MRSM TUN DR ISMAIL
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU
NAMA : SHARIFAH FARZANA AUNI BT SYED KAHLIL
KAD PENGENALAN : 071018-01-0820
TINGKATAN : 2 YALE
DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN
PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan
gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.
Tandatangan: AUNI
PERAKUAN GURU : PERAKUAN GKMP :
TANDATANGAN : ……………………………… TANDATANGAN : ………………………………….
TARIKH : 13 / 06 / 2021 TARIKH : / / 2021
TEMA : KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI ASAS KERAJAAN MASA
TAJUK 5 KINI
: KESULTANAN MELAYU MELAKA
JADUAL KERJA
BIL TARIKH/ PERKARA T.TANGAN
HARI GURU
1. 26/5/2021 Menerima taklimat peringkat sekolah dari Ketua Panitia
Rabu Sejarah menerusi Google Meet
2. Membina PERNYATAAN MASALAH yang sesuai
3. Membuat PERSOALAN KAJIAN mengikut tajuk
4. Mencari dan membuat KAJIAN LITERATUR melalui
pelbagai sumber sekurang-kurangnya 1 atau 2.
5. Menentukan OBJEKTIF KAJIAN yang sesuai mengikut
tajuk sekurang-kurangnya 3 objektif
6. Menentukan KAEDAH KAJIAN yang digunakan
sekurang-kurangnya 3 kaedah
7. Melaksanakan LAPORAN KAJIAN dengan sumber yang
betul
8. Membuat KESIMPULAN dan CADANGAN
9. Membuat SUMBER RUJUKAN sekurang-kurangnya 3
sumber mengikut ‘Kaedah Kajian’
10. LAMPIRAN
1.0 PERNYATAAN MASALAH
Pada zaman sekarang, ramai yang tidak mengambil tahu tentang subjek sejarah walaupun subjek
ini termasuk dalam salah satu subjek yang terpenting. Manusia sering melupakan jasa-jasa pewira
yang telah mendamaikan negara ini. Tanpa subjek sejarah, kita semua pasti tidak tahu pengorbanan
pewira namun masih ada yang tidak mahu belajar sejarah. Sejarah dapat memupuk jati diri
warganegara. Subjek sejarah sangat penting dan tidak boleh dilupakan kerana sejarah merupakan
bahagian dari karakter bangsa yang tidak boleh hilang.
2.0 PERSOALAN KAJIAN
I. (PENGETAHUAN)
Kajian ini dilakukan untuk memupuk rasa akan sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan
masyarakat.
II. (BUKTI)
Saya mencari dan mengumpul banyak maklumat dari pelbagai sumber untuk bukti kajian. Semua
rujukan saya, saya akan menulisnya di bahagian terakhir apabila saya selesai menyiapkan kajian
ini.
III. (NILAI)
Nilai yang diperoleh daripada kajian ini adalah masyarakat dapat mengetahui lebih mendalam
mengenai sejarah dan dapat belajar perkara baharu.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian sememangnya penting dalam penulisan kajian kes kerana dengan adanya objektif,
maka murid mempunyai satu garis panduan yang jelas terhadap perkara-perkara penting yang akan
dikupas oleh murid. Antara objektif kajian murid adalah seperti berikut:-
A. Saya dapat membuatkan rakan-rakan tertarik dengan sejarah.
B.Saya dapat mendidik mereka supaya mencintai sejarah
C.Saya dapat menjelaskan sejarah dengan baik.
5.0 KAEDAH KAJIAN
Dalam proses menyiapkan kajian ini dengan berdasarkan tajuk, saya telah merujuk pelbagai
sumber rujukan seperti laman sesawang dan internet. Saya dapat menyiapakan tugasan ini lebih
mudah dengan bantuan internet. Banyak info yang berguna saya jumpa.
Selain itu, kaedah seterusnya ialah saya merujuk ayah saya. Saya menanyakan mengenai
sejarah dengan lebih terperinci kepada ayah saya kerana dia sangat menyukai subjek sejarah. Ayah
saya menceritakan kepada saya mengenai sejarah yang saya masih belum tahu.
Seterusnya kaedah yang digunakan oleh saya ialah menyelidik informasi dari media sosial
dan berita untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan menambahkan ilmu.
6.0 LAPORAN KAJIAN
A: PENDAHULUAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan
kajian ini. Saya amat bersyukur kepada tuhan dan cikgu-cikgu kerana telah memberikan masa yang
lama untuk saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Cikgu Fauzi
kerana beliau telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan memberi panduan dan
penjelasan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka telah membantu saya
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini dengan memberi idea dan isi yang bermanfaat. Bukan itu
sahaja, rakan-rakan saya juga banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya amat
berterima kasih. Saya akan sentiasa mengingati jasa kepada orang yang telah membantu saya.
PENGENALAN
Untuk pengenalan, saya akan menjelaskan maksud adat istiadat diraja supaya pembaca memahami
tema kajian ini iaitu Warisan Kerajaan Melayu. Adat bemaksud gagasan kebudayaan yang terdiri
daripada nilai nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim
dilakukan di sesuatu daerah. Ia juga bermaksud perkara yang dilakukan itu telah sebati dalam
kehidupan sesuatu masyarakat dari suatu negara, kebudayaan waktu atau agama yang sama.
Istiadat pula bermaksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi
kebiasaan dan resam. Adat istiadat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional segala
bentuk undang-undang bertulis, tidak bertulis dan undang-undang islam.Adat istiadat dapat
membentuk keperibadian sesebuah masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial.
PERKEMBANGAN IDEA
Pemilihan Raja Malaysia dilaksanakan dengan memilih seorang raja dari sembilan raja setelah lima
tahun Yang di Pertuan Agong berkuasa. Yang di Pertuan Agong dipilih berdasarkan lamanya ia
memerintah di negara bagian yang merupakan daerah kekuasaannya. Setelah tercapai kesepakatan di
antara semua raja maka pelantikan terhadap Yang di Pertuan Agong yang baru dapat dilaksanakan.
Antara faktor yang mendorong kepada berlakunya pertabalan seseorang raja adalah raja tersebut
memenangkan suara terbanyak pada pemilihan yang digelar oleh Majlis Raja-Raja. Ianya tidak
adil kerana sepatutnya pemilihan raja pelu berdasarkan kepimpinannya, tanggungjawab dan
yang boleh memimpin negara. Selain itu, faktor yang menyebabkan pertabalan raja adalah
apabila raja sakit, jadi raja perlu melantik anak lelaki sebagai Tengku Mahkota atau Raja
Muda. Jika raja tiada anak lelaki, raja perlu memilih adik lelaki tetapi jika raja tiada adik lelaki,
raja perlu memilih ayah saudara untuk dijadikan Tengku Mahkota. Apabila raja mangkat,
Tengku Mahkota itu akan menjadi raja yang baharu.
Kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan adalah seperti yang berikut,
pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan ke-11 berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-
10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.
Pada 22 Februari 2009, istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti
(Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat. Pada 14 April 2009, Istiadat pelantikan
dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti
Almarhum Tengku Besar Mahmud. Pada 22 Oktober 2009 pula, alat-alat kebesaran
dipasang di halaman Istana Besar Seri Menanti oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh
Datuk Seri Amar Diraja. Antaranya ialah lapan kaki payung kuning, lapan bilah
tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan
tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah. Alat-alat kebesaran ini akan kekal
terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat
menyimpan alat-alat kebesaran dilakukan pada 28 Oktober 2009. Pada 25 Oktober
2009, istiadat bersiram di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku
Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak
dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada. Orang Empat istana akan
menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah
mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali. Baginda berdua akan bersemayam
semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti.
Pada 26 Oktober 2009, istiadat pertabalan di Balairong Seri Istana Besar Seri
Menanti. Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada
tahun 2009.
Kesan peristiwa pertabalan tersebut kepada diri saya sendiri ialah saya dapat
belajar pelbagai perkara dari peristiwa pertabalan itu. Ianya dapat memberikan kesan
penghormatan. Bagi masyarakat pula adalah Yang di-Pertuan Agong merupakan sosok
kepala negara yang memiliki tanggung jawab yang besar demi kemajuan negara dan
kedaulatan rakyatnya. Masyarakat juga dapat menerima peristiwa pertabalan itu dengan
baik. Kesan kepada negara pula ialah, ia merupakan titik penting yang menentukan
kelangsungan dan kejayaan Malaysia dalam lima tahun mendatang. Pertabalan juga
merupakan nilai yang sangat penting karena raja merupakan cerminan dari negara
Malaysia itu sendiri.
Adat pertabalan diraja perlulah dipertahankan untuk menunjukkan tradisi kita
sebagai sebuah negara dan bagaimana kita mengangkat institusi diraja sebagai
sesuatu yang sangat dekat di hati kita. Ia mengangkat maruah negara khususnya
bagaimana istiadat itu berlangsung dengan penuh tertib dan teratur dan
menunjukkan bahawa kita mempunyai istiadat tersendiri berbanding negara-
negara lain.
Terdapat pelbagai cabaran untuk mempertahankan institusi raja, antaranya
adalah kekurangan semangat patriotism di kalangan rakyat member impak dalam
institusi beraja. Selain itu, isu perkauman selalu dimainkan oleh media social tanpa
menghiraukan perasaan setiap kaum. Raja bukan hanya raja kepada sesuatu bangsa atau
golongan tertentu sahaja. Raja mestilah menjaga kedudukan orang melayu tanpa
mengabaikan kedudukan dan kepentingan bangsa lain. Sikap seperti menyumbang dan
mengikut peruntukan perlembangan yang telah ditetapkan amat penting.
RUMUSAN
Saya mempelajari banyak perkara baharu semasa menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah
maksud adat dan istiadat, factor berlakunya pertbalan seseorang raja, kronologi istiadat
pertabalan Diraja Negeri Sembilan,kesan peristiwa pertabalan, sebab adat pertbalan Diraja
perlu dipertahankan dan langkah untuk mempertahankan institusi raja. Iktibar yang saya
dapat dalam topik ini ialah saya dapat meningkat pengetahuan dan ilmu baharu dalam
topik adat istiadat Kesultanan Melayu Melaka.
Saya harap agar negara ini terus aman dan berharap semoga pemerintah sentiasa
menjalankan tugas dengan baik supaya negara terus maju.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, peristiwa bersejarah ini amat penting kepada kita. Rakyat perlulah
menghormati dan mendaulatkan institusi Beraja. Kita mestilah sentiasa mengingati adat istiadat
dalam kehidupan kerana ia sangat penting dalam diri seseorang.
Sejarah ini seronok apabila kita ikhlas mempelajarinya. Sejarah ini mesti ada di dalam hati
setiap manusia agar dapat meningkatkan semangat patriotisme dan jati diri. Saya berharap selepas
tuan atau puan membaca kajian ini akan sedar betapa pentingnya sejarah. Sejarah ini kita tidak
boleh lupakan malah kita mesti semat di hati.
8.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Sumber Buku
Buku teks Sejarah, Tingkatan 2, Dr Suffian bin Mansor.
Sumber Internet
• https://www.thepatriots.asia/apakah-itu-adat/
• https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=istiadat
• https://www.academia.edu/6390803/Adat_Melayu_Yang_Pupus_dan_Masih_Diamalka
n_Hari_Ini_Di_Malaysia
• https://brainly.co.id/tugas/18062551
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertabalan_Yang_di-
Pertuan_Besar_Negeri_Sembilan
• https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586738/istiadat-pertabalan-
lambang-maruah-negara
• https://www.astroawani.com/berita-malaysia/istiadat-pertabalan-lambang-maruah-
negara-213013
• https://www.mais.gov.my/kepentingan-mendaulatkan-institusi-beraja/
• https://www.scribd.com/doc/299525757/Cabaran-Mengekalkan-Institusi-Beraja