KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1104 Disediakan oleh; NUR SABRINA BINTI MOHD MUKHTAR
ISI KANDUNGAN i Kandungan i 1.0 Pengenalan 01 2.0 Pantun 02 3.0 Syair 04 4.0 Gurindam 07 5.0 Seloka 09 6.0 Penutup 11 Rujukan 12
1.0 PENGENALAN Kesusasteraan Melayu adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Sastera merupakan salah satu genre yang popular dan diminati oleh segenap masyarakat sejak zaman dahulu kala lagi. Secara umumnya, kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua kategori, iaitu tradisional dan moden. Menurut tokoh A. Teeuw (1995), definisi kesusasteraan dalam tradisi sastera melayu mencerminkan keindahan yang terkandung dalam karya tersebut. Awalan ‘su’ dalam perkataan kesusasteraan bermakna baik dan indah, sehingga dapat dibandingkan dengan belles letter. Selain itu, Warder (1972) dalam S. Jaafar Husin (1995), menyatakan bahawa kata 'sastera' juga berasal dari bahasa Sanskrit. Hal ini merujuk kepada suatu sarana atau medium yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran. Oleh itu, kata susastera bererti membawa pengajaran dengan cara yang indah. 01
konsep Pantun merupakan sejenis puisi tradisional yang muncul sebelum manusia tahu membaca dan menulis. Pantun adalah bentuk puisi Melayu yang mencerminkan hubungan manusia dengan alam dan merakam falsafah kehidupan mereka. Pantun dibuat dengan rangkap pembayang dan maksud. Keindahan pembayang menentukan keindahan dan kedalaman makna pantun. Pantun Melayu biasanya menggunakan keindahan alam semula jadi sebagai pembayang (Rashidah Haji Mohd Saedah Siraj & Zaharah Hussin, 2018). Shamsudin Abu Bakar et al., (2022) menyatakan bahawa, pantun mencerminkan kekayaan falsafah dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pantun boleh terdiri daripada dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap, dan pantun berkait. Tetapi, pantun lazimnya ditulis dalam empat baris (satu rangkap) yang barisnya terdiri daripada 8-12 suku kata dengan rima akhir ‘a’ , ‘b’ , ‘a’ , ‘b’. FUNGSI Setiap karya sastera mengandungi pelbagai bentuk genre yang mengekspresikan pengalaman dan perasaan pengarang. Misalnya, Puisi tradisional seperti pantun mengandungi unsur hiburan yang boleh membawa keseronokan yang indah. Hal ini dikatakan demikian kerana, pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti teka-teki dan nasihat. Teka-teki yang diberikan dalam bentuk pantun digunakan untuk mengisi masa terluang bersama-sama rakan oleh orang muda dan kanak-kanak. Raja dan pembesar menunjukkan kebijaksanaan dan keupayaan mereka dengan menjadikan teka-teki sebagai hiburan. Teka-teki boleh terdiri daripada bahasa yang puitis mahupun tidak puitis dan mengandungi satu persoalan. HIBURAN 1.0 PANTUN 02
Aspek pemikiran pantun ini menunjukkan pembayang berkaitan dengan pisang emas. Pisang emas merupakan makanan ruji masyarakat dahulu. pisang emas dibawa pelayaran kerana pisang emas mengambil masa yang lama untuk masak menyebabkan pisang emas tidak busuk ketika dalam perjalanan yang lama. Pisang emas juga mengandungi khasiat yang lebih baik berbanding buah tempatan yang lain. Pisang emas akan masak sebiji jika letak di luar iaitu di atas peti jika tidak diperam. Pisang emas digunakan sebagai pembayang bagi mengulang semula perkataan ‘emas’. Hutang emas boleh dibayar membawa maksud walaupun kita berhutang emas, ia masih boleh dibayar kerana mempunyai harga. Emas digunakan kerana ia barang paling berharga dan paling mahal. Manakala jika berhutang budi, tidak dapat dibayar dengan harga kerana nilainya lebih tinggi dari emas. Oleh itu, ungkapan ‘mati’ digunakan kerana budi baik akan akan diingat sampai bila-bila walaupun orangnya sudah tiada di dunia. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mengatakan bahawa nilai budi itu lebih tinggi berbanding emas kerana emas tidak boleh dibawa mati. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. 063 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARKAT MELAYU Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu. Aspek tersirat pantun dapat dilihat melalui pembayang yang cuba dikaitkan dengan maksud pantun. Buah pelaga makan dikikir merujuk kepada proses mengkisar buah pelaga sebelum digunakan. Sudah pasti kita akan berhati-hati semasa mengikir buah pelaga supaya tidak mendapat sebarang kecelakaan. Perkara ini dikaitkan dengan maksud pantun tersebut supaya berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan. Tindakan yang dibuat sama ada baik atau buruk perlulah difikir dahulu supaya maruah kita tidak tercemar dengan mendapat malu. Ringkasnya, pantun ini memberi nasihat agar kita berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan kita mendapat malu.
03 Syair merupakan sebahagian daripada sastera lama dan sejenis puisi berlagu. Syair boleh dianggap sebagai karya yang sangat indah dan unik. Menurut Sinegar, syair berasal dari bahasa Arab, iaitu ‘syi’ir’ yang bermaksud lagu atau nyanyian. Hal ini menunjukkan bahawa syair berasal dari Arab yang masuk ke dalam Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam (Amanah Hijriah, 2018). Syair telah disesuaikan dengan Bahasa Melayu Klasik pada masa itu. Syair mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhir ‘a’ , ‘a’ , ‘a’ , ‘a’. Syair biasanya menyatakan sesuatu kisah yang berlarutan, seperti buah fikiran dan puji-pujian. konsep FUNGSI Puisi tradisional yang bertemakan perpaduan dan persefahaman kaum dapat mengurangkan jurang yang berlaku antara kaum. Hal ini demikian kerana puisi yang dicipta mengandungi ciri-ciri budaya sesebuah kaum dan menekankan unsur patriotisme. Misalnya, puisi yang mengandungi semangat cinta akan negara akan menggerakkan emosi kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan etnik. Karya sastera akan membuka mata masyarakat tentang kepentingan semangat perpaduan di Malaysia (Tin, 2009). Hal ini akan memberi sumbangan kepada semangat toleransi dan merangsang perpaduan kaum secara holistik. INSTRUMEN PERPADUAN 04 2.0 SYAIR
Dalam aspek akal budi, sebuah kitab telah selesai dikarang oleh penulis untuk dijadikan sebagai panduan. Penyair menyatakan bahawa ilmunya tidak cukup luas dan kurang pengetahuan untuk menulis sebuah kitab. Namun, beliau tetap ingin memberi nasihat kepada pembaca. SYAIR 05 Tamatlah kitab dikarang orang, Akalnya pendek ilmunya kurang, Daripada sangat hajatku gerang, Diperbuat juga sebarang-barang (Rangkap 1) Melepaskan hati yang terbuku, Pengarang kepada sekalian anakku, Mudah-mudahan betul tingkah dan laku, Perangai yang baik biar terpaku. (Rangkap 2) Rangkap kedua ini mengandungi nasihat penyair kepada anakanak. penyair ingin berkongsi pengalaman yang telah lama tersimpan. Penyair berharap anak-anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia. Manusia yang bertingkah laku baik dan berakhlak mulia dapat menjadi contoh yang baik kepada orang lain sekaligus mendapat keberkatan dan kebahagiaan dalam hidupnya. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARKAT MELAYU
03 Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajikan ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri (Rangkap 3) Dalam rangkap ketiga menyatakan nasihat daripada seorang ayah kepada anaknya yang masih muda dan bijaksana. Ayah menasihati anaknya untuk melakukan kebajikan dan menolak sikap malas serta rasa takut. Anaknya haruslah melakukan kerja kebajikan dengan penuh keikhlasan. Nasihat ini bertujuan menjadikan seorang manusia yang bertanggungjawab, tekun dan berani dalam kehidupan. Ringkasnya, syair ini mengandungi nasihat bapa kepada anak mengenai kepentingan menuntut ilmu pengetahuan daripada sekiranya anaknya menjadi seorang raja atau menteri agar negara dapat dipimpin dengan jujur dan ikhlas. Seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang adil, bijaksana, berintegriti dan mementingkan kebajikan rakyat. 06 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARKAT MELAYU
03 Gurindam Dua Belas, sebuah karya puisi terkenal yang diilhamkan oleh Raja Ali Haji telah mempengaruhi pemikiran, penghayatan keagamaan, intelek dan moral masyarakat Melayu. Beliau menggunakan penulisan berbentuk gurindam untuk menyampaikan nasihat kepada raja (Akmaliza Abdullah et al., 2017). Za’ba mendefiniskan gurindam sebagai sejenis syair yang melarat yang tidak mempunyai sukatan yang tetap, isinya mengandungi fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang sebagai nyanyian. Gurindam bersifat terikat yang terdiri daripada dua baris serangkap dengan baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan. Rima hujungnya ialah ‘a’-’a’. Gurindam menyampaikan falsafah dan ajaran agama yang bertujuan untuk mendidik pembaca mengenai iman dan moral yang baik. 07 konsep 3.0 GURINDAM FUNGSI Puisi tradisional menjadi wahana untuk menyampaikan dakwah, khususnya kepada kanak-kanak kerana puisi mengandungi banyak nilai intrinsik dan ekstrinsik (Noor Sarah Abu Kasim, 2018). Ciri-ciri positif yang terdapat dalam karya sastera secara tidak langsung akan mempengaruhi masyarakat untuk menerima ajaran Islam yang disampaikan. Misalnya, penggunaan bahasa yang indah dan penyusunan ayat yang berbeza dalam puisi dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa manusia dan membangkitkan emosi pendengar terhadap dakwah yang disampaikan. Oleh itu, sastera dapat mempengaruhi manusia supaya sentiasa berpegang kepada ajaran Allah SWT. DAKWAH
Barang siapa meninggalkan sembahyang, Seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, Tidaklah mendapat dua termasa. Barang siapa meninggalkan zakat, Tiada hartanya beroleh berkat. Barang siapa meninggalkan haji, Tiadalah ia menyempurnakan janji. Gurindam dua belas - Fasal 2 Akal budi dalam gurindam fasal dua ini menjelaskan kepada pembaca bahawa orang yang meninggalkan sembahyang diibaratkan seperti tidak mempunyai pegangan hidup. Sembahyang merupakan tiang agama, meninggalkan sembahyang ibarat meruntuhkan agama sendiri. Hal ini kerana rumah tanpa tiang akan roboh. Oleh itu, Orang yang meninggalkan sembahyang akan terputus hubungannya dengan Allah dan akan mudah terjerumus ke dalam kesesatan dan kebinasaan. Manakala, orang yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan, tidak akan mendapat kesenangan di dunia dan akhirat. Hal ini bermaksud, orang yang tidak berpuasa akan dimurkai Allah SWT menyebabkan mereka mendapat pembalasan di akhirat kelak. Selain itu, orang yang tidak membayar zakat akan kehilangan keredhaan dan keberkatan atas harta yang dimilikinya. Membayar zakat merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah SWT dan bertujuan berkongsi harta dengan orang yang dalam kesusahan. Akhir sekali, orang yang tidak melaksanakan ibadah haji akan gagal menunaikan satu daripada kewajipan rukun Islam. Orang yang berkemampuan, mestilah menunaikan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Orang yang meninggalkan ibadah haji umpama tidak menunaikan janji dengan Allah SWT. Pemikiran akal budi yang terkandung dalam gurindam ini ialah kewajipan yang wajib ditunaikan oleh umat Islam kerana ia merupakan rukun Islam. Apabila kita mengejar akhirat, maka kita akan mendapat dunia juga. Hal ini bermaksud jika mengutamakan Allah SWT, maka Allah SWT akan memberikan kita kebaikan dan kemudahan di dunia. Oleh itu, dunia yang bersifat sementara ini hanyalah tempat untuk kita mengumpul saham akhirat yang kekal selama-lamanya. 0088 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARKAT MELAYU
Karya sastera juga boleh berfungsi sebagai kritikan sosial. Masyarakat di dunia ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan sikap yang berbeza. Penghasilan karya sastera membolehkan pengarang mengkritik, menegur dan menyampaikan mesej terhadap sikap dan tingkah masyarakat dengan menggunakan bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Oleh itu, pengarang dapat membangkitkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk melakukan perubahan positif melalui kritikan dan teguran melalui karya sastera. 05 KRITIKAN SOSIAL 09 konsep 4.0 SELOKA Seloka adalah bentuk puisi yang digunakan untuk mengkritik dan menyindir isu masyarakat melalui penggunaan bahasa kiasan. Harun (1989) mengatakan bahawa seloka berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu ‘Shloka’ yang bererti sejenis puisi yang memiliki dua baris. Seloka dapat dikenali melalui unsur jenaka, sindiran dan kritikan terhadap masyarakat. Seloka tidak mempunyai bentuk tetap seperti syair dan pantun. Seloka adalah puisi yang terdiri daripada dua baris atau lebih dan mempunyai irama yang bebas. FUNGSI Selain itu, seloka juga berfungsi sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan masyarakat. Hal ini demikian kerana seloka mengandungi unsur mengejek, menyindir, menempelak dan melahirkan rasa benci terhadap perlakuan manusia (Simple, 2012). Oleh itu, seloka akan memberikan pengajaran dan mengawal tindakan manusia yang dianggap normal dalam kehidupan masyarakat. ALAT KAWALAN SOSIAL
SELOKA EMAK SI RANDANG Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak dipangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. Akal budi yang terdapat dalam seloka ini berisi sindiran dan ejekan terhadap sikap Emak Si Randang yang tidak menggunakan akal fikiran yang rasional ketika bertindak. Emak Si Randang ialah seorang ibu yang terlalu baik hati kepada orang luar, tetapi mengabaikan kepentingan anak dan keluarganya sendiri yang lebih berhak mendapatkan perhatian dan kasih sayangnya. Emak Si Randang rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang datang, tetapi tidak memikirkan anaknya yang pulang dalam kelaparan seperti dalam frasa “anak pulang kelaparan”. Sifat ini merupakan sifat yang tidak patut dilakukan kerana seorang ibu perlulah mengutamakan anak-anaknya berbanding orang luar. 10 Baris “kera di hutan disusui” merupakan sindiran halus kepada Emak Si Randang tentang sikapnya. Ia dapat diumpamakan seperti Emak Si Randang lebih menyayangi kera yang hidup di hutan daripada anaknya yang hidup di rumah kerana baris “anak dipangku diletakkan”. Akhir sekali, apabila orang dagang telah pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras untuk memasak nasi sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi. Ringkasnya, seloka ini adalah untuk menyindir sikap masyarakat melayu yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri. Jika hendak berbudi, mestilah berpada-pada agar perbuatan yang dilakukan tidak memakan diri sendiri. 10 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARKAT MELAYU
5.0 PENUTUP Kesimpulannya, setiap karya sastera yang dihasilkan pasti mengandungi dua elemen penting, iaitu nilai dan pengajaran. Elemen yang terdapat dalam karya sastera ini mencerminkan tingkah laku masyarakat Melayu. Karya-karya ini bertujuan untuk menanamkan nilai murni dan memberikan mesej serta pengajaran kepada pembaca atau pendengar. Masyarakat Melayu sebagai pembaca atau pendengar diharapkan dapat menghayati nilai-nilai yang disampaikan melalui karya sastera tersebut sehingga dapat membentuk sikap dan tingkah laku yang lebih mulia dan bermakna. Dengan demikian, karya sastera menjadi satu bentuk warisan budaya yang tidak hanya menghibur, tetapi juga memberi arahan moral dan etika kepada masyarakat. 11
RUJUKAN 11 Akmaliza Abdullah, Abdul Latif Samian, Zarina Muhammad, Adibah Muhtar, Siti Suhaila Ihwani, & Aminuddin Hehsan. (2017). Analisis Adab Ketatanegaraan dalam Gurindam Dua Belas. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 8(3), 13–23. Amanah Hijriah. (2018). Deiksis dalam Syair Melayu karangan Syarif Abdul Kadir Zein. Balai Bahasa Kalimantan Barat, 12(1), 88–97. Halim Ali, A. (2014). Konsep Estetika Bersepadu: Satu Kaedah Baharu Kaedah Kritik Estetik Dalam Kesusasteraan Melayu Estetika Bersepadu. Jurnal Peradaban Melayu Jilid, 9, 84– 104. Noor Sarah Abu Kasim. (2018). Puisi Endoi Sebagai Instrumen Dakwah untuk Pembangunan Insan. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 6, 241–276. Nordiana Ab Jabar, & Mohd Faradi Mohamed Ghazali. (2021). Komunikasi Bahasa Sindiran dalam Seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(1), 364–378. Rashidah Haji Mohd Saedah Siraj, & Zaharah Hussin. (2018). Penilaian Penggunaan Modul Pengajaran Pantun Melayu Tingkatan 2 Berasaskan Maksud Al-Quran Mengenai Keindahan Flora, Fauna dan Langit. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(4), 42–56. S. Jaafar Husin. (1995). Penelitian Sastera: Metodologi dan Penerapan Teori. Dewan Bahasa dan Pustaka. Simple, M. (2012, May 31). Sastera Melayu: Seloka. Sastera Melayu. https://ransnasir.blogspot.com/2012/05/seloka.html Tin, L. S. (2009). Pemikiran Kesusasteraan: Wajah dan Wadah Kebudayaan Kebangsaan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. 12