The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Qasdina, 2021-12-02 12:43:12

E Folio Sukan Pemangkin Perpaduan

E Folio Sukan Pemangkin Perpaduan

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Balik Pulau

SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN
SESI : 2021/2022

• PENSYARAH : PUAN NUR IDAYU AWANG TEH

DISEDIKAN OLEH :

DING CIU LE THINES KUMAAR A/L SIVA • NURAZIRAH BINTI SABIHI
(21DDT21F1142) (21DDT21F1093)
• SUBRAMANIAM
(21DDT21F1178)

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN
TOPIK : 2-3

1.0 SUKAN MALAYSIA 4-5

1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN 6 - 7

1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN BAGI 8 - 15
MEMUPUK PERPADUAN KAUM

1.3 PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK 16-17
PERPADUAN KAUM

1.4 FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN 18 - 19

KESIMPULAN 20

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
semua yang membaca majalah ini. Saya amat mensyukuri
nikmat yang telah diberi Illahi kepada saya dan rakan-rakan
saya kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Idayu kerana telah
memberi semangat kepada kami dan panduan untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna walaupun dalam
keadaan pandemik yang amat terkesan sekali pada masa kini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan sepasukan saya kerana telah memberikan
kerjasama yang amat baik sekali semasa proses penghasilan
majalah ini. Walau bagaimanapun, kami terdiri daripada
pelbagai bangsa hal demikian tidak sama sekali mematahkan
semangat kami sepasukan. Selain itu, tidak lupa juga kepada
rakan-rakan kami yang lain kerana telah banyak membantu
memberikan sedikit ilmu utuk diperkongsikan kepada kami.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan sepuluh jari tanda
penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses
pembuatan e-folio ini.

1

PENGENALAN

Bidang sukan dapat dilihat masih mampu menjadi
landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum
walaupun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan
bangsa, namun ketika menyokong pasukan negara yang
bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.
Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding,
semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita
memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada
pasukan Harimau Malaya.

Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan
satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila
kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah
pun sama-sama. Sukan dapat menyatukan rakyat kerana
sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama
menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti
perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa
cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam
mempertahankan kedaulatan negara.

2

“Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian
matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan
semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,” kata
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa
mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk
melahirkan insan yang seimbang.

“Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara
yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam
kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, penyertaan
setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat
penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar
yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.

Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang
dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf
dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang
cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan
juga dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri
yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan
integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa
jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir
apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama
menyahut cabaran sebagai satu pasukan.

3

1.0 SUKAN MALAYSIA

Sukan di Malaysia adalah bahagian penting dalam budaya
Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek
penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari
pelbagai lapisan masyarakat yang menyertai pelbagai sukan
untuk rekreasi dan persaingan.

Dalam definisi yang paling luas sukan-sukan fizikal semua jenis-
empat sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk
umum Malaysia adalah senaman berjalan, latihan aerobik,
latihan kekuatan, dan berjalan. Sukan lain yang paling popular
ialah berbasikal, berenang, memanjat, berkhemah, boling,
mendaki, memancing dan selam skuba.

4

Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada
awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini
telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama
seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai
permainan sepak takraw yang telah menjadi salah
satu acara di beberapa kejohanan peringkat
kebangsaan atau asia tenggara

Sukan rakyat seperti tuju
guli, galah panjang, batu
seremban dan
sebagainya lebih banyak
dimainkan oleh kanak-
kanak. Permainan-
permainan seperti ini
atau sukan rakyat ini
telah dipermainkan
sejak turun-temurun
dan dipelajari dari
generasi terdahulu.

5

1.1 PERANAN SUKAN
DARI SEGI PERPADUAN

Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan
tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat
patriotik dalam kalangan rakyat. Penyertaan aktiviti sukan
tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka
peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.
Penubuhan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan
mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua
tahun sekali pada peringat awal. Kemudian SUKMA mula
diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara
negeri. Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan pemain ataupun penonton.

6

Selain itu, sukan dapat memupuk persahabatan dan
perpaduan dalam kalangan rakyat di sebuah negara dan
seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu serta
negara yang makmur. Hal ini demikian kerana, apabila
sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai
kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling
membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan.
Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya
perasaan kekitaan dalam kalangan mereka.

7

1.2 CONTOH SUKAN BAGI
MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Antara sukan yang paling utama sekali ialah sukan bola sepak
kerana permainan bola sepak sangatlah diminati di setiap
pelusuk dunia. Hal demikian kerana bola sepak ini antara sukan
yang unik kerana keunikan itulah bola sepak boleh dinikmati
dengan pelbagai cara.
Tidak lupa juga dengan beberapa sukan yang lain seperti sukan
olimpik yang diwakili oleh setiap atlet sukan massing-masing
seperti acara badminton, bola baling, bola keranjang, renang,
lari pecut lontar peluru, dan sebagainya.

8

Di kalangan peminat sukan bola sepak, akan ada golongan
yang gemar akan kebolehan pemain sekaligus menjadikan

pemain tertentu sebagai idola mereka. Ada juga
peminat yang mengikuti perkembangan
pasukan-pasukan tertentu.

Misalnya,
kelab-kelab di
Liga Inggeris
kerana kagum
akan superiority atau
sejarah kelab tersebut.
Tidak kurang juga ada di
kalangan peminat bola sepak
yang gemar dengan corak taktikal dan falsafah
jurulatih- jurulatih tertentu yang disifatkan unik ataupun genius.

9

Isu perpaduan merupakan salah satu perkara yang sering
menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia.
Namun sebenarnya, jika kita melihat dari konteks
negara Malaysia secara lebih meluas. Negara
ini juga mempunyai ciri-ciri unik seperti
bola sepak. Ia mempunyai
lebih banyak elemen
untuk kita raikan
kerana perbezaan
kaum yang turut
memberi keunikan
seperti mana bola
sepak bermain. Dan ada juga
di kalangan peminat yang sekadar mengikuti perkembangan
semasa untuk dijadikan bahan gelak ketawa bersama rakan-
rakan yang lain.

10

Lebih menarik lagi, sukan bola sepak boleh diikuti oleh
sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, pegangan agama,
warna kulit, mahupun fahaman politik. Kerana itulah bola
sepak dianggap sebagai “the beautiful game” dan
merupakan sukan bersifat universal. Mereka menonton
bola sepak bersama rakan-rakan daripada kaum lain yang
boleh membantu menyatupadukan manusia daripada
keturunan dan warna kulit berbeza. Hakikatnya, kita tidak
perlu pergi jauh untuk melihat bagaimana bola sepak
menyatukan kita. Contoh terbaik ialah di dalam saingan
Liga Malaysia itu sendiri.

11

Skuad Negeri Sembilan 1996 misalnya pernah dikendalikan
oleh jurulatih M. Karathu yang berbangsa India dan
mempunyai pemain seperti B. Rajnikandh yang hampir
mengejutkan saingan Liga Perdana pada ketika itu.

Pulau Pinang juga pernah memiliki barisan pemain
seperti Moey Kok Hong, Ooi Hoe Guan dan Ng Kok Heng yang
pernah mewarnai kebangkitan skuad Harimau Kumbang satu
ketika dahulu.

Santokh Singh, Soh Chin Aun, James Wong, Mokhtar Dahari,
Azman Adnan, Yap Wai Loon dan Matlan Marjan adalah nama-
nama yang pernah disorak bersama-sama atas nama Malaysia
oleh generasi terdahulu.
Hari ini kita juga masih mempunyai generasi pemain seperti
Darren Lok, N. Thanabalan, Safawi Rashid, Brendan Gan,
Norshahrul Idlan Talaha dan ramai lagi yang tampil memberi
impak yang sama.

12

SUKAN OLIMPIK 2016

13

Melalui sukan ini, sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap
Olimpian negara membuktikan acara sukan mampu
menyatupadukan rakyat, kata jaguh badminton negara Datuk Lee
Chong Wei.
Pemenang pingat perak acara perseorangan Sukan Olimpik untuk
kali ketiga berturut-turut itu juga berharap sokongan sama akan
berterusan kepada atlet negara walaupun beliau tidak lagi akan
beraksi di Sukan Olimpik.
"Saya sangat gembira dengan sokongan rakyat, tidak mengira apa
bangsa pun... Melayu, Cina dan India. Kita sama-sama satu
Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama selepas Amanat
Merdeka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Menurut pemain berusia 33 tahun itu, pencapaian empat pingat
perak dan satu gangsa adalah hadiah terbaik daripada atlet negara
untuk sambutan Hari Kebangsaan.

14

Pemenang pingat
gangsa acara berbasikal
keirin lelaki, Mohd
Azizulhasni turut
menyambut baik
Amanat Merdeka
Perdana Menteri itu.
Beliau yang dikenali

dengan jolokan 'The Pocket Rocket Man' berkata sebagai
rakyat Malaysia beliau menyokong amanat itu dan menyeru
semua rakyat negara ini mengeratkan lagi silaturahim dan
ikatan perpaduan antara kaum

Sementara itu, Peng
Soon yang bersama Goh
Liu Ying meraih pingat
perak beregu
campuran, turut
melahirkan rasa bangga
menjadi rakyat negara
ini dan menganggap
Amanat Merdeka yang
disampaikan Perdana Menteri membakar lagi semangatnya untuk
mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

15

1.3 PERANAN SUKAN DALAM
MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada
perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah
pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.
Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan
kalah. Oleh itu, sikap bertolak ansur dapat dilahirkan.
Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan
boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya
serta perjuangan yang kuat.
Selain itu, kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku
disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu. Ini adalah
kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri
yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

16

Sukan mempunyai nilai murni yang
boleh melahirkan generasi cergas,
sihat bukan sahaja dari segi fizikal
dan rohani tetapi keupayaan
mengukuhkan kesejahteraan
pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh
juga mampu menjadi sebahagian
dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di negara
ini. Sukan adalah 'penjana' dalam
mempertahankan keharmonian,
kemuafakatan dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat negara
ini di bawah prinsip 1Malaysia.

17

1.4 FAEDAH BERSUKAN DALAM
PERPADUAN

Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan
dalam kalangan rakyat di sesebuah negara. Apabila sesuatu
jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum,
mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu
untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa
berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan atau
espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat ini amat
penting bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.
Selain itu, perpaduan turut dapat disemai dalam kalangan
penonton apabila mereka menyokong pasukan yang sama.
Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat
membangunkan negara.

18

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai
kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan
produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan,
penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah
satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan
dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet
tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan
sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.

19

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kelibatan diri dalam aktiviti sukan
mendorong kepada pembinaan jati diri seseorang dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Hal ini
merupakan isu dominan dalam pembinaan perpaduan
Malaysia. Dengan ini, masyarakat yang terdiri daripada
individu yang berjati diri ini tentulah masyarakat yang
berkualiti dan seterusnya membawa negara ini
melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, semua
rakyat di Malaysia haruslah berganding bahu dan
bekerja sama bak kata pepatah bagai aur dengan tebing
untuk mewujudkan perpaduan di Malaysia.

20

RUJUKAN

• (bola sepak)
https://www.semuanyabola.com/bola-sepak-
medium-perpaduan-malaysia/

• (sukan olimpik)
https://www.malaysiakini.com/sukan/354194

• https://issuu.com/team6pep/docs/kumpulan_6_e-
folio_sukan_dan_perpaduan_pdf/s/11021401

• 2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN

• https://www.sinarharian.com.my/article/45996/SUAR
A-SINAR/Analisis-Sinar/Sukan-wadah-eratkan-
perpaduan-1Malaysia

• https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-
kepada-masyarakat.html

• https://www.sinarharian.com.my/article/60309/SUA
RA-SINAR/Pojok/Sukan-mampu-pupuk-perpaduan-
kaum

• https://people.utm.my/asna/sukan/

21


Click to View FlipBook Version