Nur Izhatthy Ellysha Binti Mohamad Manshor Nur Azmina Alya Binti Jepri Nur Faiqah Dayana Binti Mohd Ashraf
kami memilih flora dan fauna kerana masih ramai yang belum tahu bahawa hutan hujan Malaysia sememangnya unik dan menyimpan pelbagai khazanah alam yang luar biasa. Malah ada di antaranya amat asing bagi kita. Dari sekecil-kecil organisma sehinggalah spesies besar seperti mamalia, ikan dan burung. Berdasarkan kepada rekod terdapat 12 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbungan dan 1 100 spesies paku pakis yang terdapat di negara kita. Dianggarkan pula 150 000 spesies haiwan mendiami negara kita.