The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah Mak Belalang yang Bijaksanan ini diadaptasikan daripada cerita rakyat dan diperbaharui dengan elemen kebahasaan serta penekanan penggunaan variasi dialek di Malaysia dalam sesebuah cerita.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiera, 2023-12-30 08:56:41

Kisah Mak Belalang yang Bijaksana

Kisah Mak Belalang yang Bijaksanan ini diadaptasikan daripada cerita rakyat dan diperbaharui dengan elemen kebahasaan serta penekanan penggunaan variasi dialek di Malaysia dalam sesebuah cerita.

Keywords: Mak Belalang,Belalang Bijaksana,Cerita Rakyat,Nujum Pak Belalang

Kisah Mak Belalang yang Bijaksana DIADAPTASIKAN DARIPADA CERITA RAKYAT DIALEK SABAH (KENINGAU), DIALEK SARAWAK DAN DIALEK KELANTAN (SEMPADAN SETIU) DISEDIAKAN OLEH: NURUL AIN AMIERA ROSHIDI ORIZA ANAK FRANCIS SITI AISAH MOHD SAID


Sketsa ini menceritakan tentang seorang perempuan yang dikenali sebagai Mak Belalang. Dirinya begitu miskin dan sering kelaparan kerana tidak dapat menjual padi. Hal ini kerana musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan pokok padinya mati. Kemudian, Mak Belalang ternampak seekor lembu yang berkeliaran ketika Mak Belalang sedang termenung akan nasib dirinya. Mak Belalang yang menganggap lembu itu tidak bertuan terus menambat lembu itu untuk disembelih dan menjual daging tersebut di pasar. Ketika Mak Belalang ingin ke rumah Tok Ketua untuk mengambil parang miliknya, Mak Belalang ternampak Tok Ketua dan seorang pegawai istana sedang berbincang dengan begitu serius. Mak Belalang bersembunyi di sebalik semak untuk mencuri-curi mendengar perbualan mereka. Mak Belalang terus menyampuk perbualan mereka selepas mendengar imbalan yang diperolehi jika menemukan lembu milik Tok Ketua dan hajat pegawai istana yang ingin mencari orang bijaksana. Mak Belalang mencuba nasib menyatakan ciri-ciri lembu Tok Ketua yang hilang berdasarkan lembu yang dijumpainya tadi. Nasib menyebelahi Mak Belalang, namun pegawai istana itu tidak percaya akan kebijaksanaan Mak Belalang sehingga memintanya untuk bertanding berbalas pantun teka-teki di hadapan Raja. Perlawanan tersebut berjalan dengan amat sengit, namun kemenangan berpihak kepada Mak Belalang atas kebijaksanaanya sendiri. Mak belalang dikurniakan imbalan daripada Tok Ketua dan menerima pangkat sebagai pegawai istana yang bijaksana. Akhirnya, hidup Mak Belalang pun sudah senang kerana kebijaksanaannya. S I N O P S I S S I N O P S I S


Panduan pembacaanMak Belalang menggunakan dialek Kelantan (Sempadan Setiu) Ketua kampung menggunakan dialek Sabah (Keningau) Pegawai istana menggunakan dialek Sarawak (Standard)


Pada suatu hari, Mak Belalang berehat di bawah sebatang pokok sambil merenungkan nasibnya yang miskin sehingga tidak mampu membeli makanan. Sejak musim kemarau, tanaman padi Mak Belalang juga tidak membuahkan hasil dan mati. Dirinya sering kelaparan sehingga berputus asa dengan diri sendiri. Dalam suasana yang redup itu, Mak Belalng tiba-tiba sahaja melontarkan puisi mengenai dirinya dengan mendayu-dayu. Terseboklah kisoh Mok Belalei, Hidopnyo kadei bernasek malei, Namung dio tetaklah tenei, Tangei ditadoh mohongnyo senei. “Woh, museng kmagha loni panjei lagih kalu nok bbanding nga tahong lepah. Mapuh habih pokok padi hok kawe tanei. Berah dumoh pulok koho sikek. Pitih pulok habih doh kawe wak bayar hutey kawe nga pok samad. Semogo Tuhei buwi hok lebeh baiklah,” kata Mak Belalang. Tidak lama kemudian, ketua kampung pun datang bersama-sama lembunya untuk diberi makan rumput berhampiran dengan tempat Mak Belalang berehat tadi. Namun secara tiba-tiba perut ketua kampung sakit dan terus bergegas ke tandas. Lembunya itu ditinggalkan begitu sahaja. *Bunyi lembu* Mak Belalang terkejut mendengar bunyi lembu seolah-olah berhampiran dengan dirinya. Mak Belalang berusaha mencari daripada sebenarnya datang bunyi tersebut. “Eh, lembu sapo dio pulok tlepah ni. Hmm, bokali takdok tue lembu ni nihh. Alhamdulillah, agok-agoknyo rezeki kawe dohni. Kawe nok smeleh pahgak jua blako daging ni ppasa. Marih ikok kawe,“ kata Mak Belalang sambil menarik dan menambat lembu di sebatang sebuah pokok.


Apabila ketua kampung keluar daripada tandas, dia terkejut apabila lembu yang ditinggalkannya sebentar tadi hilang tanpa sebarang kesan. “Mana bah sapi sia ni? Allahu Akbar! Baru saja sia tinggal sekejap tuna tadi. Hilang sudah dia,” kata ketua kampung dalam keadaan gelisah. Ketua kampung pun menangis memikirkan nasibnya yang kehilangan lembu kesayangannya itu dan terus pulang ke rumahnya dalam keadaan kecewa. Mak Belalang pula begitu gembira mendapat lembu yang dikatakan sebagai rezekinya tanpa dia ketahui bahawa lembu tersebut merupakan lembu ketua kampung. “Duk mmano parey kawe nih. Wohh, parey kawe ado ddumoh Tok Ketuo nih duk braso. Nampoknyo kawe keno pusing kelek mmula gi rrumah Tok Ketuo ni. Mu lembu duk ddiey ssinih,” kata Mak Belalang dan terus bergerak ke rumah ketua kampung. Tidak lama kemudian, seorang pegawai istana ingin menemui ketua kampung untuk membincang sesuatu perkara yang amat penting. Pegawai istana tersebut berasa hairan apabila melihat daripada jauh keadaan ketua kampung yang begitu gelisah. “Eh, kenak ngan Tok tuk? cam upa cari sesuatu tapi pa dicarinya eh?” kata pegawai istana. Pegawai pun menemui ketua kampung lalu mengutarakan pertanyaan yang berlegar-legar di fikirannya itu tentang ketua kampung. Selamat sejahtera, tok. Kamek tuk anak saudara Tok dan merupakan pegawai yang diwakilkan untuk datang ke kampong tok macam yang ditulis lam surat,” kata pegawai istana kepada ketua kampung. Ketua kampung amat terkejut dengan kehadiran pegawai istana tersebut dan terus


berdiri menyambut kehadiran pegawai istana. “Slamat sejahtra. Wea, baru sia tringat. Sini bah kao duduk dulu, kita sembang samasama. Sia sebenarnya hampir lupak kao mao jumpa sia hari ni. Pa hajat kao sebenarnya? Maap bah, nda sempat sia mao kasi balik surat sama kao. Hari ni saja paning bah kapala sia,” kata ketua kampung sambil termenung. Ketua kampung dan pegawai istana sangat leka berbual bersama-sama sehingga menarik pandangan Mak Belalang yang sedang menuju ke hadapan rumah ketua kampung. “Eh, Tok Ketuo nga sapo tuh? Sek yo duk bbicey ggapo tu? Srupo masaaloh besar jahh tuu. Baik kawe gi curi-curi denga,” kata Mak Belalang sambil bersembunyi dan mencuricuri dengar di sebalik sebuah pokok. Mak Belalang terus mendengar perbualan antara ketua kampung dengan pegawai istana itu dengan sangat teliti. “Tok tuk kenak upa gelisah semacam jak? Dari “Begini tu critanya, tadik sia bawa sapi sia makan rumput-rumput tuna. Tapi tiba-tiba saja prut sia memulas-mulas, sakit betul, terus cepat-cepat sia pigi tandas mao buang hajat. Lepas balik, tinguk teda suda tu sapi sia sini. Kao mao tau, sapi baitu satu-satunya sapi kesayangan sia sejak Pak Mat kao teda. Hm, mimang betul pa yang urang tua-tua bilang, ” kata ketua kampung. Ketua kampung teruus menceritakan kisah hidupnya dalam sajak spontan. Hidup di dunia Kadang-kadang cantik macam bulan purnama Kadang-kadang sakit macam tiba gerhana Menung sia sekejap Luluh khayali yang nda sudah Diri ni selalu tanya-tanya jaoh kamek nanga Tok mala kesia kesitok. apa yang mengangolkan pikiran Tok ? Cer kitak cita ngan mek,” tanya pegawai istana kepada ketua kampung.


Pa yang sia selalu kana ingat Yang pigi, sudah teda lagi Yang ada tu, akan datang ganti Yang tinggal, tetap juak kembali “Hm sapa jakla yang jait ilak nak encurik lembu tok tuk,” kata pegawai istana. “Ish, gerigitan sia. Kalo sia jumpa tu urang kan, sia rasa mao antam saja, mao rembat saja tu urang. Kasian bah sama Sophia sia sampat nda makan ni,” kata ketua kampung dengan nada geram. “Ish sik bait macam nya Tok,” balas pegawai istana. “Astagfirullahaladzim, nasib bah kao ingat sama sia, nda buli sia begitu kan. Bah, dari pada sia duka trus baini, bagus sia hebah sama urang kampung cepat-cepat bisuk bahawa....“ kata ketua kampung. “Sesiapa yang berjaya menemukan lembu kesayanganku itu secepat mungkin, orang tesebut akan menerima habuan yang lumayan daripada aku,” sambung ketua kampung dengan nada yang amat bersemangat. Setelah mendengar kat-kta ketua kampung itu, pegawai istana terus teringat tujuan utama dia datang menemui ketua kampung hari ini. “Wah, cun juak kamek disitok, hajat kamek mok encarik orang yang bijaksana rah kampong tok atas titah Putra Bidayu. Mun siapa yang apat jumpa lembu Tok, kamek gelar nya orang yang bijaksana,” kata pegawai istana. Habuan lumayan yang ditawarkan oleh ketua kampung dan pegawai istana sebentar tadi didengari oleh Mak Belalang lalu mendapat satu idea yang amat licik dan berguna untuk dirinya.


“Uish, peluey keemasey nih,” kata Mak Belalang sambil keluar daripada tempat persembunyiaannya. Mak Belalang cepat-cepat bergegas ke rumah ketua kampung lalu menyampuk perbualan ketua kampung dan pegawai istana. “Tok Ketuoo!! Jjupo pong tok ketuo,” kata Mak Belalang dalam keadaan tercungapcungap. “Kao mao apa, Mak Belalang?“ tanya ketua kampung yang kehairanan. “Sayo nok gi ambek parey sayo di dumoh tok nih. Doh guano tok napok srupo glisoh ni? Tok ado gapo-gapo masaaloh ko?” tanya Mak Belalang. “Tok Ketua tengah pening bab lembu diinangnya ngilang,” kata pegawai Istana. Mak Belalang sambil berpura-pura berfikir dan terus menggunakan helahnya. “Haaa pehey-pehey (pura-pura berfikir). Tok Ketuo toksoh ghusing. Sayo tahu lembu tok ado mmano,” kata Mak Belalang dengan sungguh yakinnya. Ketua kampung amat terkejut dan hairan dengan kata-kata Mak Belalang. “Heran bah sia sama kao, Mak Belalang. Baru saja hari ni sia bawa sapi tu keluar, mao makan rumput-rumput sigar di sini. Seblum ni, sapi sia tu dibla di siring ruma sia saja, ujung kampung tu. Ndak bulih bah urang sini tahu diam mana satu sapi sia tu kan? Jadi, macam mana kao brani bilang macam tu, Mak Belalang?“ jawab Mak Belalang. Pegawai istana turut tertanya-tanya dengan Mak Belalang dan tidak mempercayainya.


“Bena ya, masa kamek lam perjalanan ke situk, banyak lembu yang diinang di sekitar kamek nanga. sik patut kitak tauk nakni Tok Ketua mpun,” kata pegawai istana. Mak Belalang melihat ketua kampung dan pegawai istana masih belum mempercayai dirinya. Mak Belalang tetap berusaha untuk memastikan dirinya tidak terlepas peluang yang besar ini. “Untuk maklumey tue pegawa laaa, sayo ni merupokey lulusey skoloh tinggi. Soh-soh sayo tahu lembu Tok Ketuo ado mmano mugo sayo ni panda bak-bak ggoni,” balas Mak Belalang. “Mun pia, cer kitak madah ciri² lembu tok ketua mpun. Jangan kamu hanya pandai bercakap besar sahaja,“ kata pegawai istana. Ketua kampung juga bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh pegawai istana. “Betul bah pa Puan pegawai istana bilang. Kalo kao betul-betul pandai, bagus kao kasi tau cepat macam mana rupa sapi sia tu, Mak Belalang,” kata ketua kampung sambil menggangguk setuju. Mak Belalang hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata daripada dua orang di hadapannya itu. “Dok rajeng lagih kito kecek besar. Kito kecek berdasarkey kemampuey kito jah. Dok brani kito nok kecek besar ddepey puey pgawa nga tok ketuo hok pakat tinggi lebih dari kito. Lembu Tok ketuo ado ekor hok panjey dio sdepo Tok Ketuo, tanduk sbeloh kaney patoh, pahgak yo ado topok itey kat mato beloh kiri. Jolo dok Tok ketuo?” kata Mak Belalang dengan begitu meyakinkan.


“Uinaaa! Betul bah itu rupa sapi sia, tapi sia masih nda picaya sama kao, Mak Belalang. Jangan-jangan kau teka-teka saja baini rupa sapi sia tu kan,” kata Mak Belalang. Mak Belalang yang geram akan ketua kampung yang masih tidak mempercayai dirinya dan terus membawa ketua kampung dan pegawai istana ini ke tempat persembunyian lembu itu. “Kalu Tok Ketuo dok ccayo, maghi sayo tunjok tepak lembu Tok Ketuo ado lloni,” kata Mak Belalang. Ketua kampung terus berlari ke arah lembu tersebut setelah mendapati bahawa lembu yang dimaksudkan oleh Mak Belalang memang benar merupakan lembu kesayangannya itu. “Kenapa kao di sini? Kan sia sudah kasi rumput yang sigar dan sedap tuna, kao masih barpanat-panat jalan sampai ke sini. Ndakpa lah, Sophia. Nasib sia jupa kao, kalu nda apa lah jadi nanti. Mak Belalang, terima kasih bah tulung sia cari tu Sophia,” kata Mak Belalang kepada lembunya. Mak Belalang terus teringat tentang perkara penting yang dinyatakan oleh pegawai istana sewaktu di rumahnya tadi. “Sia rasa hajat kao tercapai sudah bah. Dia bah orang yang kao mao salama ni,” kata Mak Belalang sambil meyakinkan pegawai istana. “Kamek sik cayak ngan kebolehan kitak. Mungkin kitak hanya bernasib bait jak pat meneka siney asan lembu Tok Ketua. Jom kamek embak kah istana bertemu ngan Putra Bidayu untok menentukan kebijaksanaan kitak,“ balas pegawai istana.


Ketua kampung dan Mak Belalang bersetuju dengan tawaran yang cadangan yang dinyatakan oleh pegawai istana. Mereka terus bergegas ke istana dan menghadap Putera Bidayu. “Ampun Tuanku, kedatangan patik di sini untuk meminta Tuanku menjadi saksi perlawanan teka teki bagi memastikan kebijaksanaan Mak Belalang,” sembah pegawai istana kepada Putera Bidayu. “Ampun Tuanku, Patik merupakan ketua kampung Indrasakti. Kedatangan patik di sini untuk menjadi pengadil bagi perlawanan ini. Pohon patik menjalankan tugas patik, Tuanku,” sembah ketua kampung kepada Putera Bidayu. “Ampun Tuanku, Patik merupakan insan yang lemah menghadap Tuanku. Nama Patik ialah Mak Belalang. Patiklah yang akan membuktikan kebijaksanaan patik.,” sembah ketua kampung kepada Putera Bidayu. Setelah mendapat perkenan Raja. Mereka bertiga pun memulakan perlawanan teka teki di hadapan singgahsana diraja. “Seblum kita mulakan parlawanan ni, sia mao kamurang cepat-cepat kasi tahu sama sia dua soalan yang kao mao tanya sama pihak lawan tu,” kata ketua kampung kepada Mak Belalang dan pegawai istana. Mak Belalang dan pegawai istana pun segera berbisik dengan ketua kampung soalan-soalan yang bakal mereka ajukan kepada pihak lawan. “Bah, di tangan sia ni ada apat jawapan teka teki untuk tentukan kebijaksanaan kamurang. Orang yang bertanyak akan kasi tau soalan dan orang yang kena tanya kasi jawapan. Sia yang tentukan sama ada jawapan kamurang tu


betul atau ndak betul. Parlawanan hari ni sia mulakan dengan pihak pegawai istana dahuluk. Sediak ah kamurang!” kata ketua kampung. “Sedia!” jawab Mak Belalang dan pegawai istana. “Ampun tuanku, izinkan patik untuk mengemukakan soalan pertama kepada Mak Belalang,” kata pegawai istana. Pegawai istana memulakan perlawan teka teki pantun dengan mengemukakan soalan terlebih dahulu kepada Mak Belalang. “Pecah kaca gugok berderei, Gugok berderei masa nyusun, Naringnya najam bila menyeringei, Bila mengaum nerasa menakutkan“ Setelah mendengar soalan tersebut Mak Belalang terus menjawab dengan sangat yakin. “Ampun tuanku, izinkan patik untuk memberi jawapan kepada Puan Pegawai,” kata Mak Belalang. “Kunjungey putro sudoh tibo, Siak sdio membughu ghuso, Pembughu senyak di hutey rimbo, Itulah dio ghima pekaso” “Adakah benar jawapannya tok ketua,” kata Mak Belalang sekali lagi. Ketua kampung terkejut mendengar jawapan yang diberikan oleh Mak Belalang. “Ampun Tuanku, izinkan patik mengesahkan jawapan bagi pantun yang pertama ini.,” kata ketua kampung. “Rarang berani pegawai istana, Lawan pantun partama kali, Mak Belalang bijak pikirannya, Dapat nyama cuma sekali“


“Betul jawapan kao, Mak Belalang. Mak Belalang kao pulak bah kasi soalan sama pegawai istana,“ kata ketua kampung kepada Mak Belalang. Mak Belalang berasa amat gembira dan terus memberikan soalan kepada pegawai istana. “Ampun tuanku, kini giliran patik mengemukakan soalan kepada Tuan Pegawai,” kata Mak Belalang kepada putera Bidayu. “Ado sebijik roda pedati, Betoknyo bulak daghipado besi, Diikak tali skuak hati, Dilepar hidok dipegey mati” “Silakan puan pegawai,” kata Mak Belalang sambil menghulurkan tangannya kepada pegawai istana. “Ampun Tuanku, izinkan patik untuk menjawab, ” sembah pegawai istana. “Tali diputa sigek badan, Dilepaskan ya tepusing-pusing, Sorakan terdengar sigek halaman, Nakyalah mainan gasing” “Tok ketua?” tanya pegawai istana kepada ketua kampung. “Ampun Tuanku, izinkan patik mengesahkan jawapan bagi teka teki yang kedua ini pula, ” sembah ketua kampung kepada Putera Bidayu. “Burung kumagang atas kedai, Tayap bebas sama girangnya, Puan pegawai nyama pandai, Gasing mimang betul jawapannya” “Betul bah, puan pegawai sia serahkan parlawanan ni ka kao pulak, ” kata ketua kampung.


Pegawai istana ketawa kecil apabila mendapati jawapnnya betul dan menruskan perlawanan dengan bangganya. “Ampun Tuanku, izinkan patik untuk memberikan lagi soalan teka teki kepada Mak Belalang,” kata pegawai istana. “Nya tinggal atas sali, Waktu siang sik nampak, Bila malam nya berseri, Jangan madah nakya bulan” Belum sempat ketua kampung mempersilakan pihak lawan memberikan jawapan, Mak Belalang terus bersuara. “Soalan tersebut sangat mudah untuk dijawab. Ampun tuanku, patik sudah tidak sabar untuk membalas pantun tuan pegawai,” kata Mak Bealang sambil tersenyum sinis. “Hiley dighimu hidukku keley, Tuluh bghaghak kemaghi datey, Penyeghi langik ketiko maley, Itulah dio kelipey bitey” “Adakah benar itu jawapannya, Tok Ketua?” tanya Mak Belalang. “Yakin bah kao jawab Mak Belalang. Biar sia tinguk keyakinan kao tu sama ndak sue jawapan pada tangan sia ni, ” balas ketua kampung kepada mak Belalang. “Ampun Tuanku, izinkan patik berbuat kerja, ” kata ketua kampung untuk meminta perkenan Raja. “Malam hari mimang indah, Dihias-hias kilauan bintang, Sampai skarang ndak mengalah, Jawapanmu batul wahai Mak Belalang” Jawapanmu betul wahai Mak Belalang, ” kata ketua kampung.


Melompat gembira Mak Belalang apabila mendengar jawapannya diumumkan betul oleh ketua kampung. “Sia rasa tiba sua kita sama teka teki yang terakhir. Ayok mak belalang mula kao kasi soalan terakhir sama puan pegawai,” kata ketua kampung. “Ampun tuanku, patik akan mengemukakan soalan terakhir kepada tuan pegawai. Wahai tuan pegawai, dengarkanlah teka teki ini dan berfikirlah dengan bijaksana,” kata Mak Belalang. “Kalu ado tombok kencano, Gunung angso buleh didaki, Kalu tuey hambo bijoksano, Binatey gapo kegheh di kaki?” “Mohon Puan Pegawai berikan saya jawapan yang tepat,” kata Mak Belalang. “Ampun Tuanku, izinkan patik untuk menjawab soalan yang ringkas ini, ” kata pegawai istana dengan nada menyindir. “Bunyi bising nyingit telinga, Hobinya suka menyuntik, Mudah mena solan tuan hamba, Penghisap darah nyalah nyamok” Ketua kampung amat terkejut mendengar jawapan yang diberikan oleh pegawai istana. Ketua kampung sebenarnya berasa serba salah untuk mengumumkan keputusan. “Ampun tuanku, patik pohon melaksanakan tugas terakhir patik tuanku, ” kata ketua kampung. “Nampak senang sebenarnya ndak, Kadang pusing sama cirinya, Juadah utama masa dimasak, Ayam jugak pilihan mamaknya” “Jawapan kao salah bah kali ni, puan pegawai, ”


kata ketua kampung dengan nada kasihan. Setelah mendengar pengesahan daripada ketua kampung, jelas terlihat wajah yang begitu yakin pada diri puan pegawai hilang menjadi ketakutan. “Puey pgawa puah hati dok nga kebijoksanaey sayo?” celah Mak Belalang dengan senyuman yang begitu lebar. “Sik patut! Kamek mok mintak sigek gik solan teka teki kei tentukan kepandaian mak belalang,” jerit puan pegawai yang sedang tidak berpuas hati. Ketua kampung mempertimbangkan permintaan puan pegawai dan bersetuju memberikan soalan yang terakhir. “Ya lah bah, lau gitu pegawai istana minta. Sia bagi teka teki terakhir untuk tentukan juara parlawanan ni. Jangan kao minta lagi sudah lah bah. Kali ini, yang capat jawab ja tu la menang, ” kata ketua kampung kepada puan pegawai dengan tegasnya. “Ampun, Tuanku! Mohon diperkenankan permintaan Puan Pegawai, ” sembah ketua kampung kepada Putera Bidayu. “Padi tambi sulung tahun, Malam-malam masak nasik, Dalam batang ada daun, Dalam pucuk ada isik” “Bah, sia akan kira dahulu sblum kamurang mao kasi jawapan. Satu, dua dan tiiii, ” kata ketua kampung. Kebijaksanaan Mak Belalang terserlah apabila Mak Belalang terus meminta perkenan Raja untuk menjawab soalan sebelum ketua kampung menghabiskan kiraan. “Ampun tuanku, izinkan patik memberikan


balasan pantun kepada Tok Ketua,” kata Mak Belalang dengan bertenaganya. “Batu tanjok batu kecubong, Kegheh siamey mato buano, Melantok banyok perok kembong, Takkey lemey hiley di dunio” “Itulah jawapannya Tok ketua,” kata Mak Belalang. Semua yang berada dalam balairung istana itu hanya terdiam mendengar jawapan Mak Belalang itu. “Puan pegawai istana da jawapan ka kao?” tanya ketua kampung kepada pegawai istana tersebut. Lidah pegawai istana umpama terkelu kerana dia tidak mampu untuk menjawab soalan yang dinyatakan itu. “Kamek serah kalah jak. Sik dapat mek mok beri jawapan teka teki nya, ” kata pegwai istana dengan nada yang sangat perlahan. “Sabar duluk kao puan pegawai, serah dah kao belum sia kasi tau jawapan tu. Jangan-jangan salah seja jawapan Mak Belalang tu, ” kata ketua kampung untuk meredakan keadaan. “Malam raya kana riuh, Kalo nda ilang suasana, Pembuka selera seblum ke parut , Lemang bah jawapannya si bijaksana” Memang benar jawapan yang dinyatakan oleh Mak Belalang dan akhirnya pegawai istana mengakui kebijaksanaan Mak belalang itu. “Nang sik dinafikan giklah yang kitak tuk insan yang dicarik. Maafkan kamek sebab sik cayak ngan kepandaian mak belalang, ” kata pegawai istana dengan rasa serba salah.


Pegawai istana terus melontarkan sajak bagi memberi peringatan kepada semua yang berada di dalam balairung istana itu. “Jangan kerana rupa paras yang kurang, Alu nerus nilai kemampuannya, Jangan kita berlagak dan lawa, Alu terus pandang rendah dirinya. Kehidupan sik selalunya indah, Kadang rahi atas kadang rah dibah, Mun kita dipandang rendah, Janganlah kita alu nak nyerah” Maka berakhirlah perlawanan teka teki antara Mak Belalang dan pegawai istana. Pegawai istana pun meminta perkenan Raja untuk melaksanakan majlis pertabalan Mak Belalang sebagai pegawai istana yang paling bijaksana. Begitulah kisah hidup Mak Belalang. tamat Kita mestilah sentiasa tidak berputus asa untuk mengubah kehidupan dengan memanfaatkan kelebihan dirinya. 1. Kita perlulah mempercayai segala rezeki yang telah ditetapkan agar lebih mensyukuri setiap nikmat yang diberikan. 2. Kita sepatutnya tidak memandang rendah kepada orang lain supaya tidak menyesal di kemudian hari. 3. PENGAJARAN


Click to View FlipBook Version