PANDUAN
MENULIS
RUMUSAN
BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL
SEMESTER 1 DAN 2
PANDUAN ASAS
Baca dan teliti bahan yang disediakan dengan teliti bagi mengenal pasti
tema dan fokus perbincangan (hanya berdasarkan satu bahan petikan).
Fokus perbincangan mungkin berkaitan dengan ciri-ciri, punca, kesan,
kepentingan, faedah, peranan, cara mengatasi atau halangan mengatasi isu
tersebut.
Biasanya terdapat dua fokus pada bahan / petikan yang diberi. Perlu cari
kombinasi 8 isi untuk kedua-dua fokus.
Jawapan rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
KANDUNGAN RUMUSAN
DAN PEMERENGGANAN
PENDAHULUAN (1 perenggan)
- menyatakan fokus perbincangan dalam petikan
ISI (1 perenggan F1, 1 perenggan F2)
- Kombinasi 8 isi yang menyentuh setiap fokus
KESIMPULAN (1 perenggan)
CONTOH PET IKAN RUMUSAN
Arahan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian
soalan buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Masyarakat kini tidak boleh berpisah dengan aplikasi media sosial. Secara sedar atau tidak, penggunaan
aplikasi media atau laman sosial ini membawa banyak keburukan jika disalah guna oleh masyarakat. Antaranya, aplikasi
ini membuka peluang kepada aktiviti yang boleh melekakan dan menyebabkan ketagihan kepada penggunanya. Banyak
masa penting pengguna terbuang disebabkan terlalu asyik dengan teknologi ini. Lebih teruk lagi apabila para pekerja
ketagih mengakses aplikasi ini sehingga mengabaikan tugasan hakiki mereka. Selain itu, aplikasi ini juga dikaitkan
dengan amalan pendedahan hal peribadi seseorang. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain telah
mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang dibenci dengan tujuan untuk memalukan mereka.
Aplikasi media sosial juga boleh mengundang penyebaran maklumat palsu atau kurang tepat kepada golongan
masyarakat sehingga mereka mungkin akan mengambil tindakan yang salah terhadap pihak lain. Malah, penyebaran
maklumat yang bersifat hasutan juga boleh dilakukan melalui aplikasi ini sehingga mampu menggoyahkan keharmonian
sesuatu institusi sosial mahupun negara. Sifat laman sosial yang mesra pengguna dan global pula memberi peluang
kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri hasil kerja orang lain atau plagiat melalui aplikasi rangkaian sosial.
Golongan ini dengan mudah menyalin bahan yang telah dihasilkan semula supaya menjadi hak milik mereka.
Penyalahgunaan media sosial perlu diatasi secara menyeluruh. Sebagai pengguna, setiap individu perlu
berhati-hati menggunakan media sosial agar tidak menjejaskan potensi diri. Pengguna laman ini juga tidak seharusnya
berkongsi maklumat jika sesuatu perkara yang diterima itu belum ada kepastian kerana jika maklumat tersebut palsu,
banyak pihak yang menerima risikonya. Selain itu, ibu bapa mesti memantau penggunaan media ini agar tidak
menjejaskan sahsiah anak-anak. Meskipun media ini menjadi satu keperluan, mengehadkan tempoh pengguaan media
sosial oleh para remaja perlu dilakukan.
PENDAHULUAN RUMUSAN
Pendahuluan rumusan mesti menyatakan dua fokus perbincangan berkaitan
tema atau isu yang dibincangkan.
Mulakan menulis rumusan dengan frasa :
i. Rumusan membincangkan fokus 1 dan fokus 2 + tema / isu perbincangan
(2 fokus)
FOKUS PERBINCANGAN
ciri-ciri / kriteria
faktor / punca / sebab
kesan / impak / akibat / implikasi / keburukan / natijah
faedah / kepentingan / manfaat / kebaikan / maslahat
Kelemahan / kekurangan / keburukan / kepincangan
peranan / tanggungjawab / fungsi / tujuan
langkah / usaha / cara / kaedah
halangan / kekangan / cabaran
PANDUAN MENCARI FOKUS PERBINCANGAN
BERDASARKAN KATA KUNCI DALAM PETIKAN
Penanda / Kata Kunci dalam Petikan Fokus Perbincangan
Antara punca / faktor lain / oleh sebab / disebabkan oleh
punca / sebab / faktor
dapat / mampu / boleh / berupaya faedah / kepentingan / manfaat / kebaikan /
Akan mengakibatkan / memberi kesan / kesannya / akan maslahat
menyebabkan / akan mengalami / mendatangkan / menjadikan kesan / impak / akibat / implikasi / keburukan
/ natijah
Antara kepentingan / kebaikan lain faedah / kepentingan / manfaat / kebaikan /
maslahat
hendaklah / haruslah / perlu / mesti / wajar / boleh / sepatutnya
masalahnya / halangannya / kekangannya / cabarannya langkah / usaha / cara / kaedah
Antara peranannya / fungsi lain / berperanan
halangan / kekangan / cabaran
peranan / tanggungjawab / fungsi / tujuan
MENULIS ISI
Isi rumusan mestilah isi berkaitan fokus perbincangan yang terdapat dalam
bahan / petikan.
Sebagai contoh :
Fokus 1 : ____________________________
1.
2.
3.
4.
5.
6.
MENULIS ISI
Fokus 2 : _____________________________
1.
2.
3.
4.
Pastikan hanya kombinasi lapan (8) isi sahaja yang dipilih daripada kedua-
dua fokus perbincangan yang telah disenaraikan.
Isi boleh ditulis beberapa perenggan mengikut bilangan fokus perbincangan.
MENULIS ISI
Contoh menulis perenggan isi Fokus 1 :
Antara keburukan media sosial ialah ………………………………….
Selain itu, ………………………………………………….. Di samping itu,
…………………………………….....Seterusnya,…………………………
……... ………...Akhir sekali, ………………………………………………
Contoh cara menulis isi fokus 2 :
Untuk mengatasinya pula ialah …………………………………………
Selain itu, …………………………………… Seterusnya …………………
……………………………………………………….
KESIMPULAN RUMUSAN
Kesimpulan rumusan mengandungi dua elemen, iaitu:
- Elemen 1 – cadangan (contoh : haruslah, hendaklah, perlulah)
- Elemen 2 – harapan / kesan daripada cadangan (contoh : supaya, agar)
Mesti masukkan tema / isu yang dibincangkan.
Ditulis dalam satu (1) ayat sahaja.
Kesimpulannya, pihak ……………… haruslah ……………………….
supaya …………………………………………………………………
)
PEMARKAHAN RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Masyarakat kini tidak boleh berpisah dengan aplikasi media sosial. Secara sedar atau tidak, penggunaan aplikasi media
atau laman sosial ini membawa banyak keburukan jika disalah guna oleh masyarakat. Antaranya, aplikasi ini membuka peluang
kepada aktiviti yang boleh melekakan dan menyebabkan ketagihan kepada penggunanya. Banyak masa penting pengguna
terbuang disebabkan terlalu asyik dengan teknologi ini. Lebih teruk lagi apabila para pekerja ketagih mengakses aplikasi ini
sehingga mengabaikan tugasan hakiki mereka. Selain itu, aplikasi ini juga dikaitkan dengan amalan pendedahan hal peribadi
seseorang. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain telah mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang
dibenci dengan tujuan untuk memalukan mereka.
Aplikasi media sosial juga boleh mengundang penyebaran maklumat palsu atau kurang tepat kepada golongan
masyarakat sehingga mereka mungkin akan mengambil tindakan yang salah terhadap pihak lain. Malah, penyebaran maklumat
yang bersifat hasutan juga boleh dilakukan melalui aplikasi ini sehingga mampu menggoyahkan keharmonian sesuatu institusi
sosial mahupun negara. Sifat laman sosial yang mesra pengguna dan global pula memberi peluang kepada pihak yang tidak
bertanggungjawab mencuri hasil kerja orang lain atau plagiat melalui aplikasi rangkaian sosial. Golongan ini dengan mudah
menyalin bahan yang telah dihasilkan semula supaya menjadi hak milik mereka.
Penyalahgunaan media sosial perlu diatasi secara menyeluruh. Sebagai pengguna, setiap individu perlu berhati-hati
menggunakan media sosial agar tidak menjejaskan potensi diri. Pengguna laman ini juga tidak seharusnya berkongsi
maklumat jika sesuatu perkara yang diterima itu belum ada kepastian kerana jika maklumat tersebut palsu, banyak pihak yang
menerima risikonya. Selain itu, ibu bapa mesti memantau penggunaan media ini agar tidak menjejaskan sahsiah anak-anak.
Meskipun media ini menjadi satu keperluan, mengehadkan tempoh pengguaan media sosial oleh para remaja perlu dilakukan.
RANGKA RUMUSAN
Pendahuluan :
………………………………………………………………………………………………………………
Isi :
Fokus 1 :_______________________________ Fokus 2 : _________________________________
1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5.
6.
Kesimpulan :
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
pendahuluan CONTOH RUMUSAN LENGKAP
Isi Fokus 1
Isi Fokus 2 Rumusan membincangkan keburukan (F1) dan langkah mengatasi
Kesimpulan penyalahgunaan laman sosial (F2).
Laman sosial mendatangkan keburukan kerana membuka peluang kepada aktiviti
yang boleh melekakan (A1) dan menyebabkan ketagihan kepada penggunanya (A2).
Selain itu, melalui laman sosial boleh berlaku amalan pendedahan hal peribadi
seseorang (A3) dan boleh mengundang penyebaran maklumat palsu atau kurang
tepat (A4). Seterusnya, penggunaan laman sosial boleh menyebabkan berlakunya
penyebaran maklumat yang bersifat hasutan (A5).
Antara Langkah mengatasi penyalahgunaan laman sosial ialah pengguna perlu
berhati-hati menggunakan media sosial (B1). Pengguna laman sosial juga tidak
sepatutnya berkongsi maklumat jika tidak pasti (B2). Selain itu, ibu bapa juga perlu
memantau penggunaan media dalam kalangan anak (B3).
Kesimpulannya, semua pihak perlu memastikan laman sosial digunakan dengan
bijak (cadangan) agar tidak mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan pihak
lain (kesan daripada cadangan / alasan).
SELAMAT
MENCUBA
TERIMA KASIH