The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN (Q)
TUGASAN 3 E-MAJALAH
KUMPULAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khanittha, 2022-01-02 09:41:28

SINTOKYO 2022

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN (Q)
TUGASAN 3 E-MAJALAH
KUMPULAN 4

Keywords: E-MAJALAH,UUM,SINTOKYO 2022

ILM BUDI B KTI
U A

UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA

E-MAJALAH

SINTOKYO
2022

IISSII

KKAANNDDUUNNGGAANN

Ahli Jawatankuasa E-Majalah....................... 1
Tinta Editor.................................................... 2
Visi, Misi, & Motto UUM.................................. 3
Lagu uum (Biru Warna).................................. 4
Artikel Utama................................................. 5

JOM KITA KENAL UUM!........................................ 6
ADA APA UUM?................................................... 7-9
AYUH KEKAL SIHAT DI UUM!............................... 10
JOM SINGGAH SINI!!!.......................................... 11

Artikel Sampingan......................................... 12

PUSAT MEMBELI BELAH DALAM HUTAN RIMBA?.... 13
MAKAN DEKAT MANA?......................................... 14

Ruangan Kreatif............................................ 15

KEINDAHAN ALAM DI UUM.................................. 16
KEINDAHAN RIMBA HIJAU................................... 17
JOM BELAJAR DI UUM.......................................... 18

Berita Semasa................................................ 19

UUM TERUSKAN LAGI KELAS 'ONLINE'................. 20-21
PROGRAM MENARIK DI UUM.............................. 22-23

Ruangan Iklan................................................ 24

SYARAT AM KEMASUKAN UUM............................ 25-29
PROGRAM YANG DITAWARKAN DI UUM............... 30-33

AJK E-MAJALAH

PENGARANG

STEPHANIE ANNE A/P LAWRENCE
269437

PENERBIT PEREKA KREATIF KETUA PENYUNTING

KHANITTHA NURUL AIDA AZRINA NUR FATIN AJRINA
A/P EH WIN BT IBRAHIM BT MOHD JUNIK
269901 269444
269437

KETUA EKSEKUTIF 1

RATHIDURGA A/P KARUPPANAN
272140

TINTA EDITOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Dr Tarmizi bin Hasrah

kerana telah memberi peluang kepada pihak
kami untuk menghasilkan e-majalah Sintokyo
edisi pertama 2022. Walaupun terdapat banyak
halangan yang dihadapi oleh pihak kami semasa
menghasilkan e-majalah ini secara atas talian,
namun dengan kerjasama daripada semua ahli e-
majalah ini berjaya diterbitkan.

E-majalah Sintokyo edisi pertama 2022
diterbitkan sebagai satu platform untuk
menyalurkan maklumat dan buletin semasa yang
berlaku di Universiti Utara Malaysia kepada para
mahasiswa agar para mahasiswa tidak
ketinggalan dalam memperoleh maklumat yang
terkini tentang universti rimba hijau ini.

Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili
semua ahli sidang editor e-majalah ini ingin
memohon maaf jika terdapat kesalahan atau
kekurangan dalam menghasilkan e-majalah
Sintokyo edisi pertama 2020.

Sekian daripada kami, terima kasih dan selamat
membaca.

2

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan dalam latihan pembelajaran dan pengajaran
pendidikan tinggi.




To become a centre of excellence for training of learning and teaching in higher
education.



MISI

Melahirkan tenaga akademik yang profesional, berketerampilan serta cekap dalam
penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi pengajaran yang berkesan




To develop academics who are professional, skillful and competent in the use of effective
teaching approaches and instructional technology.



MOTTO

Ilmu, Budi, Bakti

Knowledge, Virtue, Service

3

LLAAGGUU UUUUMM

BIRU WARNA

Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari ilmu

Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera



UNIUTAMA ibu yang tercinta
Kami doa lanjut usia bahagia
Kami janji hormati pesanmu

Ilmu budi dan bakti



Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari ilmu

Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera



UNIUTAMA ibu yang tercinta
kami doa lanjut usia bahagia
kami janji hormati pesanmu

ilmu budi dan bakti
ilmu budi dan bakti

4

ARTIKEL
UTAMA

Disediakan oleh:
Nurul Aida Azrina Binti

Ibrahim

5

JOM

UNIVERSITI UTARA

MALAYSIA (UUM)
KITA
merupakan universiti KENAL
keenam negara ini telah
ditubuhkan pada 16
Februari 1984 dan masih
kukuh sehingga kini.
Universiti Utara Malaysia

juga dikenali sebagai

universiti pengurusan.

UUM !

Kampus utama terletak di Sintok , Kedah yang
merupakan bekas lombong bijih timah yang dikelilingi

pemandangan hutan hujan tropika dan bukit bukau
yang menarik. Jaraknya pula kira-kira 48km menuju
arah utara bandar Alor Setar dan 10km menuju arah

timur darI Changlun.

Apa yang menariknya lagi, UUM ini juga memiliki air
sungai yang mengalir di dalam kampus iaitu Sungai

Sintok dan Sungai Badak. Bahkan, kampus yang
berharga RM580 Juta ini turut memiliki beberapa
banggunan utama bagi memudahkan pentadbiran dan

akademik berjalan dengan lancar.

6

ADA

APA

UUM ?

Tuntutlah ilmu kerana Dewan Kuliah Gugusan atau
ilmu itu pelita hidup singkatannya DKG merupakan tempat
bagi mahasiswa dan mahasiswi UUM
menimba ilmu pengetahuan. Terdapat
7 buah DKG yang mana enam terletak
di dalam kampus dan satu di luar
kampus. Setiap dewan kuliah ini
memiliki kemudahan seperti projektor,
komputer, papan putih dan tempat
duduk yang selesa.

Ruang bagi setiap dewan kuliah ini
adalah berbeza. Contohnya, DKG 2/1
merupakan dewan kuliah yang besar
berbanding DKG 2/3. Dewan kuliah
yang besar biasanya menempatkan
pelajar yang ramai biasanya kursus
yang memerlukan semua pelajar
untuk mengambilnya. Keselesaan
yang diberikan memudahkan pelajar
untuk menuntut ilmu.

7

SHUTTLE
BUS

untuk pelajar...

Pihak Universiti Utara Malaysia telah BAS
menyediakan kemudahan bas bagi 3 PINTU !


keselesaan pelajarnya. Malah. pada 8

awal bulan Disember 2020,
kemudahan bas ini telah dinaiktaraf
iaitu bas tiga pintu bagi
mengurangkan kesesakkan di dalam
bas. Dengan ini, pelajar tidak perlu
lagi beratur terlalu lama untuk menaiki
bas kerana ia boleh memuatkan
pelajar lebih ramai dalam satu masa.

Pembaharuan yang

dibuat disambut baik oleh

pelajar UUM kerana lebih

banyak kelebihan bas ini

yang dapat dirasai oleh

pelajar. Bas yang selesa,

luas dan lebar, memiliki

ciri-ciri keselamatan yang sempurna
serta penyaman udara yang berfungsi
membantu pelajar untuk menuju ke
destinasinya dengan lebih cepat dan
selamat. Pelajar juga tidak lagi terlewat
untuk ke kelas kerana bas sentiasa ada
pada setiap 5 minit.

Perpustakaan Sultanah Bahiyah ini telah Membaca
ditubuhkan pada 1 julai 1984. Pada awal jambatan
penubuhannya, ia di tempatkan di kampus
sementara di Jitra, Kedah dan berpindah ke ilmu
banggunan sekarang iaitu di kampus Sintok
pada september 1990.
Perpustakaan ini dinamakan Almarhumah
Sultanah Kedah, KDYMM Tuanku Hajjah
Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Rahman dan
telah dirasmikan pada 21 september 1999 oleh
Almarhum Sultan Kedah, KDYMM Al-Sultan
Almu'Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj
Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum
Sultan Badlishah.

PERPUSTAKAAN
SULTANAH
BAHIYAH

Bahan bacaan yang disediakan di

perpustakaan ini lebih dari 1.2 juta dan

bahan bacaan berbentuk digital dari

pelbagai bidang turut disumbangkan

kepada PBS UUM. Dengan

kepelbagaiaan bahan ini dapat

memudahkan pelajar untuk menyiapkan

penulisan mereka tanpa perlu risau bahan

rujukan tidak mencukupi.

Bukan itu sahaja, terdapat juga sebuah

cafe iaitu Managers Cafe di hadapan pintu

masuk perpustakaan ini yang menjadI

tumpuan kepada para pelajar serta

pensyarah untuk menikmati makanan dan

minuman panas setelah sibuk mencari

bahan di perpustakaan. Dengan suasana

yang tenang dan makanan yang lazat

mampu membuatkan seseorang berhenti

rehat seketika untuk menikmatinya.

9

AYUH KEKAL
SIHAT DI
UUM !

Sukan dan rekreasi sudah tentu menjadi perkara penting bagi sesetengah

orang. UUM juga tidak ketinggalan dalam menyediakan fasiliti sukan bagi

menggalakkan pelajarnya untuk aktif dan kekal sihat. Pusat sukan UUM

telah menyediakan tempat bagi aktiviti seperti berenang, badminton,

futsal, bola sepak dan sebagainya. Setiap pelajar bebas melakukan aktiviti

yang sihat pada bila-bila masa di samping dapat mengisi masa lapang.

Selain itu, UUM juga menyediakan
aktiviti rekreasi yang menarik untuk
dicuba bagi pelajar. Antaranya,
sukan kayak, golf dan Go kart. Litar
go kart UUM merupakan litar yang
pertama dibina di dalam kampus di
Malaysia. Setiap pelajar hanya
dikenakan bayaran sebanyak RM5
manakala bagi orang luar yang ingin
mencuba bermain go kart hanya
perlu membayar sebanyak RM30
bagi 5 pusingan litar.

Kolam renang yang disediakan pula

adalah bersaiz olimpik. Waktu

operasinya pula setiap hari ahad

sehingga khamis. Setiap pelajar

berpeluang untuk melakukan sukan

renang kerana sukan ini

memberikan kebaikan dari segi

paru-paru dan mengurangkan

tekanan. Setiap fasiliti yang

disediakan adalah bagi

memudahkan pelajar untuk

melakukan aktiviti yang disukai di

samping untuk melahirkan

mahasiswa yang berbakat dalam

bidang sukan. 10

Untuk pengetahuan JOM
anda, UUM juga SINGGAH
mempunyai beberapa
kawasan yang menarik SINI !!!
untuk disinggah jika
anda bosan berada di Wah menariknya...
dalam bilik.
HIDDEN LAKE


Tasik yang ada di dalam UUM.

Kawasan yang agak tersembunyi
tetapi memiliki panorama yang
cantik dan menarik. Tempat ini
sesuai untuk mereka yang gemar
mengambil gambar.

LADANG RUSA

Terletak berdekatan dengan pusat

sukan. Mereka yang ingin ke ladang

rusa boleh menggunakan basikal

yang terdapat di Pusat Sukan.

Pengunjung yang datang boleh

memberikan makanan dan

membelai rusa tersebut kerana rusa

di ladang ini sangat jinak.

BUKIT BUNGA RAYA

Terletak di depan pintu utama

UUM. Mereka yang minat mendaki

boleh datang ke sini untuk

mendaki hingga puncak bukit

bunga raya. Disarankan untuk

datang awal pagi untuk

mengelakkan bertembung dengan

orang ramai. 11

ARTIKEL
SAMPINGAN

DISEDIAKAN OLEH:
NUR FATIN AJRINA BT MOHD

JUNIK





12

Pusat membeli
belah dalam
hutan rimba?

Varsity Mall merupakan sebuah pusat urusan para mahasiswa kerana mereka tidak
membeli belah yang terbesar di Universiti perlu keluar dari kampus memandangkan
Utara Malaysia (UUM) yang diubah suai lokasi uum berada agak jauh daripada
pada tahun 2017. Varsity Mall telah bandar. Kemudahan yang disediakan oleh
diperbesarkan dari 44 lot kedai menjadi 85 pihak pengurusan universiti ini dapat
lot kedai malah 30 peratus daripada outlet memudahkan urusan semua pelajar untuk
yang ada turut disediakan kepada mahasiswa mendapatkan keperluan asas harian tanpa
bagi tujuan pembangunan keusahawanan perlu keluar dari kampus. Kelebihan yang
siswa UUM. Varsity Mall dilengkapi dengan ada di Varsity Mall turut menjadi salah satu
kemudahan asas seperti kedai buku, kedai daya tarikan pelawat luar. Secara tidak
runcit, food court, cafe, Pizza Hut, bank langsung dapat meningkatkan pendapatan
islam dan lain-lain lagi. Kemudahan yang usahawan di sini.
terdapat di Varsity Mall dapat memudahkan

Food court

Food court merupakan salah satu destinasi yang 13
menjadi tarikan para pengunjung untuk singgah ke
Varsity Mall. aneka makanan yang ada di food court
menjadi pilihan utama pelanggan untuk menjamu
selera. harga makanan yang terdapat di food court
adalah sangat berpatutan.

Richiamo Cafe

Richiamo Coffee menjadi lokasi santai pilihan warga
kampus untuk bertemu dan menghilangkan tekanan
selepas belajar dan juga kerja dalam suasana yang
eksklusif. cafe ini bukan sahaja menyediakan kopi
premium berkualiti pada harga berpatutan yang
mampu dinikmati golongan pelajar dan pensyarah,
malah memberi peluang kerjaya kepada pelajar di
UUM dengan bekerja di kafe ini.

"

makan

DDEEKKAATT MMAANNAA?

Kafeteria inasis Tnb merupakan salah satu

kafe yang mendapat sambutan dalam

kalangan pelajar uum. kafe inasis Tnb

adalah kafe yang beroperasi sepanjang

tempoh mco bagi memenuhi keperluan

pelajar yang berada di UUM. kafe ini

berada di laluan A dan terletak

berhampiran dengan pejabat inasis Tnb.

kafe Tnb mempunyai 8 kiosk iaitu gerai

minuman, ala carte, masakan cina, rojak,

kuih-muih, masakan western dan nasi

ayam. Mee siam merupakan makanan yang paling digilai

dan mendapat sambutan yang hangat di kafeteria

Tnb . makanan ini sangat popular, sebut sahaja

mesti semua warga uum tahu tentangnya. sebelum

berpindah ke kafeteria Tnb, perniagaan mee siam

beroperasi di kafe hantu. namun perniagaan ini

terpaksa dihentikan berikutan penutupan seluruh

operasi kafe di UUM akibat tempoh kawalan

pergerakkan semasa pandemic covid-19. kedai ini

akan mula beroperasi pada jam 10 pagi dan ditutup

apabila mee habis dijual. kebiasaannya pada waktu

petang kedai ini sudah ditutup. harganya adalah

RM5 sahaja.

Selain itu, kafeteria Tnb turut terkenal dengan
makanan dari gerai selera nusantara. antara makanan
yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah nasi
kerabu, mee ayam indonesia, nasi ayam penyet dan
bakso. keenakkan makanan yang dijual menyebabkan
ada pelanggan yang sanggup beratur semata-mata
untuk merasai makanan daripada gerai ini.

14

RUANGAN
KREATIF

DISEDIAKAN OLEH:
STEPHANIE ANNE LAWRENCE

15

KEINDAHAN ALAM DI UUM

Gelombang jiwa di udara
Laksana sinar di pagi hari
Bagaikan rembulan mengarunggi samudra
Seperti peri kehilangan cahaya matahari.



Kicauan burung terdengar merdu

Menandakan adanya hari baru
Indahnya alam ini membuatku terpaku

Seperti dunia hanya untuk diriku.



Ku pejamkan mataku sejenak
Kurentangkan tanganku sejenak
Sejuk, tenang, senang ku rasakan
Membuatku seperti melayang kegirangan.



Wahai pencipta alam
Kekagumanku sulit untuk ku pendam
Dari siang hingga malam
Pesonanya tak pernah padam.



Desiran angin yang berirama di sepanjang sungai
Tumbuhan yang menari-nari di pesisiran sungai

Begitu indah rasanya
Bak indahnya taman di syurga.



Itulah keindahan alam
Keindahan alam di hutan sintok uum
Melewati sungai yang tenang
Mendengar kekicauan burung yang merdu
Begerak perahu mengikutarus sungai yang indah
Tenang rasa diriku setenang arus yang begerak.




16

KKEEIINNDDAAHHAANN RRIIMMBBAA HHIIJJAAUUKKUU

Disini
Terduduk dihujung Jauhnya dari dunia fana

Hijaunya daun Seluas pandangan
Aliran air Menggamit ketenangan
Hembusan bayu Menjadi persegaran

Disini
Kaki menapak Meninggalkan jejak
Memula perjalanan Ke alam dewasa
Indahnya kenangan Seribu langit
Menghadiahkan gelak tawa Juga tangis sendu

Disini
Ilmu ditimba Dijadikan bekalan
Pengalaman ditimba Dibuat pengajaran

Disini
Dimana segala ku benci Namun tetap ku sayang

Dimana tiada kata Mampu ku terangkan
Disini

Di Universiti Rimba Hijauku

17

JOM!BBEELLAAJJAARR DDII UUUUMM

Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah sebuah universiti awam yang terletak di bandar
Sintok, Kedah. Ia adalah antara beberapa universiti awam yang diberi status autonomi
oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej Perniagaannya (COB) mempunyai kira-kira

500 staf akademik yang menjadikannya kolej perniagaan dengan bilangan staf
akademik terbesar di negara ini. Selain itu, UUM telah menduduki tempat yang sangat
tinggi dalam SETARA, MyRA dan Top Business School (TBS). UUM adalah universiti

pertama yang melaksanakan optik gentian dalam infrastruktur rangkaian kampus
untuk mempromosikan teknologi dalam pendidikan serta memastikan maklumat dan
perkembangan terkini pelajar mereka. Dari segi pencapaian dan anugerah, UUM telah
mengambil bahagian dan memenangi pingat di beberapa pameran seperti Pameran

Teknologi Malaysia, Pameran Teknologi dan Penciptaan Antarabangsa, Pameran
Penciptaan Antarabangsa Seoul dan Persidangan Antarabangsa Institusi Pengajian

Tinggi. Antara kelebihan belajar di UUM adalah Yuran pengajian yang sangat
berpatutan,fleksibel dan kaedah pembayaran yang mudah. Anda boleh membuat

bayaran secara tunai,menggunakan wang caruman KWSP/EPF akaun -akaun
menggunakan dana latihan di syarikat tempat anda berkerja melalui HRDF (Human
Resource Development Fund) dan bayaran secara ansuran bulanan tanpa faedah,

amaun bayaran bulanan tersebut bergantung kepada kemampuan anda setelah
berbincang dengan pihak pengurusan. Seterusnya, Tenaga pengajar terdiri daripada
pakar-pakar industri yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang

yang diceburi. Ini memberi kelebihan kepada pelajar kerana mendapat input/ilmu
secara terus dari mereka yang memang menceburi sesuatu bidang itu secara teori dan

praktikal. Selain itu, jadual atau waktu pembelajaran yang sangat fleksible terutama
bagi mereka yang sibuk tetapi berminat untuk melanjutkan pelajaran.Kuliah diajar
dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris bergantung kepada permintaan pelajar
dan pensyarah. UUM juga mempunyai pelbagai tempat yang menarik seperti Go Kart,
Varsity Mall, Pusat Sukan, Ladang Rusa, Hidden Lake, Bukit Bunga Raya, Perpustakaan
Sultanah Bahiyah dan Pokok Tiga Beradik. Seterusnya, makanan dan minuman sentiasa

ada dimana-mana saya kita menuju. Begitu sempurna hidup seorang pelajar di
Universiti Utara Malaysia.

18

BERITA
SEMASA

DISEDIAKAN OLEH :



KHANITTHA A/P EH WIN (269570)

19

UUM TERUSKAN LAGI
KELAS 'ONLINE'

Pada sesi pembelajaran semester pertama tahun 2021/2022
(A211), pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah
memberi keputusan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran
akan dilaksanakan secara dalam talian. Pelajar UUM diberi
kebebasan untuk memilih sama ada ingin mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kampus atau di rumah
masing-masing. Oleh hal yang demikian, terdapat ramai pelajar
yang membuat keputusan mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kampus. Ini dikatakan demikian kerana
pelajar tersebut ingin belajar di tempat yang lebih kondusif dan
mempunyai capaian Internet yang laju. Pelajar yang memilih
belajar di rumah juga berjaya mengikuti semua aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pensyarah subjek
masing-masing.

20

AKTIVITI
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN

Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti sesi
pengajaran mengikut silibus, kelas ganti, pembentangan, kuiz,
dan peperiksaan akhir juga dilaksanakan secara dalam talian.
Pensyarah melaksanakan sesi kuiz dan peperiksaan akhir
melalui UUM Online Learning untuk memudahkan pelajar
mengakses dan menjawab segala tugasan yang diberikan.
Pensyarah akan berbincang dengan semua pelajar yang
mengambil subjek tersebut untuk menentukan tarikh yang
sesuai bagi kelas ganti, pembentangan, kuiz, dan peperiksaan
akhir.

21

PROGRAM
MENARIK
DI UUM

Menjelang tahun 2022 telah memperlihatkan terdapat banyak program
yang dilaksanakan oleh pelajar, pensyarah, dan fakulti di Universiti
Utara Malaysia (UUM) sama ada secara bersemuka atau secara
dalam talian. Antara program yang dilaksanakan pada tahun 2022
adalah Program How To Be An Effective Leader dan Technical and
Logistics Workshop. Kedua program ini dilaksanakan secara dalam
talian, penyertaan secara percuma, memberi merit, dan e-sijil
penghargaan kepada semua peserta yang terlibat dari awal sehingga
akhir program. Pelajar UUM boleh mendapat maklumat dan hebahan
tentang program melalui media sosial iaitu Facebook dan WhatApps.
Oleh itu, pelajar tidak akan ketinggalan info yang penting berkaitan
program yang akan dilaksanakan kerana pihak penganjur akan
membuat hebahan dari semasa ke semasa melalui media sosial
tersebut.

22

APA YANG PELAJAR DAPAT?

Pelajar yang menyertai program yang dilaksanakan dapat
membantu meningkatkan pelbagai kemahiran dalam diri masing-
masing. Pelajar dari pelbagai latar belakang yang mengikuti
program yang dilaksanakan dapat meningkatkan keyakinan diri,
keberanian, kolaborasi, kepimpinan, dan semangat perpaduan.
Pelajar yang menjadi penganjur program juga mendapat pelbagai
manfaat seperti pengalaman mengendalikan program, daya
menyelesaikan masalah, kepimpinan, meningkatkan jati diri, dan
kemahiraan berkomunikasi. Kedua pihak iaitu penganjur dan
peserta program juga mendapat sijil penghargaan dan merit yang
dapat menjadi nilai tambah kepada pelajar dalam bidang
kokurikulum. Segala kemahiran insaniah dan nilai tambah yang
pelajar dapat boleh digunakan di dalam kuliah dan bidang
pekerjaan yang diceburi selepas berjaya menamatkan pelajaran
dari UUM.

23

RUANGAN
IKLAN

DISEDIAKAN OLEH:
RATHIDURGA A/P KARUPPANAN

(272140)

24

SYARAT AM
KEMASUKAN UUM

SYARAT AM LEPASAN STPM

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan


mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu
Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah
(SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK
2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
1.Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
2.Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam
Malaysian University English Test (MUET)

25

SYARAT AM
KEMASUKAN UUM

SYARAT AM LEPASAN
MATRIKULASI KPM/ASASI SAINS
UM/ASASI UITM (BUKAN FEEDER)


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan

mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED
C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan
lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke
atas) dalam peperiksaan SPM
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM
dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam
Malaysian University English Test (MUET)

26

SYARAT AM
KEMASUKAN UUM

SYARAT AM LEPASAN STAM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan


mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam
mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam
peperiksaan SPM
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun
2019 dan 2018.
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam
Malaysian University English Test (MUET)

27

SYARAT AM
KEMASUKAN UUM

SYARAT AM LEPASAN DIPLOMA
POLITEKNIK/UNIVERSITI

AWAM/IPTS/VOKASIONAL MALAYSIA


Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan

mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai dan
lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke
atas) dalam peperiksaan SPM
Memiliki kelulusan Diploma UA/Politeknik/IPTS dan
diluluskan oleh Senat Universiti

ATAU
Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau kelulusan lain
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
dan diluluskan oleh Senat Universiti
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam
Malaysian University English Test (MUET)
Mendapat pengiktirafan dari MQA dan direkodkan dalam
MQR

28

SYARAT AM
KEMASUKAN UUM

SYARAT AM PENDIDIKAN

SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN


UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
Terbuka kepada warganegara sahaja.
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun
semasa mengemukakan permohonan.
Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia/Setaraf.
Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan,
tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal, dan
berupaya mengikuti program-program yang dirangka
untuk kursus ini.

29

Terdapat sebanyak 36 program Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian yang ditawarkan oleh pelbagai fakulti

di UUM.

30

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan
Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Antarabangsa dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal
Antarabangsa dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dengan
Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan
Kepujian

31

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Pembangunan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan
Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan
Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan)
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Sistem
Maklumat)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Perakaunan)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi
Maklumat)

32

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Moral)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan
Ijazah Sarjana Muda Statistik Industri
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Matematik
Perniagaan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Multimedia dengan
Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan
Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Perniagaan Tani dengan Kepujian
Program Khas Pengsiswazahan Guru
(PKPG)

33


Click to View FlipBook Version