INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NUR SHAKIRAH BINTI MAKHTAR
ANGKA GILIRAN 2020192310135
NOMBOR KAD PENGENALAN 020204160048
KUMPULAN PPISMP JUN 2020(G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB1053
NAMA PENSYARAH HASLINDA MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
Type equation here.
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan …………………………………………………………….. 1
2.0 Contoh Alat-alat Cort 1
2.1 PMI(PLUS, MINUS, INTERESTING)……………………………. 1
2.2 CAF(Consider All Factors)…………………………………………... 4
2.3 C&S(Consequnce & Sequel)………………………………………… 5
2.4 AGO (Aims, Goals, Objectives)……………………………………… 9
2.5 FIP( First, Important, Priority)………………………………………… 12
2.6 APC(Alternatives, Possibilities, Choices)…………………………... 13
2.7 OPV (Other people’s View)………………………………………………. 15
3.0 RUMUSAN ……………………………………………………………………… 18
Rujukan 18
Type equation here.
1.0 Pengenalan
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust” dan telah
diciptakan oleh Edward De Bono pada tahun 1969. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah
negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau mempunyai kelulusan Doktor
Falsafah Perubatan dari Universiti Oxford serta PhD dari Universiti Cambridge. Alat
CoRT merupakan instrumen yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran
seseorang serta menggalakan individu untuk berfikiran luas dalam menghadapi situasi
yang memerlukan jalan penyelesaian. Dalam bidang pendidikan, kita tidak boleh lari
dari proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dan pelajar serta
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan banyak pendekatan untuk
membentuk dan melahirkan generasi yang cemerlang di negara kita. Hasil kajiannya
telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Justeru itu, beliau telah meminta
guru-guru di luar sana untuk melaksanakan kaedah penggunaan CoRT ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utamanya adalah untuk melihat
keberkesanannya dalam peningkatkan kognitif pelajar. Alat CoRT 1 dicipta bertujuan
untuk meluaskan persepsi seseorang individu tentang sesuatu idea supaya dapat
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih efektif.
2.0 CONTOH ALAT-ALAT CoRT1
2.1 PMI (PLUS, MINUS, INTERESTING) (BAIK, BURUK, MENARIK)
Plus, Minus Dan Interesting boleh dikenali sebagai PMI. PMI boleh ditafsirkan
sebagai Baik, Buruk dan Menarik. Tujuan PMI ini adalah untuk melatih individu meluaskan
fikiran tentang sesuatu situasi dan isu serta untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan
yang berbeza. PMI merupakan satu cara bagaimana kita dapat melihat sesuatu idea,
cadangan atau saranan yang dikemukakan. Dengan menggunakan PMI, ia dapat
1
Type equation here.
memudahkan kita dengan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu.
Seterusnya, ia juga dapat menolong memperluas pandangaan kita dan mengelakkan kita
daripada berfikiran sempit dan beremosi. Kaedah dan Langkah PMI ini ialah P
menyenaraikan semua perkara yang baik dan M menyenaraikan semua perkara yang tidak
baik. Manakala I menyenaraikan semua perkara yang menarik.
2
Type equation here.
3
Type equation here.
2.2 CAF (CONSIDER ALL FACTORS) (AMBIL KIRA SEMUA FAKTOR)
CAF boleh ditafsirkan sebagai mengambil kira semua factor. Apabila anda terpaksa
memilih atau membuat sesuatu, mungkin pilihan yang anda buat adalah betul pada masa itu
tetapi terbukti salah pada kemudiannya. CAF dapat meluaskan persepsi dan pandangan
seseorang kearah perkara yang penting serta dapat melatih otak kanak-kanak supaya tidak
berfikir secara satu hala sahaja. Tujuan CAF adalah untuk meninjau semua aspek dengan
lengkap atau secara menyeluruh serta untuk mengelakkan kita terlupa atau tertinggal fakta.
Kaedah dan Langkah bagi penggunaan CAF ialah menyenaraikan semua faktor yang
berkaitan, mempertimbangkan setiap faktor dan apakah keputusan selepas pertimbangan
sewajar dibuat.
Contoh CAF:
4
Type equation here.
2.3 C & S (CONSEQUENCE & SEQUEL) (KESAN DAN AKIBAT DARI KESAN)
C&S ialah kesan dan akibatnya. C&S dapat membantu seseorang individu melihat
jauh ke hadapan seperti meramal kesan dan akibat daripada keputusan yang berlaku serta
menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan. Pencipta enjin
petrol telah memungkinkan kewujudan kereta-kereta, kapal terbang dan perusahaan
5
Type equation here.
minyak. Penciptaan itu juga mengakibatkan pencemaran. Sekiranya semua kesan dapat
diramalkan pada masa itu rancangan atau peraturan atau keputusan semuanya mempunyai
kesan-kesan yang berterusan untuk suatu masa yang panjang. Dalam memikirkan sesuatu
tindakan, kesan-kesannya patut dipertimbangkan. Kaedah dan Langkah C&S ialah
mengetahui cadangan tersebut ada kemungkinan untuk berjaya, menyenaraikan risiko dan
menyenaraikan kesan jangka masa sama ada pendek atau panjang.
6
Type equation here.
7
Type equation here.
8
Type equation here.
2.4 AGO (AIMS, GOALS, OBJECTIVES) (TUJUAN, MATLAMAT, OBJEKTIF)
AGO ialah tujuan, matlamat, objektif. AGO dapat membantu individu dari segi
meluaskan dari sudut pandangan, berfikir secara fokus dan membantu dalam mengingatkan
tujuan asal. Sesuatu yang kita lakukan pasti mempunyai sebab-sebab tertentu sama ada
sebab kebiasaan atau mungkin kerana ingin melihat reaksi orang lain atau mungkin sebab
semua orang melakukannya tetapi kadang-kadang kita melakukan sesuatu bukan kerana
‘sebab-sebab’, tetapi kerana kita ingin mencapai sesuatu hajat atau matlamat tersendiri.
Kalau kita tahu apa sebenarnya yang ingin kita capai, ini akan membantu fikiran kita dan
dapat membantu kita memahami fikiran orang lain terhadap objektif. Tujuan AGO ialah
sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai dan dapat
mengelakkan diri daripada perkara yang tidak berkenaan. Kaedah dan Langkah AGO ialah
menyenaraikan tugas, matlamat, objektif dan menyenaraikan tindakan untuk mencapai AGO
serta memastikan AGO dicapai.
9
Type equation here.
10
Type equation here.
11
Type equation here.
2.5 FIP (FIRST, IMPORTANT, PRIORITY)(KEUTAMAAN MENGIKUT KEPENTINGAN)
FIP boleh ditafsirkan sebagai perkara penting yang menjadi keutamaan. FIP adalah
untuk menghalang kanak-kanak daripada berfikir tentang perkara yang tidak berfaedah
tetapi untuk melatih kanak-kanak supaya hanya mengambil kira perkara-perkara yang
mustahak sahaja. Kanak-kanak juga dapat mengambil dan menyusun perkara-perkara yang
penting sahaja sebagai maklumat penting. Tujuan FIP ialah mengambil perkara-perkara
yang penting dan menentukan prioriti. Kaedah dan Langkah FIP adalah dengan
menyenaraikan perkara yang perlu diambil kira. Seterusnya, memastikan perkara yang
mana lebih penting dan mengenal pasti prioriti (perlu diambil tindakan dengan segera).
12
Type equation here.
2.6 APC (ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES)
(ALTERNATIF, KEMUNGKINAN, PILIHAN)
APC merupakan alternatif, kemungkinan dan pilihan. APC boleh membantu
seseorang melihat perkara yang sama dari pelbgai sudut pandangan dan membolehkan
seseorang mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang sama. APC ini
juga untuk melatih kanak-kanak berfikir secara selari dan membantu kanak-kanak mencipta
pelbagai penjelasan dan persepsi. Tujuan APC adalah untuk berfikir beberapa perkara
secara serentak dan menentukan pilihan yang terbaik serta mengelakkan daripada berfikiran
secara sehala. Kaedah dan Langkah APC adalah dengan menentukan cadangan lain.
Seterusnya, mengenalpasti cadangan yang baik atau buruk dan mengenalpasti perkara
yang terbaik.
13
Type equation here.
14
Type equation here.
2.7 OPV (OTHER PEOPLE’S VIEW) (MENGIKUT PANDANGAN ORANG LAIN)
OPV ialah pandangan orang lain. OPV boleh membantu seseorang untuk memahami
dan menerima sudut pandangan orang lain dan membantu seseorang dalam meluaskan lagi
pandangannya. OPV juga dapat melatih diri seseorang untuk memahami pandangan atau
menerima pendapat yang berbeza. Berdasarkan OPV, kanak-kanak boleh merasai apa yang
kanak-kanak lain rasa dan kanak-kanak akan memikirkan ada memberi kesan kepada orang
lain. Tujuan OPV ialah mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan
seperti mendengar terlebih dahulu dan memahami pandangan orang lain supaya tidak
berlaku ketidakeadilan, Seterusnya, dapat mengelakkan seseorang daripada membuat
keputusan yang terlalu mementingkan diri sendiri. Kaedah dan Langkah OPV ialah
15
Type equation here.
menyenaraikan pandangan atau pendapat orang lain. Selain itu, mengenalpasti idea yang
baik dan bernas serta menjadikan sebagai teladan.
16
Type equation here.
17
Type equation here.
3.0 Rumusan
Di sini kita dapat melihat bahawa Kemahiran belajar ini amat berkait rapat dengan
kemahiran berfikir. Seorang individu perlulah mengetahui cara kemahiran belajar
dengan betul serta mengetahui kemahiran berfikir dengan tepat agar dapat
memudahkan seseorang itu dalam memahami, mengingat dan sebagainya. Apabila
seseorang itu bijak dalam kemahiran berfikir maka secara automatiknya dia juga
bijak dalam kemahiran belajar tetapi sebaliknya yang berlaku jika seseorang itu bijak
dalam kemahiran belajar maka dia tidak semestinya bijak dalam kemahiran berfikir.
Sehubungan dengan itu, pelajar perlulah mempelajari sesuatu dengan menggunakan
alat CoRT1. Penggunaan CoRT1 ini dapat membantu pelajar dalam menghasilkan
idea yang bernas, membuat keputusan tidak terburu-buru dan menerima pandangan
orang lain. Disebabkan itu, penggunaan CoRT1 ini amat penting kepada pelajar
kerana ia dapat membantu pelajar cara berfikir yang betul,tersusun dan sistematik.
RUJUKAN
Bibliography
ANIDA, S. (2017). STRATEGI EFEKTIF PERANTI BERFIKIR CORT . PERAK.
Hairulliza Bt Munip. (n.d.). PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.
https://www.slideshare.net/mazmonmahmud/teknik-pemikiran-kreatif.
NURSA UMIRASAZUKI. (n.d.). ALAT BERFIKIR. https://www.academia.edu/11038517/ALAT_BERFIKIR.
PROF.MADYA DR. ABDULRASID BIN JAMIAN. (n.d.). EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK.
18
Type equation here.