The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syienzra hanyi, 2024-04-30 22:14:57

kertas kerja Minggu Bahasa Melayu

KERTAS KERJA MINGGU BM SESI 2024

5 SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU SESI 2024/2025 ANJURAN: PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG, PORT DICKSON TARIKH: 06 – 10 Mei 2024 ISNIN – JUMAAT TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG, 71250 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN. TEMA: “CITA. CITRA. CINTA. BAHASA KITA”


6 CADANGAN KERTAS KERJA MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG, PORT DICKSON PENGENALAN Minggu Bahasa Melayu ialah salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa Melayu yang diadakan pada setiap tahun.Tema bulan Bahasa Melayu ialah “CITA. CITRA. CINTA BAHASA KITA”.Pelbagai aktiviti telah dirancang khusus untuk murid-murid mengikut tahap masing-masing. Penganjuran Minggu Bahasa Melayu pada kali ini, mempunyai objektif yang mampu menjana minda murid dan melahirkan murid yang mempunyai keterampilan bahasa yang baik. Sehubungan itu, panitia Bahasa Melayu telah merangka aktiviti yang melibatkan penguasaan dan pengayaan bahasa dan kreativiti persembahan murid. MATLAMAT Program Panitia Bahasa Melayu bermatlamat melahirkan murid-murid yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian, dan mempunyai keterampilan berbahasa dalam kalangan murid. Ini adalah sejajar dengan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan individu yang seimbang. Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam murid dan menggalakkan mereka berdepan dengan pelbagai situasi agar mereka lebih berdikari. Selain itu juga program ini berhasrat untuk menanamkan kecintaan murid terhadap bahasa Kebangsaan ini. OBJEKTIF 1. Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul dan terkawal. 2. Sebagai asas kepada aktiviti-aktiviti bahasa di sekolah. 3. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. 4. Mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid. 5. Menggalakkan murid-murid tahap satu membaca dengan lancar. 6. Melatih murid menggunakan ilmu dan kemahiran pelaksanaan sesuatu tindakan,amalan atau aktiviti yang melibatkan diri mereka sendiri.


7 7. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan mereka. 8. Membina pemikiran yang positif. GOLONGAN SASARAN Murid Prasekolah, Tahun 1 hingga murid Tahun 6 dan PPKI AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. Aktiviti dalam kelas Tahun 1 – Pintar Mengeja dan Tulisan Cantik Tahun 2 – Bacalah Sayang dan Teka silang kata mudah Tahun 3 – Teka Silang Kata dan Bina Perkataan Tahun 4 – Bina Perkataan dan Peribahasa Tahun 5 – Memberi Pendapat dan Peribahasa Tahun 6 – Mencipta Sajak, Lingkaran Kata dan Peribahasa Prasekolah – Pintar Mengeja dan Tulisan Cantik PPKI – Bacalah Sayang dan Tulisan Cantik 2. Aktiviti luar kelas (BAKAT PENTAS) Tahap 1 – Wartawan Cilik Mendeklamasikan Sajak/ Melafaz Pantun Tahun 2 – Bermonolog Mendendang Syair/ Mendeklamasi Sajak Cara pengadilan bagi setiap pertandingan 1. Peserta pertandingan bagi aktiviti Panitia Bahasa Melayu akan dihakimi oleh hakim yang dilantik , iaitu guru-guru SK Pasir Panjang yang secara tidak langsung menjadi jawatankuasa kerja. 2. Peserta yang memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan dikira sebagai pemenang


8 JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU 2024 PENASIHAT : PUAN SAFINAZ BINTI NORDIN PENGERUSI : ENCIK MUHAMMAD ZULIMI B MAT DAUD N.PENGERUSI 1 : PUAN NOZIE EDLYZA BINTI HAMDAN N.PENGERUSI 2 : PUAN WAN RAJAAH BINTI WAN DIN KETUA PANITIA : PUAN SITI MUSALMAH BINTI HAMZAH SETIAUSAHA : PUAN SINRA HANYI AJK SEMUA GURU BAHASA MELAYU 1. ENCIK MUHAMMAD ZULIMI B MAT DAUD 2. PUAN WAN RAJAAH BINTI WAN DIN 3. PUAN NOZIE EDLYZA BINTI HAMDAN 4. ENCIK AHMAD FADHIL BIN RAMZA 5. ENCIK RAMAESH KUMAR A/L GOVINDA RAJOO 6. PUAN HASNIDA BINTI SABTU 7. ENCIK MOHD RIDZUAN BIN RAHAMAT 8. PUAN SITI KHADIJAH BINTI MOHD TALHA 9. PUAN SITI MUNIRAH BINTI MUSTAPHA 10. PUAN ZAINAH BINTI KADIMAN 11. ENCIK FAUZEE BIN ALI JAWATANKUASA KERJA PENASIHAT : PUAN SAFINAZ BINTI NORDIN PENGERUSI : ENCIK MUHAMMAD ZULIMI BIN MAT DAUD N.PENGERUSI 1 : PUAN NOZIE EDLYZA BINTI HAMDAN N.PENGERUSI 2 : PUAN WAN RAJAAH BINTI WAN DIN KETUA PANITIA : PUAN SITI MUSALMAH BINTI HAMZAH SETIAUSAHA : PUAN SINRA HANYI AHLI JAWATANKUASA: Penyelaras Program : Pn. Siti Musalmah Binti Hamzah Pengacara Majlis : Pn. Siti Khadijah Binti Mohd Talha Persiapan pentas & : Pn. Hasnida Binti Sabtu Persiapan dewan : Pn. Zaidah binti Kadiman En. Fauzee bin Ali


9 PA sistem : En. Mohd Ridzuan Bin Rahamat Jurugambar : En. Ramesh Kumar Buku program : Puan Siti Munirah Dokumentasi/ : Pn. Sinra Hanyi Laporan Borang hakim : Pn. Siti Musalmah Gimik : Pn. Siti Khadijah Backdrop : En. Rohaizad Bin Sulaiman Kawalan murid : En. Ahmad Fadhil bin Ramza semua guru Bahasa Melayu dan Guru Bertugas Mingguan TENTATIF PROGRAM HARI AKTIVITI CATATAN / TINDAKAN ISNIN Pintar Mengeja Tahun 1, Prasekolah dan PPKI Teka Silang Kata Tahun 2 dan Tahun 3 Latihan dan penerangan guru BM tentang Bakat Pentas Tahun 1- Tahun 6 • Bahan akan disediakan oleh Guru Bahasa Melayu kelas berkenaan • Aktiviti dijalankan mengikut waktu BM kelas berkenaan SELASA 7.00-8.10 pagi - Pelancaran Minggu Panitia Bahasa Melayu Peribahasa Tahun 4. Tahun 5 dan Tahun 6 Bacalah Sayang Tahun 2 • Bahan akan disediakan oleh Guru Bahasa Melayu kelas berkenaan • Aktiviti dijalankan mengikut waktu BM kelas berkenaan RABU Tulisan Cantik Tahun 1 , PPKI dan Prasekolah Mencipta Sajak Tahun 6 # Guru-guru BM membuat saringan dalam kelas untuk Pertandingan Bakat Pentas. Pilih 5 murid yang Terbaik setiap kelas untuk ke pertandingan akhir. • Bahan akan disediakan oleh Guru Bahasa Melayu kelas berkenaan • Aktiviti dijalankan mengikut waktu BM kelas berkenaan


10 KHAMIS Bina Perkataan Tahun3 dan Tahun 4 Beri Pendapat Tahun 5 • Bahan akan disediakan oleh Guru Bahasa Melayu kelas berkenaan • Aktiviti dijalankan mengikut waktu BM kelas berkenaan JUMAAT Bacalah Sayang Tahun 2 dan PPKI Lingkaran Kata Tahun 6 • Bahan akan disediakan oleh Guru Bahasa Melayu kelas berkenaan • Aktiviti dijalankan mengikut waktu BM kelas berkenaan RABU (15/5/24) Bulan Bahasa 8.10– 10.10 pagi BAKAT PENTAS TAHAP 1 Tempat : Dewan Sri Nona 1. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak 2. Pertandingan Melafazkan Pantun 3. Pertandingan Wartawan Cilik *Hanya 5 orang Murid Terbaik setiap kelas akan berada di Dewan Sri Nona 11.00 – 1.30 tengah hari BAKAT PENTAS TAHAP 2 Tempat : Dewan Sri Nona 1. Pertandingan Monolog 2. Pertandingan Dendangan Syair 3. Mendeklamasikan Sajak *Hanya 5 murid yang Terbaik setiap kelas akan berada di Dewan Sri Nona HAKIM PERTANDINGAN 1. GPK Pentadbiran 2. GPK HEM 3. GPK KOKO HAKIM PERTANDINGAN 1. GPK Pentadbiran 2. GPK HEM 3. GPK KOKO


11 ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU 2024 Tarikh : 07 Mei 2024 Hari : Selasa Masa : 7.40 – 8.10 pagi Tempat : Dewan Sri Nona, SK Pasir Panjang Sasaran : Warga SK Pasir Panjang ➢ Semua guru berada di Dewan Sri Nona Bersama murid SKPP ➢ Kata Aluan Pengacara Majlis ➢ Ucapan Puan Siti Musalmah (KP BM) ➢ Ucapan Perasmian oleh Guru Besar ➢ Gimik Pelancaran ➢ Majlis Bersurai ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA ANGGARAN (RM X KATEGORI) JUMLAH 1. Pertandingan dalam kelas (Tahap 1) Johan – 12 Naib .johan – 12 ketiga – 12 12 X 6.00 = RM72.00 12 X 5.00 = RM60.00 12 X 4.00 = RM56.00 RM 188.00 2. Pertandingan dalam kelas (Tahap 2) Johan – 16 N. Johan – 16 Ketiga – 16 16 X 6.00 = RM96.00 16 X 5.00 = RM80.00 16 X 4.00 = RM64.00 RM 240.00 3. Pertandingan Bakat Pentas Tahap 1 dan Tahap 2 Johan – 4 N.Johan – 4 Ketiga – 4 Sagu hati - 4 6 X 6.00 = RM36.00 6 X 5.00 = RM30.00 6 X 4.00 = RM24.00 6 X 3.00 = RM18.00 RM 108.00 JUMLAH RM 536.00


12 SUMBER KEWANGAN • PANITIA BAHASA MELAYU PENUTUP Aktiviti yang dicadangkan untuk minggu Panitia Bahasa Melayu diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru,antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid. Diharapkan juga aktiviti ini dapat meningkatkan sahsiah diri melalui pertandingan-pertandingan yang dijalankan. Para pendidik merupakan wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi apa jua halangan dan rintangan dalam mendidik anak-anak bangsa kerana mereka merupakan kesinambungan untuk corak warna-warni kehidupan Negara pada masa akan datang. Penganjuran Minggu Bahasa Malaysia diharap dapat menambah pengetahuan dan keberanian murid menonjolkan bakat dalam bidang bahasa. Ini juga merupakan salah satu cara untuk memperkembangkan potensi murid yang mempunyai keterampilan bahasa selain mencungkil bakat terpendam murid. Langkah ini merupakan salah satu cara menggilap permata bernilai ini agar dapat bersinar demi kemajuan Negara ke arah mencapai Negara maju. Dengan ini, panitia Bahasa Melayu secara tidak langsung menjadi penyumbang dalam melahirkan individu yang berani menghadapi cabaran yang datang dan juga memenuhi aspirasi Negara dengan membina modal insan yang seimbang. Disediakan oleh: ................................................................................... (PN. SINRA HANYI) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.


13 Disemak oleh, ..................................................... (PN. SITI MUSALMAH BINTI HAMZAH) Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bulan Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Disahkan oleh, ................................................... (PUAN SAFINAZ BINTI NORDIN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.


14


Click to View FlipBook Version