Baca soalan sehingga faham kehendak soalan.
Kenal pasti tema / isu
ü Tema / isu merupakan perkara atau hal yang akan
anda ceritakan dalam karangan anda.
ü Contoh : alam sekitar, kesihatan, teknologi,
pendidikan dan sebagainya.
ü Gariskan tema / isu dalam soalan.
Kenal pasti kata kunci
ü Kata kunci merupakan fokus penulisan anda.
ü Tulis karangan anda berfokuskan kata kunci soalan.
ü Contoh : faedah, kepentingan, peranan, langkah,
usaha, kesan, kebaikan, dan sebagainya.
ü Gariskan kata kunci.
Membuat kerangka karangan termasuk pendahuluan,
menyenaraikan isi penting dan penutup
Isi yang menjawab kata kunci dan tema / isu soalan
Mula menghasilkan karangan
Contoh soalan:
Negara kita mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dikunjungi oleh setiap
lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar.
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai lawatan ke tempat
bersejarah di negara kita.
Analisis soalan :
Tema Tempat-tempat bersejarah
Kata kunci soalan faedah-faedah menyertai lawatan ke tempat bersejarah
Hanya 1 perenggan sahaja
Sekurang-kurangnya 4 ayat :
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1
2 Ayat Rangsangan Ayat yang ada menyatakan / memasukkan tema soalan
3 (AR)
4 Ayat yang menghuraikan / menjelaskan AR
Ayat Huraian
(AH) Ayat yang ada menyatakan contoh berkaitan AR atau AH bagi
mengukuhkan idea yang akan disampaikan
Ayat Contoh Ayat yang menyatakan kata tugas dalam soalan yang diberi
(AC)
Ayat Arah
(AR)
Contoh pendahuluan :
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1 Ayat Rangsangan Malaysia kaya dengan tempat-tempat bersejarah
(AR)
2 Ayat Huraian Boleh dikatakan di setiap negeri ada tempat-tempat bersejarahnya
(AH) sendiri.
3 Ayat Contoh Sebagai contoh, di negeri Melaka terdapat bangunan Kota A Famosa,
(AC) manakala di Kuala Lumpur terdapat bangunan Sultan Abdul Samad.
4 Ayat Arah Terdapat banyak faedah yang diperoleh dengan melawat ke tempat-
(AR) tempat bersejarah ini.
Ayat Arah (AR) boleh ditulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada
kreativiti anda.
Pendahuluan akan lebih menarik jika dimasukkan ungkapan menarik di mana-mana ayat
mengikut kesesuaian.
8
Perenggan isi merupakan perenggan untuk meletakkan
dan menghuraikan isi yang telah disenaraikan.
• 1 perenggan isi hanya untuk menghuraikan 1 isi
sahaja.
• Tidak boleh dicampur aduk dengan isi yang lain.
1 perenggan isi sekurang-kurangnya 4 - 5 ayat
PERENGGAN ISI
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1 Ayat Topik (AT) Ayat yang menyatakan idea utama / isi utama
2 Ayat Huraian (AH) Ayat yang menghuraikan / menjelaskan AT
3 Ayat Contoh (AC) Ayat yang ada menyatakan contoh berkaitan AR atau AH bagi
mengukuhkan idea yang akan disampaikan... .
4 Frasa Menarik / Biasanya peribahasa yang berkaitan dgn AT atau AH yang
peribahasa dikemukakan
5 Ayat Penegas (AP) Ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi untuk menegaskan AT yang
dikemukakan
* Frasa menarik / peribahasa boleh dimasukkan di mana-mana ayat yang sesuai sebelum AP
Contoh perenggan isi
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1
2 Ayat Topik (AT) Meningkatkan semangat patriotik
3 .
4 Ayat Huraian (AH) Melihat kesan penjajahan di negara kita agar dapat memupuk
5 semangat nasionalisme dan sentiasa mempertahankan kemerdekaan.
Ayat Contoh (AC) Sebagai contoh, Kota A’ Famosa di Melaka yang merupakan
peninggalan Portugis yang telah menjajah Melaka pada tahun
1511... .
Frasa Menarik / Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
peribahasa negeri negeri
Ayat Penegas (AP) Jelaslah, menyertai lawatan ke tempat bersejarah akan dapat
meningkatkan semangat patriotik
Contoh perenggan isi
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1 Ayat Topik (AT) Menambahkan ilmu pengetahuan
2 Ayat Huraian (AH) Belajar dalam suasana yang berbeza / melihat dengan mata sendiri
akan barang-barang yang bersejarah.
3 Ayat Contoh (AC) Terdapat barang-barang bersejarah seperti senjata lama, batu
bersurat dan duit lama yang dipamerkan di Muzium Negara, Kuala
Lumpur
4 Frasa Menarik / Melentur buluh biarlah dari rebungnya
peribahasa
5 Ayat Penegas (AP) Sudah terang lagi bersuluh bahawa melawat tempat bersejarah dapat
menambahkan ilmu pengetahuan
Contoh perenggan isi
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1 Ayat Topik (AT) Menghargai peristiwa bersejarah
2 Ayat Huraian (AH) • Mengingati peristiwa bendera Union Jack diturun dan Jalur
Gemilang dinaikkan pada 31 Ogos 1957
• Mengingati jasa pejuang negara
3 Ayat Contoh (AC) Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
4 Frasa Menarik / Agar tidak menjadi seperti Kacang lupakan kulit
peribahasa
5 Ayat Penegas (AP) Jelaslah bahawa melawat tempat bersejarah dapat membentuk nilai
menghargai peristiwa bersejarah
Perenggan terakhir dalam karangan dan wajib ada.
Sekurang-kurangnya ada 3 ayat tanpa memasukkan
contoh dan isi.
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1
2 Ayat Kesimpulan Ayat yang merumuskan keseluruhan karangan
3 (AK)
Ayat untuk memberi cadangan yang relevan degan mengaitkan fokus
Ayat Cadangan arahan yang diberikan.
(ACd) Ayat yang menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan
dalam ACd diguna pakai dalam usaha menangani isu yang
Ayat Harapan (AHr) dibincangkan.
Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi
Contoh perenggan penutup
AYAT JENIS AYAT HURAIAN
1
Ayat Kesimpulan Kesimpulannya, peranan pelbagai pihak seperti guru dan ibu bapa
2 (AK) sangat penting dalam menggalakkan golongan muda menyertai
lawatan ke tempat bersejarah.
3 Ayat Cadangan
(ACd) Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, tempat-tempat
bersejarah ini perlu sentiasa dipelihara dan dipulihara agar tak lapuk
Ayat Harapan dek hujan tak lekang dek panas.
(AHr)
Semoga generasi muda hari ini sedar akan tanggungjawab mereka
dalam mempertahankan warisan bangsa agar kedaulatan megara
akan terus terpelihara.
Penutup akan lebih menarik jika dimasukkan ungkapan menarik di mana-mana ayat mengikut
kesesuaian.