Ilham oleh :
Nama :
Nur Batrisyia Qistina
Binti Zulfarizan
Kelas :
6 Zamrud
e-mail :
m-10307037@moe-
dl.edu.my
Sekolah :
SK. Parit Bilal,
KM. 4, Bukit Pasir,
83050 Batu Pahat,
joohor
Isi Kandungan 6
7
Pendahuluan 11
Biodata Tun Fatimah 13
Latar belakang pendidikan 14
Kerjaya Tun Fatimah 16
Sumbangan Tun Fatimah 18
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi 21
Penutup/kesimpulan
Sumber Rujukan
“Saya berasa sungguh megah menyatakan bahawa wanita-
wanita Tanah Melayu telah menyambut seruan tanah air
mereka dengan semangat yang cemerlang. Pengaruh dan
jasa-jasa baik mereka dapat dilihat dalam segala segi
penghidupan Tanah Melayu dalam lapangan siasah dan
masyarakat, dalam perkhidmatan sukarela dan pertubuhan
kebajikan dan dalam lapangan pelajaran dan perdagangan,
kebudayaan dan agama dan juga dalam lapangan sukan.”
Tunku Abdul Rahman
5
Pendahuluan
1924 – 2010
Sepanjang meniti kemerdekaan, Malaysia yang satu
ketika dahulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah
Melayu telah melahirkan ramai tokoh-tokoh politik
negara.
Tun Fatimah Binti Hashim merupakan
Menteri Kabinet Wanita Pertama dalam Jemaah
Menteri Tunku Abdul Rahman yang memegang
portfolio Menteri Kebajikan dari tahun 1969 – 1973.
Diharapkan buku ini dapat membantu
pembaca tentang tokoh ini yang banyak berjasa
kepada negara. Tokoh ini boleh dijadikan idola
kepada pembaca untuk memastikan Malaysia
selamanya maju ke hadapan.
6
TUN FATIMAH HASHIM
BIODATA TUN FATIMAH
Tun Fatimah dilahirkan pada 25
Disember 1924 di Parit Keroma Muar
Johor. Tun Fatimah adalah
anak ketiga dalam sebuah keluarga
yang besar. Bapanya Encik Hashim
mempunyai dua orang isteri. Hajah Salmah,
iaitu ibu Fatimah adalah isteri pertama.
Adik-beradik seibu sebapa ialah seramai lima belas orang.
Ibu tirinya pula mempunyai Sembilan orang anak. Oleh itu boleh
dikatakan Tun Fatimah mempunyai 24 orang adik beradik.
Sejak kecil Fatimah menunjukkan sikap yang berlainan.
Tun Fatimah kerap menangis namun begitu apabila dibawa
berjalan-jalan oleh ibu saudara atau kakak bapanya yang bernama
Habsah, beliau akan berhenti menangis. Habsah yang kebetulan
tidak mempunyai anak mengambil Tun Fatimah sebagai anak
7
TUN FATIMAH HASHIM
angkat. Oleh itu Tan Sri Fatimah kekal tinggal di Parit Keroma
Muar, sedangkan keluarganya yang lain berpindah ke Mersing.
Encik Hashim adalah seorang guru. Oleh itu beliau dan
keluarga sering berpindah-randah terutama di sekitar Johor. Bapa
angkatnya pula bernama Encik Marwi adalah seorang bilal. Oleh
itu, Tun Fatimah mendapat pendidikan agama yang secukupnya
dari bapa angkatnya itu. Beliau bernasib baik kerana bapa
angkatnya membenarkan beliau bersekolah di sekolah budak
lelaki. Ketika itu Parit Keroma tidak mempunyai sekolah
perempuan. Ini amat bertentangan dengan kebanyakan ibu bapa
pada masa itu yang melarang anak perempuan bersekolah apatah
lagi belajar bersama kanak-kanak lelaki.
Pada 23 Disember 1943 berlangsunglah perkahwinan
antara Fatimah binti Hashim dengan Abdul Kadir bin Yusuf
dengan mas kahwin RM22.50 tunai dan wang hantaran pula ialah.
RM200.00.
8
TUN FATIMAH HASHIM
Suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusof pernah menjadi
Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang. Tun Fatimah
Hashim mempunyai 6 orang anak, 19 cucu dan 11 orang cicit.
Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir, adalah Ketua
Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan kini telah bersara.
Anak kedua, Mohamed Shah Abdul Kadir, kini telah bersara
sebagai Pengerusi McDonald Malaysia dan pengasas Kelab Amal
Ronald McDonald (RMCC) Malaysia. Anak ketiga beliau,
Profesor Emeritus Dato’ Dr Khalid Abdul Kadir adalah bekas
Pengarah Hospital Universiiti Kebangsaan Malaysia, Kuala
Lumpur dankini Ketua Sekolah Klinikal di Universiti Monash
Malaysia.
Anak lelaki keempat beliau
Datuk Ali Abdul Kadir adalah
akauntan ulung dan pernah
menjadi pengerusi Ernst &
Young Malaysia serta
9
TUN FATIMAH HASHIM
pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan baru-baru ini bersara sebagai
Pengerusi Dubai Investment Group bahagian Malaysia.
10
TUN FATIMAH HASHIM
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Tun Fatimah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu
Lelaki Parit Keroma, Muar, kerana ketika itu belum ada sekolah
untuk murid perempuan di kampung tersebut. Beliau kemudian
menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Perempuan
Mersing dan belajar Bahasa Inggeris di sekolah malam dengan
seorang guru Sekolah Convent Johor Bahru.
Tun Fatimah mula menunjukkan minat terhadap kerja-kerja
kebajikan sejak di bangku sekolah lagi. Semasa bersekolah,
beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah
dan Ketua Kumpulan Sekolah Melayu Perempuan Mersing ,
Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur,
dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan senaman
sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah Air Molek.
Setelah kematian ibu angkatnya, bapa angkatnya
menghantar semula Tun Fatimah kepada keluarga asalnya.
Semasa Tun Fatimah dihantar pulang, bapanya telah menjadi
seorang nazir sekolah di Mersing. Manakala Tun Fatimah terus
11
TUN FATIMAH HASHIM
dibenarkan menyambung persekolahan sehinggalah lulus darjah
lima. Ketika itu sesiapa yang telah mendapat lulusan darjah lima
layak menjadi guru.
Sesungguhnya Tun Fatimah adalah seorang pelajar yang
cerdik. Beliau sering mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan. Disebabkan itu beliau terpilih memasuki kelas setiap
hari Sabtu untuk guru-guru muda yang tidak berpeluang ke
maktab perguruan.
Ketika di alam persekolahan, Tun Fatimah meminati
pelajaran Matematik. Apabila ingin mendaftar masuk kelas
bimbingan guru, Perang Dunia Kedua meletus. Sejak itu Jepun
telah berjaya menakluki Asia termasuklah Tanah Melayu.
Persekolahan. Tun Fatimah tergendala dan hanya belajar tentang
Bahasa dan lagu Jepun di sekolah.
12
TUN FATIMAH HASHIM
KERJAYA TUN FATIMAH
Tun Fatimah sangat aktif di dalam bidang politik. Pada
tahun 1959 Tun Fatimah menjadi calon kawasan Jitra-Padang
Terap, Kedah dan memenangi kerusi tersebut. Pada masa yang
sama juga, Tun Fatimah telah dilantik menjadi menteri wanita
pertama pada tahun 1969 dimana jawatan ini dipegangnya dengan
penuh kejayaan sehingga bulan Februari 1973.
Perlantikan beliau sebagai Menteri Kebajikan Am adalah
kemuncak penglibatan beliau dalam dunia politik. Ini kerana
beliau diiktiraf sebagai wanita pertama memegang jawatan
menteri. Tun Fatimah memperlihatkan ciri kepemimpinannya
yang bijak dan matang. Tun Fatimah juga menyuarakan
pandangan tanpa rasa takut ataumalu sehinggakan ramai ahli
politik lelaki amat menghormatinya.
Sungguhpun tugas Tun Fatimah sebagai menteri tidak lama
iaitu hanya tiga tahun lapan bulan, namun beliau dilantik ketika
negara menghadapi beberapa situasi sengit. Misalnya peristiwa
13 Mei 1969, banjir besar 1970 dan kebakaran hebat.
13
TUN FATIMAH HASHIM
SUMBANGAN TUN FATIMAH
Tun Fatimah mula mengorak langkah dalam dunia politik
dengan manjadi ahli jawatankuasa Pergerakan Kaum Ibu UMNO
Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru pada tahun 1948
dan pada masa yang sama menjadi Penolong Setiausaha
Pergerakan Kaum Ibu Johor Bahru. Selepas itu, beliau mengikut
suami beliau berpindah ke Kota Tinggi dan dilantik sebagai Naib
Pergerusi Kaum Ibu Kota Tinggi. Walaupun memperjuangkan
politik, namun profesion perguruan tetap tebal dalam jiwa beliau
apabila Tun Fatimah masih berkesempatan membuka kelas
dewasa untuk membasmi masalah buta huruf di kalangan
penduduk luar bandar di Kota Tinggi.
Semasa menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau
gigih memperjuangkan hak wanita supaya tidak didiskriminasi
dalam pembayaran gaji dan pencen, mendapat perlindungan
sewajarnya serta memastikan kebajikan wanita tidak diabaikan
setelah berlaku perceraian. Berbekalkan semangat kental dan
keinginan untuk melihat negara maju sebagai sebuah Negara
14
TUN FATIMAH HASHIM
berdaulat mengikut acuannya sendiri, tiada sebarang imbuhan
yang diharapkan daripada setiap sumbangan dan pengorbanan
yang dihulurkan.
Beliau telah dianugerahkan bintang Panglima Mangku
Negara yang membawa gelaran Tan Sri, menjadikan beliau
penerima wanita pertama anugerah tersebut di negara ini.Beliau
menerima gelaran Tun setelah dianugerahkan Pingat Seri Setia
Mahkota pada tahun 2003.
Beliau telah terpilih sebagai salah seorang penerima
Anugerah Tokoh Merdeka bagi kategori Pendidikan dan
Kemasyarakatan pada tahun 2009 dan disemadikan sebagai
seorang srikandi negara di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.
15
TUN FATIMAH HASHIM
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
Tun Fatimah adalah seorang wanita yang istimewa. Beliau
menjadi model wanita yang sukses dalam kariernya tanpa
mengorbankan keluarganya. Dengan berbekalkan pendidikan
yang rendah beliau berhasil mencapai kejayaan dalam hidup. Jika
kita melihat aktiviti beliau kita akan dapati bahawa tiada halangan
bagi beliau untuk menceburi bidang politik, kegiatan sosial
kemasyarakatan dan juga rumah tangga. Beliau tidak
memisahkan tugas beliau sebagai seorang isteri dan sebagai
seorang menteri bahkan suami dan anak-anaknya selalu
mengikuti beliau dalam kegiatan sosio politiknya contohnya
ketika kunjungannya ke semua negeri di Malaysia.
Satu lagi nilai yang boleh dicontohi ialah bagaimana Tun
Fatimah mendidik anak-anaknya membuat kerja amal dimana
sejak kecil lagi mereka sudah dikenalkan kepada bidang social
kemasyarakatan sehingga anak-anaknya suka membantu
golongan masyarakat yang lemah. Oleh kerana itu tidak hairanlah
16
TUN FATIMAH HASHIM
sekiranya semua anak dan menantu beliau sibuk dalam kegiatan
amal yang dijalankan di seluruh negara.
Bagi kaum wanita seluruh Malaysia, beliau dilihat seolah-
olah Berjaya meruntuhkan tembok besar yang menyekat wanita
untuk Berjaya. Setelah beliau dilantik sebagai menteri beliau
semakin menjadi role model kepada wanita-wanita Malaysia
meskipun telah mencapai usia yang sangat tua iaitu 78 tahun.
17
TUN FATIMAH HASHIM
PENUTUP / KESIMPULAN
Jika dilihat dari peranan Tan Sri Fatimah mengangkat darjat
wanita dalam pergerakan sosial dan politik di Malaysia, dapat
diambil suatu kesimpulan bahwa usahanya mengangkat darjat
dan martabat wanita serta memperjuangkan hak-hak kaum wanita
sudah selayaknya mendapatkan penghargaan dan pujian.
Bagi seorang wanita yang berpendidikan relatif rendah,
beliau mempunyai kemampuan dan semangat yang sangat besar
untuk memotivasi dan memberikan contoh kepada kaum wanita
agar tidak berpangku tangan dan pasrah kepada nasib, melainkan
18
TUN FATIMAH HASHIM
harus semangat dalam mengejar cita–cita dalam memajukan
masyarakat dan bangsanya.
Beliau mampu memberikan contoh kepada kaum wanita
Malaysia bagaimana cara berjuang dan berkarya ditengah-tengah
masyarakat tanpa sedikit pun mengabaikan tugas serta
kewajibannya sebagai seorang ibu rumah tangga. Kehadirannya
pada setiap kesempatan baik di kampung-kampung atau di
pertemuan sentiasa dinantikan dan mendapat sambutan yang
hangat. Tun Fatimah pandai menghormati dan memotivasi kaum
wanita dengan penampilannya yang sederhana, sifatnya yang
keibuan dan tutur bahasanya yang santun. Ia banyak
membangkitkan semangat kaum wanita untuk maju dalam
berbagai bidang.
Banyak kursus-kursus yang diberikan kepada kaum ibu
dan anak–anak remaja yang tidak bersekolah untuk meningkatkan
kualiti hidup mereka. Sebagai seorang menteri yang berasal dari
kaum wanita, ia banyak memberikan inspirasi kepada wanita lain
19
TUN FATIMAH HASHIM
agar lebih giat mengejar cita-cita dan tak ragu-ragu untuk terjun
ke dunia politik. Apa yang paling penting adalah peranan utama
seorang wanita adalah menjadi isteri dan ibu yang membawa
bahtera rumah tangga ke arah kebahagiaan.
20
TUN FATIMAH HASHIM
SUMBER RUJUKAN
E-man (2007). Tun Fatimah Hashim. Kuala
Lumpur: Cipta Publishing
https://www.ukm.my/pkwtfh/tun-fatimah-hashim
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim
21