The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hueychyau, 2020-06-17 02:47:28

PRA U STPM SEJARAH PENGGAL 2

PRA U STPM SEJARAH PENGGAL 2

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM

KANDUNGAN

1Bab Masyarakat, Pemerintah, Pertahanan, 2.2.1 Falsafah Pendidikan Islam 207
dan Perhubungan Luar 1 2.2.2 Perkembangan Pendidikan 232
2.3 Perkembangan Intelektual 246
1.1 Masyarakat Jahiliah 2 2.3.1 Perkembangan Ilmu 246
2.3.2 Sumbangan Tokoh 261
1.2 Masyarakat Islam 22 2.4 Penerokaan 273
2.5 Seni Bina 279
1.3 Sistem Pemerintahan 52 Rumusan 288
Praktis STPM 288
1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. 62

1.5 Institusi khalifah 68
1.5.1 Pemilihan Khalifah 70
1.5.2 Sumbangan Khalifah / Tokoh 75

1.6 Bentuk Pemerintahan 103 3Bab Nasionalisme dan Pembentukan
1.6.1 Pemerintahan Pusat dan Wilayah 103
1.6.2 Pemerintahan Raja dan Amir 110
Negara Bangsa 289
1.7 Pertahanan dan Pembukaan Wilayah 121
1.7.1 Jihad 124 3.1 Peluasan Kuasa Barat 290
1.7.2 Peperangan 126 3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan 299
1.7.3 Kepemimpinan 138 3.3 Gerakan Nasionalisme 306
3.4 Perang Dunia Pertama 311
1.8 Perhubungan Luar 142 3.5 Pembentukan Negara Bangsa 316
1.8.1 Diplomatik 142
1.8.2 Naungan 147 Rumusan 325
1.8.3 Perjanjian 150 Praktis STPM 325

Rumusan 154

Praktis STPM 155

2Bab Pembangunan dan 156 Kertas Model STPM 326
Panduan Kerja Kursus (Kerja Projek) 327
Penerokaan 157 Jawapan 329
158 Glosari 350
2.1 Ekonomi 177 Bibliografi 352
2.1.1 Sistem Ekonomi 207
2.1.2 Institusi Ekonomi
2.2 Pendidikan

vi

BAB

2 PEMBANGUNAN DAN
PENEROKAAN

PENGENALAN

Bab ini membincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan penerokaan.
Topik yang dibincangkan di bawah subtopik ekonomi ialah sistem ekonomi dan institusi ekonomi. Di bawah
subtopik kebudayaan pula ialah pendidikan dan perkembangan intelektual. Topik lain yang dibincangkan
ialah penerokaan dengan melihat sumbangan tokoh-tokoh dan seni bina Islam.

Peta Konsep

PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

Ekonomi Pendidikan Perkembangan Penerokaan Seni bina
intelektual
Sistem ekonomi
• Konsep Falsafah Perkembangan Sumbangan Ciri-ciri
• Ciri-ciri ekonomi pendidikan ilmu tokoh seni bina
• Kegiatan ekonomi • Falsafah
• Ciri-ciri • Ilmu Naqli • Khalifah • Andalusia
• Nabi Muhammad • Ilmu Aqli Umayyah (Abad
s.a.w. (Abad ke-7) • Khalifah (Abad ke-13)
Abbasiyah • Khalifah ke-11 –
• Bani Abbasiyah (Abad ke -11 – Abbasiyah (Abad ke -13) • India
(Abad ke-11 – 12) ke -12) ke-11 – ke-13) (Abad
• Khalifah ke-16 –
• Kesultanan Melaka • Khalifah • Khalifah Umayyah Abbasiyah
(Abad ke -15) Umayyah (Abad Andalusia (Abad ke-17)
ke -7 – ke -8) ke-9 –
Institusi ekonomi (Abad ke -11 –
• Peranan dan Perkembangan ke-13) ke-13)
pendidikan
pelaksanaan institusi Sumbangan • Khalifah
– Baitulmal • Jenis institusi tokoh Abbasiyah (Abad
– Cukai • Sistem ke-11 – ke-13)
– Zakat • Menilai
pendidikan sumbangan • Mesir (Abad ke-15)
• Khalifah al-Rasyidin
(Abad ke -7 – ke-8) • Mesir (Abad ke-8)
• Acheh
• Khalifah Abbasiyah (Abad ke -16 –
(Abad ke -9 – ke-11)
ke -17)

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

2.1 Ekonomi

Konsep Ekonomi BAB

1 Sarjana ekonomi, L.Robbins dalam karyanya An Essay on the Nature and Hasil Pembelajaran 2
Significance of Economic Sciences mentakrifkan ekonomi sebagai sains
yang mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan antara matlamat Menghuraikan konsep dan
akhir dan barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. ciri-ciri sistem ekonomi.

2 J.S. Mill menyatakan bahawa ekonomi sebagai sains praktikal Amalan ekonomi Islam
mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan. Manakala Holton melatih dan mendidik
dalam bukunya, Economy and Society menyatakan bahawa komponen- jiwa manusia agar dapat
komponen ekonomi harus mempunyai penggunaan dan pengeluaran, mendisiplinkan diri, mengawal
produkiviti dan inovasi teknologi, pasaran, kontrak, wang simpanan, nafsu serta melahirkan manusia
organisasi ekonomi, pembahagian buruh, ekonomi masyarakat, dan yang berjiwa bersih, amanah,
sebagainya. Bagi Adam Smith pula, ekonomi ialah kajian tentang sifat- dan bertakwa kepada Allah
sifat dan sebab-sebab kekayaan negara (Sivachandralingam Sundara Raja, s.w.t..
Ayadurai Letchumanan, 2001: 301).

3 Routledge Dictionary of Economics mentakrifkan ekonomi ialah pengkajian
tentang kaedah-kaedah umum terhadap manusia atau individu yang
bekerjasama untuk memenuhi kehendak material mereka.

4 Adam Smith menyatakan bahawa ekonomi ialah suatu disiplin ilmu
yang mengkaji kekayaan bangsa-bangsa dengan memusatkan perhatian
secara khusus tentang sebab-sebab kebendaan daripada kemakmuran,
seperti hasil industri, pertanian, atau seumpamanya. Bagi Marshall pula,
ekonomi ialah ilmu tentang kehidupan manusia berhubung persoalan
bagaimana manusia memperoleh pendapatan dan menggunakannya
(Mahayudin Hj Yahaya, 1998: 233).

5 Ekonomi menurut pandangan Islam ialah mengkaji aktiviti manusia
selaras dengan tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan,
pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat, dan negara bagi
mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Pandangan ini menjelaskan bahawa
ekonomi Islam menyeluruh dan merangkumi aspek rohani dan jasmani.
Malahan, memperlihatkan bahawa asas ekonomi Islam tidak dipisahkan
dengan ilmu agama. Sebaliknya, ekonomi Islam adalah kewujudan
hubungan Allah s.w.t. sebagai Pencipta dan Penguasa ke atas segala
makhluk-Nya, manusia sebagai hamba yang menerima, mematuhi
perintah, dan menikmati anugerah Maha Pencipta, serta kekayaan alam
yang dimanfaatkan oleh manusia menurut hukum yang mencipta, iaitu
Allah s.w.t..

6 Sehubungan itu, ekonomi Islam berperanan memudahkan manusia
mencapai matlamat kejadian mereka, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t..
Melalui ibadah ini, jiwa manusia akan menjadi bersih seterusnya layak
untuk menikmati kesenangan hidup di akhirat di samping menikmati
kebahagiaan hidup di dunia (Dr. Abdul Karim Zaidan, 2002: 268).

157

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

7 Maka jelaslah bahawa ekonomi Islam ialah sistem yang berkaitan dengan
perolehan dan penggunaan sumber-sumber ekonomi untuk kehidupan
yang berdasarkan kepada kaedah dan prinsip yang telah digariskan oleh
al-Quran dan hadis (Hassan Ahmad, 2008: 115).

BAB 2.1.1 Sistem Ekonomi

2 Asas-asas Ekonomi Islam 

Dapatkan maklumat tentang 1 Barat menganggap ekonomi sebagai ilmu kekayaan yang memperlihatkan
ekonomi Islam di laman web manusia mempunyai kemahuan dan hasil yang diperolehi adalah
berikut: untuk manusia semata-mata. Matlamat mencari kekayaan adalah untuk
• http://ms.wikipedia.org/ memuaskan nafsu, memenuhi arahan pemerintah, dan mendapatkan
ganjaran kehidupan semata-mata.
wiki/Sistem Ekonomi Islam
INFO 2 Ringkasnya, konsep ekonomi bagi Barat memperlihatkan perolehan
atau tingkah laku manusia untuk mendapatkan kepuasan fizikal dan
Petua Pemeriksa melupakan aspek rohani dan moral. Maka, asas-asas ekonomi Islam
menekankan Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang mencipta alam ini. Asas
Calon harus mengetahui ekonomi Islam dikaitkan dengan:
prinsip asas ekonomi Islam. (a) Konsep rububiyyah (ketuhanan) menjadi konsep utama yang
menekankan sifat Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang membuat
peraturan dan bertujuan menjaga dan memelihara kehidupan
makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah s.w.t.
sahaja yang mengerti perjalanan dan pengisian yang terbaik untuk
alam dan makhluk-Nya. Dalam konteks ekonomi, ia merupakan
peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t. bagi meningkatkan kualiti
kehidupan manusia di dunia untuk menjadi bekalan alam akhirat.
(b) Konsep tazkiyah (kesucian jiwa) yang berkait rapat dengan proses
pembentukan sahsiah dan akhlak. Para rasul yang diutus adalah
untuk memurnikan dan mensucikan hati nurani manusia dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, dan alam.
(c) Konsep ubudiyah (kehambaan). Manusia sebagai hamba Allah
dan khalifah disuruh menerima dan patuh segala suruhan-Nya.
Manusia sebagai khalifah Allah adalah pemegang amanah yang
bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan unsur-unsur
tauhid dan rububiyyah.
(d) Persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia. Perhubungan
sesama manusia adalah berdasarkan unsur persaudaraan, kasih
sayang, hormat-menghormati serta tanggungjawab dan rela
berkorban demi agama, masyarakat, dan negara. Hal ini akan
mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan
sejagat. Dengan ini, manusia akan mengurus aktiviti ekonominya
dengan cara yang diredhai Allah s.w.t.. Maka, dalam ekonomi
Islam, tiada konsep tindas-menindas, memeras, mengeksploitasi,
sifat bakhil, dan sifat-sifat negatif yang lain.

Prinsip Ekonomi Islam

Prinsip ekonomi Islam terbahagi kepada tiga, iaitu hak milik, kebebasan
terpimpin, dan campur tangan pihak berkuasa.

158

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

1 Hak Milik Galeri Info BAB
(a) Hak milik sebenarnya ialah Allah s.w.t. sebagai pencipta segala
kejadian. Allah s.w.t. ialah pemilik mutlak ke atas alam dan segala isi Islam menetapkan beberapa 2
kandungannya di bumi, laut, dan udara. Manusia hanya bertindak garis panduan cara-cara
sebagai pengurus dan mengambil manfaat daripada anugerah Allah seseorang itu mendapatkan
s.w.t. sebagai satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. harta:
Firman Allah s.w.t. dalam surah Taha, ayat 6 bermaksud: • Menerusi jalan yang

Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di halal, tidak mengambil
bumi, serta yang ada di antara kedua-duanya, dan juga yang ada riba, penipuan, rasuah,
di bawah tanah basah di perut bumi. eksploitasi, dan sebagainya.
• Harta yang cukup nisab dan
(b) Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak dan terikat dengan haul hendaklah dikeluarkan
hukum dan peraturan Ilahi untuk menjamin keadilan dan zakat, cukai, sedekah, atau
kesejahteraan masyarakat dan negara. Manusia mempunyai sumbangan ke jalan Allah
tanggungjawab yang sudah ditentukan terhadap harta bendanya s.w.t.
dan memberi hak kepada manusia menggunakan kekayaan dan • Agihan harta hendaklah
harta miliknya dalam hal-hal yang diharuskan sahaja. dielakkan daripada
berlakunya jurang
(c) Hak milik dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu hak milik khusus pendapatan yang terlalu
dan hak milik umum. besar atau melakukan
(i) Hak milik khusus pembekuan harta sehingga
• Fitrah manusia ialah berkeinginan memiliki harta dan Islam orang lain tidak dapat
membenarkan pemilikan harta secara individu. Dalam menikmati hasil daripada
masa yang sama, Islam mensyaratkan pemilik harta supaya pengembangan harta
memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan keselamatan tersebut.
harta, serta melarang memperoleh harta secara haram. • Harta tidak boleh disalah
• Islam juga mensyaratkan agar setiap prinsip pemilikan gunakan sehingga
harta dan tujuan pemilikan harta mesti dipatuhi kerana membawa kemudaratan
pemilikan harta yang banyak boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.
kepada umat Islam. Antara bahaya tersebut ialah kecintaan
terhadap harta boleh melalaikan manusia daripada
melakukan ibadat dan cintakan dunia serta menjadi
sombong dan bongkak.
• Khalifah Umar ibn al-Khattab menitiskan air mata ketika
membawa balik harta rampasan perang pulang ke Madinah
dan kata Khalifah Umar, “Aku menangis kerana menyedari
bahawa kemewahan, lazimnya menjadi punca pergeseran
dan permusuhan”.
• Firman Allah dalam surah al-Kahf, ayat 6, bermaksud,
“Harta benda dan anak-anak hanyalah perhiasan hidup
di dunia manakala amal soleh yang berkekalan itu lebih
baik di sisi Tuhanmu sebagai ganjaran untuk dicapai.”

• Sebaliknya, jika tiada harta atau hidup dalam kemiskinan
boleh membawa kepada kehinaan dan kekufuran. Sabda
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “kefakiran itu
hampir-hampir membawa kepada kekufuran”.

• Pemilikan harta individu boleh diperolehi menerusi harta
pusaka, wasiat, pemberian derma dan hadiah, berniaga,
bertani, dan sebagainya.

159

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

BAB (ii) Hak milik umum
• Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum
2 atau kepentingan masyarakat. Contoh, harta umum ialah
jalan raya, talian air paip, sungai, tempat rekreasi, padang
Foto 2.1 Air sungai merupakan rumput, laut, udara, dan sebagainya.
contoh hak milik umum • Harta milik umum yang sedia ada (ciptaan Allah) seperti
air hujan, udara, air sungai, air laut, sumber galian, sumber
Galeri Info laut, sumber perhutanan, alam dan sebagainya perlulah
dikongsi bersama dan dijaga.
Rasulullah s.a.w. telah • Harta ini dijaga dan diuruskan oleh pihak pemerintah dan
memperlihatkan contoh dan diagihkan secara adil dan saksama antara sesama manusia.
adab peraturan dalam urusan
perniagaan iaitu: 2 Kebebasan terpimpin
• mendapatkan dan (a) Islam memberi garis panduan dalam melaksanakan aktiviti
ekonomi. Terdapat aktiviti ekonomi yang diharuskan dan aktiviti
menikmati rezeki secara ekonomi yang diharamkan.
halal. (i) Aktiviti ekonomi yang diharuskan
• mengharamkan perniagaan • Seorang muslim yang memenuhi keperluan hidupnya
barangan dan perkhidmatan dengan aktiviti ekonomi secara halal.
yang haram. • Aktiviti ekonomi yang dilakukan haruslah:
• berkelakuan baik semasa – Proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul
berurus niaga. tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan
• menjauhkan diri daripada serta menjaga hak pekerja. Pekerja pula menjaga kualiti
amalan riba. pengeluaran dan nama baik syarikat.
• menjalankan urus niaga – Barangan yang dikeluarkan dalam pasaran haruslah
dengan jujur dan amanah. bersih, suci, bermutu, berguna, dan tidak membahayakan
masyarakat.
– Pengguna tidak boleh bersifat boros, bakhil, dan
membazir. Digalakkan berjimat cermat, berhemah, dan
saling membantu dalam semua perkara yang diharuskan.
• Kesemua garis panduan ini adalah untuk melatih jiwa
seseorang muslim melaksanakan aktiviti ekonomi yang
diharuskan dan dalam masa yang sama dapat mendisiplinkan
diri, mengawal hawa nafsu, serta melahirkan seseorang
muslim yang berjiwa bersih dan bertakwa kepada Allah.
(ii) Aktiviti ekonomi yang diharamkan
• Larangan kepada aktiviti ekonomi yang diharamkan ialah
aktiviti penggunan dan pengeluaran yang melibatkan riba,
judi, pelacuran, pembaziran, menyorok barangan keperluan
asas atau kepentingan umum, menipu timbangan dan
sukatan, mencampurkan barangan lama dengan yang
baharu, melakukan aktiviti jual beli tanpa mengetahui
atau memiliki sesuatu barang tersebut, dan semua aktiviti
ekonomi yang boleh mengganggu keselamatan fizikal,
psikologi, dan mental.

3 Campur tangan pihak berkuasa
(a) Islam mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti
ekonomi sama ada dalam bentuk pengurusan, perancangan, dan
pengagihan.

160

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

(b) Hak campur tangan ini telah ditetapkan sejak zaman Nabi BAB
Muhammad s.a.w.. Tugas seorang pemimpin ialah melaksanakan
sistem ekonomi Islam dan membanteras sebarang penyelewengan 2
bagi mewujudkan keadilan sosial, menjamin kestabilan, dan
keseimbangan dari segi agihan harta secara individu. Larangan amalan riba
ditekankan dalam al-Quran,
(c) Hal ini memperlihatkan bahawa Islam memberi jaminan kepada surah ali-Imran, ayat 130
setiap anggota masyarakat mendapat keperluan hidup minimum bermaksud: “Wahai orang
atau had al-kifayah. Jaminan ini adalah meliputi seluruh anggota yang beriman! Janganlah
masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan. kamu makan atau mengambil
riba dengan berlipat-lipat
(d) Selain itu, pihak berkuasa juga harus memastikan tidak berlaku ganda, tetapi hendaklah kamu
perbezaan pendapatan yang besar bagi mengelakkan sebarang bertakwa kepada Allah supaya
permusuhan. Hal ini ditegaskan dalam al-Quran, firman Allah s.w.t. kamu benar-benar dapat
dalam surah al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud “Supaya kekayaan kejayaan.”
itu jangan beredar di tangan segelintir orang kaya sahaja.”

(e) Selain itu, Islam memberi peluang yang luas dalam sebarang
perkara termasuklah menempatkan seseorang pada tempat yang
sebenarnya. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis
yang bermaksud, “Jika sesuatu perkara (kerja) diserahkan kepada
orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya”.

(f) Seterusnya, pihak berkuasa juga harus campur tangan dalam urusan
pasaran bagi mengelakkan tipu helah yang membawa kerugian
kepada pihak pengguna.

(g) Pihak berkuasa juga memastikan pengamalan riba, rasuah, dan
monopoli dalam aktiviti ekonomi tidak menganggu masyarakat.
Para ulama sepakat menyatakan bahawa pengamalan aktiviti ini
akan menghancurkan masyarakat dan konsep keadilan dalam
sistem ekonomi Islam.

(h) Hak buruh juga perlu ditangani oleh pihak berkuasa daripada
menjadi mangsa ketidakadilan golongan majikan. Pihak berkuasa
haruslah melindungi dan menjaga hak asasi para pekerja seperti
gaji, kemudahan hidup, pasaran buruh, dan sebagainya. Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud,
“Bayarlah upah buruh sebelum peluhnya kering.”

Ciri-ciri Ekonomi Islam Apakah ciri-ciri ekonomi
Islam?
1 Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah
(a) Dalam sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan,
pelaburan, perusahaan dan seumpamanya adalah untuk beribadah
kepada Allah s.w.t.. Dalam konteks ini, tiada sebarang aktiviti
ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini.
(b) Oleh itu, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah,
bertanggungjawab, dan tidak mengetepikan aspek nilai dan
kebajikan masyarakat.

2 Matlamat jangka panjang diutamakan
(a) Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan
kesejahteraan kepada masyarakat.
(b) Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka
panjang dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk mencapai
kesejahteraan hidup di akhirat.

161

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

3 Memberi kemakmuran kepada masyarakat
(a) Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk memberi
kemakmuran dan kesenangan kepada masyarakat.
(b) Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk
meningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat.
BAB (c) Perkhidmatan pelacuran, perjudian, dan seumpamanya tidak ada

2 sama sekali dalam senarai aktiviti ekonomi Islam kerana ia membawa
kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.

4 Keuntungan dunia dan akhirat
(a) Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat
keuntungan material dan pahala daripada aktiviti yang dilakukan.
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa, “Peniaga yang amanah
berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan.”
(b) Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan
perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta
sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan yang diberi
keistimewaan.
(c) Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi,
semakin tinggi usaha yang dilaksanakan.
(d) Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong-
menolong, jujur, dan mengutamakan golongan yang lemah kerana
matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran Allah
s.w.t..

’14 Kegiatan Ekonomi pada Zaman Nabi Muhammad s.a.w. (Abad
ke-7 M.) 
Hasil Pembelajaran
1 Secara geografinya, Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya
Membincangkan kegiatan sebuah oasis. Madinah merupakan kawasan yang subur dan kaya dengan
ekonomi pada zaman Nabi kegiatan ekonomi terutama perdagangan dan pertanian. Dalam sektor
Muhammad s.a.w.. pertanian, tanaman yang ditanam ialah tamar, anggur, barli, dan gandum.
Pokok tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah besar
Foto 2.2 Pokok kurma kepada penduduk Madinah. Pokok ini dianggap sebagai pokok serba
guna di mana selain buahnya boleh dimakan, batangnya dijadikan bahan
binaan, bahan bakar, dan makanan binatang.

2 Oleh yang demikian, tidak menghairankan jika Madinah menjadi pusat
perusahaan pertukangan yang penting. Dalam perusahaan pertukangan,
orang Yahudi merupakan tukang yang mahir. Misalnya, orang Yahudi
(Bani Qunaiqa’) pandai bertukang emas dan menjalankan aktiviti
perniagaan dan memberi pinjaman dengan riba yang tinggi di tengah
kota Madinah.

3 Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, masyarakat
Yahudi di Madinah berjumlah 4 400 orang. Kaum Yahudi merupakan
orang yang pintar, mempunyai kebun yang luas dan subur, rumah batu
yang besar, dan mempunyai benteng atau kubu. Ekonomi di Madinah
dimonopoli oleh golongan Yahudi. Mereka merupakan usahawan,
petani, dan peniaga di samping mengamalkan riba. Barangan yang
diperniagakan ialah kurma, bijirin, bahan galian seperti emas dan
zamrud, dan arak yang diimport dari Syria.

162

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

4 Pada masa yang sama, puak Aus dan Khazraj hanya mengusahakan tanah Galeri Info BAB
yang kering-kontang dan hidup dalam kemiskinan. Namun, semuanya
berubah setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Allah berfirman dalam surah al- 2
Anfal, ayat 72, yang bermaksud:
5 Bumi Madinah atau Yathrib merupakan sebuah kawasan yang subur “ Sesungguhnya orang-orang
dan penduduknya melakukan aktiviti pertanian sebagai kegiatan yang beriman dan berhijrah
ekonomi yang utama. Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang serta berjihad dengan harta
pertanian. Abu Ayub al-Ansari memiliki rumah tingkat, kebun kurma dan jiwanya di jalan Allah
yang luas, dan hartanah lain. Sa’ad bin Mu’az dan Umarah bin Hazm dan orang-orang yang
antara golongan Ansar yang kaya di Madinah. memberikan tempat kediaman
dan pertolongan kepada
6 Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. bersama kaum Muhajirin ke orang-orang Muhajirin, mereka
Madinah telah mengubah Madinah. Baginda telah mempersaudarakan itu satu sama lain lindung-
golongan Muhajirin dan Ansar. Tali persaudaraan ini banyak mengubah melindungi.”
kehidupan golongan Muhajirin.

7 Kewujudan kerjasama yang tidak terbatas antara golongan Ansar dan
golongan Muhajirin telah membuahkan kejayaan kepada golongan
Muhajirin. Golongan Muhajirin terkenal sebagai pedagang dan
pengurus kewangan yang cekap dalam perdagangan serta melaksanakan
aktiviti perdagangan di Makkah dengan jayanya. Oleh yang demikian,
pertolongan yang diberikan telah membolehkan golongan Muhajirin
memulakan kehidupan baharu. Contohnya:
(a) Abdul Rahman bin Auf yang menolak tawaran saudara seagamanya
yang kaya, iaitu Sa’ad bin al-Rabi telah berurus niaga di pasar
Qunaiqa’. Abdul Rahman berjaya mengumpulkan pendapatan
untuk menyara keperluan hidupnya. Beliau seterusnya meluaskan
perniagaannya dan menjadi antara orang paling kaya di Madinah.
(b) Abu Bakar membuka kilang kain di Sakh berhampiran Madinah
dan berniaga tekstil.
(c) Umar al-Khattab berniaga sehingga ke Parsi.
(d) Uthman pada mula terbabit dalam perniagaan kurma di pasar
Qunaiqa’ dan kemudiannya terbabit dalam perniagaan hamba abdi
bersama Abdul Rahman bin Auf.

8 Aktiviti perniagaan di Madinah terbukti apabila wujudnya beberapa
pasar harian dan bermusim di dalam dan sekitar Madinah. Muhammad
bin Habib al-Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat pelbagai jenis pasar
di bumi Arab. Terdapat sekurang-kurangnya sebelas pasar bermusim
sepanjang tahun pada zaman sebelum kedatangan Islam. Pasar-pasar
ini terus berkembang pada zaman Islam seperti Ukaz, Majannah, Zu
al-Majaz, dan Hubashah.

9 Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani, mengurus, dan
menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar. Contohnya, Asma binti
Abu Bakar serta suaminya Zubair al-Awwam mempunyai sebidang tanah
kebun baharu, seekor unta, dan keldai. Setiap hari, Asma menguruskan
binatang-binatangnya di samping mengairi kebunnya. Di rumah pula,
beliau bekerja membancuh tepung untuk dijadikan roti. Selain Zubair,
keluarga Abu Bakar, Umar, Ali, dan lain-lain turut terlibat dalam
ekonomi pertanian (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1981: 46).

163

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

10 Selain daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan di Madinah semasa
zaman Nabi Muhammad s.a.w., sumber kewangan Islam juga didapati
daripada derma, rampasan tunai dan harta benda, rampasan hartanah,
jizyah, dan sadaqat.
(a) Derma
BAB (i) Derma merupakan sumber kewangan utama umat Islam di

2 Madinah pada zaman awal yang mencabar sehingga negara
Islam sampai ke kemuncak kegemilangannya. Derma yang
disumbangkan adalah dengan rela hati dan tanpa paksaan.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta umat Islam supaya
memberikan sumbangan kepada kebajikan satu kabilah
yang baharu memeluk Islam. Masyarakat Islam berlumba-
lumba memberi sumbangan masing-masing. Ada yang
membawa makanan dan pakaian, sementara golongan Ansar
mendermakan wang yang banyak. Malahan, penyaraan
tawanan perang Makkah selepas Perang Badar adalah semata-
mata tertakluk kepada semangat dermawan orang Islam dan
6 000 tawanan perang dari kabilah Hawazin diberi pakaian
oleh orang Islam selepas Perang Hunain dan Ta’if (Muhammad
Yasin Mazhar, 1993: 288).
(ii) Orang Islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk
derma kepada tabung bersama. Contohnya, dalam Perang
Khandak, Sa’ad bin Ubadah, Jabir bin Abdullah, dan lain-lain
mendermakan makanan dan kurma kepada tentera Islam.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mengisytiharkan perang,
orang Islam berlari pulang ke rumah masing-masing untuk
mengumpulkan pelbagai jenis barangan sebagai derma dan
dilonggokkan di hadapan baginda. Contohnya, Abu Bakar
menyerahkan semua wang dimilikinya berjumlah 4 000
dirham dan Umar pula mendermakan separuh daripada
kekayaannya.
(iii) Antara para dermawan Islam ialah Abbas bin Abdul Muttalib,
Talhah bin Ubaidullah, Sa’ad bin Ubadah, dan Muhammad bin
Maslamah. Sumbangan Abdul Rahman bin Auf berjumlah 200
uqiyah (8000 dirham), Asim bin Adi menderma sebanyak 90
wathaq kurma dan Uthman bin Affan memberi sumbangan
satu pertiga daripada tentera Islam (kira-kira 70 000 dirham).
(iv) Selain derma dalam bentuk wang, masyarakat Islam juga
menderma dalam bentuk hartanah. Buktinya, sewaktu Nabi
Muhammad s.a.w. berhijrah, baginda tinggal di rumah
Kulthum bin al-Hidm di Quba dan bercadang mendirikan
masjid. Kulthum menyedekahkan tanah bagi tapak masjid yang
dicadangkan oleh baginda. Golongan Ansar sering berkongsi
hartanah seperti kebun, dusun, dan rumah dengan golongan
Muhajirin. Contohnya, Harithah bin Nu’man menghadiahkan
rumah dan ladangnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
pengikut baginda. Seorang kaum Ansar daripada Bani
Najjar menghadiahkan istana (qasr) atau kubu kepada Nabi
Muhammad s.a.w. untuk kegunaan umum.

164

Sejarah Penggal 2 STPM  Bab 2  Pembangunan dan Penerokaan

(v) Derma turut disumbangkan oleh orang Yahudi yang percaya BAB
dengan keikhlasan Nabi Muhammad s.a.w.. Contohnya,
Mukhairiq daripada Bani Nadhir yang memeluk Islam sebelum 2
Perang Uhud telah mewasiatkan tanaman kurma yang luas,
iaitu tujuh buah dusun kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Galeri Info
Ibnu Ishaq menyatakan bahawa zakat yang dikeluarkan oleh
Mukhairiq di Madinah adalah hasil daripada dusun-dusun Perang Khaibar menaksirkan
berkenaan (Muhammad Yasin Mazhar, 1993:290). jumlah rampasan adalah
dengan membuat anggaran
(b) Rampasan tunai dan harta benda nilai pengumpulan keperluan
(i) Umat Islam diwajibkan berjihad atau berperang untuk agama untuk 10 000 pejuang Yahudi
sekiranya mereka diperangi oleh musuh yang berniat untuk dan rampasan terbesar
menghalang penyebaran Islam. Firman Allah dalam Surah adalah dalam bentuk amwal
al-Hajj, ayat 39, bermaksud: atau hartanah khaibar yang
termasuk kawasan tanaman
“Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi kerana dan kebun yang luas.
sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha
Kuasa menolong orang itu”.

(ii) Berdasarkan ayat tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. bersama
tentera Islam menentang tentera Quraisy pada 623 M.. Dengan
kekuatan tentera Islam hanya 313 orang, tentera Islam berjaya
memenangi Perang Badar dan mengalahkan tentera Quraisy
yang seramai 1 000 orang. Ini adalah kemenangan yang
pertama dan menghasilkan harta rampasan yang besar kepada
umat Islam. Umat Islam mendapat rampasan seperti senjata,
150 ekor unta, 10 ekor kuda, tikar kulit, dan pakaian. Nabi
Muhammad s.a.w. diberi hak untuk melakukan safiy atau
pilihan pertama dan menentukan khumus atau bahagian untuk
kerajaan Islam.

(iii) Selain daripada harta rampasan, sumber kewangan Islam
daripada bayaran tebusan tawanan perang. Tawanan Perang
Badar telah membayar sejumlah wang untuk membebaskan
diri mereka, iaitu seramai 20 tawanan membayar 75 000
dirham; 10 orang membayar 4 000 dirham setiap seorang,
seorang membayar 2 000 dirham; dan seorang membayar
1 000 dirham (Muhammad Yasin Mazhar, 1993: 291).

(iv) Seterusnya, sumber pendapatan berdasarkan harta rampasan
perang terus dinikmati oleh umat Islam selepas peperangan
yang disertai. Jadual berikut menunjukkan peristiwa perang
atau pertempuran dan harta rampasan yang diperolehi.

Perang / Pertempuran Harta rampasan

Peperangan Senjata dan alat pertukangan emas. Nabi
menentang Bani Muhammad s.a.w. menerima safiy dan
Qunaiqa’ khumus serta membahagikan empat perlima
rampasan itu dalam kalangan umat Islam.

Perang al-Kudr 500 ekor unta: 400 ekor dibahagi dalam
kalangan 200 pejuang Islam dan 100 ekor
diserahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai khumus.

165

JAWAPAN

BAB 1 MASYARAKAT, –– Semangat assabiyah atau semangat kesukuan yang melampau
PEMERINTAHAN, menyebabkan mereka sering berperang sesama mereka. Perasaan
PERTAHANAN, DAN kesukuan turut menyebabkan mereka sanggup menuntut bela
PERHUBUNGAN LUAR demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Soalan 1 –– Faktor geografi dan persekitaran yang kering-kontang turut
mempengaruhi bentuk kehidupan serta bersatu menghadapi
Pendahuluan setiap masalah yang timbul.
–– Zaman keruntuhan kerajaan Saba’ berlaku dalam tiga abad
–– Peperangan sering tercetus dalam kalangan masyarakat kerana
sekitar tahun 300 M. sehingga turunnya wahyu kepada Nabi ingin menuntut bela. Contohnya, Peperangan al-Basus antara
Muhammad s.a.w.. puak Bani Taghlib dan Bani Bakar.
–– Pada zaman ini, tiada nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan
petunjuk dalam kehidupan. Manusia hidup dalam kejahilan. Aspek ilmu pengetahuan
Isi-isi penting –– Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kebanyakan
Aspek sosial
–– Terbahagi kepada dua golongan, iaitu Badwi dan Hadari. Kaum buta huruf.
Badwi tinggal di kawasan pedalaman, iaitu bahagian tengah –– Contohnya, bilangan orang Quraisy yang pandai membaca dan
Semenajung Tanah Arab. Kaum Hadari menetap di kawasan
bandar dan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab. menulis hanya 17 orang (al-Bladhuri).
–– Masyarakat Jahiliah mengamalkan perbuatan tidak bermoral –– Ilmu pengetahuan hanya untuk golongan tertentu sahaja seperti
seperti berjudi, berzina, dan meminum arak. Kemampuan
meminum arak sehingga mabuk menjadi lambang lelaki sejati. golongan atasan.
–– Kedudukan wanita sangat rendah kerana seorang lelaki boleh Penutup
mengahwini beberapa orang wanita sekaligus kerana tiada –– Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab berada dalam
peraturan dalam perkahwinan. Wanita juga tidak berhak
mewarisi harta pusaka. kegelapan dan kucar-kacir, tidak ada pedoman hidup, dan
–– Bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap boleh mengikut naluri dan emosi.
menjatuhkan maruah keluarga. –– Dengan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada
Aspek ekonomi tahun 610 M., maka bermulalah era baharu dalam sejarah
–– Mereka mengamalkan riba dan penindasan untuk mengaut tamadun masyarakat Arab.
keuntungan. –– Penurunan wahyu tersebut menjadi tanda pemisah antara zaman
–– Kegiatan merompak dan merampas barangan kafilah lain di jahiliah dengan zaman Islam.
padang pasir menjadi punca pendapatan bagi masyarakat
Jahiliah. Malah, amalan merompak oleh ahli kabilah dianggap Soalan 2
sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan. Pendahuluan
–– Golongan miskin ditindas dan dieksploitasi oleh golongan kaya. –– Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang terawal di
Aspek agama dan kepercayaan
–– Terdapat empat bentuk kepercayaan yang diamalkan oleh dunia yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan
masyarakat Arab Jahiliah, iaitu agama wathani (menyembah wahyu Allah s.w.t..
berhala), anismisme (memuja alam seperti pokok), samawi –– Penggubalan Piagam Madinah mendapat persetujuan orang
(Kristian dan Yahudi), dan kepercayaan (menilik nasib, sihir, Islam dan bukan Islam di Madinah.
dan percaya roh orang mati menjadi burung). –– Dokumen atau piagam bertulis mengenai hak pemerintahan dan
–– Terdapat juga masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif yang diperintah.
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s. Isi-isi penting
yang digelar sebagai Hunafa. Namun, mereka melupakan ajaran Pemerintahan
tersebut dan mencampuradukkannya dengan amalan tradisi. –– Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemerintah tertinggi
Aspek struktur masyarakat dan unggul.
–– Mereka mengamalkan sistem kabilah, iaitu hidup secara berpuak- –– Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul dan
puak dan berkelompok. berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah yang
–– Ahli kabilah terdiri daripada satu suku kaum tertentu sahaja. memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya, dan agama.
–– Setiap kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah Masyarakat Madinah menerima baginda sebagai ketua negara
masing-masing. Madinah.
–– Syeikh merupakan ketua kabilah serta berperanan sebagai –– Pemerintahan baginda memberi tumpuan terhadap aspek akidah
lambang perpaduan kaum mereka. Proses pemilihan syeikh dan juga aspek duniawi. Piagam Madinah meletakkan baginda
dibuat berdasarkan syarat-syarat tertentu, antaranya ialah sebagai ketua kerajaan dan hakim yang tinggi dan unggul.
hendaklah mendapat persetujuan ramai, berfikiran matang, Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang
gagah, berani, dan pandai berpidato. dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum
berdasarkan hukum Allah s.w.t. dan keputusan baginda. Masalah
ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah. Baginda
juga mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.
Perpaduan umat Islam
–– Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada dua kumpulan, iaitu
golongan Ansar dan Muhajirin. Oleh itu, penekanan berkaitan

329

Sejarah Penggal 2 STPM Jawapan dijadikan khalifah menyambung tugasannya. Contohnya, Abu
Bakar al-Siddiq menjadi imam sembahyang sewaktu Nabi
dengan kerjasama dan perpaduan antara masyarakat ini terdapat Muhammad s.a.w. sedang sakit.
dalam Piagam Madinah. –– Masyarakat Islam harus menentukan pengganti. Saidina Abu
–– Selain daripada masyarakat Islam, piagam ini juga merangkumi Bakar al-Siddiq dibaiahkan melalui syura sebagai khalifah
kedudukan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah seperti pertama pada tahun 632 - 634 M. (11 - 13 H.).
kaum Yahudi, Aus, Khazraj, Quraisy, Parsi, dan Habsyi. Isi-isi penting
–– Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam Konsep khalifah
dalam masyarakat Madinah dilaksanakan dengan mendidik –– Khalifah bermaksud pengganti. Ketua negara Islam berperanan
masyarakat menjadi anggota masyarakat atau ummah yang menegakkan agama dan mentadbir kerajaan berpandukan al-
kuat tanpa mengira kaum, keturunan, dan tempat tinggal. Quran dan al-Hadis bagi kebaikan dunia dan akhirat.
Persaudaraan adalah berlandaskan akidah dan keimanan kepada –– Dalam sejarah pemerintahan Islam, gelaran khalifah hanya untuk
Allah SWT. pemerintah-pemerintah Islam.
–– Penekanan ini dapat mengelakkan perpecahan antara masyarakat Proses pelantikan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
Madinah. –– Terdapat tiga golongan bersaing, iaitu Bani Hashim, golongan
Kebebasan beragama Muhajirin, dan golongan Ansar dengan hujah tersendiri.
–– Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum –– Sebaik sahaja berita kewafatan Nabi s.a.w. pada 8 Jun 632 M.
Yahudi dan penganut agama lain. (12 Rabiul Awal 11 H.), golongan Ansar memilih Saad bin Abu
–– Kebebasan ini diberikan kerana Islam menghormati kebebasan Ubaidah sebagai khalifah dalam perhimpunan di Saqafah.
beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu. –– Perhimpuan tersebut tidak diketahui oleh keluarga Nabi
Ianya juga untuk menghindari permusuhan antara masyarakat. Muhammad s.a.w. kerana menguruskan jenazah baginda di
Di samping mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan rumah Saidatina Aishah.
agama mereka di Madinah. –– Dua orang penduduk Madinah, Awaim bin Saidah dan Man
Menyatupadukan masyarakat Madinah bin Adi datang memberitahu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan
–– Masyarakat Madinah khususnya umat Islam dapat disatukan Saidina Umar al-Khattab.
menerusi Piagam Madinah. –– Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab ditemani oleh
–– Piagam ini juga menitikberatkan hubungan baik antara Abu Ubaidah al-Jarrah, Usayd bin Hudayr, dan Zaid bin Thabit
masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam seperti saling ke Saqafah.
hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya. –– Namun, keputusan belum dibuat kerana golongan Aus tidak
–– Melalui Piagam Madinah ini dapat dirumuskan bahawa bersetuju.
masyarakat Madinah yang dahulunya mengamalkan tradisi –– Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencadangkan khalifah daripada
jahiliah seperti mementingkan diri telah berubah dengan golongan Muhajirin. Hubab al-Mundhir mencadangkan supaya
menerapkan nilai-nilai persaudaraan Islam. melantik dua orang khalifah, seorang daripada golongan
Mewujudkan keadilan Muhajirin dan seorang daripada golongan Ansar. Namun,
–– Bagi mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan berlaku cadangan itu ditolak oleh Saidina Umar al-Khattab kerana
dalam masyarakat Madinah, Piagam Madinah telah menetapkan memecah-belahkan umat Islam.
persamaan antara semua penduduk tanpa mengira keturunan, –– Saidina Abu Bakar al-Siddiq lebih terbuka bagi menenangkan
bangsa, dan kedudukan seperti antara golongan pemerintah golongan Ansar dengan mengatakan, “kami adalah ketua (umara)
dengan golongan yang diperintah. Kekayaan dibahagikan sama dan kamu pembantu”. Saad bin Ubaidah bersetuju.
rata antara masyarakat untuk mengelakkan penindasan golongan –– Saidina Umar al-Khattab mengangkat tangan Saidina Abu Bakar
kaya ke atas golongan miskin. al-Siddiq dan membaiahkannya. Ada riwayat lain menyatakan
–– Setiap masyarakat juga bertanggungjawab untuk melaksanakan sebelum itu, Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina
keadilan berlandaskan ajaran Islam agar mereka sentiasa hidup Umar al-Khattab dan Abu Ubaidah al-Jarrah.
dalam keadaan aman dan sejahtera. –– Kedua-duanya menolak dengan alasan Saidina Abu Bakar al-
–– Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariah Islam ini Siddiq lebih layak.
memberi hak dan kebaikan kepada mereka. Hal ini juga dapat –– Dipersetujui oleh semua yang hadir di Saqafah kecuali Saidina Ali
menghalang sebarang keburukan berlaku ke atas masyarakat Abu Talib dan keluarga Nabi Muhammad s.a.w..
tersebut. Penutup
–– Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah tidak –– Saidina Abu Bakar al-Siddiq dipilih melalui syura dan dibaiahkan
boleh bersikap zalim seperti menindas golongan yang lemah. oleh seluruh umat Islam.
Mereka perlu memiliki sikap tolong-menolong antara satu sama –– Khalifah Abu Bakar memerintah pada tahun 632 - 634 M. (11 -13
lain. H.) sebagai khalifah pertama Khalifah al-Rasyidin.
Penutup
–– Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mewujudkan perpaduan Soalan 4
dalam satu ikatan politik dan agama.
–– Membentuk sebuah negara Islam yang kuat dan dihormati oleh Pendahuluan
negara luar di sekitar dan di Semenanjung Tanah Arab. –– Permusuhan antara orang-orang Islam dengan Quraisy Makkah

Soalan 3 tidak berakhir selepas Rasulullah  s.a.w.  berhijrah ke Kota
Pendahuluan Madinah, sebaliknya pertembungan kedua-dua pihak semakin
–– Aspek pemerintahan dan pentadbiran penting dalam hebat yang mencetuskan beberapa siri peperangan seperti Perang
Badar, Perang Uhud, dan Perang Ahzab.
pemerintahan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. –– Kemenangan Islam dalam Perang Badar meletakkan Nabi
kerana baginda tidak meninggalkan wasiat siapa pengantinya.
–– Namun, isyarat umum telah diberikan kepada siapa yang sesuai

330


Click to View FlipBook Version