The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hueychyau, 2020-06-17 02:53:45

PRA U STPM P. PERNIAGAAN PENGGAL 2

PRA U STPM P. PERNIAGAAN PENGGAL 2

KANDUNGAN

1Bab Pengurusan 1 2.2 Kontrak Jualan Barang-barang 107
2.2.1 Akta Jualan Barang-barang 1957 107
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 2.2.2 Kontrak Jualan
107
1.1 Pengenalan kepada Pengurusan 2 2.2.3 Syarat-syarat Tersurat dan Tersirat 108
1.1.1 Fungsi Pengurusan
2 2.2.4 Elemen-elemen dalam Kontrak
1.1.2 Konsep Keberkesanan dan Kecekapan 3
1.1.3 Peranan Pengurus Jualan 110
3 Rumusan
1.1.4 Pendekatan Pemikiran Pengurusan 4 111
Praktis STPM 2
1.2 Kemahiran Pengurusan 12 112

1.2.1 Peringkat Pengurusan 12 3Bab Kemahiran Komunikasi 114
1.2.2 Jenis-jenis Kemahiran Pengurusan 13
1.3 Perancangan •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
17
1.3.1 Jenis-jenis Perancangan 3.1 Komunikasi 115
1.3.2 Proses Perancangan 19 3.1.1 Proses Komunikasi 116
3.1.2 Halangan Komunikasi 117
1.3.3 Alat-alat Perancangan 21 3.1.3 Bentuk Komunikasi 118
3.1.4 Jenis Komunikasi 122
1.3.4 Perancangan Strategik 23 3.1.5 Media Komunikasi 130
3.2 Kemahiran Mendengar 135
1.4 Pengorganisasian 32 3.2.1 Proses Mendengar 136
3.2.2 Mendengar secara Berkesan 137
1.4.1 Reka Bentuk Organisasi 37 3.2.3 Mendengar secara Aktif 138
3.3 Kemahiran Berunding 140
1.4.2 Proses Pengorganisasian 37 3.4 Teknologi Maklumat 151
Rumusan 161
1.4.3 Konsep Pengorganisasian 46 Praktis STPM 3 162

1.5 Kepimpinan 49

1.5.1 Jenis Kuasa 55

1.5.2 Jenis-jenis Kepimpinan 56

1.5.3 Gaya Kepimpinan 57

1.5.4 Pemimpin dan Pengurus 61

63
1.5.5 Pemimpin Formal dan Tidak Formal 64
1.5.6 Motivasi
65 4Bab Pembuatan Keputusan
1.5.7 Pasukan 73 164
1.5.8 Pengurusan Stres •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
75
1.6 Pengawalan 4.1 Proses Membuat Keputusan
82 4.1.1 Jenis Keputusan 165

1.6.1 Jenis Kawalan 82 4.1.2 Proses Pembuatan Keputusan 165

1.6.2 Proses Kawalan 84 4.2 Alat Membuat Keputusan 166

1.6.3 Kaedah Kawalan 85 167
4.2.1 Alat Membuat Keputusan Kuantitatif 168
1.6.4 Alat-alat Kawalan 87 4.2.2 Alat Membuat Keputusan
Rumusan
Praktis STPM 1 88 Kualitatif

89 4.3 Faktor yang Mempengaruhi Pembuatan 174

2Bab Aspek Perundangan Perniagaan 91 Keputusan 177
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Rumusan 179
Praktis STPM 4 180
2.1 Undang-undang Kontrak
2.1.1 Elemen-elemen Kontrak 92 Kertas Model STPM (946/2) 183
2.1.2 Syarat-syarat Kontrak 92
101 Jawapan 186

Glosari 206

vi

BAB

2 ASPEK PERUNDANGAN
PERNIAGAAN

PENGENALAN
Kontrak merupakan persetujuan antara dua atau lebih pihak untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu sebagai balasan. Undang-undang kontrak di
Malaysia berasaskan “common law” dan dikawal oleh Akta Kontrak 1950 (Pindaan 1974)
bersama beberapa provisi dalam Akta Relief Spesifik 1950. Namun, prinsip-prinsip dalam
“common law” masih terpakai di negara ini menerusi peruntukan dalam seksyen 3 dan 5 Akta
Undang-Undang Sivil 1956. Ini kerana Akta Kontrak 1950 bukanlah suatu Akta yang lengkap
dan menyeluruh bagi mengawal selia semua elemen-elemen dalam undang-undang kontrak.
Oleh itu, rujukan pada “common law” Inggeris adalah diperlukan. Jika terdapat percanggahan
antara Akta Kontrak 1950 dengan “common law”, maka peruntukan pada Akta Kontrak akan
mengatasi “common law”. Mengikut undang-undang kontrak di Malaysia, elemen-elemen
asas yang terdapat pada sesuatu kontrak itu adalah perjanjian (agreement), tawaran (offer),
penerimaan (acceptance of the offer), niat (intention to create legal relation), balasan (consideration),
ketentuan (certainty), dan keupayaan (legal capacity). Undang-undang kontrak secara umum
merupakan satu perjanjian yang mengikat pihak-pihak yang terlibat di sisi undang-undang di
mana pihak yang berkontrak mempunyai kewajiban melaksanakan obligasi yang dipersetujui
di bawah kontrak. Jika kontrak dilanggar, pihak yang teraniaya boleh menuntut remedi.

Peta Konsep

ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

Undang-undang Kontrak Kontrak Jualan Barang-barang

Elemen-elemen kontrak: Syarat-syarat kontrak: • Akta Jualan Barang- Elemen-elemen yang perlu
• Tawaran • Kontrak sah barang 1957 ada dalam kontrak:
• Penerimaan • Kontrak tidak sah • Waranti
• Balasan • Kontrak batal • Maksud kontrak • Keterangan
• Niat • Pelepasan kontrak jualan • Bebas daripada
• Ketentuan • Remedi
• Keupayaan • Syarat-syarat kesulitan
tersurat dan tersirat •  Boleh guna
• Mutu

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

2.1  Undang-undang Kontrak

BAB Hasil Pembelajaran 1 Undang-undang kontrak di Malaysia berasaskan “common
law” dan dikawal oleh Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974)
Mentakrifkan Akta Kontrak bersama beberapa provisi dalam Akta Relief Spesifik 1950.
1950 (termasuk pindaan).
2 Akta Kontrak 1950 melalui Seksyen 2(h) mentakrifkan kontrak
2 ialah satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-
undang. Maksud boleh dikuatkuasakan (enforceable) adalah
perjanjian yang mengikat antara pihak-pihak berkontrak dan
boleh diambil tindakan mahkamah.

3 Undang-undang kontrak melibatkan dua pihak, iaitu pihak
yang memberi tawaran dengan pihak yang menerima
tawaran, bergantung kepada syarat-syarat atau terma yang
dipersetujui dan dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Di bawah akta ini, sesuatu kontrak yang sah dan boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang hanya akan terbentuk
apabila ia mengandungi semua elemen-elemen seperti
tawaran, penerimaan, balasan, niat, kerelaan, keupayaan,
dan ketentuan.

4 Jika salah satu daripada elemen-elemen ini tidak wujud,
kontrak tersebut mungkin hanya akan wujud sebagai kontrak
boleh batal (voidable contract) ataupun perjanjian terbatal
(void agreement). Contohnya, jika A bersetuju menjual kereta
kepada B dengan harga RM60 000, B bersetuju membeli
dan membayar jumlah kereta tersebut. Oleh itu wujud satu
kontrak antara A dengan B.

Hasil Pembelajaran 2.1.1 Elemen-elemen Kontrak

Menjelaskan elemen-elemen 1 Enam elemen yang membolehkan sesuatu perjanjian
kontrak iaitu tawaran, dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah:
penerimaan, balasan, niat,

ketentuan, dan keupayaan. (a) Tawaran/Cadangan oleh seseorang yang ditujukan kepada

seseorang lain.
(b) Penerimaan oleh pihak yang ditujukan tawaran
Elemen-elemen kontrak

(c) Balasan yang sah dan bernilai
(d) Niat untuk saling mengikat di sisi undang-undang
Tawaran Balasan Ketentuan (e) Ketentuan

(Offer) (Consideration) (Certainty)

Penerimaan Niat Keupayaan (f) Keupayaan pihak-pihak yang terbabit untuk memasuki
(Acceptance) (Intention to (Legal kontrak

create legal capacity)

relation)

92

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

Tawaran Elemen-elemen
Kontrak
1 Tawaran ialah janji yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada
penerima tawaran dengan niat bahawa tawaran itu akan INFO
mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang
apabila janji itu diterima oleh penerima tawaran. Sesuatu ’10 BAB
tawaran boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Tawaran juga
dinyatakan secara nyata atau tersirat. Contoh: A menawarkan 2
untuk menjual kereta pada harga RM60 000 kepada B.
Elemen penting tawaran:
2 Elemen-elemen tawaran: • Jelas, lengkap, dan
(a) Tawaran mestilah jelas, lengkap, dan muktamad
Tawaran mesti mengandungi terma jelas dan nyatakan muktamad.
kepada siapa ditujukan. Tawaran yang kabur tidak akan • Penerima tawaran harus
menjadikan tawaran ini mengikat di sisi undang-undang.
(b) Penerima tawaran harus ditentukan ditentukan.
Tawaran boleh ditujukan kepada seseorang yang khusus • Tawaran berbeza daripada
atau kepada sekelompok orang atau umum. Bagi tawaran
yang dibuat khusus kepada seseorang, penerima tawaran pelawaan tawaran.
dipilih oleh pembuat tawaran dan pihak lain tidak boleh
menerima tawaran. Contohnya A bersetuju menjual
kereta Ford kepada B pada harga RM60 000. Tawaran
ini hanya boleh diterima oleh B dan bukan orang lain
kerana tawaran ini khusus ditujukan kepada B. Tawaran
yang dibuat kepada sekelompok orang atau umum pula
boleh diterima oleh sesiapa sahaja.
(c) Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran
(Pelawaan tawaran adalah seseorang hanya ingin
melakukan perundingan tetapi tidak berkehendak untuk
terikat dengan syarat-syarat perundingan.) Pelawaan
tawaran akan membuka peluang kepada pihak lain untuk
membuat tawaran. Contoh:
(i) Lelongan
Lelongan bermula dengan pelelong menyatakan
harga pembukaan dan memberi peluang kepada
orang ramai bagi membuat tawaran harga yang
lebih tinggi. Tindakan pelelong membuka tawaran
harga ini hanyalah pelawaan tawaran dan bukannya
satu tawaran. Setiap pihak yang menyebut harga
yang diingini mereka membuat tawaran kepada
pelelong.
(ii) Edaran dan pengiklanan
Bertujuan memberi penerangan mengenai barang

93

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

dan perkhidmatan di samping mengingatkan
pengguna tentang sesuatu jenama. Kenyataan dalam
iklan bukan satu tawaran tetapi hanya pelawaan
tawaran.
(iii) Peragaan barang di kedai layan diri
Bermaksud meletakkan barang pada rak-rak di
dalam kedai-kedai terutama pasar raya. Biasanya
barang-barang ditandakan dengan harga. Pelanggan
perlu memilih dan membawa sendiri barang yang
diingininya serta membawanya ke kaunter bayaran.
BAB Tindakan memperagakan barangan hanyalah satu
pelawaan tawaran.
2

(iv) Jualan melalui katalog
Merupakan satu pelawaan tawaran dan bukan
tawaran.

3 Sebab-sebab penamatan tawaran:
(a) Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum
wujud penerimaan tetapi bukan selepasnya. Contohnya
X membuat tawaran untuk membeli rumah Y dan
memberinya masa sebulan untuk menerima tawaran
tersebut. Dalam jangka masa tersebut, X telah
membatalkan tawarannya. X berhak membatalkan
tawarannya tersebut pada bila-bila masa sebelum
penerimaan dibuat.
(b) Penolakan tawaran oleh penerima tawaran. Penolakan
menjadikan tawaran itu tidak wujud lagi. Contohnya,
Puan Sham membuat tawaran kepada Cik Ann
mengatakan dia ingin membeli keretanya pada harga
RM20 000. Puan Ann membalas dengan mengatakan
dia tidak berminat untuk menjual keretanya tersebut.
Oleh sebab belum wujud kontrak yang sah, tawaran Puan
Sham ditolak oleh Cik Ann.
(c) Luputnya tarikh. Tawaran juga akan berakhir dengan
luputnya tempoh yang ditetapkan. Ini bermakna jika
penerimaan tidak dibuat dalam tempoh masa yang
ditetapkan, tawaran akan tamat secara automatik.
Sekiranya tempoh tawaran tidak dinyatakan, tawaran
akan luput mengikut tempoh waktu yang munasabah.
(d) Kematian atau ketidaksiuman pencadang. Tawaran juga
akan tamat jika pembuat tawaran mati atau menjadi
tidak siuman dan diketahui oleh penerima tawaran
sebelum penerimaan dibuat.

94

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

4 Kes berkaitan dengan tawaran:

Tan Gheok Khoo & Gerald Francis Robless (plaintif) (1988)2 Tan Gheok Khoo Paya Terubong
MLJ672 vs Paya Terubong Estate Sdn. Bhd. (defendan) & Gerald Francis vs Estate
• Isu utama: Sama ada wujudnya kontrak bagi jualan 20 ekar Robless (Plaintif)
(Defendan)
tanah (berkaitan dengan isu tawaran dan penerimaan).
• Plaintif telah membayar RM6  000 pada mulanya kepada Isu:
Sama ada wujud
defendan sebagai deposit. kontrak bagi jualan
• Defendan menghantar surat kepada perayu supaya membayar
20 ekar tanah
baki bayaran iaitu RM54 000 dalam masa dua minggu.
• Plaintif membayar baki bayaran RM54  000 selepas tempoh BAB

dua minggu dan defendan telah menerima serta mengeluarkan 2
resit kepada Tan Geok Khoo.
• Selepas sebulan lebih, defendan memulangkan bayaran
RM60 000 dan menyatakan bahawa kontrak itu tidak wujud
memandangkan perayu telah membayar selepas tempoh yang
ditetapkan.
• Plaintif mengambil tindakan mahkamah.
• Keputusan mahkamah:
Satu kontrak telah wujud kerana wujudnya satu siri utusan
surat antara Tan Geok Khoo dengan Paya Terubong.

Penerimaan ’18
1 Penerimaan ialah sesuatu yang mesti dibuat semasa tawaran
Elemen-elemen penerimaan:
masih terbuka. Ia merupakan elemen penting kerana sebaik • Dibuat sementara tawaran
sahaja ada penerimaan, kontrak akan wujud.
2 Penerimaan merupakan pernyataan persetujuan kepada masih terbuka.
syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak. Contoh: B • Kontrak wujud sebaik sahaja
menerima tawaran mengikut syarat yang ditentukan oleh A.
3 Elemen-elemen penerimaan: ada penerimaan.
(a) Penerimaan mesti dibuat sementara tawaran masih • Pernyataan persetujuan

terbuka. kepada syarat-syarat yang
(b) Penerimaan elemen penting kerana sebaik sahaja ada terkandung dalam kontrak.

penerimaan maka wujudlah kontrak.
(c) Penerimaan adalah pernyataan persetujuan kepada

syarat- syarat yang terkandung dalam kontrak
4 Syarat-syarat penerimaan:

(a) Sesuatu penerimaan hendaklah jelas, mutlak, dan tidak
bersyarat. Penerimaan hendaklah tidak mengubah apa-
apa syarat yang ada dalam tawaran.

95

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

BAB (b) Penerimaan itu mestilah dibuat secara biasa dan
munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara
penerimaan. Jika tawaran dibuat dengan surat maka
penerimaan juga perlu dibuat dengan surat melainkan
pencadang menetapkan cara penerimaan yang lain.

(c) Sesuatu penerimaan yang dibuat mestilah
dikomunikasikan, iaitu penerima tawaran mesti
memberitahu pembuat tawaran sama ada menerima
atau menolak tawarannya. Kaedah am menyatakan
penerimaan mesti dikomunikasikan kepada pihak yang
membuat tawaran. Komunikasi penerimaan ini dianggap

2 efektif hanya apabila ianya diketahui oleh pembuat
tawaran. Kaedah ini walau bagaimanapun hanya terpakai
apabila penerimaan dibuat secara lisan, atau dengan
telefon, dan seumpamanya.

(d) Sesuatu penerimaan mesti dibuat dalam jangka masa
munasabah.

(e) Sesuatu penerimaan tidak akan terbuka untuk selama-
lamanya.

(f) Sesuatu penerimaan adalah lengkap sebaik sahaja
pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

Preston vs Edward 5 Kes berkaitan dengan tawaran dan penerimaan:
Corp. Leong &
Sdn. Bhd. Dalam kes ini, plaintif (Preston Corp Sdn. Bhd., syarikat
(Syarikat Ors penerbit buku) dan defendan (Edward Leong & Ors, syarikat
penerbit (Syarikat pencetak) telah menjalin satu perjanjian di mana defendan
buku) pencetak) bersetuju mencetak buku teks keluaran plaintif. Terdapat dua
(Plaintif) (Defendan) isu yang dipertikaikan:
(i) Bayaran lebihan sebanyak RM500.
Isu: (ii) Tuntutan hak milik filem pencetakan.
Bayaran lebihan RM500
Tuntutan hak milik filem Keputusan awal Mahkamah Tinggi adalah:
Negatif ialah hak milik pencetak dan kos cetak semula ditanggung
pencetakan oleh pelanggan (Preston Corp). Keputusan mahkamah tinggi
memihak kepada defendan.
Plaintif membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Kes ini
merupakan kes rayuan.
Isu yang dipertikaikan adalah mengenai tuntutan hak milik
filem pencetakan dan bayaran lebihan sebanyak RM500 yang
dipertikaikan. Dalam kes ini, perayu (Preston Corp) telah
membayar semua kos pencetakan kecuali jumlah RM500
yang dipertikaikan. Perayu juga menahan bayaran tambahan
sebanyak RM28 052 yang dikenakan oleh responden (Edward
Leong & Ors) sebagai caj tambahan untuk menghasilkan filem
pencetakan.

96

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan BAB

Perayu juga enggan membayar caj untuk penghasilan filem 2
pencetakan kerana defendan menuntut hak milik atas filem
pencetakan. Menurut pihak defendan, perkara ini termaktub
dalam kontrak dan ini adalah amalan dalam industri pencetakan.
Keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada plaintif.
Keputusan kes rayuan:
(i) Jumlah RM500 adalah tidak betul dan tiada bukti.
(ii) Memang wujud satu tawaran dan penerimaan bagi

mewujudkan suatu kontrak, “Printing Orders” merupakan
tawaran dan wujudnya penerimaan oleh responden apabila
ia telah membuat pengesahan. Dengan itu klausa mengenai
tuntutan hak milik yang terkandung dalam sebut harga
adalah tidak relevan dan bukan sebahagian daripada
kontrak. Mereka telah menjalin perjanjian menerusi
dokumen perniagaan seperti surat pertanyaan, sebut harga
dan dokumen ini berkaitan dengan pelawaan tawaran.
(iii) Tiada bukti kukuh untuk menyatakan wujudnya suatu
amalan perdagangan.
(iv) Nyataan bahawa filem percetakan adalah hak milik
defendan kerana ia adalah dalam industri pencetakan
juga tidak diterima.

Balasan (Consideration) Elemen-elemen balasan:
• Mesti mempunyai unsur
1 Balasan ialah faedah yang sepatutnya diperoleh oleh kedua-
dua pihak daripada urus niaga seperti yang dipersetujui oleh timbal balik.
pihak-pihak yang mengikat perjanjian. Contoh: A serahkan • Balasan tidak semestinya
kereta kepada B dan B bayar RM40 000.
datang daripada penerima
2 Elemen-elemen balasan: janji.
(a) Sesuatu balasan mesti mempunyai unsur timbal balik, iaitu • Balasan lampau adalah sah
pihak-pihak pembuat janji mempunyai balasan masing- di sisi undang-undang.
masing. Contoh: Encik Zainul membeli sebuah kereta • Balasan tidak semestinya
bernilai RM20  000 daripada Encik Kamil. Maka balasan berpadanan.
Encik Zainul kepada Encik Kamil adalah RM20 0 00 • Balasan mesti sah di sisi
sementara balasan Encik Kamil kepada Encik Zainul undang-undang.
ialah kereta tersebut. • Perjanjian tanpa balasan
(b) Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji adalah batal kecuali dalam
(sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun dia keadaan tertentu.
bukan pihak-pihak yang berkontrak.)
(c) Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang.
(Balasan lampau ialah janji yang dibuat bagi membalas
sesuatu perbuatan yang telah dilakukan).

97

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

BAB Apakah perjanjian tanpa Contoh: Tayar kereta pihak A rosak di tengah jalan.
balasan? Pihak B secara kebetulan lalu di sana dan menghulurkan
pertolongan untuk menukarkan tayar yang rosak. Pihak
2 A berjanji untuk membayar RM100 kepada pihak B dan
perbuatan ini dikatakan sebagai balasan lampau.

(d) Sesuatu balasan tidak semestinya berpadanan. Balasan
yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya
berharga dan mempunyai nilai yang berpadanan
dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji.
Contohnya: Encik Raj membuat tawaran untuk menjual
keretanya kepada Encik Zul secara tunai dengan harga
RM30 000 walaupun nilai pasaran kereta sebenarnya
ialah RM50 000.

(e) Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-undang.
Contohnya: Kereta yang dijual adalah milik Raj dan
bukan kereta yang dicuri.

(f) Perjanjian tanpa balasan adalah batal kecuali dalam
beberapa keadaan:
(i) Perjanjian bertulis yang dibuat atas kasih sayang
semula jadi antara pihak-pihak yang mempunyai
hubungan karib.
(ii) Beri pampasan secara sukarela kepada pejanji atau
secara dipaksa oleh undang-undang.
(iii) Perjanjian bertulis untuk membayar hutang lapuk.

Murugesu vs Nadarajah 3 Kes berkaitan dengan balasan:
(Plaintif) (Defendan)
Kes “Murugesu vs Nadarajah (1980) 2 MLJ 82”
Isu: Di dalam kes ini, Murugesu ialah perayu dan Nadarajah ialah
Perjanjian untuk defendan. Pada awalnya, pihak perayu telah bersetuju untuk
menjual rumah menjual rumah kepada defendan dengan harga RM26 0 00
dan perjanjian dibuat pada sekeping kertas sahaja. Kemudian
Murugesu enggan menjual rumah tersebut dan ini menyebabkan
defendan memohon ke mahkamah supaya pelaksanaan spesifik
dilakukan ke atas perjanjian itu. Murugesu enggan melaksanakan
kontrak dan mengatakan kontrak tidak sah. Murugesu merayu
atas alasan perjanjian itu adalah tidak sah kerana balasan untuk
tawaran penjualan itu tidak wujud.
Keputusan mahkamah:
“Mahkamah menolak rayuan perayu kerana balasan boleh
terdiri daripada janji secara bersama. Dalam kes ini, kedua-dua
pihak berjanji pada awalnya, maka alasan tiada unsur balasan
adalah tidak benar.”

98

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan BAB

Niat 2
1 Perjanjian antara dua pihak menjadi kontrak sah apabila

terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wujudnya niat
untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-
undang. Contoh: A berniat jual kereta kepada B.
2 Untuk membolehkan mahkamah menentukan sama ada
wujud atau tidak niat antara kedua-dua pihak, semua
perjanjian dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
(a) Perjanjian keluarga/domestik (tidak dikatakan

sebagai perjanjian yang mengikat). Dalam hubungan
kekeluargaan / sosial undang-undang membuat anggapan
bahawa pihak yang berkenaan tidak mempunyai niat
untuk mengikat di sisi undang-undang. Contoh: Abu
berjanji kepada anaknya bahawa dia akan membayar
RM200 jika menolongnya di gerai. Janji ini bukan
kontrak kerana berbentuk kekeluargaan.
(b) Perjanjian perniagaan (pihak-pihak berkontrak dianggap
mempunyai niat perjanjian yang mengikat dari segi
undang-undang). Contoh: perjanjian jual beli tanah.

Ketentuan
1 Kontrak sah mesti mempunyai peruntukan nyata dan tentu

(tidak samar). Perjanjian yang maknanya tak tentu adalah
batal. Contoh: A merupakan pemilik sah kepada kereta yang
dijual kepada B.
2 Ketentuan terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Bahasa yang mudah.
(b) Mencapai syarat utama dalam kontrak.

Keupayaan
1 Merujuk kepada kelayakan untuk berkontrak. Contoh: A

dan B memenuhi syarat untuk berkontrak seperti berusia 18
tahun dan berakal sempurna.
2 Seseorang yang layak membuat kontrak mestilah:
(a) Dewasa ( berusia 18 tahun).
(b) Berakal sempurna. Pada masa seseorang membuat

kontrak, ia berkeupayaan memahami kontrak yang
dibuat dan berupaya membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan atas kepentingannya.

99

Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

(c) Tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak.
Contohnya seseorang individu yang dipenjarakan atau
diisytiharkan bankrap tidak layak untuk membuat
kontrak.

2 Kes berkaitan dengan keupayaan untuk berkontrak:

BAB Leha bt. Awang Johari “Leha bt. Jusoh vs Awang Johari b. Hashim (1978) 1 MLJ 202”
Dalam kes ini, responden (Awang Johari b. Hashim) seorang
Jusoh vs b. Hashim kanak-kanak (minor) yang berumur 15 tahun pada masa
2 (Plaintif) (Defendan urusan yang dipertikaikan itu berlaku, telah membuat perjanjian
minor) untuk membeli sebidang tanah yang dimiliki dan estet yang
ditadbirkan oleh pihak perayu (Leha bt. Jusoh). Dalam kes ini,
Isu: perayu merupakan pentadbir kepada estet si mati (Mat bin
perjanjian untuk membeli Jusoh).
Keputusan mahkamah tinggi memihak kepada responden. Di
sebidang tanah Mahkamah Tinggi, hakim memutuskan bahawa perjanjian itu
batal dan kemudiannya mengatakan oleh sebab wang belian
telah dibayar sepenuhnya dan pihak responden dibenarkan
memasuki tanah itu, maka satu kepercayaan konstruktif telah
terbentuk.
Perayu (Leha bt. Jusoh) mengemukakan kes rayuan di Mahkamah
Persekutuan. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa
atas dasar seksyen 66, Akta Kontrak 1950, mahkamah mengarah
perayu membayar balik RM5 000 harga belian dan responden
dikehendaki keluar daripada tanah tersebut.
Sekysen 66 mengatakan apabila sesuatu perjanjian itu didapati
batal atau kontrak menjadi batal, sesiapa yang menerima
sebarang faedah daripada kontrak adalah terikat untuk
memulangkan atau memberi pampasan untuknya kepada
orang daripada siapa ia menerima faedah tersebut. Harga
belian dipulangkan kepada kanak-kanak dan tanah dipulangkan
kepada penjual.

“Section 66 – If there is no contract, the person who benefited out
of the deal must pay back.”
Semua pihak yang membuat kontrak mesti mempunyai
kelayakan untuk berkontrak dan jika seorang belum dewasa,
ia tidak boleh membuat kontrak.

Terma Kontrak
1 Terdapat tiga elemen yang harus dilihat dalam kedudukan

terma. Antaranya ialah:
(a) Terma & Representasi
Terma kontrak adalah kenyataan yang diniatkan

untuk jadi sebagai sebahagian daripada syarat-syarat

100

JAWAPAN

1Bab Kepentingan SWOT:
(a) Mengenal pasti sifat-sifat seperti kekuatan
Pengurusan
(strength), kelemahan (weakness), peluang
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• (opportunities), dan ancaman (threats).
(b) Menterjemahkan keputusan analisis itu
Bahagian A kepada langkah-langkah yang khusus untuk
membantu mengembangkan sesebuah firma
1 Empat elemen dalam pengurusan: dengan jayanya. Analisis ini digunakan untuk
(a) Perancangan (Planning) mengimplementasikan perubahan, mengatasi
Proses menentukan matlamat organisasi dan masalah, dan membentuk strategi bagi
membentuk tindakan-tindakan susulan yang mencapai misi dan objektif syarikat.
diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Perancangan adalah asas kepada fungsi-fungsi 4 Struktur berdasarkan pasukan terdiri daripada
pengurusan yang lain. pasukan dan setiap pasukan berusaha ke arah
(b) Pengorganisasian (Organizing) matlamat yang sama. Struktur ini memberi kuasa
Proses mengatur dan menyelaras tugas- kepada pekerja dan peningkatan  kerjasama dalam
tugas dan sumber-sumber organisasi untuk kalangan kemahiran dan disiplin yang berbeza. 
melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai Dalam organisasi pasukan berstruktur tiada hierarki
matlamat organisasi. atau rantai arahan.
(c) Kepimpinan (Leading)
Proses mempengaruhi dan memberi motivasi Kebaikan struktur berdasarkan pasukan ialah
kepada pekerja untuk melakukan tugas supaya dapat meningkatkan kualiti, produktiviti, dan
objektif organisasi dapat dicapai. membawa kepada peningkatan prestasi organisasi.
(d) Kawalan (Controlling) Melalui struktur ini, kesilapan pekerja dan kadar
Proses menilai prestasi organisasi dan ketidakhadiran juga dapat dikurangkan. Hal ini
mengambil pembetulan jika perlu agar membawa kepada pengurangan kos yang ketara.
matlamat dapat dicapai dengan berkesan.
Fungsi ini berkait rapat dengan perancangan. 5 Empat kebaikan penjabatan mengikut matriks:
(a) Menggalakkan kerjasama antara jabatan.
2 Misi ialah pernyataan umum tentang kewujudan (b) Perkongsian kepakaran antara jabatan fungsian
sesebuah organisasi yang mengandungi skop yang dan projek.
luas, memperlihatkan nilai kepercayaan serta (c) Memberi fleksibiliti kepada pengurus dalam
identiti organisasi. Objektif pula merupakan hasil mengagihkan pekerja mengikut projek.
atau sasaran yang ingin dicapai oleh sesebuah (d) Meningkatkan kualiti pembuatan keputusan
organisasi. Objektif mempunyai suatu jangka masa, dan penyelesaian masalah.
lebih khusus, dan dapat diukur secara kuantitatif (e) Meningkatkan penglibatan dan cabaran pada
atau kualitatif. pekerja.

3 Analisis SWOT ialah satu alat perancangan strategik (Pilih mana-mana empat)
yang digunakan untuk mengimbas persekitaran bagi
mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang, dan 6 Empowermen bermaksud pemberian kuasa kepada
ancaman yang dihadapi oleh sesebuah organisasi. subordinat untuk membuat keputusan dalam
Faktor persekitaran dalaman dikelaskan sebagai melaksanakan tugas.
kekuatan dan kelemahan dan faktor ini berkait
dengan keadaan semasa. Peluang dan ancaman pula Kepentingan empowermen: produktiviti, dan
merupakan faktor luaran yang tidak dapat dikawal (a) Meningkatkan kualiti,
oleh syarikat dan faktor ini boleh menjejaskan mengurangkan kos.
prestasi syarikat.

186

(b) Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM  Jawapan
dalam kalangan pekerja.
• Orang sanggup mengikut arahannya
(c) Meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam disebabkan oleh perasaan hormat dan ingin
kalangan pekerja. mencontohinya.

(d) Meningkatkan keberkesanan organisasi kerana (v) Kuasa kepakaran
penghapusan halangan-halangan dan prosedur • Kuasa yang diperoleh oleh mereka yang
serta peraturan yang melambatkan kerja staf. mempunyai pengetahuan atau kemahiran
dalam bidang-bidang tertentu.
(Pilih mana-mana dua) • Pemimpin mempunyai kepakaran yang
tidak dimiliki oleh pekerja yang lain.
7 Tiga jenis kuasa yang dimiliki oleh seseorang
pemimpin: (Pilih mana-mana tiga)
(a) Kuasa sah
• Kuasa ini terhasil akibat perlantikan 8 Kepimpinan transactional:
rasmi seseorang kerana jawatannya dalam (a) Pemimpin memimpin pekerja ke arah
sesebuah organisasi. mencapai matlamat yang ingin dicapai dengan
• Kuasa sah yang dimaksudkan di sini ialah menggunakan sumber dan ganjaran untuk
autoriti formal yang wujud sesuatu jawatan. mempengaruhi pekerja dalam melaksanakan
(b) Kuasa ganjaran tugas.
• Kuasa ganjaran bermaksud kuasa yang (b) Pemimpin akan menentukan apa yang patut
dapat mengawal pekerja melalui pemberian dilakukan oleh pekerja untuk mencapai
hadiah, ganjaran, bonus, kenaikan pangkat, objektif organisasi. Mereka juga memberi
kenaikan gaji atau menjanjikan pelbagai keyakinan kepada pekerja untuk mencapai
bentuk insentif yang boleh membawa objektif. Kepimpinan ini berdasarkan “process
perubahan positif kepada para pekerja atau of exchange” di mana pekerja bawahan diberi
ahli-ahli dalam organisasi tersebut. ganjaran bagi pencapaian baik dan didenda jika
• Kuasa ganjaran ini dianggap sebagai satu pencapaian tidak memuaskan.
kuasa yang positif yang boleh menyebabkan Kepimpinan transformational:
perubahan dalam tingkah laku dan (a) Pemimpin ini mengenal pasti keperluan untuk
perlakuan seseorang. melakukan perubahan besar serta membentuk
(c) Kuasa desakan visi dan mengerakkan pekerja untuk
• Kuasa paksaan merupakan kuasa dendaan mencapainya.
yang bersifat negatif kerana kuasa ini (b) Pemimpin jenis ini mempunyai visi, bertindak
dapat mengawal pekerja melalui paksaan, sebagai agen perubahan, dan membina
dendaan, ancaman, dan mungkin juga komitmen tinggi untuk mencapai visi.
berbentuk ugutan.
• Antara bentuk dendaan dan hukuman yang 9 Tiga kesan stres pekerja terhadap sesebuah
dipraktikkan ialah seperti tidak memberi organisasi:
kenaikan pangkat, menahan kenaikan gaji, (a) Kadar lantik henti pekerja akan meningkat
menamatkan tugas atau pemberhentian kerana ramai pekerja yang mengalami stres
dengan laporan yang negatif. akan berhenti kerja.
(d) Kuasa rujukan (b) Prestasi pekerja akan menurun dan ini
• Kuasa rujukan merupakan kebolehan untuk menyebabkan produktiviti organisasi menurun.
mempengaruhi orang lain melalui ciri-ciri (c) Hubungan antara pekerja dengan organisasi
perlakuan yang ada padanya. Kuasa ini menjadi muram.
dimiliki disebabkan seseorang pemimpin (d) Kadar ponteng kerja meningkat.
mempunyai ciri-ciri peribadi dan sikap (e) Kemalangan semasa kerja meningkat
positif yang menyebabkan seseorang disebabkan oleh kecuaian pekerja semasa
itu mempunyai integriti, kredibiliti, dan menjalankan tugas.
karisma. (Pilih mana-mana tiga)

187


Click to View FlipBook Version