The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yusmawati 76, 2021-05-26 23:18:11

Panduan Menulis Karangan Bhgn A Sem 1

Panduan Menulis karangan Bhgn A

Panduan Penulisan

Karangan
Bahagian A

Respon Terhad

SVM Semester 1

KERTAS 1 Kombinasi kepelbagaian bahan
rangsangan

Mesti huraikan semua bahan
yang diberi

Panjang karangan antara 150
hingga 200 patah perkataan

30 markah

Perenggan

Perlu ditulis dalam 5 perenggan
Pendahuluan ( perenggan 1)
Isi ( perenggan 2-4)
Penutup ( perenggan 5)

Pendahuluan

Idea utama : berkaitan tajuk
soalan secara umum

Huraian
Contoh
Arahan soalan

Isi

Idea utama
Huraian
Contoh/ungkapan menarik/
peribahasa
Kesimpulan kecil

Penutup

Ulang arahan soalan
Cadangan
Harapan/kesan
Ungkapan menarik/peribahasa



Contoh Pendahuluan

Kantin sekolah merupakan tempat murid-murid mendapatkan makanan
dan menjamu selera semasa waktu persekolahan (idea utama). Bagi yang
tidak membawa bekalan makanan dari rumah, mereka akan membeli
makanan dan minuman yang dijual di kantin. (huraian) Oleh itu, makanan
yang dijual hendaklah bersih, berkhasiat dan mengenyangkan.(contoh)
Persoalannya, apakah ciri-ciri kantin yang selamat dan selesa bagi murid-

murid? ( arahan soalan)

Contoh isi 1

Pada pendapat saya, kantin yang selamat ialah kantin yang sentiasa dalam
keadaan bersih. (idea utama) Kantin sentiasa dalam keadaan bersih jika lantai
sentiasa disapu dan tidak dibiarkan dalam keadaan licin.(huraian) Pengendali
kantin hendaklah menyediakan tong sampah supaya sampah tidak dibuang di
merata-rata tempat.(contoh) Jelaslah apabila kantin dalam keadaan bersih,
murid akan berasa selamat dan tidak bimbang akan terjatuh akibat lantai licin
dan sebagainya. (kesimpulan kecil)

Contoh isi 2

Selain itu, ciri-ciri kantin yang selamat dan selesa ialah pengusaha kantin hendaklah
mematuhi etika semasa menyediakan makanan.(idea utama) Etika semasa menyediakan
makanan adalah sangat penting diamalkan oleh pengusaha kantin kerana akan memberi
kesan yang besar kepada keseluruhan perjalanan operasi kantin.(huraian) Sebagai
contohnya, pekerja-pekerja di kantin mesti berpakaian bersih,kemas dan menutup
kepala. Di samping itu, penggunaan penyepit makanan, sudu dan garpu untuk mengambil
makanan adalah suatu kemestian. (contoh) Hal ini bertepatan dengan peribahasa iaitu
beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.(peribahasa) Tegaslah bahawa apabila
pengusaha kantin mematuhi etika semasa menyediakan makanan akan mewujudkan
kantin yang selamat dan selesa.(kesimpulan kecil)

Contoh isi 3

Akhir sekali, ciri-ciri kantin selamat dan selesa bagi murid-murid ialah kantin sekolah
yang kelihatan seperti sebuah kafe yang mahal.(idea utama) Kantin yang selesa seperti
yang ditularkan di media sosial ialah wajah kantin di Sekolah Kebangsaan Taman Seri
Wang, Sungai Petani, Kedah. (huraian) Kantin sekolah ini kelihatan begitu berbeza
daripada sekolah-sekolah lain kerana mempunyai dekorasi yang cantik dan
kemas.(contoh) Sudah terang lagi bersuluh, kantin yang kelihatan seperti sebuah kafe
yang mahal akan membuatkan murid-murid berasa selesa dan selamat semasa sedang
menjamu selera di situ.(Kesimpulan kecil)

Contoh Penutup

Kesimpulannya, ciri-ciri kantin sekolah yang selamat dan selesa amat
penting bagi murid-murid.(ulangan arahan soalan) Semua pihak hendaklah
memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kantin sekolah dalam
keadaan selamat dan selesa.(cadangan) Hal ini dikatakan demikian kerana murid
akan berasa selesa dan yakin dengan persekitaran kantin yang bersih dan
selamat.(harapan/kesan) Akhir sekali, slogan ‘kantin bersih, murid sihat’ haruslah
diamalkan di semua kantin sekolah di negara kita.(ungkapan menarik/peribahasa)

Karangan lengkap

Kantin sekolah merupakan tempat murid-murid mendapatkan makanan dan menjamu selera
semasa waktu persekolahan.Bagi yang tidak membawa bekalan makanan dari rumah, mereka akan
membeli makanan dan minuman yang dijual di kantin. Oleh itu, makanan yang dijual hendaklah
bersih, berkhasiat dan mengenyangkan. Persoalannya, apakah ciri-ciri kantin yang selamat dan
selesa bagi murid-murid?

Pada pendapat saya, kantin yang selamat ialah kantin yang sentiasa dalam keadaan
bersih.Kantin sentiasa dalam keadaan bersih jika lantai sentiasa disapu dan tidak dibiarkan dalam
keadaan licin.Pengendali kantin hedaklah menyediakan tong sampah supaya sampah tidak
dibuang di merata-rata tempat.Jelaslah apabila kantin dalam keadaan bersih, murid akan berasa
selamat dan tidak bimbang akan terjatuh akibat lantai licin dan sebagainya.

Selain itu, ciri kantin yang selamat dan selesa ialah pengusaha kantin hendaklah mematuhi
etika semasa menyediakan makanan.Etika semasa menyediakan makanan adalah sangat penting
diamalkan oleh pengusaha kantin kerana akan memberi kesan yang besar kepada keseluruhan
perjalanan operasi kantin.Sebagai contohnya, pekerja-pekerja di kantin mesti berpakaian
bersih,kemas dan menutup kepala. Di samping itu, penggunaan penyepit makanan, sudu dan
garpu untuk mengambil makanan adalah suatu kemestian.Hal ini bertepatan dengan peribahasa
iaitu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.Tegaslah bahawa apabila pengusaha kantin
mematuhi etika semasa menyediakan makanan akan mewujudkan kantin yang selamat dan selesa.

Akhir sekali, ciri-ciri kantin selamat dan selesa bagi murid-murid ialah kantin
sekolah yang kelihatan seperti sebuah kafe yang mahal. Kantin yang selesa seperti yang
ditularkan di media sosial ialah wajah kantin di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang,
Sungai Petani, Kedah. Kantin sekolah ini kelihatan begitu berbeza daripada sekolah-
sekolah lain kerana mempunyai dekorasi yang cantik dan kemas. Sudah terang lagi
bersuluh, kantin yang kelihatan seperti sebuah kafe yang mahal akan membuatkan
murid-murid berasa selesa dan selamat semasa sedang menjamu selera di situ.

Kesimpulannya, ciri-ciri kantin sekolah yang selamat dan selesa amat penting bagi
murid-murid. Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan kantin sekolah dalam keadaan selamat dan selesa. Hal ini dikatakan
demikian kerana murid akan berasa selesa dan yakin dengan persekitaran kantin yang
bersih dan selamat. Akhir sekali, slogan ‘kantin bersih, murid sihat’ haruslah diamalkan
di semua kantin sekolah di negara kita.

Terima
kasih

Panitia Bahasa Melayu KV Kluang 2021


Click to View FlipBook Version