The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jannah, 2022-04-21 15:50:50

BULETIN RAMADAN

BULETIN RAMADAN EDISI 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ,



JALAN RAJA CHULAN, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

BULETIN
RAMADAN

Firman Allah SWT :
Maksudnya : Bulan Ramadan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan

menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang

benar dengan yang salah.
(surah al-Baqarah : ayat 185)

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

" Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-
Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai

pemberi syafaat kepada para pembacanya".
(Hadith riwayat Muslim)

NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di
satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata
perbuatannya ‘nazala’ (‫ )نزل‬membawa maksud ‘dia telah
turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan
istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik)
sahaja yang bermaksud pemberitahuan Al-Quran.
Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT pada 17 Ramadan.
Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit
dunia sekaligus secara sekaligus (30 juzuk) dan secara
berperingkat- peringkat mengikut suasana dan keperluan
Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat 17
Ramadan di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan
Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril.
Ini ditegaskan dalam Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan
antara yang benar dan yang salah".

(surah al-Baqarah : ayat 185)

TAHUKAH ANDA ??

Surah yang mempunyai dua Basmallah di dalamnya
adalah surah An- Naml.
Nabi Musa a.s adalah nama yang paling banyak
disebutkan, manakala Maryam adalah satu- satunya
nama wanita yang disebutkan dalam Al-Quran.
Surah yang tidak dimulakan dengan Basmalah adalah
surah at- Taubah.
Surah terpendek dalam Al-Quran adalah surah al-
Kautsar.

LAILATUL
QADAR

MALAM AL QADAR

LAILA

Apabila tenggelamnya matahari
sehingga terbitnya fajar atau
berlawanan dengan siang hari.

AL-QADAR

Kemuliaan atau hukum dan
ketetapan.

Firman Allah SWT

Maksudnya :

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-
Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah
kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam
kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan."

(Surah al-Qadr : ayat 1-3)

Firman Allah SWT

Maksudnya :

"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan
malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk
mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)
kesejahteraan sehingga terbit fajar."

(Surah al-Qadr : ayat 4-5)

KELEBIHAN

LAILATUL QADAR

1 2

SEBAIK-BAIK AMALAN MALAIKAT DAN JIBRIL
SOLEH ADALAH PADA TURUN PADA MALAM
MALAM QADAR YANG
TERSEBUT
MANA IANYA LEBIH
BAIK DARIPADA
SERIBU BULAN

34

TURUNNYA MALAIKAT MENDAPAT
DAN JIBRIL MEMBAWA KESELAMATAN DAN
KEBAIKAN SEMUANYA
RAHMAT DENGAN TANPA SEBARANG
PERINTAH ALLAH SWT KEJAHATAN HINGGA
KELUARNYA FAJAR.

WAKTU BILAKAH

BERLAKUNYA LAILATUL QADAR ??

LAILATULQADAR BERLAKU IMAM AHMAD DAN MUSLIM
PADA 10 AKHIR DARIPADA MERIWAYATKAN YANG
MALAM GANJIL DI BULAN
BERMAKSUD : “RASULULLAH
RAMADAN. RASULULLAH SAW BERUSAHA SEDAYA
SAW BERSABDA YANG UPAYA DALAM MALAM-
BERMAKSUD : MALAM SEPULUH AKHIR
RAMADAN MALEBIHI
“CARILAH LAILATULQADAR USAHANYA DARIPADA
PADA SEPULUH AKHIR MALAM-MALAM LAIN.”

BULAN RAMADAN DALAM
MALAM GANJIL.”

rahsia
menyembunyikan

LAILATUL QADAR

Antara rahsia menyembunyikan Lailatulqadar ialah supaya
menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya.
Juga supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam

menunaikan ibadah demi untuk mencari Lailatulqadar.

tanda lailatul
qadar

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi
SAW, sabdanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak
mempunyai cahaya dan kepanasan."

kesimpulan

Betapa mulia dan agungnya malam
Lailatulqadar sehingga melebihi daripada

1000 bulan. Justeru, kita hendaklah
melakukan amal ibadat dengan

bersungguh-sungguh tanpa sebarang
pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail,
bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan
doa. Terutamanya doa keampunan dan

kerahmatan daripada-Nya.


Click to View FlipBook Version