The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulis: June Chiang
Penerbit: Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yeongshiaomei, 2021-08-26 22:59:27

Anak Itik Hodoh

Penulis: June Chiang
Penerbit: Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

S eekor itik sedang mengeramkan

telurnya di sebuah ladang. Ibu itik itu
menunggu telur-telurnya dengan sabar.
Tidak lama kemudian, telur-telur itu
mulai menetas. Satu demi satu anak itik
berwarna kuning muncul. Ibu Itik sangat
gembira. Tetapi telur yang keenam,
iaitu telur yang terakhir, belum menetas.
Telur itu agak ganjil kerana lebih besar
daripada telur-telur lain.

2



I bu Itik terus mengeramkan telurnya.

Beberapa lama kemudian, telur itu menetas.
Muncul seekor anak itik kelabu yang besar
dan....hodoh!
“Hodohnya anakku yang seekor ini,”
kata Ibu Itik sambil memandang anak itik
yang hodoh itu.
Anak-anak itik yang lain tidak suka
kepada Anak Itik Hodoh itu.
“Dia tidak sama dengan kami. Kami
tidak mahu bermain dengannya!” kata mereka.

4



A nak Itik Hodoh sangat sedih. Dia tidak

tahu mengapa adik-beradiknya tidak suka
kepadanya. Anak Itik Hodoh hanya mengekori
anak-anak itik itu.
“Pergi dari sini! Kami tidak mahu bermain
dengan kamu,” kata mereka.
Anak Itik Hodoh duduk di tepi kolam
dengan sedih. Buat pertama kali, dia melihat
bayang-bayangnya dalam air.
“Oh, hodohnya saya! Mengapa saya tidak
sama dengan adik-beradik saya yang lain?” kata
Anak Itik Hodoh dengan sedih. “Saya mesti pergi
dari sini. Saya malu berada di sini.”

6



A nak Itik Hodoh meninggalkan ladangnya.

Setelah beberapa lama berjalan, Anak Itik Hodoh
tiba di sebuah ladang. Anak itik itu berasa
keletihan dan kelaparan.
Anak Itik Hodoh bertemu dengan beberapa
ekor angsa.
“Rupa kamu sangat hodoh dan lucu,” kata
angsa-angsa itu. Haiwan-haiwan itu kemudian
mentertawakannya.
Anak Itik Hodoh semakin sedih. Anak itik
yang malang itu pun meninggalkan ladang tersebut.

8



Ketika hari hampir gelap, Anak Itik Hodoh

tiba di sebuah rumah. Apabila melihat pintu
rumah itu terbuka, Anak Itik Hodoh pun masuk
ke dalamnya. Anak Itik Hodoh kemudian tertidur
disebabkan keletihan.
Keesokan harinya, penghuni rumah itu,
seorang perempuan gemuk, nampak Anak Itik
Hodoh di dalam rumahnya. Dia berasa sangat
gembira.
“Kamu boleh tinggal di sini jika kamu suka,”
katanya kepada Anak Itik Hodoh.
Anak Itik Hodoh sangat gembira kerana
akhirnya dia ada tempat untuk tinggal.

10



A kan tetapi, haiwan peliharaan perempuan

gemuk yang lain tidak suka kepada Anak Itik
Hodoh.
“Kamu sangat hodoh!” kata haiwan-haiwan
itu kepada Anak Itik Hodoh.
“Kamu boleh buat apa? Kamu boleh
berkokok?” tanya seekor ayam jantan.
“Tidak boleh,” jawab Anak Itik Hodoh.
“Kamu boleh menyalak?” tanya seekor anjing.
“Er...tidak boleh,” jawab Anak Itik Hodoh lagi.
“Kalau begitu, kamu tidak boleh berbuat
apa-apa. Kamu memang tidak berguna!” Semua
haiwan mentertawakan Anak Itik Hodoh.

12



S ekali lagi Anak Itik Hodoh berasa sedih

dan terasing. Anak Itik Hodoh pun meninggalkan
tempat itu. Anak Itik itu berjalan meredah belukar,
dari satu ladang ke satu ladang. Tetapi semua
haiwan yang ditemuinya tidak suka kepadanya.
Musim sejuk tiba. Tanah mulai beku dan
diliputi salji. Anak Itik Hodoh sukar mendapatkan
makanan. Anak Itik Hodoh semakin lemah dan
kesejukan. Tidak lama kemudian, Anak Itik Hodoh
terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri.

14



Seorang petani menjumpai Anak Itik

Hodoh. Petani itu membawa Anak Itik
Hodoh pulang ke rumahnya. Dia merawat
anak itik itu. Hari demi hari berlalu. Anak
Itik Hodoh mulai sembuh. Tidak lama
kemudian, Anak Itik Hodoh kembali sihat.
Anjing petani suka bermain dengan
Anak Itik Hodoh. Anjing itu selalu mengejar
anak itik itu di sekeliling rumah. Anak Itik
Hodoh berasa sangat takut lalu
meninggalkan rumah petani.

16



A nak Itik Hodoh perlu mencari tempat

berlindung sehingga musim sejuk berakhir.
Setelah lama merayau-rayau, Anak Itik
Hodoh tiba di suatu kawasan belukar dan
berlindung di situ hingga musim sejuk
berakhir.
Suatu hari, Anak Itik Hodoh nampak
sekumpulan burung yang cantik terbang di
langit. Anak Itik Hodoh tidak pernah melihat
burung yang secantik itu. Bulu burung-burung
itu putih bersinar. Kakinya panjang dan cantik,
manakala badannya besar dan kuat.
“Alangkah baiknya kalau saya secantik
burung-burung itu,” fikir Anak Itik Hodoh.

18



A nak Itik Hodoh mengibaskan

sayapnya setelah lama tidak digerakkan
sepanjang musim sejuk. Anak Itik Hodoh
terkejut apabila badannya tiba-tiba terangkat
ke udara.
Rupa-rupanya sepanjang musim sejuk,
sayapnya telah tumbuh menjadi besar dan
kuat. Anak Itik Hodoh telah dewasa dan
dapat terbang! Anak itik itu sangat gembira.

20



A nak Itik Hodoh terbang ke sebuah

kolam untuk minum air. Alangkah terkejutnya
anak itik itu apabila melihat bayang-bayangnya
dalam air. Anak Itik Hodoh tidak hodoh lagi.
Sebaliknya, anak itik itu telah menjadi seekor
burung yang cantik, seperti yang pernah
dilihatnya dahulu.
Kini barulah anak itik itu sedar bahawa
dirinya bukan seekor itik. Impiannya menjadi
kenyataan!

22



A Jawab soalan di bawah.

1. Berapa biji telurkah yang dieramkan oleh Ibu Itik?
2. Mengapakan haiwan lain tidak suka kepada Anak Itik
Hodoh?
3. Siapakah yang menyelamatkan Anak Itik Hodoh semasa
musim sejuk?
4. Berapa kalikah Anak Itik Hodoh melarikan diri?
5. Akhirnya, apakah yang berlaku kepada Anak Itik Hodoh?

B Haiwan yang manakah antara berikut bukan haiwan ladang? Pangkahkan.


Click to View FlipBook Version