The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN 2:PENGHASILAN PRODUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NIK NURHANIM NAJWA BINTI NIK ISROZAIDI IPG-Pelajar, 2024-03-11 02:22:22

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN 2:PENGHASILAN PRODUK

Keywords: MORFOLOGI

BMMB3203MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUGASAN 2:PENGHASILAN PRODUK


KANDUNGAN PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI PENUTUP PENGENALAN RUJUKAN


PENGENALAN MORFOLOGI Morfologi merupakan satu ilmu atau pengetahuan mengenai pembentukan kata. Morfologi juga menurut Nik Safiah Karim (2015) dalam penulisan bukunya iaitu Tatabahasa Dewan, morfologi ini dapat didefinisikan sebagai salah satu bidang ilmu yang bahasa yang mengkaji perkataan dari aspek struktur, bentuk dan penggolongan. Perkataan morfologi ini merupakan salah satu istilah dalam bahasa Yunani daripada perkataan morphologie, iaitu perkataan ‘morphe’ yang bermaksud bentuk dan digabungkan dengan perkataan ‘logos’ yang bermaksud ilmu. Secara keseluruhannya, perkataan morfologi ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu ilmu tentang pembentukan perkataan. Pengertian morfologi menurut Abdullah Hassan (2006), ialah bidang linguistik yang mengkaji cara pembinaan perkataan. Oleh itu, kita dapat mendefinisikan morfologi sebagai salah satu bidang linguistik yang mengkaji tentang pembentukan kata dalam bahasa Melayu.


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Pembentukan perkataan baharu merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam morfologi bahasa Melayu. Morfologi menurut Kamaruddin Haji Husin (1997), merupakan disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Pembentukan kata merupakan salah satu proses sesuatu perkataan baharu dibentuk. Proses pembentukan perkataan baharu ini dibentuk bertujuan untuk mendukung perkara atau konsep yang baru sahaja timbul dalam masyarakat dalam penggunaan bahasa. Pembentukan perkataan baharu ini dibentuk melalui beberapa elemen, iaitu bunyi asli bahasa Melayu, bunyi bahasa pinjaman dan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing. Bunyi asli ini pula terdiri daripada konsonan, vokal dan diftong. Bunyi bahasa pinjaman mengandungi konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Akhir sekali, pembentukan kata asing pula terdiri daripada bahasa Sanskrit, Arab-Parsi dan YunaniLatin-Inggeris.


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Menurut Kahramonovna & Ismatullayeva N. R (2023), bunyi bahasa ini dikenali sebagai fonem dalam bidang bahasa Melayu, iaitu fonetik. Bunyi asli bahasa Melayu secara keseluruhannya mempunyai 24 bunyi, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal berdasarkan buku Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et al. 2015). Bunyi bahasa Melayu ini tergolong kepada tiga jenis, iaitu konsonan, vokal dan diftong. (i) Konsonan Konsonan ini merupakan bunyi bahasa Melayu, iaitu hurufhuruf selain huruf vokal. Huruf konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada 18 huruf. Antara contoh huruf konsonan dalam bahasa Melayu ialah huruf b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, r, s, t, w, y, ny, dan ng.


CONTOH KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan Huruf konsonan b c d g h j k l m buah rebus bab comel cicak koc daun budak had gas bagus beg hari ahad murah jari ajal kolej katil bakul kek lupa balai botol misai rumah belum


CONTOH KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan Huruf konsonan n p r s pisang basuh status nganga nanas bangun tiup kampung bantu bangga barang t berat ng malap nafas rindu baru malar suap


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU (ii) Vokal Vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara semasa membunyikannya udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Bunyi asli bahasa Melayu, iaitu vokal ini dikategorikan kepada tiga jenis seperti vokal hadapan, vokal belakang dan vokal tengah. Berikut merupakan contoh huruf vokal bagi setiap kategori: (a) Vokal hadapan [i] - vokal depan sempit [e] - vokal depan separuh sempit [a] - vokal depan luas (b) Vokal belakang [u] - vokal belakang sempit [o] - vokal belakang separuh sempit [c] Vokal tengah [ǝ] - vokal tengah


Huruf konsonan CONTOH VOKAL ASLI BAHASA MELAYU Awal perkataan Tengah perkataan terbuka Tengah perkataan tertutup Akhir perkataan a i o u air buang bantu buana ikan risiko pintu cermai otak robotik dompet foto udang beruang buntal baharu


Huruf konsonan CONTOH VOKAL ASLI BAHASA MELAYU Awal perkataan Tengah perkataan terbuka Tengah perkataan tertutup Akhir perkataan e(pepet) e’(taling) emas peta ekor terang meja bengkok idealisme tauge


(iii) Diftong Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), diftong ini dapat didefinisikan sebagai gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Menurut Zaharani Ahmad (2005) pula, diftong ini dibunyikan apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal sebelumnya menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Antara contoh huruf diftong dalam bahasa Melayu, ialah ai, au, dan oi. Berikut merupakan contoh perkataan bagi huruf diftong: BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Huruf konsonan Awalan perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan ai au oi air baik pantai aurat tauhu kalau - boikot amboi


BUNYI BAHASA PINJAMAN Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Proses peminjaman bahasa asing merupakan salah satu strategi bagi memasukkan konsepkonsep baharu dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu. Proses peminjaman bunyi bahasa ini penting bagi memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Bahasa pinjaman ini juga mempunyai cara dan daerah sebutannya tersendiri. Terdapat 9 konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing. Berikut merupakan contoh konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa asing: KONSONAN PINJAMAN q - anak tekak f, - bibir-gigi th, dz/th - gigi-gusi z - gigi sy - lelangit keras gh - lelangit lembut kh - lelangit lembut th - gigi-gusi v - bibir-gigi


BUNYI BAHASA PINJAMAN Proses penghasilan bunyi bahasa pinjaman ini juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Berdasarkan 9 konsonan pinjaman tersebut, terdapat contoh pada awal, tengah dan akhir kata bagi setiap huruf konsonan pinjaman. Konsonan pinjaman th/dz f/v q kh/gh z/sy Awal kata Akhir kata Tengah kata Awal kata Tengah kata Akhir kata firasat nafkah huruf variasi novel - thalji mithal hadith dzat adzab - zuriat azam kuiz syurga isyarat skuasy khamis akhbar tarikh ghaib baghal baligh qari baqa fariq


Bahasa Melayu juga mengalami proses pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing seperti imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab-Parsi dan imbuhan Yunani-Latin-Inggeris. Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit melalui proses peminjaman kata dan pembentukan kata dengan menambah imbuhan. Pembentukan kata daripada imbuhan bahasa Sanskrit ini telah lama diterapkan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit pada abad ke-7 hingga abad ke13 sejak zaman bahasa Melayu kuno. Imbuhan Sanskrit yang digunakan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk awalan dan akhiran (Nik Safiah Karim, 2015). Berikut merupakan contoh imbuhan awalan dan imbuhan akhiran bagi pinjaman bahasa Sanskrit: PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING (IMBUHAN SANSKRIT) maha tata pra swa tuna eka, dwi tri, panca pasca wan man wati nita


CONTOH PEMBENTUKAN KATA (IMBUHAN SANSKRIT- AWALAN) Imbuhan tata sebelum, syarat kepada sesuatu yang mengikutinya teramat, sangat amat, berkuasa, hebat maha Maksud Contoh sendiri pra swa peraturan, susunan tuna tri. panca tunaanggota, tunawisma swasta, swafoto tiada, tidak mempunyai tatanegara, tatasusila, tatarakyat ekabahasa, dwibahasa eka (satu), dwi (dua) maharaja, mahasiswa mahakarya pra sekolah, pra sejarah Imbuhan Maksud Contoh eka, dwi pasca Imbuhan Maksud Contoh tri (tiga), panca (lima) sesudah trigonometri pascamerd eka


CONTOH IMBUHAN SANSKRIT (AKHIRAN) Imbuhan seniman, budiman -man usahawan, cendekiawan jelitawan pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas, pemilik sesuatu sifat atau keupayaan -wan Maksud Contoh -wati -nita pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas, pemilik sesuatu sifat atau keupayaan (wanita) budayawati seniwati karyawanita biduanita


Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa Arab-Parsi bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke tanah Melayu dengan sebuah mukjizat iaitu Al-Quran ini telah membawa perubahan yang amat ketara terhadap bahasa dan sastera Melayu. Perbendaharaan bahasa Arab yang tinggi yang terdapat dalam alQuran telah diterima pakai dalam bahasa Melayu tetap mempertahankan bentuk asalnya, manakala sebahagian lagi mengalami perubahan bentuk sesuai dengan bahasa Melayu. Menurut Alwee et al. (2009), proses perubahan bahasa Arab kepada bahasa Melayu ini merupakan perkara biasa dalam penerimaan perbendaharaan kata asing dan melibatkan perubahan ejaan, bunyi, dan aspek lain. Terdapat dua jenis penambahan imbuhan bahasa Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Berikut merupakan contoh imbuhan awalan dan akhiran bagi pinjaman bahasa Arab-Parsi: PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING (ARAB-PARSI) bi - tidak contoh perkataan: biadab -wi -i -iah -in -at -ah Awalan Akhiran


CONTOH IMBUHAN ARAB-PARSI (AKHIRAN) Imbuhan kata adjektif hakiki, bahari, azali -i mencirikan sifat yang terkandung pada kata dasar Bentuk kata sejarahwi, duniawi mencirikan sifat yang terkandung pada kata dasar -wi Maksud Contoh -iah -in kata nama sifat/ciri yang ada pada kata dasar -at -ah ilmiah, akliah kata adjektif kata nama kata nama kata nama muslimin, hadirin muslimat ustazah, qariah merujuk pada lelaki atau peremp uan


Bahasa Melayu juga menerima pengaruh daripada bahasa Yunani-LatinInggeris. Imbuhan daripada bahasa ini paling banyak digunakan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu ini mendapat pengaruh daripada bahasa Inggeris bermula pada abad ke-18 iaitu pada tahun 1786. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap bahasa Melayu adalah disebabkan oleh dasar pemerintah iaitu penjajah mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi untuk berhubung dengan masyarakat Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris pada zaman tersebut diutamakan sebagai bahasa rasmi, pendidikan Inggeris bagi penutur bahasa Inggeris, sebagai bahasa antarabangsa dan perancangan bahasa Melayu yang dalam menyerap istilah bahasa Inggeris bagi membina bahasa Melayu sebgaia bahasa moden. Menurut Abbas Shariff (1986), situasi pendidikan begitu mengutamakan peminjaman perkataan atau istilah bahasa Inggeris sewaktu zaman penjajahan. Imbuhan awalan dan imbuhan akhiran merupakan imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris. Berikut merupakan contoh imbuhan awalan dan akhiran bagi bahasa Inggeris: PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING (YUNANI-LATIN-INGGERIS) proantipoli- -isme -si -ik -al -is Awalan Akhiran autosubsupra-


CONTOH IMBUHAN YUNANILATIN-INGGERIS (AWALAN) Imbuhan kata nama antikomunis, antijenayah anti menentang, membangkang , melawan Bentuk kata proaktif, probarat menyokong, bersetuju, menyebelahi, memihak pro Maksud Contoh poli auto kata nama banyak sub supra politeknik poliklinik policakera kata nama kata nama kata nama kata nama automatik, autonomi, autograf subtema, subtopik, subkelas suprasegm ental, suprabuday a dapat bekerja dengan sendiri sebahagian daripada keseluruhan melebihi, mengatasi, melangkaui


CONTOH IMBUHAN YUNANILATIN-INGGERIS (AKHIRAN) Imbuhan kata nama logistik, saintifik -ik sifat sesuatu Bentuk kata nasionalisme, idealisme fahaman, pegangan -isme Maksud Contoh -si -al kata nama suatu keadaan -is potensi, konotasi kata nama kata nama kata kerja teknikal, empirikal praktis, kolomnis sifat pada kata dasar -


ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI


Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu semakin meningkat seiring dengan perkembangan teknologi yang menguasai segala aspek di seluruh pelosok negara. Cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam dilihat dengan kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa masyarakat yang tidak menitikberatkan serta tidak mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pengucapan harian mereka. Semua pihak memainkan peranan penting dalam memartabatkan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Isu kesalahan kata dalam kalangan masyarakat mestilah dikurangkan bagi mengelakkan bahasa Melayu pupus ditelan zaman. Isu ini dapat ditafsirkan sebagai persoalan daripada sesuatu masalah yang timbul. Setiap permasalahan yang berlaku akan menimbulkan isu-isu tertentu yang menjadikan masalah tersebut sukar untuk diselesaikan. Penyelesaian terhadap masalah yang berlaku mestilah diatasi dengan isu atau persoalan yang menimbulkan permasalahan tersebut. Berikut merupakan isu yang sering dikaitkan dengan isu kesalahan kata: PENGENALAN ISU Media cetak (isu bahasa di media cetak). Media elektronik (isu bahasa melalui sistem pesanan ringkas {SMS} Hak asasi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan (kata jamak dan percampuran kod)


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), media cetak ini dapat didefinisikan sebagai alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, komik, majalah dan lain-lain. Isu kesalahan bahasa yang sering timbul dalam media cetak adalah seperti penggunaan ganti nama diri ketiga “ia” , penggunaan kata sifat “baru” , penggunaan kata pemeri “adalah” dan “ialah” , penggunaan kata tanya “apa” , penggunaan kata singkat iaitu “tak” , “saja” , “nak” , dan “tapi” , penggunaan kata hubung “serta” dan penggunaan kata serapan yang tidak betul. Isu-isu kesalahan bahasa ini sering berulang di media cetak tidak kira sama ada di akhbar, buku, majalah dan sebagainya. Berikut merupakan contoh kesalahan bahasa yang terdapat di media cetak: MEDIA CETAK (ISU BAHASA DI MEDIA CETAK) Kesalahan bahasa CONTOH: Dasar Perpaduan Negara adalah payung utama kepada agenda perpaduan negara yang bertunjangkan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Penggunaan kata pemeri iaitu “adalah” dalam konteks ayat di atas salah. Kata pemeri “adalah” tersebut mestilah digantikan dengan kata pemeri “ialah” kerana kata pemeri “adalah” sepatutnya digunakan di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama.


Media elektronik ini ialah alat atau saluran komunikasi yang menggunakan alat-alat elektronik moden seperti radio, televisyen, telefon bimbit dan lainlain. Media elektronik ini banyak digunakan oleh masyarakat di negara ini bagi mendapatkan info atau maklumat terkini yang sedang melanda negara. Penggunaan media elektronik ini memudahkan urusan kita untuk menyampaikan maklumat tanpa had dan maklumat dapat disampaikan serta merta. Oleh sebab penggunaan media elektronik yang berleluasa dalam kalangan masyarakat di negara kita, kesalahan bahasa Melayu juga turut terjejas. Media elektronik secara berterusan akan menjejaskan tatabahasa bagi penutur yang kurang pengetahuan mengenai bahasa Melayu akibat terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media sosial. Kesalahan bahasa ini sering berlaku oleh pengguna telefon bimbit iaitu dalam sistem pesanan ringkas (SMS). Berikut merupakan contoh kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh pengguna media elektronik: MEDIA ELEKTRONIK (ISU BAHASA MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS [SMS]) Kesalahan bahasa Contoh penggunaan bahasa pasar ataupun rojak “Macam I tell you dulu, after kahwin baru laa kita boleh keluar togethergether” Ayat yang betul: “Macam saya bagitahu awak dulu, selepas kahwin baru kita boleh keluar sama-sama“. Contoh penggunaan kata singkatan: Sy tdk ska mkn syur. Sy lbih gemar mkn syur yg mak sy msk sbb mak sy thu cara nk hilgkn rasa pahit kt syur. Ayat yang betul: Saya tidak suka makan sayur. Saya lebih gemar makan sayur yang mak saya masak sebab mak saya tahu cara nak hilangkan rasa pahit dekat sayur.


Hak asasi merupakan hak yang penting asas terhadap individu atau kumpulan seperti kebebasan mengeluarkan pendapat. Menurut Nasir Muhamad Ahmad (2018), hak manusia merujuk kepada hak-hak asas bagi setiap manusia memilikinya sebagai lambang penghormatan kepada kemuliaan dan fitrah kemanusiaannya. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat bagi menyampaikan pengetahuan tentang ilmu bahasa ke peringkat yang lebih tinggi. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan penting bahi memartabatkan ilmu pendidikan di negara kita. Namun begitu, bagi memartabatkan institusi pendidikan yang mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, terdapat beberapa cabaran seperti kata jamak, percampuran kod dan sebagainya. Kata jamak merupakan suatu bentuk kata yang menghasilkan pengulangan kata secara keseluruhan atau bahagian-bahagian tertentu. Terdapat dua pembentukan kata nama jamak iaitu pengulangan kata nama dan penggunaan kata bilangan. Berikut merupakan contoh kesalahan kata jamak: HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN (KATA JAMAK) Kesalahan kata jamak Penggunaan kata jamak yang salah: -Serombongan guru-guru di sekolah itu sedang menghadiri jamuan akhir tahun di Hotel Perdana. -Kebanyakan pelajar-pelajar tidak sedar akan kelebihan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). -Lima orang daripada kanak-kanak itu sedang bermain di taman permainan. Penggunaan kata jamak yang betul. -Serombongan guru di sekolah itu sedang menghadiri jamuan akhir tahun di Hotel Perdana. -Kebanyakan pelajar tidak sedar akan kelebihan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). -Lima orang daripada kanak itu sedang bermain di taman permainan.


Percampuran kod merupakan keadaan yang menunjukkan penutur berbicara menggunakan dua atau lebih bahasa sama ada bahasa-bahasa besar seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dan sebagainya. Menurut Kachru (1978), percampuran kod dapat ditafsirkan sebagai penggunaan satu atau lebih bahasa untuk menyesuaikan perubahan unit linguistik kepada stau bahasa yang lain, dan sebagai bahasa yang bercampur, penggunaannya perlu dibatasi atau tidak terlalu dihadkan interaksi kod linguistik. Percampuran kod ini sering berlaku dalam perbualan harian masyarakat di negara kita. Masyarakat gemar menggabungkan dua bahasa dalam satu perbualan. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa yang akan memberi kesan terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Berikut merupakan contoh percampuran kod yang sering dilakukan oleh masyarakat: HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN (PERCAMPURAN KOD) PERCAMPURAN KOD Percampuran kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris: -Actually, I mahu jumpa dengan bos. Ada dokumen yang dia kena sign. Bos ada tak? Ayat yang betul: -Sebenarnya, saya mahu jumpa dengan bos. Ada dokumen yang dia kena tandatangan. Bos ada tak? Percampuran kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris: -I rasa dahagalah you. You ada belikan I apa-apa tak? I kalau boleh nak jus oren dekat kedai yang kita beli semalam. Boleh tak you? Ayat yang betul: -Saya berasa dahaga awak. Awak ada belikan saya apa-apa tak? Saya kalau boleh nak jus oren dekat kedai yang kita beli semalam. Boleh tak awak?


RUMUSAN Kesimpulannya, pembentukan perkataan baharu bahasa Melayu ini dipengaruhi oleh bunyi asli bahasa Melayu, bunyi bahasa pinjaman dan imbuhan bahasa asing (Sanskrit, Arab-Parsi, Yunani-Latin-Inggeris). Kesan pengaruh bahasa-bahasa ini dalam bahasa Melayu telah menyebabkan terbentuknya perkataan baharu dalam bahasa Melayu. Kesan pembentukan ini juga dapat mengembangkan bahasa Melayu melalui komunikasi harian. Pembentukan perkataan baharu ini memberikan kesan perubaha yang besar terhadap pandangan masyarakat terhadap bahasa Melayu. Namun begitu, bahasa Melayu tidak dapat dikembangkan sekiranya terdapat halangan yang menyekat perkembangan serta keistimewaan bahasa Melayu. Bagi mengelakkan bahasa Melayu pupus ditelan zaman, kita mestilah menangani segala isu yang menghalang perkembangan bahasa Melayu. Semua pihak memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.


RUJUKAN Abbas Shariff. (1986). Pengaruh bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. SEKATA, 3, 29- 34. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti. Alwee Yusoff et. al. (2009). Perkataan Arab dalam bahasa Melayu: Satu tinjauan dari aspek morfologi. Jurnal Usuluddin, 30, 305-323. Amir Juhari et. al. (2024). Morfologi Bahasa Melayu. MK e-Solutions Sdn. Bhd. Kachru. (1978). Percampuran kod. Scribd. https://www.scribd.com/doc/216683116/Percampuran-Kod. Kahramonovna et. al. (2023). A general classification of vowels in Malay language. Iqro Jurnali, 2(1), 2-4 Kamaruddin Haji Husin. (1997). Pandangan Tokoh Terhadap Morfologi.Scribd.https://www.scribd.com/document/474792362/Pandangan-tokohterhadap-morfologi. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Diftong. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Media cetak. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nasir Muhamad Ahmad. (2018). Hak Asasi Manusia dari Perspektif Islam dan Undang-undang di Malaysia: Isu dan Penyelesaian. Proceeding Conference: International Seminar on Syariah and Law 2018. https://www.research.net/publication? 35420144_Hak_Asasi_Manusia_Dari_Perspektif_Islam_Dan_Undang_Penyelesaian. Nik Safiah Karim et. al. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad. (2005). The Phology-Morfology Interface in Malay: An Optimality Theoretic Account. Pacific Linguitics: The Australian Nasional University.


SEKIAN,TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version