SEKOLAH KEBANGSAAN BESTARI JAYA
PROGRAM BIJAK
SIFIR
ISNIN
4 JULAI 2022
ANJURAN
PANITIA MATEMATIK
SK BESTARI JAYA
PENGENALAN
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan
anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah.
Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata
pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.
Program ini akan dijalankan sepanjang tahun di mana murid-murid yang terlibat akan
mendapatkan kad sifir , menghafal sifir yang telah diingati dan akan diuji oleh guru mata
pelajaran Matematik kelas masing-masing.
Terdapat hadiah yang disediakan sebagai ganjaran dan galakan bagi murid-murid yang
menghafal sifir yang penuh pada kad sifir.
OBJEKTIF
1) Meningkatkan kemahiran mengingati sifir bagi semua murid untuk
menguasai mata pelajaran Matematik.
2) Membolehkan dan menggalakkan murid menguasai sifir 2 hingga 12
dengan baik dan berkesan.
3) Meningkatkan minat murid untuk belajar dan mengingati sifir.
ATURCARA PROGRAM
7. 30 pagi : Murid berkumpul
Nyanyian lagu rasmi
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Selangor
- Lagu Sekolah
- Lagu sekolahku Sejahtera
Bacaan doa
Bacaan ikrar
7. 40 pagi :Ucapan guru bertugas
7.50 pagi :Ucapan Ketua Panitia Matematik
Ucapan Perasmian
Gimik Pelancaran
AJK PELAKSANA
Pengerusi :Pn. Hjh Zainun Binti Muskam ( Guru Besar SK Bestari Jaya)
Timbalan Pengerusi :En. Norazman Bin Mohd Rafiai ( PK Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 :En. Ishak Bin Hashim ( PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 :Pn. Khadijah Binti Login ( PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 :Pn. Norazlina Binti Abu Bakar ( PK Pendidikan Khas Integrasi)
Setiausaha :Pn. Maisarah Binti Ayub
Naib Setiausaha :Pn. Siti Fauziah Binti Ismail
Ahli Jawatankuasa :Pn. Ida Hariyati Binti Mohd Zin
:En. Izham bin Abu Bakar
:Pn. Siti Nur Ain Binti Mohamad Tamin
:Pn. Noor Ile Izzaida Binti Ibrahim
AKTIVITI
Membaca sifir
Waktu Pagi Waktu Rehat
Tempat : Tapak perhimpunan Tempat : Ruai
Hari : Isnin hingga Jumaat
Hari : Isnin hingga Jumaat Penglibatan : Semua murid
Penglibatan : Semua murid
Menyemak Bacaan sifir bersama guru mata pelajaran Matematik
Kaedah : Mencatat pada kad sifir
PENUTUP DAN PENGHARGAAN
Semoga Program Bijak Sifir ini berjalan dengan lancar seperti yang
dirancangkan dengan kerjasama semua pihak bagi mencapai objektif yang telah
dikehendaki.
Program seperti ini diharap mampu menarik minat semua murid SK
Bestari Jaya dalam penghafalan sifir yang akan membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah matematik dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.
Semoga program ini mendapat sokongan serta kerjasama dari semua
pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakannya
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Scan Me
https://anyflip.com/vfuqi/rzao/