Dihasilkan : Nur Aida Najwa binti Azali e-PORTFOLIO
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulilah, saya bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ini kepada pensyarah saya iaitu pensyarah subjek PSVK3073 iaitu Cik Hafiza binti Saad dan Puan Noraida binti Azmi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Pensyarah sanggup meluangkan masa untuk memberi penjelasan tentang kerja kursus ini kepada kami. Pensyarah juga sentiasa bersedia untuk membantu dan beliau sudi memberi penerangan kepada kami apabila kami memohon tunjuk ajar. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Mereka juga sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada saya untuk menunaikan semangat saya bagi membanteras segala masalah yang saya hadapi. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pusat sumber yang membolehkan saya mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini serta menyediakan pelbagai kemudahan yang memudahkan pelajar seperti dengan menyediakan e-perpustakaan. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka telah membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Mereka juga sudi mengeluarkan pendapat dan pandangan. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian Terima Kasih penghargaan
BIL TAJUK 1. BIDANG MENGGAMBAR 2. CORAK DAN REKAAN 3. SENI WARISAN 4. SUMBER ILHAM 5. OLAHAN IDEA 6. REKA LETAK 7. KOMPOSISI 8. KAJIAN WARNA isi kandungan 9. HASIL KARYA AKHIR 10. PROSES PENGHASILAN 11. APRESIASI KARYA 12. REFLEKSI 13. RUJUKAN
keunikan warisan bermaksud legasi kebijaksanaan dan keunggulan yang ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu untuk diwarisi generasi seterusnya. setiap seni warisan mempunyai maksud yang tersendiri. Oleh itu, keunikan seni warisan harus dipelihara agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.Terdapat banyak seni warisan di malaysia yang berbilang kaum dan budaya antaranya ialah : Alat Muzik Tradisional Permainan Tradisional Tarian Makanan Pakaian Tradisional Keunikan seni warisan yang dipilih untuk penghasilan karya keunikan seni warisan Pengenalan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: bidang menggambar Gosokan Stensilan Cetakan Montaj Kolaj Catan Lukisan Percikan Gurisan Capan Resis Mozek Poster Pengenalan
Teknik Basah atas basah catan Catan merupakan satu hasil seni gabungan antara warna dan bersifat dua dimensi. Catan dilakukan diatas permukaan yang rata contoh kertas dan kanvas. Bahan media yang sentiasa digunakan untuk membuat catan ialah akrilik, cat air, cat minyak dan poster colour. Catan kebiasaannya digunakan oleh pelukis untuk memberikan maksud tentang sesuatu atau luahan perasaan dan menceritakan sesuatu peristiwa teknik Teknik Catan Cat Air Teknik Basah atas kering Teknik kering atas kering Teknik Catan Cat Minyak Teknik Impasto Teknik Bertitik Teknik Hard Edge Teknik Glazing Teknik Scumbling
Membuat corak dan rekaan Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. CORAK Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas. mOTIF cORAK Alam Semulajadi Bahan buatan manusia Geometri Abjad Rupa pengenalan
s u s u n a n c o r a k P e n u h T u r u n s e p a r a B e r u l a n g O r g e e B a t u b a t a B e r p u s a t S e n d e n g B e r o m b a k B e r t i n d i h J i d a r B e r t i m b u l B e r l a j u r C e r m i n a n L u k i s a n C a t a n C e t a k a n C a p a n L i p a t a n d a n g u n t i n g a n R e s i s K o l a j K a l i g r a f i A K TIVITI C O R A K T E R A N C A N G AKTIVITI COR AK TIDAK TERANCANG Pualaman Tiupan Ikatan dan celupan Renj isan dan Percikan
tarian tradisional kuda kepang
tarian kuda kepang Persembahan kuda kepang banyak dibuat di majlis keramaian dan ia menjadi acara kebudayaan. Sebagai budaya warisan dan kemahiran mempersembahkan kuda kepang ni telah diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Persembahan ini telah sebati dalam masyarakat jawa yang bukan hanya untuk hiburan malah mengeratkan hubungan silaturahim. Tarian kuda kepang ini banyak dipersembahkan di negeri johor serta terkenal di negeri johor dan telah diiktiraf oleh Jabatan Kesenian Warisan dan Budaya Negeri Johor sebagai tarian kebudayaan di negeri tersebut. Tarian ini semakin mendapat tempat di negeri-negeri lain dan sering dijadikan persembahan pembukaan pelbagai majlis ASAL Usul Tarian kuda kepang datang dari jawa timur dan telah dicipta oleh Wali Songo iaitu sembilan wali yang termasyur di tanah jawa pada abad ke-15 sebagai tarikan dalam usaha menyebarkan islam kat pedalaman tanah jawa. TujuanTarian ini adalah sebagai hiburan kepada orang kampung pedalaman yang sebelum ini tak pernah terdedah dengan sebarang bentuk hiburan. Selain itu, kuda kepang juga merupakan satu tarian yang diadaptasi dari kisah peperangan yang dilalui pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat iaitu perang Badar. Menuru Naim Marjani iaitu salah seorang penggiat kuda kepang yang masih aktif sehingga kini, nama kuda kepang diambil dari nama anyaman yang dipanggil "kepang" dalam bahasa jawa. Jika di jawa kuda mepan di panggil kuda Luping. tarian Tarian Sola Selendang Pak Tani Pucuk Rebung Perjuangan Mempertahan diri pengenalan Tarian Kuda Kepang Mabuk Wali Songo
Merupakan kuda kepang yang baru setelah mengalami transformasi. Apa yang membezakannya ialah jambul kuda tersebut menggunakan tali menggantikan bulu dan buluh yang diraut digunakan menggantikan kulit lembu dan daun pandan serta papan lapis Merupakan jenis kuda yang terawal dibuat. Ia diperbuat daripada kulit lembu, jambul dan diperbuat daripada buluh Merupakan kuda kepang kecil yang digelar sebagai anak kuda. Saiz yang lebih kecil sesuai dimainkan oleh kanak-kanak jenis kudA KEPANG Kuda Kepang Moden Kuda Kepang Tradisional Anak Kuda Kepang
ahli Sekurang-kurangnya mempunyai 25 orang ahli -9 orang penari -5 orang pemain muzik -15 orang penjaga (danyang) di sekitar persembahan tersebut dan -2 orang bertindak sebagai bomoh pemulih Angklung Gendang Gong Jidur Kenong Boning Saron kecil Kenong Sembilan Kuda Cemeti alat muzik dan peralatan mistik kuda kepang biasanya diperbuat daripada kulit haiwan sebelum persembahan dimulakan kuda tersebut perlu diasapkan dengan kemenyan buat upacara khas (istiadat memuja roh) yang dipanggil sebagai upacara buka gelanggang. jika upacara gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tak baik akan menimpa pemain dan penontonya bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu seperti buah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan , kain putih, jarum, benang, ayam putih , padi telur dan bunga rampai (bunga melur, bunga kenanga, pucuk paku pakis, bunga kemboja, daun pandan, bunga kertas, bunga daisy) semasa penari sedang naik syeikh alunan muzik harus terus dimainkan dan jangan diberhentikan kerana jika diberhentikan, mereka yang naik syeikh akan marah dan menerkam pemain muzik tersebut. apabila gerak langkah penari tersebut semakin liar dan dan tak dapat dikawal, bomoh akan mendekati penari tersebut dan membaca mantera ke ubun-ubun atau telinga mereka supaya semangat tu keluar dari tubuh penari Main kuda kepang tak boleh melebihi jam 12 malam kerana kalau tak diberhentikan khususnya pada mereka yang tengah naik syeikh kerana mereka akan terus tak boleh disedarkan dan semangat terus meresap ke dalam penari.
sumber ilham
Tarian tradisional Tarian kolattam Tarian Mak Yong Tarian mogigol sumundai Tarian kuda kepang Tarian zapin Tarian zapin Tarian sumazau Tarian iban Tarian kipas Tarian zapin Tarian yang dipilih
Corak yang dipilih Corak yang dipilih corak dan rekaan Flora bunga raya Corak batu bata ikatan dan celupan pualaman cerminan orgee Corak dan rekaan geometri sendeng Percikan Lipatan dan guntingan Corak yang dipilih
motif yang dipilih motif yang dipilih motif yang dipilih MOTIF Bunga Kenanga Bunga Melur kuda rama-rama geometri itik bunga tulip bunga ros bunga matahari pucuk paku pakis
oLAHAN IDEA kuda kepang kuda kepang sebenar dari sumber ilham menambahkan bunga dan mengurangkan corak menambahkan corak kaki kuda pada kuda kepang Mengemaskan lagi bulu-bulu pada bahagian kepala dan ekor serta menambahkan tempat duduk kepada penunggam kuda kepang dan corak api Olahan kuda kepang yang dipilih
oLAHAN IDEA penari penari kuda kepang sebenar dari sumber ilham menambahkan kain untuk penari membuat gaya sedang melibas kuda kepang dengan menggunakan cemeti penari sedang menari kuda kepang dengan m gaya menunggang kuda enambahkan cemeti dan gambar kuda pada baju penari Olahan penari kuda kepang yang dipilih
oLAHAN IDEA latar belakang Pucuk paku pakis yang sebenar dari sumber ilham olahan 1 olahan 2 olahan 3 olahan 4 Olahan pucuk paku pakis yang dipilih sebagai latar belakang karya Pucuk Paku Pakis
Olahan pucuk paku pakis yang dipilih sebagai latar belakang karya olahan 5 olahan 5 olahan 6
oLAHAN IDEA motif corak dan rekaan pada baju Bunga Kenanga olahan 1 olahan 2 olahan 4 olahan 3 olahan 5 Bunga Kenanga yang sebenar dari sumber ilham Olahan Bunga Kenanga yang dipilih
oLAHAN IDEA motif corak dan rekaan pada kuda kepang dan latar belakang Bunga Melur Bunga Melur yang sebenar dari sumber ilham olahan 1 olahan 2 olahan 3 olahan 4
olahan 5 olahan 6 olahan 7 Olahan Bunga Melur yang dipilih
reka letak motif pada baju Motif Bunga Kenanga
reka letak motif pada kuda kepang Motif Bunga Melur
reka letak motif pada latar belakang Motif Bunga Melur
olahan idea yang dipilih Kuda Kepang yang dipilih setelah dimasukkan motif Bunga Melur dan reka letak yang dipilih Penari Kuda Kepang yang dipilih setelah dimasukkan motif Bunga Kenanga dan reka letak yang dipilih Olahan latar belakang Pucuk paku pakis yang dipilih setelah dimasukkan motif Bunga Melur dan reka letak yang dipilih Hasil gabungan dari olahan dan reka letak yang dipilih
KOMPOSISI Komposisi yang dipilih
kajian warna
kajian warna
kajian warna
kajian warna
kajian warna Kajian Warna Yang dipilih
alat dan bahan Alat dan Bahan 1. Gam 2. Cat Akrilik 3. Kertas Warna 4. Palet 5. Berus 6. Telefon 7. Mouse 8. Tali kecil & besar 9. Plastik Transparent 10. Mouse pad 11. Pen digital 12. Tisu 13. Gunting 14. Laptop 15.Masking tape 16. Pisau 17. Marker 18. Pembaris 19.Pen 20. Pensel 21. Canvas
karya akhir seni
Memotong kain untuk canvas Memasang kain canvas pada kayu canvas yang berukuran 90x90cm cat putih pada canvas supaya memudahkan ketika mewarna dan melukis menggunakan LCD untuk menekap hasil kajian kuda kepang yang telah dibuatdi aats canvas Menekap dengan menggunakan pensel dan pembaris Menggunakan plastik transparent untuk menekap corak Dengan menggunakan masking tape untuk mewarna latar belakang supaya lebih sharp Hasil tekap dengan menggunakan LCD. 5% siap proses membuat karya
mewarna latar belakang dengan menggunakan akrilik hasil warna latar belakang dengan menggunakan warna monokrom. Siap 20% Buat motif di dalam corak latar belakang Memotong motif dengan menggunakan pisau untuk membuat cetakan stensil pada latar belakang karya Dengan menggunakan kertas warna warni untuk membuat kolaj pada penari kuda kepang bahagian muka penari siap. 15% siap untuk figura dan kuda kepang Bahagian badan penari siap. Figura dan kuda kepang siap 30% Bahagian baju penari siap. Figura dan kuda kepang siap 45% proses membuat karya
proses membuat karya Membuat lipatan dan guntingan pada motif baju penari Figura penari siap. Figura dan kuda kepang siap 50% Memasang bulu pada jambul kuda kepang dengan menggunakan benang ikat simpul benang untuk mendapatkan ekor dan jambul yang baik Badan Kuda kepang dan cemeti siap. 70% siap karya canvas Memasang benang pada ekor kuda siap figura dan kuda kepang . karya siap 85% koyakkan tisu dan rendam dalam air
proses membuat karya Memasukkan tisu yang telah diperah kedalam bekas kemudian masukkan gam putih Masukkan akrilik warna putih ke dalam bekas yang berisi tisu dan gam putih Melukis motif dengan menggunakan akrilik berwarna emas Kolaj dengan menggunakan tisu pada latar belakang siap. Karya siap 95% Kemudian gaulkan sebati campuran tersebut Tampal di latar belakang canvas dan biarkan kering Membuat kemasan pada tepi canvas karya siap 100%
apresiasi karya Gambar yang dipamerkan menunjukkan karya seni catan yang dihasilkan dengan menggunakan tema yang dipilih. Berdasarkan tugasan ini iaitu menghasilkan karya dengan menggabungkan 2 bidang seni iaitu bidang menggambar dan bidang membuat corak dan rekaan serta bertemakan seni warisan. Oleh itu, tema yang dipilih adalah tarian tradisional. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih tarian kuda kepang sebagai sumber ilham yang berprinsipkan tarian tradisional. Hal ini kerana tarian kuda kepang adalah tarian tradisional yang amat terkenal di negeri yang saya duduki iaitu Johor dan menjadi kebanggaan penduduk tempatan. Saya juga mempunyai trauma dengan kuda kepang kerana pernah dikejar pada waktu kecil. Untuk mengurangkan rasa trauma dan takut itu saya tertarik untuk melukis dan menggambar karya catan saya dengan bertemakan kuda kepang. ini. Nama Karya yang dihasilkan ialah "KK Javanese". KK Javanese bermaksud kuda kepang jawa yang dimana kuda kepang ini memang datang dari jawa timur iaitu pulau jawa. Di dalam penghasilan karya ini, Saya telah mengaplikasikan aliran pop art dan kubisme di dalam karya catan saya. Saya juga telah menggunakan teknik hard edge yang menggunakan gabungan warna yang menarik dalam menghasilkan karya yang seakan-akan dipotong dan dibahagikan. selain itu, terdapat juga teknik impasto di dalam karya catan saya bagi bidang menggambar supaya karya saya terlihat timbul. Disamping itu, teknik yang saya gunakan di dalam bidang menggambar selain catan ialah kolaj, lukisan, dan stensilan. Bagi bidang membuat corak dan rekaan pula, saya telah menggunakan motif Flora dan ia merupakan corak terancang. Corak terancang yang saya gunakan ialah corak sendeng dan lipatan dan guntingan, berulang dan cerminan .Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, di dalam karya yang saya hasilkan mempunyai pelbagai teknik yang telah saya gunakan di dalam bidang menggambar dan bidang corak dan rekaan. "KK Javanese"
Jika hendak dikaitkan dengan unsur seni, saya telah menggunakan gabungan antara jalinan sentuh dan jalinan tampak. Dengan menggunakan tisu dan kertas warna, saya juga telah menimbulkan jalinan yang dapat dirasai dan disentuh dengan menggunakan jari pada bahagian penari kuda kepang dan kuda kepang serta corak latar belakang yang bermotifkan pucuk paku pakis tersebut. Manakala jalinan tampak pula pada warna latar belakang. Penggunaan warna yang bersegi-segi mengikut tema hard edge bagi menimbulkan kemegahan pada penari dan kuda kepang yang sedang menari mengikut irama. Disamping itu, dari segi warna, saya telah menggunakan warna-warni pada penari kuda kepang iaitu warna tertier untuk menimbulkan penari tersebut disamping menggunakan teknik kolaj. warna monokrom juga telah saya gunakan pada latar belakang karya .Seterusnya, terdapat juga garisan yang telah digunakan iaitu garisan tebal dan halus serta garisan berlingkar pada karya tersebut iaitu pada ekor kuda kepang dan pada latar belakang karya. Rupa organik dan rupa geometri juga dapat dilihat pada karya catan yang dihasilkan iaitu pada motif dan penari kuda kepang. Jika dilihat dengan lebih teliti terdapat juga bentuk 3 dimensi dan 2 dimensi di dalam karya saya dan ia juga merupakan bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Sebagai contoh pada motif pucuk pakis tersebut terdapatnya bentuk konkrit yang menimbulkan dan boleh dirasai dengan tangan. Selain itu, di dalam karya ini juga terdapat ruang ilusi dan tergolong dalam ruang rata kerana karya catan yang dihasilkan memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama serta tidak mempunyai perspektif dan tidak nyata. .
Jika hendak dikaitkan dengan prinsip rekaan pula, saya telah menggunakan prinsip harmoni kerana terdapat beberapa warna yang sama digunakan pada bahagian badan penari dan kuda serta perulangan motif yang menunjukkan cerminan pada bidang membuat corak dan rekaan. Selain itu, saya telah menggunakan prinsip penegasan dimana latar belakang yang diwarnakan mempunyai satu warna yang sama iaitu warna induk atau dikenali sebagai warna monokrom untuk menimbulkan penari yang pelbagai warna. Disini boleh dilihat penari kuda kepang yang sedang menunggang kuda kepang tersebut amat ditegaskan pada karya tersebut. Prinsip Kepelbagaian juga telah digunakan dan digambarkan menerusi warna yang berbezabeza, gelap dan terang untuk menimbulkan kawasan pencahayaan yang baik. Disamping itu, terdapat juga kepelbagaian dari unsur seni yang telah digunakan di dalam karya tersebut seperti garisan, ruang, rupa bentuk, warna dan jalinan. Lain daripada itu, terdapat juga prinsip rekaan kontra iaitu jelas melihatkan warna yang telah diaplikasikan pada karya bagi menimbulkan penari kuda kepang. Selain itu, imbangan tidak simetri juga terdapat pada karya tersebut kerana tiada unsur kesepadanan dan kesamaan dari segi berat tumpuan dan tarikan. Jika dilihat dengan lebih mendalam terdapat juga kesan irama dan pergerakan pada karya tersebut kerana gaya penari kuda kepang yang seolah-olah sedang menari dengan fokus sambil melibas cemeti yang berada di tangannya kepada kuda kepang tersebut. Akhir sekali ialah prinsip kesatuan. Hal ini kerana, karya tersebut mempunyai kesatuan yang dimana terdapatnya satu tema dan satu idea bagi semua unsur kuda kepang sekaligus dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa. Oleh itu, jelas bahawa karya seni catan yang dihasilkan mempunyai asas seni reka iaitu perkara yang ingin difokuskan dalam penghasilan sesebuah karya agar karya yang dihasilkan lebih berkualiti dan bermakna sekaligus memberi kefahaman yang mendalam terhadap penonton yang melihat.
Sebelum penghasilan karya, saya telah diberikan taklimat oleh Puan Noraida binti Azmi dan Cik Hafiza binti Saad mengenai kerja kursus subjek PSVK3073 iaitu dalam bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan. Kerja kursus ini melibatkan karya yang diaplikasikan 2 bidang seni tersebut iaitu bidang menggambar dan bidang membuat corak dan rekaan dengan bertemakan seni warisan di Malaysia. Oleh itu, sebelum penghasilan karya tersebut saya mestilah membuat kajian tentang seni warisan di Malaysia. dan menetapkan tema seni warisan yang ingin dipilih sebagai subjek matter. Terdapat banyak seni warisan di Malaysia antaranya ialah Alat Muzik Tradisional, Pakaian Tradisional, Makanan, Tarian Tradisional, dan Permainan Tradisional. Di dalam banyak seni warisan di Malaysia ini, saya telah memilih Tarian Tradisional. Dalam pada itu, saya juga menanyakan pendapat kepada keluarga, rakan-rakan dan terutamanya kedua-kedua pensyarah saya bagi subjek ini dengan tema tarian tradisional yang dipilih. Setelah memilih tarian tradisional, saya telah membuat kajian tentang tarian tradisinal di Malaysia. Terdapat banyak tarian tradisional di Malaysia antaranya ialah tarian naga dari kaum cina, tarian zapin, tarian makyong, tarian sumazau, tarian kipas , tarian kuda kepang , tarian bharata natyam dari india, tarian iban dan banyak lagi. kemudian, setelah membuat kajian saya amat tertarik untuk membuat tarian kuda kepang sebagai karya catan saya. Hal ini kerana, saya berasal dari Johor dan tarian ini sememangnya tarian yang sangat popular di negeri tersebut selain daripada tarian zapin. Hal ini dikatakn demikian kerana, kebanyakan penduduk di negeri Johor ialah orang jawa terutamanya di Batu Pahat dan Batu Pahat ialah tempat kelahiran saya. Seperti yang kita sedia maklum kuda kepang ini sememangnya datang dari jawa timur iaitu pulau jawa dan telah disebarkan di negeri johor iaitu Batu Pahat bagi menyebarkan islam dan sebagai hiburan kepada penduduk tempatan yang tinggal di pedalaman. Disamping itu, saya memilih tarian ini juga adalah kerana saya mempunyai trauma dengan kuda kepang kerana pernah dikejar pada waktu kecil. Oleh itu, dengan cara ini saya dapat mengawal trauma saya dan mengkaji lebih mendalam tentang Tarian kuda kepang . Tarian Kuda Kepang ini juga telah menjadi Tarian Tradisional di Johor dan telah diiktiraf oleh Jabatan Kesenian Budaya dan Warisan negeri Johor kerana tarian ini telah banyak dipersembahkan di pelbagai tempat serta sering menjadi pembuka bagi acara masjlis seperti majlis kawin, sekolah dan sebagainya. setelah membuat kajian, Tarian kuda kepang ini ada 2 jenis iaitu tarian kuda kepang biasa seperti tarian Sola, Selendang, Pak Tani dan sebagainya. Tarian lagi satu ialah tarian kuda kepang mabuk dan ianya dipengaruhi oleh kuasa mistik. Tarian Kuda Kepang mabuk inilah yang telah mengejar saya sewaktu saya kecil. Tarian Kuda kepang mabuk ini jugalah yang mempunyai pelbagai pantang larang yang perlu dipatuhi. Dan perkara-perkara inilah yang membuatkan saya semakin tertarik untuk membuat karya Tarian Kuda Kepang. Dengan ini saya telah merujuk pensyarah, rakan-rakan dan keluarga untuk membuat catan Kuda Kepang dan mereka sebulat suara bersetuju untuk saya meneruskan karya ini dengan bertemakan seni warisan tarian Tradisional Johor iaitu Kuda Kepang. Sebelum refleksi
Setelah saya berpuas hati dengan pilihan yang tepat iaitu tarian kuda kepang, saya telah mencari sumber idea tarian kuda kepang di internet. Saya telah membuat beberapa olahan idea mengenai penari kuda kepang, kuda kepang dan latar belakang. Saya juga perlu memasukkan 2 bidang seni iaitu bidang menggambar dan bidang membuat corak dan rekaan di dalam karya saya. Saya telah memilih pucuk paku pakis, bunga Melur dan bunga kenanga kerana ia merupakan bunga yang terlibat dalam ritual sebelum tarian kuda kepang dilaksanakan dan ia dikatakan acara buka gelanggang. Acara buka gelanggang ini penting supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika persembahan dilaksanakan dan penonton juga selamat. ketiga-tiga motif ini amat berkait rapat dengan Tarian Kuda kepang ini. Oleh sebab itu, saya memilih bunga-bunga tersebut sebagai motif dan corak pada karya saya untuk melengkapkan 2 bidang yang dikehendaki di dalam kerja kursus ini. Disamping itu, dalam bidang menggambar saya telah membuat kajian tentang teknik-teknik yang saya boleh gunakan dalam penghasilan karya saya. Saya juga perlu memastikan karya saya mengikut skop tugasan yang diperlukan. Oleh itu, dalam bidang menggambar saya telah memilih ,lukisan, catan, Kolaj dan stensilan. Didalam catan saya telah menggunakan teknik hard edge dan impasto. sebelum karya dihasilkan juga saya telah membuat kajian reka letak dan komposisi serta memilih mana yang terbaik untu karya saya. Dan akhir sekali saya telah membuat kajian warna yang sesuai untu karya saya agar dapat menarik perhatian penonton yang melihat. Di dalam penghasilan karya saya ini juga saya telah menitikberatkan asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan agar karya saya lebih berkualiti. Justeru itu, setelah karya akhir dipilih dan teknik-teknik yang ingin digunakan telah ditentukan, maka saya telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Antara bahan-bahan yang saya perlukan ialah cat akrilik warna hitam, putih, biru, emas, kuning dan merah untuk latar belakang karya. saya juga memerlukan kertas warna yang pelbagai warna untuk penari kuda kepang dan kuda kepang serta cemeti. Disamping itu, saya juga perlu menyadiakan banyak gam putih untuk melekatkan kolaj-kolaj yang ingin dibuat dan untuk membuat bentuk konkrit pada latar belakang iaitu pada motif pucuk paku pakis. saya juga perlu menyediakan bahan-bahan sampingan seperti, gunting, pisau, berus, palet, masking tape, tisu, dan tali, kain, kayu serta plastik transparent untuk cetakan stensil. Bahan-bahan ini perlu disediakan supaya karya kelihatan lebih menarik dan memudahkan penghasilan karya tersebut.
Setelah semua semua bahan disediakan, saya telah memotong kain kanvas terlebih dahulu dengan menggunakan gunting. kemudian setelah kain dipotong, saya memasang kain kanvas yang telah dipotong tersebut pada kayu yang berukuran 90x90cm. saya telah memasang kain tersebut dengan menggunakan stapler gun. Setelah itu, saya telah cat putih pada kanvas yang telah disiap pasang agar dapat memudahkan ketika melakar dan mewarna karya di atas kanvas. Dengan menggunakan LCD, Saya telah menekap lukisan hasil akhir daripada olahan yang dibuat di telefon. kemudian , setelah menekap dengan menggunakan pensel dan pembaris saya telah menekap lukisan di atas kanvas pada plastik transparent untuk motif pada latar belakang karya. setelah kaedah melukis siap, maka proses catan pula dilaksanakan. Mula-mula saya telah memasang masking tape pada garisan-garisan seperti kubisme pada latar belakang kanvas untuk mewarna kotak-kotak tersebut dengan lebih sharp. saya telah menggunakan warna hitam dan putih serta biru dan merah untuk menghasilkan warna monokrom pada latar belakang. saya telah mewarna dengan menggunakan cat akrilik. Setelah warna latar belakang berjaya disiapkan, saya telah memotong kertas transparent dengan menggunakan pisau dan mengikut bentuk motif yang telah dilukis. Seterusnya saya telah mewarnakan muka penari kuda kepang dengan menggunakan kertas warna-warni. saya telah menggunakan pelbagai warna pada bahagian penari tersebut untuk memberi penegasan dan kontra kepada warna latar belakang. setelah muka penari siap saya warna bahagian badannya pula kemudian diikuti dengan baju, seluar, kaki dan akhir sekali ialah kuda kepangnya. Figura penari kuda kepang dan kuda kepang tersebut saya telah menggunakan teknik kolaj dan menggunakan kertas yang pelbagai warna. Bagi mendapatkan warna yang tiada, saya telah menggunakan warna akrilik ataupun marker untuk mendapatkan warna tersebut. Corak yang terdapat pada motif baju kuda kepang itu ialah motif bunga kenanga dan corak tersebut telah saya lukis pda kertas dan buat seperti corak terancang yang lipatan dan guntingan. Seterusnya ialah pada bahagian ekor dan jambul kuda kepang saya telah menggunakan benang yang berwarna warni. Setelah bahagian penari kuda kepang dan kuda kepang siap, saya telah teruskan kepada motif latar belakang pula yang dimana motif pada latar belakang karya ini ialah motif pucuk paku pakis dan bunga melur. saya ingin menimbulkan mitif pucuk paku pakis dengan menggunakan tisu dan gam putih agar terbentuknya bentuk konkrit dan boleh disentuh dengan jari. perkara ini sekaligus termasuk dalam unsur seni iaitu bentuk konkrit dan jalinan sentuh. Cara -cara bagi membuatnya ialah pertama sekali koyakkan tisu halus-halus kemudian rendamkan di dalam air. setelah itu perah tisu tersebut dan masukkan ke dalam bekas lain. masukkan gam putih dan warna akrilik ke dalam bekas tersebut dan gaulkan sebati. setelah itu, barulah letakkan tisu-tisu yang bergumpal itu pada motif tersebut. Biarkan selama beberapa jam sehingga tisu tersebut kering. justeru itu, dengan menggunakan plastik transparent tekap motif bunga melur yang terdapat dalam motif pucuk paku pakis. dan kaedah ini ,merupakan kaedah cetakan stensil. Hail yang diperoleh akan lebih kemas dan cantik, Dan akhir sekali ialah dengan membuat kemasan pada tepi kanvas dengan menggunakan cat hitam Semasa
Setelah kanvas berjaya disiapkan dengan jayanya, saya telah membawa kanvas tersebut ke ruang Autorium di IPG Kampus Gaya untuk pameran yang akan dijalankan selama 2 hari iaitu pada 4 April hingga 5 April. Pameran tersebut dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang. Acara perasmian pameran tersebut ialah pada jam 10 pagi. Pengarah IPG Kampus Gaya telah membuat pusingan dan melihat semua karya yang kelas kami hasilkan dan membuat apresiasi semasa pengarah bertanya tentang karya tersebut. Disamping itu, Pada pameran tersebut kami juga telah melaksanakan amali apresiasi bersama pensyarah subjek PSVK3073 iaitu Puan Noraida binti Azmi dan Cik Hafiza binti Saad. Disitulah saya dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan karya yang telah saya laksanakan. Dan karya ini juga ialah karya yang terakhir kami hasilkan kerana selepas ini kami akan lebih belajar kepada teori dan praktikum menjadi guru. Walaupun begitu, saya tidak akan berputus-asa dan akan cuba melakukan yang terbaik pada karya yang akan datang secara persedirian untuk melatih diri menjadi guru yang serba boleh sekaligus menjadi role model kepada murid dengan bakat yang sedia ada. Selepas
refleksi penghasilan e-portfolio Melalui penghasilan karya e-portfolio ini, saya perlu belajar erti kesabaran dalam menghasilkan karya seni ini. Hal ini demikian kerana ,untuk menghasilkan sesuatu karya bukan lah senang seperti orang kita cakap senang seperti memetik jari. Dalam penghasilan produk ini juga mengajar saya erti kecekalan yang perlu memikir jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah pada karya saya . Sebagai contoh, cara untuk mengaplikasikan warna yang betul dan pengcahayaan yang bagus. Selain itu , sebelum penghasilan sesebuah karya , saya juga perlu mengenal pasti tentang teknik yang ingin dibuat. Oleh itu , saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teknik karya yang ingin dihasilkan dan saya juga dapat mengenal beberapa jenis teknik yang lain dengan lebih mendalam. Selain itu , saya juga dapat menambah kekreatifan dalam penghasilan karya ini .Hal ini demikian kerana dalam menggunakan teknik hard edge, kaedah dan teknik yang betul perlu dianalisis . Oleh itu , saya perlu bijak memikirkan warna yang sesuai serta cat yang sesuai untuk karya tersebut. Disamping itu, saya juga dapat belajar perkara baru iaitu belajar tentang cara untuk menghasilkan teknik hard edge yang betul dan sebagainya . Jadi , saya berpendapat banyak perkara yang saya belajar dalam penghasilan karya tersebut.
Disamping itu , dalam pembuatan e-portfolio pula .Sebagai seorang bakal guru, bagi zaman yang maju ini , saya patutlah memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang termasuklah bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Saya telah mengaplikasikan kemahiran dalam menggunakan photoshop dalam karya kursus ini, saya telah mempelapori beberapa kemahiran menggunakan Photoshop dan ibispaint yang baharu seperti cara mengeluarkan imej dari sesuatu gambar dalam masa yang lebih singkat, menukarkan warna imej pada gambar asal dan lain-lain. Perkara ini secara tidak langsung telah membantu saya untuk mengeksplorasi kemahiran-kemahiran dalam photoshop. Saya juga telah mendapatkan pandangan pensyarah dan juga rakan-rakan untuk membantu saya dalam membuat pemilihan terhadap olahan idea , yang telah dihasilkan untuk dijadikan sebagai idea karya akhir bagi kerja kursus ini. Oleh itu , saya berharap saya telah berusaha lebih keras dan buat sehabis-baik dalam penghasilan produk ini. Dan saya akan cuba memperbaiki segala kesalahan yang telah dilakukan dalam e-portfolio dan mengambil pengajaran bagi membuat produk baharu yang lebih menarik dan berkualiti pada semester akan datang. Saya juga berharap bidang seni dapat diperkembangkan supaya menjadi keutamaan dalam kehidupan .
rujukan Acung, A. A., & Chee, C. L. (2019). PENGGUNAAN PLASTIK DALAM PENGHASILAN CETAKAN STENSILAN DALAM BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN TAHUN 5. Ambilan Jun 2019, 4. Anon, A. T. (2013, February 3). kuda Kepang Malaysia. https://karimama.wordpress.com/kebudayaan/tarian/kuda-kepang/ Ayam, Y. (n.d.). Kuda kepang. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/15470451/Kuda_kepang Ani Anne. (2014, September 21). Membuat corak dan rekaan. https://www.slideshare.net/AniAnne/membuat- corak-dan-rekaan-39336242 BERNAMA. (2022, July 5). KENALI SENI PEMBUATAN KUDA KEPANG. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2078691 Bukhari, N. A. M., Wahid, P. R. A., & Samsudin, N. H. (2020). SENI PERSEMBAHAN KUDA KEPANG DARI PERSPEKTIF TERMINOLOGI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 3(1), 318-350. Bidang Membuat Corak dan Rekaan - Membalik Buku Halaman 1-31 | AnyFlip. (n.d.). Anyflip.com. https://anyflip.com/jyldh/fhuf/basic Bakar, R. A. (2014). TARIAN KUDA KEPANG: ANIMISME DALAM KESENIAN MASYARAKAT JAWA: KUDA KEPANG DANCE: ANIMISM IN THE ART OF JAVA COMMUNITY. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 30-41. cikgusuepkhas. (2012, October 31). 4 BIDANG DALAM PSV. https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/4- bidang-dalam-psv Haaa... jangan tak tahu, inilah 6 seni budaya dan warisan di Malaysia! - Destinasi | mStar. (2019, November 6). Www.mstar.com.my. https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2019/11/06/rentak-selangor Ithnin, H. (2018, April 24). Mistik kuda kepang [METROTV]. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/04/333408/mistik-kuda-kepang-metrotv Jenis kuda kepang. (n.d.). KUDA KEPANG. http://sitikhadijah.weebly.com/jenis-kuda-kepang.html Kuda kepang. (2021, May 8). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda_kepang Kenapa kalau kuda kepang je boleh sampai “kena rasuk”? Asal-usul dan dan kepercayaan mistik. (2017, September 23). SOSCILI. https://soscili.my/sejarah-asal-usul-kudakepang-mistik/ Nafiah, S. F. D. A. (2021). Kesenian tamadun islam dalam warisan seni tradisi Melayu [Art of islamic civilazation in the Malay heritage art tradition]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 4(2), 162-167. Nur Syafika. (2013, August 1). Warisan budaya malaysia. https://www.slideshare.net/nursyafika3557/warisan- budaya-malaysia-24840265 Roslina Abu Bakar (2014). Tarian Kuda Kepang: Animisme dalam Kesenian MasyarakatJawa. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 9, 30-41.Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris Sukirman, S. N. (2020). ASAL USUL TARIAN TRADISIONAL PELBAGAI BUDAYA DI LUAR DAN DI SABAH: THE VARIOUS TRADITIONAL ORIGINS OF CULTURAL DANCE OUTSIDE AND IN SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 10(2). Sharifah Syahirah Syed Othman (2014). Pengurusan dan Persembahan: Kajian Kes Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu. TEACHER EDUCATION. (2018, August 1). bidang menggambar. https://www.slideshare.net/ainanieikhwana97/bidang-menggambar TAJUK 2 Bidang Menggambar | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/482508726/9-TAJUK-2- Bidang-menggambar TARIAN KUDA KEPANG. (n.d.). Pemetaanbudaya.jkkn.gov.my. Retrieved April 8, 2023, from https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/state/subcategory/culture/112 Zainol, N. Z. N., Siti Marpuah, S. M., Fuad, N., Abdul Khalim, M., & Mohammad, C. A. (2022). Menyusuri khazanah warisan budaya: Kuda Kepang antara kesenian dan kepatuhan syariah.