The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umiumirah20, 2023-10-22 23:03:04

DSKP KSSM KBD Al Syariah Ting 1

DSKP KSSM KBD Al Syariah Ting 1

Al-Syariah Tingkatan 1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH


Title Page


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH Al-Syariah Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Kurikulum Bersepadu Dini Tingkatan 1 Bahagian Pembangunan Kurikulum DISEMBER 2016


Terbitan 2017 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


KANDUNGAN Rukun Negara.................................................................................................................................................. v Falsafah Pendidikan Kebangsaan..................................................................................................................... vi Definisi Kurikulum Kebangsaan ........................................................................................................................ vii Kata Pengantar.................................................................................................................................................. ix Pendahuluan ...................................................................................................................................................... 1 Latar Belakang .................................................................................................................................................. 2 Matlamat ........................................................................................................................................................... 3 Objektif .............................................................................................................................................................. 3 Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah........................................................................................... 4 Fokus ................................................................................................................................................................ 5 Kemahiran Abad Ke-21 ..................................................................................................................................... 6 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi .......................................................................................................................... 7 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ............................................................................................................ 8 Elemen Merentas Kurikulum ............................................................................................................................. 10 Pentaksiran Sekolah .......................................................................................................................................... 12 Organisasi Kandungan ...................................................................................................................................... 15


Peruntukan Masa .............................................................................................................................................. 16 Penggunaan Bahasa ......................................................................................................................................... 17 Rujukan ............................................................................................................................................................. 17 Al-Quran wa al-Hifz ........................................................................................................................................... 18 Fiqh al-Ibadat ................................................................................................................................................... 25 Lampiran ......................................................................................................................................................... 33 Panel Penggubal .............................................................................................................................................. 40 Penghargaan..................................................................................................................................................... 41


v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan Malaysia corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


vi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


vii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]


viii


ix KATA PENGANTAR Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Usaha memasukkan standard prestasi di dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid. DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga pelaksanaan KSSM akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum


KSSM AL-SYARIAH TINGKATAN 1 1 PENDAHULUAN Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi sekolah yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) mata pelajaran al-Syariah di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) digubal untuk memenuhi keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh. Kurikulum al-Syariah memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Melalui kurikulum ini murid dibekalkan dengan pengetahuan tentang al-Quran wa al-Hifz, Fiqh al-Ibadah, Fiqh al-Munakahat, Fiqh al-Muamalat dan Fiqh al-Jinayah. Murid bukan sekadar dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, malah mereka dididik untuk mengamal dan menghayati ilmu yang dipelajari. Melalui kurikulum ini juga murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi mengenai pelbagai persoalan hukum dan isu semasa agar mereka mampu membangunkan diri serta masyarakat berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Kurikulum al-Syariah digubal bagi melahirkan murid yang mampu mengintegrasikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT. Murid juga dibimbing agar boleh menghubungkait antara ilmu aqli dan ilmu naqli untuk memberi sumbangan kepada tamadun umat. Bagi mencapai hasrat ini proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin. Untuk membolehkan murid dinilai dengan lebih autentik dan holistik pelbagai kaedah pentaksiran digunakan. Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid. Adalah diharapkan melalui kurikulum al-Syariah ini dapat melahirkan murid yang memahami, mengamal dan menghayati Islam secara menyeluruh. Melalui pendekatan ini juga, cita-cita untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis akan tercapai.


KSSM AL-SYARIAH TINGKATAN 1 2 LATAR BELAKANG Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBDKBT) dilaksanakan berdasarkan keputusan berikut: 1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 3/2012 pada 25 Jun 2012 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah meluluskan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz (KDKT) sebagai Kurikulum Kebangsaan. Mesyuarat juga bersetuju pelaksanaan KDKT sebagai Kurikulum Kebangsaan akan diselia dan dilaksanakan mengikut dasar-dasar pelaksanaan kurikulum sedia ada di KPM dengan persetujuan bersama Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) JAKIM. 2. Berdasarkan keputusan JKP itu, BPK dan bahagian lain di KPM bersama LEPAI telah membentuk satu Jawatankuasa Khas KDKT untuk penambahbaikan kurikulum agama sedia ada. Mesyuarat ini turut disertai oleh pakar-pakar pengajian Islam dan bahasa Arab daripada universiti-universiti tempatan yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Abd. Majid bagi menyelaras dan merancang waktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KDKT yang lebih efektif dan berkesan. 3. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-200 pada 26 Julai 2012 yang dipengerusi oleh Menteri Pendidikan telah bersetuju menjadikan KDKT sebagai Kurikulum Kebangsaan. 4. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali ke-54 pada 3 Disember 2012 yang dipengerusikan Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dalam mesyuarat ini nama Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz. 5. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke- 231 pada 27 Februari 2013 juga telah bersetuju mengambil maklum dan memperkenan cadangan menjadikan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK.


KSSM AL-SYARIAH TINGKATAN 1 3 6. Susulan daripada itu, Mesyuarat Jawatankuasa (Exco) Pendidikan Negeri kali ke-5, bil. 1/2013 pada 29 Ogos 2013 yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia telah memaklumkan kepada negeri-negeri mengenai pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz secara berperingkat bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mulai tahun 2015. MATLAMAT Matlamat kurikulum al-Syariah ialah untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. OBJEKTIF Kurikulum al-Syariah bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Membaca ayat al-Quran daripada surah pilihan dengan betul, lancar, bertajwid dan fasih. 2. Menghafaz ayat al-Quran daripada surah pilihan dengan betul, lancar, bertajwid, dan fasih. 3. Memahami makna ayat al-Quran daripada surah pilihan yang dipelajari. 4. Merumus kefahaman perkara yang berkaitan dengan Fiqh al-Ibadat dan mengaplikasikan dalam kehidupan. 5. Merumus kefahaman perkara yang berkaitan dengan Fiqh al-Munakahat. 6. Merumus kefahaman perkara yang berkaitan dengan Fiqh al-Muamalat dan mengamalkannya dalam kehidupan. 7. Merumus kefahaman perkara yang berkaitan dengan Fiqh al-Jinayat.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 4 KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH KSSM dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilainilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 5 FOKUS Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurikulum al-Syariah menekankan aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Berikut adalah maksud kepada setiap satu aspek tersebut mengikut konteks kurikulum al-Syariah: 1. Ilmu Ilmu bermaksud isi kandungan atau fakta ilmu yang ditentukan di dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP). Contohnya dalam tajuk solat mengandungi fakta tentang hukum solat, syarat wajib, syarat sah, rukun solat dan sebagainya. Isi kandungan atau fakta tersebut disampaikan secara teori kepada murid. 2. Amali Amali bermaksud melaksanakan secara amali teori-teori yang dipelajari. Contohnya setelah murid diajar secara teori tentang sujud iaitu meletakkan dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua hujung kaki ke lantai, murid diminta melaksanakan sujud secara amali. Amali sangat penting dilaksanakan bagi memastikan kefahaman yang betul tentang sesuatu teori. Guru perlu membetulkan sekiranya mendapati ada kesilapan semasa murid melakukan amali. 3. Amalan Amalan bermaksud mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian. Contohnya setelah mempelajari tentang teori solat dan melaksanakan solat secara amali murid hendaklah dibimbing agar mengamalkan solat dalam kehidupan harian. Murid perlu sentiasa diingatkan agar mendirikan solat walau apa keadaan sekali pun. Guru perlu menyediakan senarai semak bagi memantau sejauh mana murid melaksanakan solat setiap hari. 4. Penghayatan Penghayatan bermaksud menghayati kesan dan pengajaran dari amalan-amalan yang dilaksanakan. Contohnya matlamat pensyariatan solat ialah bagi mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Murid perlu diingatkan agar sentiasa menjauhi perkara keji dan mungkar kerana mereka telah melaksanakan solat. 5. Pembudayaan Pembudayaan bermaksud menjadikan amalan-amalan baik yang diamalkan secara individu sebagai amalan yang dilaksanakan secara berjamaah atau beramai-ramai. Contohnya amalan melaksanakan solat dijadikan amalan semua warga sekolah, akhirnya akan wujud budaya solat berjamaah di sekolah.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 6 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum al-Syariah menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid. Jadual 1: Profil Murid PROFIL MURID PENERANGAN Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati. Mahir Berkomunikasi Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi. Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks PROFIL MURID PENERANGAN dan membuat keputusan yang beretika. Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baharu Kerja Sepasukan Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. Bersifat Ingin Tahu Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 7 PROFIL MURID PENERANGAN Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka. Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika / undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh. Penyayang/Prihatin Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar. Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 2. Jadual 2: Tahap pemikiran dalam KBAT TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 8 KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional. Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah. KBAT boleh diaplikasi dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Keberkesanan PdP bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah serta melaksanakan pendekatan, kaedah dan teknik secara bersepadu dan sitematik. PdP yang berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Dalam konteks mata pelajaran al-Syariah pelbagai strategi PdP digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada murid. Pembelajaran secara hands-on dan berpusatkan murid amat ditekan dalam proses tersebut. Antara strategi yang dicadangkan adalah seperti berikut: Pembelajaran Berpusatkan Murid Strategi PdP dalam mata pelajaran al-Syariah haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Pembelajaran Berasaskan Projek Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Hal ini juga dapat membantu guru menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 9 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands on’ dan ‘mind-on’. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerevelenan pembelajaran dalam kehidupan mereka. Pembelajaran Masteri Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam sesuatu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada beberapa unit kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran Luar Bilik Darjah Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan. Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme ialah suatu kaedah pembelajaran yang menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkann pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar dan mengamalkan sepanjang hayat. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid berperanan merancang dan menjalankan aktivit pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan dan kaji siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz. Talaqqi dan musyafahah Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan murid atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al-Quran sebagai bacaan


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 10 contoh dan meminta murid mendengarnya serta memerhati pergerakkan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta murid membacanya dan guru mendengar dengan teliti serta membetulkan bacaan murid sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Bagi memastikan sesuatu PdP berjaya dan mencapai objektif, guru perlu memahami dan menguasai SK, SP dan standard prestasi (SPi) dengan jelas dan tepat. Kemahiran guru mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam proses PdP mata pelajaran al-Syariah akan membantu murid mencapai SK dan SP yang ditetapkan. Guru juga perlu merancang dan melaksanakan pentaksiran bagi mengesan SPi dapat dicapai oleh murid mengikut kebolehan masingmasing. Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya murid mampu menyumbang ke arah pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara. Guru yang kreatif dan inovatif dalam proses PdP akan merangsang dan memotivasikan murid bagi meneroka bidang ilmu yang baharu, menjana idea untuk menghasilkan tugasan dengan lebih kreatif, menilai kualiti hasil kerja dan mengerah pemikiran bercapah seterusnya menyerlahkan personaliti individu yang kreatif. Kreativiti ini juga akan dapat menjana idea murid dalam mengaitkan ilmu Islam dengan ilmu sains, teknologi dan kemanusiaan. Guru mempunyai akauntibiliti untuk memastikan kemahiran berfikir aras tinggi berlaku dalam setiap sesi PdP Pendidikan Islam supaya Islam dapat direalisasikan sebagai satu cara hidup. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut: 1. Bahasa Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 11 2. Kelestarian Alam Sekitar Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran. Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam. 3. Nilai Murni Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian. 4. Sains dan Teknologi Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara iaitu: o Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi); o Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu); o Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan o Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP. 5. Patriotisme Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. 6. Kreativiti dan Inovasi Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 12 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad 21. Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP. 7. Keusahawanan Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran. 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran. PENTAKSIRAN SEKOLAH Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada pendekatan pentaksiran yang merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. Proses ini berlaku secara formal dan tidak formal supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan setempat. Maklumat yang diperoleh dari PS akan digunakan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran murid. PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir sesuatu unit pembelajaran penggal, semester atau tahun. Dalam melaksanakan PS guru perlu merancang, membina item, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Penyataan umum SPi bagi mata pelajaran al-Syariah adalah seperti jadual 3 dan 5. Manakala jadual 4 adalah tafsiran kepada tahap bacaan al-Quran.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 13 Jadual 3: Penyataan umum SPi al-Quran wa al- Hifz TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan bimbingan. 2 Membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan betul. 3 Membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan betul dan lancar. 4 Membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan betul, lancar dan bertajwid. 5 Membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan betul, lancar, bertajwid dan fasih serta mengamalkannya. 6 Membaca dan menghafaz surah-surah tertentu dengan betul, lancar, bertajwid dan fasih serta mengamalkannya dan boleh dicontohi bacaan atau membimbing orang lain. Jadual 4: Tafsiran tahap kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran TAHAP BACAAN TAFSIRAN Betul Dapat membaca al-Quran dengan betul pada perkara berikut: Sebutan asas huruf hijaiyah Baris fathah, dhommah, kasrah, sukun dan shaddah. Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. Bacaan pendek dan Mad Asli. Lancar Dapat membaca al-Quran dengan lancar. Bertajwid Dapat membaca al-Quran mengikut keseluruhan hukum tajwid. Fasih Dapat membaca al-Quran dengan fasih mengikut lahjah arab.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 14 Jadual 5: Penyataan umum SPi Fiqh al-Ibadah TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Menyatakan perkara asas tentang ibadah. 2 Memahami perkara asas tentang ibadah. 3 Mengaplikasikan perkara berkaitan ibadah dengan betul. 4 Menganalisis perkara berkaitan ibadah dengan betul. 5 Menilai perkara berkaitan ibadah dengan betul dan mengamalkannya. 6 Merumus kefahaman perkara berkaitan ibadah dengan betul dan mengamalkannya serta boleh dicontohi atau membimbing orang lain. Tahap Penguasaan Keseluruhan Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai tahap penguasaan murid di akhir sesi persekolahan. Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi domain psikomotor, kognitif dan afektif murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan rakan sejawat. Tahap penguasaan keseluruhan diberi selepas murid mempelajari bidang-bidang yang terdapat di dalam Komponen al-Syariah.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 15 ORGANISASI KANDUNGAN Organisasi kandungan Kurikulum al-Syariah Tingkatan 1 adalah seperti berikut: 1. Bidang Al-Quran wa al-Hifz 1.1. Bacaan ayat al-Quran pilihan. 1.2. Hafazan ayat al-Quran pilihan. 1.3. Kefahaman makna ayat al-Quran pilihan. 2. Bidang Fiqh al-Ibadat 2.1. Bersuci. 2.2. Membersihkan Najis. 2.3. Istinjak. 2.4. Wuduk. 2.5. Mandi. 2.6. Tayammum. 2.7. Haid, Nifas dan Istihadah. 2.8. Solat. Penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) DSKP yang menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang digunakan dalam KBSM adalah satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. Merangkumi SK, SP dan SPi. DSKP memastikan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menjalankan pentaksiran dengan merujuk kepada satu dokumen sahaja. Guru melaksanakan PdP melalui SK dan SP serta mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui SPi. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Satu set kriteria yang menunjukkan tahaptahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 16 PERUNTUKAN MASA Peruntukan Masa bagi mata pelajaran al-Syariah tingkatan 1 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ialah sebanyak 4 waktu seminggu (40 minit setiap waktu). Namun begitu, bermula tahun 2017 agihan masa mata pelajaran diubah berdasarkan Jam dan bukan lagi waktu (Lihat perbezaan di jadual 6 dan 7). Jadual 6: Agihan Masa al-Syariah seminggu berdasarkan Waktu KBSM Mata Pelajaran Bidang T. 1 T. 2 T. 3 Aliran Dini Agama Aliran Dini Sains Aliran Dini Sastera T. 4 T. 5 T. 4 T. 5 T. 4 T. 5 Al-Syariah al-Quran wa al-Hifz 2 2 2 2 2 2 2 2 2 Fiqh al-Ibadat 2 2 2 2 2 2 2 2 2 Fiqh al-Munakahat - - 1 1 - 1 - 1 - Fiqh al-Muamalat - - 1 1 1 1 1 1 1 Fiqh al-Jinayat - - - - 1 - 1 - 1 Jumlah 4 Waktu 4 Waktu 6 Waktu 6 Waktu 6 Waktu 6 Waktu 6 Waktu 6 Waktu 6 Waktu


AL-SYARIAH TINGKATAN 1 17 Jadual 7: Agihan Masa al-Syariah seminggu berdasarkan Jam KSSM (Mula Dilaksanakan pada tahun 2017) Mata Pelajaran Bidang T. 1 T. 2 T. 3 Aliran Dini Agama Aliran Dini Sains Aliran Dini Sastera T. 4 T. 5 T. 4 T. 5 T. 4 T. 5 Al-Syariah al-Quran wa al-Hifz 2 2 2 2 2 2 2 2 2 Fiqh al-Ibadat 2 2 2 2 2 2 2 2 2 Fiqh al-Munakahat - - 1 1 - 1 - 1 - Fiqh al-Muamalat - - 1 1 1 1 1 1 1 Fiqh al-Jinayat - - - - 1 - 1 - 1 Jumlah Seminggu 2.5 Jam 2.5 Jam 3.5 Jam 4 Jam 4 Jam 4 Jam 4 Jam 4 Jam 4 Jam Jumlah Setahun 80 Jam 80 Jam 112 Jam 128 Jam 128 Jam 128 Jam 128 Jam 128 Jam 128 Jam PENGGUNAAN BAHASA Proses pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Bersepadu Dini bagi matapelajaran al-Syariah hendaklah menggunakan bahasa Arab al-Fusha. RUJUKAN Pembinaan bahan kurikulum, bahan sokongan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan merujuk kepada sumber rujukan yang sahih dan muktabar. Segala fakta-fakta yang dikemukakan berdasarkan kepada kefahaman Islam yang betul sebagaimana dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Bagi menyelaraskan kefahaman dan amalan murid, segala bahan sokongan dan proses pembelajaran dan pengajaran dibina dan dilaksanakan berdasarkan fahaman Ahli al Sunah Wa al Jamaah dan pendapat yang muktabar daripada mazhab al-Syafie serta keputusan-keputusan yang diterima pakai daripada pihak berkuasa dalam urusan agama di Malaysia. Manakala dalam bidang al-Quran wa al-Hifzi mengikut toriq al-Syatibi daripada riwayat Hafs `an `Asim.


18 1 .القرءان واحلفظ معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل اسونواج 1.1 األفكار من مفهيم خمارج احلروف الـهجائية والنطق به نطقا صحيحا. 1.1.1 ذكر عدد احلروف الـهجائية. 1.1.1 بيان عدد خمارج احلروف العامة. 1.1.1 االسوماع إىل خمارج احلروف من اآلات القرءانية والنطق هبا نطقا صحيحا. . 1.1.1 متييز الفرق بني خمارج احلروف املوشاهبة نطقا 1.1.1 املالزمة على تالوة القرءان مع مراعاة خمارج احلروف. 1 ذكر مضمين خمارج احلروف الـهجائية. 1 بيان مضمين خمارج احلروف الـهجائية. 1 تطبيق مضمين خمارج احلروف الـهجائية تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين خمارج احلروف الـهجائية حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين خمارج احلروف الـهجائية تقييما صحيحا ومالزموها. 6 اسونواج األفكار من مضمين خمارج احلروف الـهجائية اسونواجا للغري. صحيحا ومالزموها ويكين قدوة أو مرشدا


19 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 مالزمة على قراءة جميدة للتسير )الناس والفلق واإلخالص واملتسد والنصر والكافرون( وحفظها حفظا جميدا. 1.1.1 قراءة سيرة الناس والفلق واإلخالص واملتسد والنصر والكافرون. 1.1.1 تطبيق أحكام الوجييد على قراءة سيرة الناس والفلق واإلخالص واملتسد والنصر والكافرون قراءة جميدة مع الرتكيز على أحكام: أ. أحكام النين التساكنة والونيين. ب. أحكام القلقلة الصغرى والكربى 1.1.1 بيان معاين الكلمات املخوارة ابللغة املالييية من سيرة الناس والفلق واإلخالص واملتسد والنصر والكافرون. 1.1.1 حفظ سيرة الناس والفلق واإلخالص واملتسد والنصر والكافرون حفظا جميدا. 1.1.1 املالزمة على تالوة القرءان يف احلياة الييمية. 1 قراءة التسير املقررة إبرشاد املعلم وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة للتسير املقررة وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 6 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة ويكين قدوة للغري. أو مرشدا


20 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 مالزمة على قراءة جميدة للتسير )الكيثر واملاعين وقريش والفيل واهلمزة والعصر( وحفظها حفظا جميدا. 1.1.1 قراءة سيرة الكيثر واملاعين وقريش والفيل واهلمزة والعصر. 1.1.1 تطبيق أحكام الوجييد على قراءة سيرة الكيثر واملاعين وقريش والفيل واهلمزة والعصر قراءة جميدة مع الرتكيز على أحكام: أ. امليم التساكنة. ب. املد األصل . ت. املد الفرع )مد اللني(. 1.1.1 بيان معاين الكلمات املخوارة ابللغة املالييية من سيرة الكيثر واملاعين وقريش والفيل واهلمزة والعصر. 1.1.1 حفظ سيرة الكيثر واملاعين وقريش والفيل واهلمزة والعصر حفظا جميدا. 1.1.1 املالزمة على تالوة القرءان يف احلياة الييمية. 1 قراءة التسير املقررة إبرشاد املعلم وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة للتسير املقررة وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 6 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة ويكين قدوة للغري. أو مرشدا


21 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 مالزمة على قراءة جميدة للتسير )الوكاثر والقارعة والعادات والزلزلة( وحفظها حفظا جميدا. 1.1.1 قراءة سيرة الوكاثر والقارعة والعادات والزلزلة. 1.1.1 تطبيق أحكام الوجييد على قراءة سيرة الوكاثر والقارعة والعادات والزلزلة قراءة جميدة مع الرتكيز على أحكام: أ. املد الفرع )املد العارض للتسكين ومد العيض ) ب. املد الفرع ( مد الصلة القصرية والطييلة(. 1.1.1 بيان معاين الكلمات املخوارة ابللغة املالييية من سيرة الوكاثر والقارعة والعادات والزلزلة. 1.1.1 حفظ سيرة الوكاثر والقارعة والعادات والزلزلة حفظا جميدا. 1.1.1 املالزمة على تالوة القرءان يف احلياة الييمية. 1 قراءة التسير املقررة إبرشاد املعلم وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة للتسير املقررة وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 6 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة ويكين قدوة للغري. أو مرشدا


22 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 مالزمة على قراءة جميدة للتسير )البينة والقدر والعلق والوني( وحفظها حفظا جميدا. 1.1.1 قراءة سيرة البينة والقدر والعلق والوني. 1.1.1 تطبيق أحكام الوجييد على قراءة سيرة البينة والقدر والعلق والوني قراءة جميدة مع الرتكيز على أحكام: أ. املد الفرع )املد الياجب املوصل واملد اجلائز املنفصل(. ب. النين التساكنة والونيين )اإلقالب(. 1.1.1 بيان معاين الكلمات املخوارةابللغة املالييية من سيرة البينة والقدر والعلق والوني. 1.1.1 حفظ سيرة البينة والقدر والعلق والوني حفظا جميدا. 1.1.1 املالزمة على تالوة القرءان يف احلياة اليي مية. 1 قراءة التسير املقررة إبرشاد املعلم وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة للتسير املقررة وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 6 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة ويكين قدوة للغري. أو مرشدا


23 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 6.1 مالزمة على قراءة جميدة للتسير )الشرح والضحى والليل والشمس( وحفظها حفظا جميدا. 1.6.1 قراءة سيرة الشرح والضحى والليل والشمس. 1.6.1 تطبيق أحكام الوجييد على قراءة سيرة الشرح والضحى والليل والشمس قراءة جميدة مع الرتكيز على أحكام: أ. املد الفرع )املد الالزم الكلم الـمخفف والـمثقل(. ب. واجب الغنة. 1.6.1 بيان معاين الكلمات املخوارة ابللغة املالييية من سيرة الشرح والضحى والليل والشمس. 1.6.1 حفظ سيرة الشرح والضحى والليل والشمس حفظا جميدا. 1.6.1 املالزمة على تالوة القرءان يف احلياة الييمية. 1 قراءة التسير املقررة إبرشاد املعلم وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة للتسير املقررة وحفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة للتسير املقررة و حفظها مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 1 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة. 6 قراءة صحيحة طليقة مـجيدة فصيحة للتسير املقررة و حفظها و مالزم وهما مع اإلتيان مبعاين الكلمات الـمخـوارة ويكين قدوة للغري. أو مرشدا


24 1 .فقه العبادات معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 اسونواج األفكار من مفهيم الطهارة وتطبيقها تطبيقا صحيحا. . 1.1.1 ذكر تعريف الطهارة لغة وشرعا 1.1.1 ذكر الدليل على مشروعية الطهارة. 1.1.1 تيضيح حكم الطهارة. 1.1.1 بيان أدوات الطهارة. 1.1.1 تيضيح أقتسام املياه. 6.1.1 تيضيح حكمة مشروعية الطهارة. 2.1.1 املالزمة على حمافظة الطهارة. 1 ذكر مضمين الطهارة. 1 بيان مضمين الطهارة. 1 تطبيق مضمين الطهارة تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين الطهارة حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين الطهارة تقييما صحيحا ومالزموها. 6 اسونوا ج األفكار من مضمين الطهارة اسونواجا صحيحا للغري. ومالزموها ويكين قدوة أو مرشدا


25 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل اسونواج 1.1 األفكار من مفهيم تطهري النجاسة وتطبيقه تطبيقا صحيحا. 1.1.1 ذكر تعريف النجاسة لغة وشرعا. 1.1.1 ذكر الدليل على مشروعية تطهري النجاسة. 1.1.1 تيضيح حكم تطهري النجاسة. 1.1.1 بيان أقتسام النجاسة مع األمثلة. 1.1.1 تطبيق كيفية تطهري النجاسة. 6.1.1 املالزمة على حمافظة الطهارة. 1 ذكر مضمين تطهري النجاسة. 1 بيان مضمين تطهري النجاسة. 1 تطبيق مضمين تطهري النجاسة تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين تطهري النجاسة حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين تطهري النجاسة تقييما صحيحا ومالزموه. 6 اسونواج األفكار من مضمين تطهري النجاسة اسونواجا صحيحا للغري. ومالزموه ويكين قدوة أو مرشدا


26 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 اسونواج األفكار من مفهيم االسونجاء وتطبيقه تطبيقا صحيحا. 1.1.1 ذكر تعريف االسونجاء لغة وشرعا. 1.1.1 ذكر الدليل على مشروعية االسونجاء. 1.1.1 تيضيح حكم االسونجاء. 1.1.1 تيضيح شروط االسونجاء. 1.1.1 تيضيح حكمة مشروعية االسونجاء. 6.1.1 تـمثيل كيفية االسونجاء. 2.1.1 املالزمة على حمافظة الطهارة. 1 ذكر مضمين االسونجاء. 1 بيان مضمين االسونجاء. 1 تطبيق مضمين االسونجاء تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين االسونجاء حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين االسونجاء تقييما صحيحا ومالزموه. 6 اسونواج األفكار من مضمين االسونجاء اسونواجا صحيحا للغري. ومالزموه ويكين قدوة أو مرشدا


27 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 اسونواج األفكار من مفهيم اليضيء وتطبيقه تطبيقا صحيحا. 1.1.1 ذكر تعريف اليضيء لغة وشرعا. 1.1.1 ذكر الدليل على مشروعية اليضيء. 1.1.1 تيضيح حكم اليضيء. 1.1.1 بيان شروط اليضيء. 1.1.1 بيان أركان اليضيء 6.1.1 تيضيح سنن اليضيء. 2.1.1 بيان نياقض اليضيء. 2.1.1 تيضيح كيفية وضيء صاحب اجلبرية. 2.1.1 تيضيح حكمة مشروعية اليضيء. 12.1.1 تطبيق عملية اليضيء. 11.1.1 املالزمة على اليضيء. 1 ذكر مضمين اليضيء. 1 بيان مضمين اليضيء. 1 تطبيق مضمين اليضيء تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين اليضيء حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين اليضيء تقييما صحيحا ومالزموه. 6 اسونواج األفكار من مضمين اليضيء اسونواجا صحيحا للغري. ومالزموه ويكين قدوة أو مرشدا


28 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 1.1 اسونواج األفكار من مفهيم الغتسل وتطبيقه تطبيقا صحيحا. 1.1.1 ذكر تعريف الغتسل لغة وشرعا. 1.1.1 ذكر الدليل على مشروعية الغتسل. 1.1.1 تيضيح حكم الغتسل. 1.1.1 تيضيح ميجبات الغتسل. 1.1.1 بيان أركان غتسل اجلنابة 6.1.1 بيان سنن غتسل اجلنابة . 2.1.1 ذكر األغتسال املتسنينة. 2.1.1 تيضيح حكمة مشروعية الغتسل. 2.1.1 تطبيق عملية الغتسل. 12.1.1 املالزمة على حمافظة الطهارة. 1 ذكر مضمين الغتسل. 1 بيان مضمين الغتسل. 1 تطبيق مضمين الغتسل تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين الغتسل حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين الغتسل تقييما صحيحا ومالزموه. 6 اسونواج األفكار من مضمين الغتسل اسونواجا صحيحا للغري. ومالزموه ويكين قدوة أو مرشدا


29 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 6.1 اسونواج األفكار من مفهيم الويمم وتطبيقه تطبيقا صحيحا. 1.6.1 ذكر تعريف الويمم لغة وشرعا. 1.6.1 ذكر الدليل على مشروعية الويمم. 1.6.1 تيضيح حكم الويمم. 1.6.1 بيان شروط الويمم 1.6.1 بيان أركان الويمم. 6.6.1 تيضيح سنن الويمم. 2.6.1 بيان نياقض الويمم. 2.6.1 تيضيح حكمة مشروعية الويمم. 2.6.1 تطبيق عملية الويمم. 12.6.1 الـمحافظة على الصليات اخلمس مهما كانت األحيال 1 ذكر مضمين الويمم. 1 بيان مضمين الويمم. 1 تطبيق مضمين الويمم تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين الويمم حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين الويمم تقييما صحيحا ومالزموه. 6 اسونواج األفكار من مضمين الويمم اسونواجا صحيحا ومالزموه للغري. ويكين قدوة أو مرشدا


30 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 2.1 اسونواج األفكار من مفهيم احليض والنفاس واالسوحاضة. 1.2.1 ذكر تعريف احليض والنفاس واالسوحاضة. 1.2.1 بيان مدة احليض والنفاس واالسوحاضة. 1.2.1 تيضيح ما يـحرم ابحليض والنفاس واالسوحاضة 1.2.1 املالزمة على حمافظة الطهارة. 1 ذكر مضمين احليض والنفاس واالسوحاضة. 1 بيان مضمين احليض والنفاس واالسوحاضة. 1 تطبيق مضمين احليض والنفاس واالسوحاضة تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين احليض والنفاس واالسوحاضة حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين احليض والنفاس واالسوحاضة تقييما صحيحا ومالزموه. 6 اسونواج األفكار من مضمين احليض والنفاس واالسوحاضة اسونواجا صحيحا ومالزموه للغري. ويكين قدوة أو مرشدا


31 معيار الـمحتوى معيار التعلم معيار اإلجنازات املتسويات الوفاصيل 2.1 اسونواج األفكار من مفهيم الصالة وتطبيقها تطبيقا صحيحا. 1.2.1 ذكر تعريف الصالة لغة وشرعا. 1.2.1 ذكر الدليل على مشروعية الصالة. 1.2.1 ذكر أحكام الصليات اخلمس. 1.2.1 تيضيح حكم اترك الصالة وجزاءه مع الدليل. 1.2.1 بيان شروط وجيب الصالة 6.2.1 بيان شروط صحة الصالة. 2.2.1 بيان أركان الصالة. 2.2.1 متييز بني سنن األبعاض والـهيئات. 2.2.1 بيان مبطالت الصالة. 12.2.1 متييز بني سجيد التسهي و سجيد الوالوة. 11.2.1 تيضيح أمهية اخلشيع وميانعه يف الصالة. 11.2.1 تيضيح حكمة مشروعية الصالة. 11.2.1 الـمحافظة على الصليات اخلمس. 1 ذكر مضمين الصالة. 1 بيان مضمين الصالة. 1 تطبيق مضمين الصالة تطبيقا صحيحا. 1 حتليل مضمين الصالة حتليال صحيحا. 1 تقييم مضمين الصالة تقييما صحيحا ومالزموها. 6 اسونواج األفكار من مضمين الصالة اسونواجا صحيحا للغري. ومالزموها ويكين قدوة أو مرشدا


32 لحق ُ م الكلمات املختارة لقسم القرءان واحلفظ السور الكلمات املختارة الناس الفلق اإلخالص املتسد


33 النصر الكافرون الكيثر املاعين قريش الفيل


34 اهلمزة العصر الوكاثر القارعة العادات


35 الزلزلة البينة القدر


36 العلق الوني الشرح


37 الضحى الليل الشمس


38


Click to View FlipBook Version