The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulaliaa1510, 2022-06-08 13:15:48

Tragedi 13 Mei

folio_etika

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN

TRAGEDI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN

NAMA PENSYARAH

ENCIK RAMLI BIN OMAR
KELAS DPM1C (SESI2)

1

NAMA AHLI

NUR WANI MARHA ITQAN BT AWANG
19DPM21F2006

AMY ELYANA BT ISMAIL
19DPM21F2021

NURUL ALIAA BT MAZLAN
19DPM21F2057

2

ISI KANDUNGAN

UNIT ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENGENALAN 4
3.0 LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI 1969 5
4.0 PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969 6– 8
5.0 KESAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 9 – 16
6.0 PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA 17 - 18
19 - 20
PERISTIWA 13 MEI 1969
21
7.0 KESIMPULAN 22
8.0 RUJUKAN

3

1.0 PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurniaan dan rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja e-folio ini
dengan penuh jayanya. Seterusnya, kami menjulang setinggi-tinggi penghargaan
kepada pensyarah kami Encik Ramli bin Omar yang mengajar subjek Penghayatan
Etika Dan peradaban (MPU21302) bagi kelas DPM1C. Beliau juga telah banyak
membantu kami sepanjang proses penyiapan tugasan ini berlangsung.
Selain itu, teristimewa juga buat ibu bapa kami yang telah banyak memberikan
sokongan dari segi fizikal mental dan kasih sayang sepanjang penghasilan tugasan
yang diberikan ini.
Tidak lupa juga penghargaan dan ribuan terima kasih buat ahli-ahli kumpulan yang
banyak membantu dan memberikan Kerjasama sepanjang tugasan ini berlangsung dan
dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung sepanjang tugasan e-folio ini dijalankan. Tanpa bantuan mereka, kami
tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna.

4

2.0 PENGENALAN
Peristiwa 13 mei 1969 ialah merupakan tragedi berdarah dimana berlakunya rusuhan
kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa seramai 196 orang terkorban, 39 hilang
dan lebih 439 yang lain tercedera. Selain itu, peristiwa ini juga telah mengakibatkan
banyak kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda. Tragedi ini juga
mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" yang
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Disamping itu, peristiwa ini
juga banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di
Malaysia.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 mei ini ialah dengan
kedatangan dan penubuhan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini kerana, pada zaman itu,
tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza kepada masyarakat Tanah Melayu
dengan mengikut kaum. Sebagai contoh, masyarakat Cina telah dilayan dengan begitu
teruk oleh tentera Jepun kerana Jepun pernah berperang dengan China dan
menyebabkan mereka saling berdendam. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang melayu dan cina.
Akhir sekali, dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan amalan diskriminasi juga telah
menyebabkan hubungan antara kaum telah renggang dan mempunyai jurang yang
banyak. Sebagai contoh, kaum Cina tinggal di bandar dan menjalankan aktiviti
perniagaan kaum Melayu tinggal di luar bandar yang menjalankan aktiviti pertanian.
Manakala, kaum India pula dijadikan sebagai buruh kasar.

5

3.0 LATAR BELAKANG

1. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.

• Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang
kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa
kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan
hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan
syak wasangka.

2. PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN

• Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10
Mei 1969.
• Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cina telah
menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak
meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan perkauman.

3. PERARAKAN KEMATIAN CINA

• Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu

4. RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR

• UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan
kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.

6

5. REGIMEN RENJER
• Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer
ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain
turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin
meradang.
6. ASKAR MELAYU
• Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul
Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya
beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta
benda di sana.

8. LOKASI TUNKU ABDUL RAHMAN SEMASA PERISTIWA 13 MEI
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan
kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam
7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain
mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam
tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di televisyen,
Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada kita hidup atau
mati".

7

8. LOKASI TUNKU ABDUL RAHMAN SEMASA PERISTIWA 13 MEI
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan
kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada
jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang
bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan
arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di
televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada kita
hidup atau mati".
9. MAGERAN
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini,
Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh
Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis
Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri
dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk
mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara
tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan
kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan
Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti
ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

8

4.0 PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13,
Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di
negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan
untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang
telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus
untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi
seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua.
Antara punca konflik adalah:

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum
ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih
segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS

Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan
perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa
faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani
atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-
orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah
dan ketinggalan.

9

Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan
perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam
kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di
kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun
temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja
sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang
berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-
masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan
pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang
telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana
yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di
negara ini menjadi terbatas.

Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya
untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.
Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara
telah mencapai kemerdekaan. Bahkan suasana sosio-ekonomi yang
tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang
berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah
201019 membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan
yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku
antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha
untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza
juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya

.peristiwa 13 Mei

10

3. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA

Latar belakang pendikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai
punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku
apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka
terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina,
India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan
mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum
sekolah Cina dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal
mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah
dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi
keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula
hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di
bandar-bandar sahaja.

Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud
empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan
india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan
ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan
kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba
memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan
namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu. Ini kerana
mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu,
namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak
berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap
kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958
sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan
beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai
pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga
antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain,
Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah
mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya
ditubuhkan pada 18 Mei 1970.

11

Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang
kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah
mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh
kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa
bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka
ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti.
Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran
kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu
keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah
institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba
bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa.

12

4. PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP
Singapura telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan
antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai
pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu
berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai
Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-
orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya
telah dipersetujuinya sebelum ini.

Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen
Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti
Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak
orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan. Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM
itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang
memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah
dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan
sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara
berperingkat. Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan
kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di
belakang.

Keputusan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan
kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya
membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti
pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat
malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman
antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas
Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan, sementara Kelantan pula tetap di tangan
PAS. Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan
hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang
sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi
suasana yang sedia tegang ketika itu.

13

Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan
dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat
angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan
orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan
kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang
tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan
oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung
terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana
terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu
melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP
dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah
jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu
punya, kita mahu halau semua Melayu".

Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar
pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari
Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor
telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri
Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di
mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja
namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai
polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu
mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina.

Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada
serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita
itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ
telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum
yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga
sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan
peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum
itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati
golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

14

5. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG
MELAYU

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap
apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan
taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.
Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh
peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata
umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan
ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.

Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura
ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari
Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat
PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu
sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP
sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah
memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal
ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di
kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh
parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam
pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang
boleh membahayakan itu.

15

6. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa
13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan
bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi
dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai
tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari
Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

7. PERBEZAAN AGAMA DAN BUDAYA
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-
Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat
juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap
jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak
sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah
mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

8. MASALAH EKONOMI
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain.
Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina
dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan
dalam sektor pentadbiran.

9. PERSATUAN-PERSATUAN ETNIK
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan
politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia.
Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan
kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat
ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh
dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya
memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan
politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

16

5.0 KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

POLITIK
Politik zaman Inggeris telah menyebabkan sistem masyarakat negara ini yang
asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah
mengalami satu perubahan yang drastik. Hak kekuasaan raja serta sultan
Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri
atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem
penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya
sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri
tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah
antara kesan yang telah terpendam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya
peristiwa hitam 13 Mei. Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini
mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Perkara
ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen
dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang
dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal
menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai.

PENDIDIKAN

Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing, tidak
disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang
inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini
meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-
anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah
pertelingkahan ini. Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum
Cina sudah tidak bersefahaman dengan kaum Melayu di mana pada mula
pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah.
Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan
begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada
masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang
sependapat dan ada pula yang berlainan.

17

EKONOMI
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan
perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di
Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti
sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan
penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah
Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialisme dengan menjadikan sistem
ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung
telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina,
India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah
menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk
memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan
menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum. Perbezaan jurang
ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah kolonial telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13
Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan
penempatan yang menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang
lebih baik.

18

6.0 PENGAJARAN 13 MEI 1969

Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini tidak menghasilkan sebarang faedah kepada
berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum
Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang
paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini
meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara
mara dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Perintah Berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa
mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan
pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan
rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa
kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang
kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas
untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah
berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum.

3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh
negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk
memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan
dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada
peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan
rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak
berpuas hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman. Antara
contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah
kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun
1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan
negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon
oleh kuasa Israel, dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin
setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini.

19

4. Perpaduan Nasional

Kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling
untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi
menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama
lain. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati,
bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki, iri
hati dan sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama,
budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti
berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak
kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.
Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan
istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan
masyarakat. Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua
pihak.

5. Keadilan Ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar
dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan. Ianya menjadi lebih sukar jika
majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan
ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoriti penduduk
Bumiputra yang tinggal di luar bandar kebanyakannya adalah berpendapatan rendah
dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam masyarakat Malaysia, khususnya
masyarakat Bumiputra. Oleh itu selepas 13 Mei, satu dasar pragmatik yang diberi nama
Dasar Ekonomi Baru (DEB), telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu
dasar jangka panjang (1970-1990) yang mempunyai dua objektif utama iaitu:

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
(ii) Menyusun semula masyarakat

Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan
memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk
merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya.
Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang
ketara dalam masyarakat Malaysia.

20

7.0 KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan
kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara
oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara
bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa
pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal
dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara
maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti
Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi
negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang
di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan
bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah
langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist,
chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni
semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.

21

8.0 RUJUKAN
1. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa-
13-mei.html
2. https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-
malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei
3. https://ninieila27.blogspot.com/2014/10/kesimpulan.html
4. https://sejarahmelayukita.blogspot.com/2014/12/kesan-
kesan-peristiwa-13-mei.html
5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

22


Click to View FlipBook Version