SMK DATO' HARUN
BOLA
TAMPAR
TASNEEM AMANI BINTI ASHRUL NIZAM
2 GLOBAL
MAKSUD BOLA TAMPAR :
BOLA TAMPAR adalah sejenis
permainan kategori jaring yang
dimainkan oleh dua pasukan dengan
enam orang pemain bagi setiap
pasukan.
Setiap pasukan akan berusaha
mendapatkan mata dengan
mematikan bola ke dalam gelangganv
lawan.
SEJARAH BOLA TAMPAR :
Permainan bola tampar telah direka
oleh Professor William G. Morgan
(1870 –1942) pada 9 Februari, 1895
di Young Men’s Christian Association
(YMCA) Holyoke, Massachusetts,
Amerika Syarikat. Permainan ini
direka berdasarkan permainan tenis
(jaring) dan bola keranjang (bola), dan
beliau menamakan permainan baru
ini sebagai ”Mintonette”.
SEJARAH BOLA TAMPAR :
Pada tahun 1896, nama tersebut
telah ditukar kepada “Volley Ball”
setelah cadangan dibuat oleh
Professor Alfred T. Halstead, dan
diterima oleh Morgan dalam
persidangan. Pada tahun 1952,
Jawatankuasa Pentadbiran United
States Volleyball Association (USVBA)
telah memutuskan supaya nama
permainan ini dieja sebagai satu
perkataan iaitu Volleyball.
PERALATAN BOLA TAMPAR :
1. Gelanggang Bola Tampar
Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan
diperbuat daripada simen atau sebarang
permukaan sintetik yang sesuai dan selamat.
Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas
padang berumput dan permukaan tanah liat.
Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat
tepat bersimetri berukuran 18 X 9m, dikelilingi oleh
satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan
dengan satu ruang bebas dari sebarang gangguan
yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari
permukaan permainan.
PERALATAN BOLA TAMPAR :
2. Jaring dan Tiang
Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m
panjang yang diletakkan di atas paksi garisan
tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang
dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas
setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian
daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan.
Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi
wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain
dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung
jaring (di atas garisan tepi,) mesti sama tinggi
daripada permukaan bermain dan tidak melebihi
2cm daripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang
menyangga jarring mestilah bulat dan licin, dengan
tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat
dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak
antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi.
Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung
jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang.
Antena diwarnakan putih berbelang merah.
PERALATAN BOLA TAMPAR :
3. Bola
Berbentuk sfera
Diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang
mudah lentur dengan satu pundi getah atau
bahan yang serupa di dalamnya
Warna : seragam dan cerah
Ukur lilit: 85-67 cm
Berat : 260-280 gram
Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan
diperbuat daripada lapisan kulit fleksibel dengan
satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan
dan lembut. Baham ini penting untuk menyerap
hentakan pada tangan ketika bola disentuh.
Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan
menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola
tersebut akan melantun semula pada ketinggian
aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur
lilit dalam lingkungan 65-67cm. Manakala warnanya
seragam dan cerah.
PERALATAN BOLA TAMPAR :
4. Kasut Sukan
Ringan dan mudah lentur dengan tapak getah
atau kulit tanpa tumit
5. Jersi dan Seluar
Jersi bernombor dari nombor 1 hingga 18
Warna nombor mestilah berbeza daripada
warna jersi
Nombor-nombor diletakkan di tangah-tengah
bahagian depan dan belakang jersi
PERATURAN ASAS
BOLA TAMPAR :
1. Semasa permainan satu pihak terdiri daripada 6 orang – tidak
boleh kurang.
2. Permainan dikawal oleh 2 orang referi.
3. Hanya ketua pasukan yang bermain boleh berhubung dengan
referi semasa perlawanan.
4. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 8 saat dari wisel
dibunyikan.
5. Pemain boleh kontek bola dengan mana2 bahagian badannya.
6. Pemain dibenarkan bermain dengan menggunakan sebelah
tangan & juga menanduk.
7. Pemain garisan belakang tidak dibenarkan merejam bola semasa
dalam kawasan serangan.
8. Setiap pasukan boleh meminta 2 kali time out dalam setiap set.
9. Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya
memperolehi mata ke 25. Jika skor sampai 24 sama,permainan set
itu akan tamat jika satu pihak medapat kelebihan 2 mata dari
lawannya.
KEMAHIRAN ASAS
BOLA TAMPAR :
1. Teknik menyangga
2. Teknik servis
a. Servis bawah
b. Servis atas
3. Teknik mengumpan
KEMAHIRAN ASAS
BOLA TAMPAR :
4. Teknik merejam (spike)
5. Teknik menghadang
RUJUKAN
1. Buku Teks
2. Internet
Terima
Kasih