PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar Naka, 06350 Pokok Sena, Kedah Darul Aman. MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke 41 / 2023 ISNIN 26 JUN 2023 2.00 PETANG DEWAN SKKB Perasmian oleh : EN. AHAMAD BIN AYOB AMK., BKM. YANG DI PERTUA PIBG SKKB
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BELUKAR, NAKA, 06350 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN. Tel : 047851125 ______________________________________________________________________________________ Ruj.Kami : (23)PIBG/SKKB/60/002/(01) Tarikh : 11 JUN 2023 Semua Ahli PIBG, Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar, Naka, Kedah Darul Aman. Tuan/Puan, USUL MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 41 TAHUN 2023 Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agong PIBG kali ke 41 akan diadakan tidak lama lagi.Oleh itu, tuan/puan dipelawa untuk mengemukakan usul-usul yang akan dikemukakan dalam mesyuarat tersebut. 3. Sehubungan itu tuan/puan boleh mengisi borang usul yang disediakan di bawah dan hantar melalui anak tuan/puan kepada setiausaha PIBG sebelum atau pada 15 Jun 2023. 4 Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, (MUHAMAD SHUKRI BIN HASHIM) Setiausaha PIBG, Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. Borang Usul Setiausaha PIBG, Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar, Usul: 1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 2. ……………………………………………………………………………………………………………………….…………………………………. Sekian , terima kasih. Nama : ……………………………………………………………… No. K/P : …………………………………… Kampung : ……………………………………………………………… 2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BELUKAR, NAKA, 06350 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN Tel/Faks : 04-7851125 _____________________________________________________________________________ “KEDAH GEMILANG” Ruj. Kami : (23)PIBG/SKKB/60/002/(15) Tarikh : 25 Jun 2023 Tuan Penasihat , Tuan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu bapa dan waris murid, Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar, Naka, Kedah Darul Aman. Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 TAHUN 2023 Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut : Tarikh : 26 Jun 2023 Hari : Isnin Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan SK Kampong Belukar Perasmian oleh : EN. AHAMAD BIN AYOB AMK., BKM. YANG DI PERTUA PIBG SKKB 3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput menyertai mesyuarat tersebut.Penyertaan tuan/puan amatlah dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, Muhamad Shukri bin Hashim. Setiausaha PIBG, Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar. s.k. 1. Fail 2. Guru Besar 3
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK KAMPONG BELUKAR KALI KE 41 TAHUN 2023 1.45 ptg : Kehadiran dan Pendaftaran Waris 2.00 ptg : Demontrasi Seni Bela Diri Silat Gayung dan Taekwando 2.30 ptg : Ketibaan Tetamu Nyanyian Lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan & Asma Ul-Husna Ucapan aluan pengacara majlis Bacaan Doa Laporan sekolah oleh En. Shamsul bin Yahaya (Guru Besar SKKB) Ucapan Perasmi EN. AHAMAD BIN AYOB AMK., BKM. (YDP PIBG SKKB) Penyampaian Sijil Penghargaan 3.30 ptg : Rehat Jamuan dan edaran makanan waris 4.00 ptg : Mesyuarat Agung PIBG bermula 5.30 ptg : Penyerahan Bantuan KWAPM dan BAP 6.00 ptg : Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SKKB kali ke 41 2022/2023 1. Aluan pengerusi 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke 40 3. Perkara berbangkit 4. Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan sesi 2022/2023 5. Membentang dan menerima Laporan Kewangan Sesi 2022/2023 6. Membahas, menerima usul-usul dan cadangan 7. Ucapan penangguhan 8. Bersurai 4
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke 41 TAHUN 2023 PENASIHAT : EN. SHAMSUL BIN YAHAYA PENGERUSI BERSAMA : EN. AHAMAD BIN AYOB AMK., BKM. EN. MOHD FALAHUDDIN BIN MOHD NOOR EN. MOHD ALWI BIN MAHMOOD PN. NAZUHA BT. MD. SAAD NAIB PENGERUSI : EN. NAZIR BIN HAMID SETIAUSAHA : EN. MUHAMAD SHUKRI BIN HASHIM BENDAHARI : PN. FAUZIAH BT. JAMALUDIN JURUACARA PN. FAUZIAH BT. JAMALUDIN BACAAN DOA USTAZ MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN RAMLI BUKU PROGRAM & SIJIL EN. HASNUL HISHAM BIN RUSLAN EN. AZHAR BIN AROFF PENDAFTARAN PN. ZAIDAH BT. SHAFII PN. NOR ASMAH BT. ABDUL RAHMAN PN. NOR AMANINA BT. MOHAMAD ADNAN CIK NURUL HUDA BT. MD ROSLI JAMUAN WARIS PN. NORAINI BT. MOHAMMED PN. ADILAH BT. ABDULLAH PN. FAUZIAH BT. OMAR PN. HAZWANI BT. MOHAMAD GURU KAFA JAMUAN GURU & AJK PIBG PN. NORBANI BT. HAMID PN. NORAFEIZA BT. MOHAMAD NOR PN. NOOR KHAIRON NISAK BT. MOHD YUSOFF PN. ZOLAILA BT. MOHAMED JURI 5 JEMPUTAN & SAMBUTAN EN. SHAMSUL BIN YAHAYA EN. AHAMAD BIN AYOB, AMK., BKM. EN. NAZIR BIN HAMID EN. MOHD FALAHUDDIN BIN MOHD NOOR EN. MOHD ALWI BIN MAHMOOD PN. NAZUHA BT. MD. SAAD GURU KAFA JURUGAMBAR & DOKUMENTASI PN. NUR FADHIYATUL FARIZA BT. SAMSUDIN PN. NOR NAEMAH BT. MD. ZAHIR PN. NOR KALSUM BINTI HASSAN SIAR RAYA EN. MOHAMMAD IQBAL BIN MOHD SAHAK EN. ZAINORDIN B. SAMSU @ ABDUL LATEH PERSIAPAN TEMPAT EN. ABDULLAH BIN ABDUL RANI USTAZ MOHD NASRI BIN HARUN EN. RAJA MOHD SALLAHUDDIN BIN RAJA JAAFAR EN. SAHARUDDIN BIN IDRIS PERSIAPAN PENTAS & BANER PN. NOR FAZILAH BT. SAFARI EN. MUHAMAD SHUKRI BIN HASHIM PN. SITI FAUZIAH BT. MD. LAZIM PN. ZAHAIDA BT. AWANG KECHIK PENCATAT MINIT MESYUARAT PN. FAIZAH BT. HASHIM PN. WARDAH BT. ABDUL WAHAB SHAARI PN. ZURINA BT. KASA @ MOHAMAD RESHAD PN. SUHANA BT. BAHAROM
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BELUKAR AHLI JAWATANKUASA SESI 2022 / 2023 PENASIHAT EN. SHAMSUL BIN YAHAYA YANG DI PERTUA EN. AHAMAD BIN AYOB AMK., BKM. NAIB YANG DI PERTUA EN. NAZIR BIN HAMID SETIAUSAHA EN. MUHAMAD SHUKRI BIN HASHIM BENDAHARI PN. FAUZIAH BT. JAMALUDIN AHLI JAWATANKUASA TN. HAJI OTHMAN BIN SALLEH PJK. - KG. BELUKAR LUAS PN. SAMSIAH BT. HUSIN - KG. BELUKAR LUAS PN. ROHANI BT. CHE MAT - KG. DATOK PN. ROSMALIZA BT. RAMLI - KG. SIREH PN. NORLIANA BT. ISHAK - KG. LEBAI SAMAN PN. ZAITON BT. AHMAD @ ZAKARIA - KG. LEBAI SAMAN PN. SHAFINAH BT. SAAD - KG. MASJID BARU EN. ROZLAN BIN AHMAD - KG. MASJID LAMA PN. SOFIAH BT. HUSIN - KG. MASJID LAMA EN. FAUZI BIN HASSAN - KG. KEDA BENDANG TOK TERI EN. YUSOF BIN ISMAIL - SPI / KAFA EN. ALWI BIN MAHMOOD - GURU EN. SAHARUDDIN BIN IDRIS - GURU EN. ZAINORDIN BIN ABDUL LATEH - GURU PN. NUR FADHIYATUL FARIZA BT. SAMSUDIN - GURU EN. MOHD NASRI BIN HARUN - JURU AUDIT 1 EN. ABDULLAH BIN HASSAN - JURU AUDIT 2 6
Sekapur Sirih Seulas Pinang Encik Ahamad bin Ayob AMK., BKM. Yang Dipertua PIBG Assalamualaikum wbth…. Syukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana masih diberi kesihatan yang baik. Terima kasih kepada pihak sekolah dan waris kerana masih memberikan kepercayaan kepada saya dalam memimpin PIBG sehingga ke hari ini. Setiap tahun kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG.Sebelum ini sudah 41 kali mesyuarat ini diadakan.Adalah diharapkan mesyuarat kali ini akan berjalan dengan lancar dan para waris dapat memainkan peranan masing-masing demi kebaikan anak-anak. Sesungguhnya kemudahan yang ada pada masa kini jauh lebih baik daripada zaman persekolahan kita dahulu.Kemudahan bangunan yang lengkap, bantuan kelas tambahan dan komitmen guru-guru dengan kerjasama waris yang baik telah menampakkan kemajuan yang kita ingini. Kita sebagai waris haruslah berganding bahu dengan pihak sekolah supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.Janganlah kita takut untuk memberikan pendapat, pandangan atau membincangkan masalah yang dihadapi demi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Sayugia juga diingatkan bahawa PIBG berperanan dalam membantu pihak sekolah untuk kemajuan pelajaran anak-anak.Oleh itu saya menyeru kepada semua waris, terutamanya AJK PIBG yang menjadi wakil kepada para waris supaya bersama-sama berusaha dan berfikir untuk membantu pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak kita.Tanggungjawab memberi pendidikan bukan hanya terletak di bahu para guru tetapi ibu bapa haruslah samasama berganding bahu dengan guru demi menunaikan tanggungjawab ini. Sekian, terima kasih. “PIBG CEMERLANG SKKB TERBILANG“ EN. AHAMAD BIN AYOB, AMK., BKM. Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar. 7
Sekapur Sirih Seulas Pinang Encik Shamsul bin Yahaya Guru Besar SKKB Assalamualaikum wbth…. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan rahmat dan izinNya, majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 dapat dilangsungkan. Pendidikan merupakan aset yang amat bernilai dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sebagaimana dihasratkan oleh kepimpinan negara.Pemuafakatan waris dan sekolah merupakan satu elemen penting yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di sesebuah sekolah. Sumbangan PIBG tidak hanya kepada pendidikan semata-mata tetapi juga dalam perbagai cara dan program yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid seperti keceriaan dan peralatan untuk kegunaan murid dan guru. Satu perkara yang sangat kritikal yang memerlukan pendekatan bersepadu waris dan sekolah ialah membina sahsiah murid yang unggul, berdaya saing, berani, kreatif, bersungguhsungguh dalam pelajaran dan berkualiti dalam semua aspek. Komitmen dipenuhi iltizam PIBG merupakan satu nilai tambah kepada kami dalam proses merancang, melaksana dan menjayakan visi dan misi murni pendidikan. Semoga ALLAH memberkati muafakat kita semua. Selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. Encik Shamsul bin Yahaya Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar. 8
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40 SK KAMPONG BELUKAR 2022 Tarikh : 26 JUN 2022 Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Kampong Belukar Perasmian : YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID SHMS., SSDK.,BKM., JP. Menteri Pembangunan Luar Bandar MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT Aluan Pengerusi Majlis • Ucapan aluan kepada semua yang hadir. • Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu, waris dan guru. • Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua hadirin yang melapangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini. • Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Nasri Bin Harun. LAPORAN SEKOLAH OLEH EN. SHAMSUL BIN YAHAYA (GURU BESAR SKKB) • Ucapan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir. • Guru Besar membentangkan jumlah terkini warga SKKB iaitu : • Guru Besar memaklumkan bahawa SKKB mula menerima pelawat dari dalam daerah, dalam negeri mahupun pelawat dari luar negeri Kedah. • SKKB juga telah terlibat dalam Perkongsian Operasi Sekolah, Google Classroom serta PBD melalui perkongsian secara maya dengan sekolah-sekolah luar daerah mahupun luar negeri kedah iaitu dalam semenanjung Malaysia termasuk juga dari Sabah. • Guru Besar memaklumkan kebitaraan utama SKKB adalah sukan Bowling dan Badminton. • Guru Besar juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada PIBG dan agensi-agensi yang terlibat menjalin kerjasama dalam memartabatkan pencapaian SKKB dalam segenap aspek. • Antara agensi yang terlibat ialah Yayasan Pelajaran, Mara Bank Persatuan, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, Perodua dan beberapa agensi lagi. • Guru Besar mewakili semua waris dan warga SKKB berasa sangat gembira di atas kesudian YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID SHMS., SSDK.,BKM., JP. Menteri Pembangunan Luar Bandar hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40. • Guru Besar juga dengan rendah hati memohon daripada YB Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk : - Sedikit sumbangan Dana untuk PIBG. - Bantuan turapan tar dalam kawasan sekolah yang berlopak dan berlubang. - Sumbangan peralatan ICT untuk pdp murid. • Guru Besar juga turut mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada agensi-agensi lain untuk kecemerlangan anak-anak SKKB. • Sebelum mengakhiri ucapan, Tuan Guru Besar sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YB Menteri Pembangunan Luar Bandar dan dif-dif kehormat hadir menjenguk teratak SKKB pada hari ini. 9 BIL PERKARA JUMLAH 1 PENTADBIR 4 ORANG 2 GURU 34 ORANG 3 AKP 4 ORANG 4 MURID 426 ORANG 5 PENERIMA RMT 312 ORANG 6 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 423 MURID
UCAPAN NYDP PIBG OLEH EN. NAZIR BIN HAMID • Ucapan selamat datang kepada semua waris . • Ucapan terima kasih tidak terhingga di atas kesudian YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Pengarah Yayasan Pelajaran Mara, dif-dif Kehormat, PPD Padang Terap, Guru Besar-Guru Besar, Guru-guru dan para waris. • Menzahirkan rasa syukur kerana dapat berkumpul kembali dalam Mesyuarat PIBG . • Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru SKKB di atas komitmen dan usaha para pendidik dalam memperkasakan pendidikan anak-anak SKKB. UCAPAN PERASMIAN OLEH MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID SSDK., DSDK., BKM. MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR • Memulakan ucapan dengan Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia kepada semua hadirin. • Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang dan mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat PIBG kali ini. • Beliau mengucapkan terima kasih khas buat semua waris yang dapat bersama dalam mesyuarat hari ini sekaligus membuktikan para waris sangat komited dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak. • Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen para guru dalam mendidik anakanak bangsa tanpa jemu dan lelah. • Beliau mencadangkan kepada PIBG dan Sekolah untuk menubuhkan Alumni Sekolah memandangkan penubuhan sekolah sudah mencapai angka 40. • Penubuhan Alumni Sekolah adalah salah satu jalinan ukhwah di kalangan bekas murid sekolah seterusnya boleh mengembalikan sumbangan material mahupun spiritual para alumni kepada sekolah. • Selain itu, pembinaan sahsiah murid terbentuk hasil kombinasi didikan ibu bapa di rumah dan bimbingan guru di sekolah.Hasil permuafakatan inilah akan menghasilkan murid yang bersahsiah terpuji dan cemerlang akademiknya. • Pandemik Covid -19 memberi cabaran baru kepada guru dan murid di mana sistem pendidikan dilaksanakan secara maya sekaligus kolaborasi antara guru dan ibu bapa perlu seiringan demi memastikan PDPR berhasil dengan jayanya. • Perkataan “Mengubah Nasib “ yang digunapakai sejak 60 tahun merdeka sangat releven dengan kita.Kejayaan murid-murid sekolah luar Bandar akan membawa mereka meneroka peluang di serata dunia dan mengubah nasib keluarga di kampung dengan kejayaan mereka dalam karier masingmasing. • Kaedah pembelajaran hari ini juga berbeza dengan kaedah pendidikan dahulu.Zaman ini, teknologi digital menjadi pemacu utama untuk di akses oleh murid-murid di samping media sosial. • Begitu juga dengan sistem pendidikan sekolah rendah di mana Penilaian PBD telah menggantikan peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6. • Walau apapun perubahan dalam era globalisasi beliau menyeru PIBG untuk terus menyokong dan berusaha memartabatkan kejayaan anak-anak SKKB. • Sebelum merasmikan Mesyuarat Agung PIBG, YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pembangunan Luar Bandar telah meluluskan permohonan Tuan Guru Besar iaitu : - Meluluskan dana sebanyak RM5000 kepada PIBG - Meluluskan permohonan turapan TAR - Meluluskan permohonan peralatan ICT. • YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pembangunan Luar Bandar, seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kampong Belukar kali ke 40 tahun 2022 dan menutup ucapan beliau dengan meminta para hadirin memberikan tepukan yang gemuruh. 10
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE 40 SK KAMPONG BELUKAR 2022 Tarikh : 26 JUN 2022 Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Kampong Belukar Perasmian : YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID SHMS., SSDK.,BKM., JP. Menteri Pembangunan Luar Bandar AGENDA 1 : ALUAN NYDP PIBG SKKB – EN. NAZIR BIN HAMID 1.1 Ucapan aluan kepada semua yang hadir. 1.2 Mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kesudian para waris meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kali ini. AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYURAT KALI KE 39 2.1 En Muhamad Shukri bin Hashim, selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat kali ke 39 untuk disahkan. Disahkan oleh : En. Suhaimi Bin Shoib Disokong oleh : Hj. Othman Bin Salleh AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit. AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SESI 2021/2022 4.1 En. Muhamad Shukri bin Hashim membentangkan laporan aktiviti tahunan aktiviti PIBG untuk diterima. AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN SESI 2021/2022 5.1 Bendahari PIBG, Pn. Fauziah bt. Jamaludin membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 10 Mac 2022 dengan sedikit Ralat yang dibetulkan pada ruangan perbelanjaan iaitu pembelian kertas A4 untuk persediaan Modul PDPR di muka surat 14 buku program. Disahkan oleh : En. Abdul Rahim Bin Karim Disokong oleh : En. Rozlan Bin Ahmad AGENDA 6 : MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL – USUL & CADANGAN. 6.1 Usul 1 : Membina bonggol jalan di hadapan kawasan sekolah untuk mengurangkan kelajuan kenderaan. Usul 2 : Penggunaan pagar Prasekolah untuk kegunaan murid. Usul 3 : Menurap tar di kawasan berlopak dan berlubang di kawasan sekolah. Usul 4 : Memperbanyakkan peralatan ICT untuk pembelajaran murid. Usul 5 : Makanan yang dijual di kantin hendaklah lebih berkhasiat dan meletakkan harga yang berpatutan. Usul 6 : Tandas murid rosak dan tidak mencukupi. Usul 7 : Laluan berbumbung dilaluan bangunan Tahun 3 dan 4. 6.2 Cadangan Tuan Guru Besar En. Shamsul Bin Yahaya terhadap usul yang dikemukakan. 6.2.1 Pihak sekolah akan memohon pembinaan bonggol jalan kepada pihak MDPT. 6.2.2 Pihak sekolah menetapkan bahawa pintu hadapan sekolah telah diwartakan sebagai pintu masuk utama murid-murid mengikut SOP yang ditetapkan manakala pintu belakang berdekatan dengan Prasekolah dikhaskan sebagai pintu masuk kenderaan guru-guru pada waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan pada pintu utama. 6.2.3 Permohonan turapan tar telah diluluskan oleh Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid dalam ucapan perasmian sebentar tadi. 11
6.2.4 Jawatankuasa Kantin dan Unit HEM akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk memastikan mutu makanan dan harga di kantin berpatutan dengan situasi semasa. 6.2.5 Tandas murid dan guru di SKKB akan diselenggara dari semasa ke semasa. 6.2.6 Pihak sekolah akan mengusulkan permohonan membina bumbung untuk laluan murid kepada jabatan dan agensi yang terlibat. 6.2.7 Memaklumkan bahawa kutipan yuran PIBG masih kekal kerana tiada sebarang cadangan atau usul untuk menaikkan jumlah kutipan.Derma kekal seperti tahun lepas iaitu RM20 untuk yuran PIBG untuk satu keluarga, RM10 untuk kertas A4/aktiviti (setiap murid) dan RM5 (setiap murid) untuk tabung kebajikan murid. AGENDA 7 : PEMBUBARAN DAN LANTIKAN AJK PIBG UNTUK TAHUN 2022 - 2024 7.1 NYDP PIBG membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2021 dan membuka cadangan lantikan jawatankuasa sesi baru. 7.2 En. Suhaimi Bin Shoib mencadangkan untuk mengekalkan AJK PIBG sesi lama. Disokong oleh En. Othman Bin Salleh. 7.3 NYDP PIBG mencadangkan supaya melantik AJK baru bagi menggantikan dua orang AJK lama yang tidak hadir hari ini. 7.4 En. Abdul Rahim Bin Karim mencadangkan supaya Pn. Rohani Bt. Che Mat dilantik sebagai AJK PIBG bagi menggantikan En. Zahir Bin Harun wakil Kampung Datok. 7.5 En. Roslan Bin Ahmad mencadangkan supaya Pn. Rosmaliza Bt. Ramli dilantik sebagai AJK PIBG bagi menggantikan En. Harikah Bin Ahmad wakil Kampung Sireh.Lantikan dipersetujui sebulat suara. 7.6 Tuan Guru Besar mengumumkan pelantikan serta memperkenalkan bendahari PIBG yang baru iaitu Pn. Fauziah Bt. Jamaludin. AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Ustaz Mohd Rashidi Bin Abdul Wahab memaklumkan Ujian Kelas KAFA akan dijalankan pada minggu ini dan meminta jasa baik para waris untuk menghantar anak ke kelas KAFA. 8.2 Ustaz Mohd Rashidi Bin Abdul Wahab juga memaklumkan bahawa ujian UPKK untuk murid Tahun 5 akan dilaksanakan secara bersemuka pada tahun ini. 8.3 Tuan Guru Besar menzahirkan rasa bangga di atas kesudian para waris yang menghadiri Mesyuarat pada hari ini meskipun cuaca hujan. 8.4 Tuan Guru Besar juga dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada para waris di atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sehingga SKKB mampu berubah daripada biasabiasa menjadi luar biasa.Tuan Guru Besar juga berharap jalinan kerjasama ini dapat mencipta kecemerlangan dan kegemilangan SKKB sepanjang masa. 8.5 NYDP PIBG menangguhkan mesyuarat dengan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua waris yang setia di dewan Ibnu Sina dari awal hingga berakhirnya mesyuarat. MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 5.00 PETANG. Dicatat oleh : Pn. Nor Asmah Binti Abdul Rahman Pn. Noor Khairon Nisak Binti Mohd Yusoff Pn. Norafeiza Binti Mohamad Nor Disemak oleh : Disahkan oleh : …………………………………………….. …………………………………...………… (Muhamad Shukri Bin Hashim) (Ahamad Bin Ayob AMK., BKM.) Setiausaha, Yang Dipertua, PIBG SK Kampong Belukar. PIBG SK Kampong Belukar. 12
Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2022 / 2023 1.Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 2 kali.Berbagai agenda dibincangkan untuk membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah. 2.Berikut laporan kedatangan ahli mesyuarat AJK PIBG. Aktiviti PIBG 2022-2023 : 1. Pada 21.8 2022, PIBG telah mengadakan gotong-royong mengacau bubur Asyura mengikut kampung sebanyak 5 kawah dengan perbelanjaan RM955.00. 2. PIBG telah memberi hadiah kenang-kenangan sebagai mengenang jasa kepada guru bertukar iaitu Cg. Rosli, Cg. Azrul, Pn. Hajar serta Cg. Nasir yang berpencen.Ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM200.00. 3. PIBG telah membuat bayaran penapis air Coway sebanyak RM1584.00 (RM132.00 sebulan). 4. PIBG juga membuat derma tabung kebajikan kepada waris yang meninggal dan pelajar yang masuk wad sebanyak RM700.00. Usul dan cadangan : 1. Borang usul telah diedarkan pada 11.6.2023.Sebanyak 44 borang sahaja diterima balik dan 13 sahaja yang menulis pada ruang usul.Setelah dibawa mesyuarat AJK pada 19.6.2023 didapati terdapat 13 usul yang diterima untuk dibahaskan. 2.Antara usul-usul yang dikemukakan : a. Kemudahan tandas kurang memuaskan.Harap pihak sekolah dapat mengambil tindakan memperbaiki tandas yang rosak dan menyediakan jadual pekerja bertugas menjaga tandas. b. Mohon diadakan tuisyen untuk setiap kelas. c. Selaraskan waktu pulang pada hari Ahad hingga Selasa. d. Pembinaan bonggol harus disegerakan bagi memberi keselamatan kepada murid-murid. e. Jualan maggi di kantin sekolah.Harap pihak sekolah memberi perhatian kerana makanan segera ini tidak baik untuk kesihatan murid. f. Mohon guru-guru subjek memaklumkan kepada group whatsap kelas masing-masing tentang topik yang perlu murid ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan. g. Masih terdapat waris yang tidak faham dan masih menunggu di hadapan pintu pagar sekolah selepas menghantar anak. h. Harap dapat mengadakan tuisyen Matematik atau pun subjek teras yang lain bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6. i. Peniaga yang berniaga diluar pagar sekolah membahayakan anak-anak jika terkena minyak panas, j. Mohon pihak PIBG lebih cakna tentang murid dari keluarga yang miskin k. Guru mata pelajaran sentiasa semak tugasan murid selepas selesai kerja sekolah. l. Mempertingkatkan disiplin murid. m.Mengambil tindakan sewajarnya kepada pembuli murid lain. 13 Bil. Nama AJK PIBG 3.1.2023 19.6.2023 1 EN. SHAMSUL BIN YAHAYA H H 2 EN. AHAMAD BIN AYOB AMK., BKM. TH TH 3 EN. NAZIR BIN HAMID H H 4 EN. MUHAMAD SHUKRI BIN HASHIM H H 5 PN. FAUZIAH BT. JAMALUDIN H H 6 TN. HAJI OTHMAN BIN SALLEH PJK. TH TH 7 PN. SAMSIAH BT. HUSIN H H 8 PN. ROHANI BT. CHE MAT H H 9 PN. ROSMALIZA BT. RAMLI H H 10 PN. NORLIANA BT. ISHAK H H 11 PN. ZAITON BT. AHMAD @ ZAKARIA H H 12 EN. FAUZI BIN HASSAN TH H 13 EN. ROZLAN BIN AHMAD H TH 14 EN. MOHD RASHIDI BIN WAHAB H - 15 PN. SHAFINAH BT. SAAD H TH 16 PN. SOFIAH BT. HUSIN TH TH 17 EN. ALWI BIN MAHMOOD H H 18 EN. SAHARUDDIN BIN IDRIS H H 19 EN. ZAINORDIN BIN ABDUL LATEH H H 20 PN. NUR FADHIYATUL FARIZA BT. SAMSUDIN TH H
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN WANG SUMBANGAN PIBG 2022/2023 BAKI WANG PIBG SEHINGGA 20.06.22 RM 5626.75 TARIKH PENDAPATAN JUMLAH (RM) PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 20.06.22 Baki bawa ke hadapan 5626.75 03.07.22 Pembelian kain langsir untuk pentas 209.00 Pembelian hamper untuk YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid 50.50 04.07.22 Pembelian hadiah cabutan bertuah Mesyuarat PIBG 1326.50 05.07.22 Bayaran makan & minum Mesyuarat AJK PIBG 63.00 17.07.22 Photostat buku Mesyuarat PIBG kali ke 40 58.50 17.07.22 Frame & sijil penghargaan kepada AJK PIBG 226.00 17.07.22 Sewa pokok bunga dari MDPT Mesyuarat PIBG 200.00 17.07.22 Bayaran makan & minum Mesyuarat AJK & Mesyuarat Agung PIBG 1935.00 18.07.22 Pembangunan sukan, sukaneka & Mesyuarat Agung PIBG 1694.00 18.08.22 Terima sumbangan daripada Yayasan MARA 1000.00 21.08.22 Bahan-bahan bubur Asyura 955.00 26.08.22 Persiapan tempat Hari Terbuka PPD Padang Terap di Kuala Nerang 1014.55 30.08.22 Terima sumbangan daripada YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid 5000.00 11.09.22 Bayaran makan & minum lawatan Penanda Aras (SPS) 500.00 11.09.22 Penyediaan Laman Minda 468.00 28.09.22 Pembangunan unit Ko-Kurikulum 2806.00 28.09.22 Pembelian peralatan olahraga untuk pembangunan sukan sekolah 2648.00 29.09.22 Pembelian alat selenggara sekolah 910.50 05.10.22 Plak cenderamata untuk majlis rasmi 365.00 07.10.22 Perbelanjaan sempena Hari Sukan Negara 721.00 26.10.22 Mini olahraga Prasekolah Peringkat Daerah Padang Terap 740.00 26.10.22 Cenderamata pertukaran guru (En. Mohd Azrul & Pn. Hajar) 100.00 06.12.22 Terima sumbangan PIBG 2022 5640.00 09.02.23 Pembelian hadiah persaraan En. Mohd Nasir (PK HEM SKKB) 54.10 22.05.23 Pembelian hadiah pertukaran Cikgu Rosli 47.6 JUMLAH PENDAPATAN 17266.75 JUMLAH PERBELANJAAN 17092.25 BAKI WANG SEHINGGA 19.06.2023 174.50 14
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN WANG SUMBANGAN PIBG 2022/2023 (KERTAS A4) TARIKH PENDAPATAN JUMLAH (RM) PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 31.08.22 Terima sumbangan kertas A4 3810.00 07.10.22 Pembelian kertas A4 1100.00 09.10.22 Pembelian kertas A4 1000.00 28.01.23 Pembelian kertas A4 1000.00 JUMLAH PENDAPATAN 3810.00 JUMLAH PERBELANJAAN 3100.00 BAKI WANG SEHINGGA 19.06.23 710.00 PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN WANG SUMBANGAN PIBG 2022/2023 (KEBAJIKAN) BAKI WANG PIBG SEHINGGA 20.06.22 RM 3461.85 TARIKH PENDAPATAN JUMLAH (RM) PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 20.06.22 Baki bawa ke hadapan 3461.85 20.06.22 Terima sumbangan tabung kebajikan PIBG 1890.00 08.06.22 Pembayaran bil elektrik surau SKKB 165.45 28.08.22 Bayaran penyertaan bola sepak MSSD 300.00 28.09.22 Derma kematian waris murid - Nur Fasihah (6 UKM) 100.00 28.09.22 Pembelian bahan pembangunan murid 910.00 06.10.22 Program Motivasi Pelajar & Program Kaunseling 2232.20 08.10.22 Bayaran penyertaan pertandingan futsal 100.00 08.10.22 Perkhemahan Unit Uniform Peringkat Daerah Padang Terap 200.00 10.11.22 Menaik taraf saluran air Coway 109.00 30.11.22 Pendaftaran Perkhemahan PBSM peringkat Daerah Padang Terap 150.00 06.12.22 Terima sumbangan tabung kebajikan PIBG 1905.00 09.12.22 Bayaran Coway (RM132 X 12 bulan) 1584.00 19.01.23 Perbelanjaan Perkhemahan SKKB 560.00 19.01.23 Bayaran Kemasukan wad rawatan berterusan (sekali setahun) - Muhd Nur Amin Bin Azli (5 UM) 100.00 05.04.23 Derma kematian Ustaz Rashidi (AJK PIBG dan waris kepada Muhd Musyrif 2 UM) 200.00 15.06.23 Derma kematian waris : - Amni Sofea Bt. Azmi (6 UM) - Aisyah Nasuha Bt. Azmi (2 UM) 200.00 08.05.23 Majlis Hari Raya Aidilfitri 200.00 JUMLAH PENDAPATAN 7256.85 JUMLAH PERBELANJAAN 7110.65 BAKI WANG SEHINGGA 19.06.23 146.20 Disediakan oleh, Disahkan oleh, Disahkan oleh, ……………………………….. ………………...….……….. ……..………….………… PN.FAUZIAH BINTI JAMALUDIN EN. MOHD NASRI BIN HARUN EN. ABDULLAH BIN HASSAN Bendahari PIBG 2022/2023 Juru audit 1 PIBG 2022/2023 Juru audit 2 PIBG 2022/2023 SK Kampong Belukar SK Kampong Belukar SK Kampong Belukar 15
Sekalung Budi Sejambak Kasih Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada : EN. AHAMAD BIN AYOB AMK., BKM. YANG DI PERTUA PIBG SKKB AJK PIBG, Para penderma, Guru-guru dan Kakitangan SKKB, Kedai Buku Sekolah, Pengusaha Kantin SKKB, Guru-guru SPI / KAFA, Badan Kebajikan Guru SKKB, Para Waris SKKB, serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kerjasama, sumbangan tenaga, idea dan kewangan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 ini. Semoga segala jasa baik ini akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT. 16