yang melibatkan murid dan guru terjatuh akibat lubang tersebut. Pihak sekolah telah beberapa kali membaik pulih lubang tersebut tetapi masih wujud lubang baharu yang banyak memberi risiko kepada murid-murid dan guru-guru. 4. Sistem elektrik • Mengganti sistem pendawaian elektrik baharu termasuk plug dan kipas yang rosak di sekitar sekolah. Berlaku masalah bekalan elektrik terputus di beberapa bilik darjah dan bangunan. Pihak sekolah perlu tambahan bilik darjah untuk kegunaan tahun hadapan kerana berlaku penambahan murid saban tahun. 5. PERINCIAN PROJEK


5 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Penasihat: Pn. Mazira binti Mohd Zain (Pengetua) Pengerusi: Tn. Hj. Rozaan bin Mat Isa (YDP PIBG) Timb. Pengerusi: En. (NYDP PIBG) Setiausaha: Pn. Norakmar binti Azman Bendahari: Pn. Norzuraini binti Zulkifli AJK: Semua AJK PIBG Semua guru SMK Putrajaya Presint 9 (2) Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan 1. Baik pulih sistem saliran dan bumbung RM87,000.00 2. Baik pulih luar dewan RM84,000.00 4. Baiki laluan berlubang dan rekahan kaki lima RM65,000.00 5. Baik pulih pendawaian elektrik RM64,000.00 Jumlah Keseluruhan RM300,000.00 5. AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA 6. ANGGARAN KOS PROJEK


6 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Kami mengharapkan sumbangan daripada orang perseorangan, pihak korporat dan pelbagai pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat untuk membaik pulih prasarana sekolah demi anak-anak didik di sekolah ini. Bersama-sama ini disertakan lampiran berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan .Diharapkan projek penyelenggaraan baik pulih ini memberi kesan kepada keberhasilan dan keselesaan murid secara menyeluruh dalam proses menuju pembelajaran abad ke 21. Kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak Dato’ / Datin/Tuan/Puan dalam pelbagai bentuk sama ada material atau kewangan. Sumbangan kewangan dalam bentuk tunai atau cek boleh disalurkan ke akaun PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2), NO AKAUN BANK ISLAM: 16018010013795 Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasihatas kerjasama serta sokongan dan sumbangan daripada pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan demi kejayaan projek ini. Disediakan oleh, Disokong oleh, ……………………………… ........................................................... (NURAKMAR BINTI AZMAN) (TN. HJ ROZAAN BIN MAT ISA) Setiausaha PIBG YDP PIBG SMK Putrajaya Presint 9 (2) SMK Putrajaya Presint 9(2) Disokong oleh, ……………………………… (MAZIRA BINTI MOHD ZAIN) PENGETUA SMK Putrajaya Presint 9 (2) 8. PENUTUP 7. SUMBER KEWANGAN


7 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Cermin pintu dewan mempunyai kesan air Pintu rosak dan tidak dapat dibuka dari luar Tangga kotor dan berlumut GAMBAR KAWASAN LUAR DEWAN DAN LALUAN KAKI LIMA


8 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Banjir di kawasan tangga sebelum masuk ke dewan Tangga dewan menjadi licin dan membahayakan keselamatan murid-murid


9 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Takungan air di simen menyebabkan lantai berlumut dan licin Air menitis daripada tingkat atas menanggalkan plaster


10 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Lampu rosak dan perlu diganti Beberapa kesan air di sepanjang saluran paip


11 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Kesan air di bahagian atas Lantai berlumut


12 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Air bertakung merosakkan mural dan lantai Baldi diletakkan di kawasan sekitar untuk mengelakkan banjir


13 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Saluran paip yang reput Air keluar di laluan murid


14 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Beberapa saluran paip yang reput dan bocor Air keluar di setiap saluran paip


15 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Lantai di penuhi kes Keadaan lantai yang bertampal simen dan berair


16 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Keadaan lantai yang berlubang bocor dan berlubang


17 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Dinding berlumut dan kesan air menitis


18 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Bahagian atas yang terjejas teruk


19 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Lantai berlubang Tiles basah dan licin


20 SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) Air keluar daripada tiles Tiles kotor dan sukar dibersihkan


Click to View FlipBook Version