MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK TUGASAN KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN NAMA PENSYARAH PUAN AIDAH BINTI RUSLAN NAMA PELAJAR YASMIN QASRINA BINTI RIDHUAN NUR NAJIHAH BINTI MOHD YAZID NURIN NAFISA BINTI HAIROLNIZAM 17DIB22F2021 17DIB22F2023 17DIB22F2007
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Aidah binti Ruslan , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung . Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
PENGENALAN Perpaduan masyarakat berbilang bangsa,agama dan budaya. ialah kunci kedamaian, kemakmuran, kestabilan dan kelangsungan pembangunan negara.Tanpa perpaduan, negara tidak akan mencapai kestabilan yang mutlak. kemajuan dan keamanan yang berterusan. Nikmat yang negara kita peroleh kini talah bukti yang jelas bahawa formula perpaduan dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara berada pada landasan yang betul. Kita mempunyai tahap kerjasama dan toleransi yang amat tinggi dalam kalangan bangsa dan kaum dan dari segi agama di Malaysia. Perpaduan rakyat Malaysia semakin terseriah di saat kita bersama-sama bersatu untuk memerangi penularan dan memutuskan rangkaian wabak COVID-19. Kesepakatan yang ditunjukkan oleh rakyat sebagai jentera perpaduan pada saat krisis ini berlaku mencerminkan kematangan rakyat memahami makna perpaduan dan kesepaduan sosial antara kaum. Semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh jentera rakyat ini juga telah membuatkan Kementerian Perpaduan Negara terus komited untuk menghasilkan Dasar Perpaduan Negara, walaupun dalam keadaan negara memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha mengawal penyebaran wabak COVID- 19. Inilah usaha pertama membangunkan dasar Khusus bagi perpaduan oleh kerajaan. Jika selama ini, elemen perpaduan diterapkan secara berasingan dalam dasar - dasar kerajaan yang lain, sudah sampai masanya perpaduan juga mempunyai dasarnya sendiri. Perpaduan dalam kepelbagaian bukan sekadar mantera yang diucapkan tanpa makna. Konsep perpaduan ini perlu difahami, dihayati dan disemat dalam hati. "perpaduan sebagai amalan hidup kita yang berterusan. Semarakkan perpaduan. Raikan perbezaan." - senator DATO' SRI TI LIAN KER -
OBJEKTIF TUGASAN Objektif efolio ini adalah untuk menubuhkan rasa kecintaan dalam kalangan individu dan masyarakat terhadap komuniti. Selain itu, untuk menitikberatkan perpaduan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Tujuan folio ini ditubuhkan juga adalah untuk membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama lain.
KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN Negara bekas tanah jajahan, seperti Malaysia dan Indonesia, sentiasa berdepan dengan cabaran unity in diversity yang tertampil dalam fenomena sosial yang kita kenal sebagai kepelbagaian. Fenomena ini menonjolkan perbezaan, kelainan, malah sering diungkapkan sebagai keunikan. Sebenarnya, kedua negara ini tiada pilihan. Keadaan kemajmukan ini bukan yang dinginkan tetapi dipaksakan dan adalah akibat langsung daripada pembentukan plural society dalam era penjajahan. Maka Indonesia terkenal dengan Bhinneka Tunggal Ika dan Malaysia dengan Malaysia Truly Asia. Unity in diversity sekali gus kepelbagaian membawa penjelmaan tiga wajah satu wajah positif, satu konflik dan satu wajah idaman. Penyuaraan fizik yang bersifat merindui dan mengidamkan unity in uniformity ini berterusan? Kerana ianya adalah merupakan suatu pernyataan emosi dan psikologikal yang mengartikulasikan suatu harapan yang sangat besar dan sangat di idamkan. Sesiapa yang mengucapkannya tahu bahawa idealisme unity in uniformity adalah satu angan-angan, tetapi mempunyai nilai politik yang tinggi dan berkesan untuk memobilisasi sokongan padu daripada anggota masyarakat untuk sesuatu agenda atau kepentingan, sama ada bersifat suku kaum, negara, rantau, mahupun dalam hubungan Timur-Barat.
WAJAH POSITIF Kepelbagaian yang dimegahkan, dirayakan (celebrating diversity) dan dikomersialkan WAJAH NEGATIF • Berpunca daripada perbezaan yang ada dalam berbagai bentuk masyarakat. Setiap bentuk itu mempunyai potensi untuk menimbulkan konflik, pertelingkahan, bertikam lidah dan fitnah memfitnah yang dibakar pula oleh khabar angin WAJAH IDAMAN • Kepelbagaian ini adalah rasa rindudan kepingin akan suatu bentuk perpaduan yang paling ideal, iaitu unity in uniformity atau perpaduan dalam kesatuan
MAKSUD PERPADUAN , KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN 1.PERPADUAN Kesamaan atau kesatuan - Ia merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik terutama di Malaysia. 2.KESEPADUAN Adalah satu keadaan aman,makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi masih diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat. 3.PENYATUPADUAN Proses menyatupadukan . Usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar perundingan dan mediasi
CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN 01 DARI SEGI POLITIK NEGARA Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masin terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi manamana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.
Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang dimana sektor perniagaan mash didominisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India mash tinggal di ladang. Rentetan senario ini telah menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan. DOMINISASI SESEBUAH KAUM DALAM SESUATU BIDANG EKONOMI JUGA TELAH MEWUJUDKAN JURANG EKONOMI ANTARA PERKAUMAN
02 DARI SEGI SOSIAL GOLONGAN MUDA Sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita fidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem pendidikan negara serta penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
LEDAKAN TEKNOLOGI DAN MEDIA MASSA HARI INI. Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitivi perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih. Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang mampu menggolakkan perpaduan antara kaum. Ahli masyarakat juga bertanggungjawab menjadi mata-mata pinak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan kepada pihak polis. Intihannya, penggunaan teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi perkara yang positif dalam kehidupan harian kita sebaliknya, penularan isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum menjadi bahan perbualan masyarakat hari ini.
0 3 KEPENTINGAN PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN 1 .DAPAT MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidakasing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa " rambut sama hitam, hati lain -lain" jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaurn dalam kalangan rakyat Malaysia.seperti kata peribahasa, bulat air keran a pembetung, bulat manusia kerana muafakat"
DAPAT MENYUMBANG KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum.Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu m enaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, " sambil menyelam minum air"
DAPAT MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing denga n adil tapa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, " bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ,"nescaya rakyat juga dapat bersama-sama mem ajukan ekonomi negara. DAPAT MENINGKATKAN KEAMANAN NEGARA Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antararakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Kesan mengabaikan perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan Masyarakat akan berpecah belah Keselamatan negara akan terancam Negara menjadi kacau-bilau Kadar jenayah akan meningkat
r e v i e w K h p a e e r r s u p im s a l d p a u u h a la c n n a , n k k n y e a a s , e t s e p e n a m t d a u u n a a g n p d ih a a n k s penyatupaduan supaya negara dapat aman dan makmur.Semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab bersama dan bukan hanya melepaskan isu ini pada pihak kerajaan sahaja kerana "kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanahnya" bermaksud kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang-orang besarnya, kekuatan orang besarnya kerana rakyat yang bersatu-padu. KESIMPULAN terima Kasih
LAMPIRAN