The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 3 Writing (Kumpulan 3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DANIAL IMAN, 2023-01-15 19:42:36

KAUM CHETTI

Tugasan 3 Writing (Kumpulan 3)

APA ITU KAUM CHETTI? Keunikan Bahasa Melayu Kreol ChettI! EDISI TAHUN BARU JANUARI 2023 ISU 03 "KAMI SIKIT, TIDAK BERMAKNA KAMI TIADA" PELUANG MENARIK MENANTI ANDA !! KENALI MAKANAN KAUM CHETTI POPULASI KAUM CHETTI HETTI KAUM C MAJALAH PERSATUAN ETNIK DAN KEBUDAYAAN SEMARAK


KANDUNG Edi A si Jan N uari 2023 2 SIDANG REDAKSI 3 TINTA EDITOR 4 APA ITU KAUM CHETTI? Mengenali Sejarah dan Budaya Kaum Chetti 7 SAJAK 'CHETTI KAUM MINORITI' 8 IKLAN KEUNIKAN MAKANAN KAUM CHETTI 9 KEUNIKAN BAHASA MELAYU KREOL CHETTI Mempelajari Bahasa Ibunda Kaum Chetti 10 IKLAN PERTANDINGAN BUSANA KAUM CHETTI 11 BERITA SEMASA: POPULASI KAUM CHETTI DI MALAYSIA 12 GALERI KAUM CHETTI


SIDANG REDAKSI P E R S A T U A N E T N I K & K E B U D A Y A A N Siti Nurhaibah Binti Mohd Zaki Aini Athirah BInti Hasram Nursyuhadah Binti Zolkifli JURUBAHASA JURUGRAFIK JURUGRAFIK Zaitun Syafeena Binti Mohd Khir Johari Nur Najat Binti Shahril Izwani EDITOR KANAN EDITOR J A N U A R I 2 0 2 3 Muhammad Iman Daniel Bin Mohd Rozaidi KETUA EDITOR


Muhammad Iman Daniel Bin Mohd Rozaidi Bismillahhirahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya dengan penuh tawaduk memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana majalah Persatuan Etnik dan Kebudayaan edisi Januari 2023 berjaya diterbitkan. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya tujukan kepada ahli Sidang Redaksi kerana turut serta menjayakan penerbitan majalah yang cukup istimewa ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, majalah ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Ketua Editor Jauh di sudut hati, saya merasakan penerbitan majalah edisi kali ini adalah suatu yang berharga kerana memaparkan perincian satu kelompok minoriti India yang unik di negeri Melaka, justeru sejajar dengan usaha negara untuk meraikan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Diharapkan dengan segala usaha yang dicurahkan, penerbitan majalah ini dapat menjadi medium yang bermakna dan bermanfaat kepada pembaca. Saya berbesar hati bekerjasama dengan 5 ahli Sidang Redaksi yang banyak menyumbang dalam penerbitan majalah ini. Penghargaan perlu diberikan kepada setiap ahli yang mempersembahkan bakat dari segi suntingan dan grafik yang telah banyak menyumbang idea untuk menjadikan majalah ini lebih menarik. Sekiranya terdapat kekurangan dalam penghasilan majalah ini, jutaan maaf dan kami telah berusaha sehabis baik. Saya berharap Persatuan Etnik dan Kebudayaan akan terus maju dan menjadi salah satu medium lahirnya masyarakat yang menghargai kepelbagaian kaum. Sekian, terima kasih.


Di bawah pemerintahan Portugis, British, dan Belanda, kaum Chetti sudah terasimilasi dengan cara hidup dan budaya masyarakat tempatan. Pembinaan Kuil Sri Poyatha Venayagar Moorthi di Melaka pada tahun 1781 merupakan bukti kewujudan awal kaum Chetti di Melaka. Thaivanayagam Pillay, iaitu ketua komuniti masyarakat Chetti telah membina kuil ini dengan reka bentuk yang begitu ringkas dan tidak kompleks seperti reka bentuk kuil-kuil yang lain. APA ITU KAUM CHETTI ? Kaum Chetti merupakan satu etnik minoriti yang unik dan menarik di Malaysia. Mereka merupakan Orang India Peranakan yang pertama dan tertua di Malaysia. Asal-usul kaum Chetti bermula sejak dari abad ke-15 apabila golongan saudagar dari negara India Selatan mula berdagang dan kemudiannya membina penempatan di Melaka. Dalam kurun ke-15, Melaka merupakan salah sebuah pusat dagangan entrepot yang terkenal dan menjadi tumpuan saudagar asing daripada seluruh dunia. Kaum Chetti terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan masyarakat tempatan seperti orang Melayu, Cina, dan lain-lain. Hasil perkahwinan campur ini telah membentuk masyarakat Chetti Melaka yang dapat bertahan sepanjang pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang dituruti dengan pemerintahan Portugis, Belanda dan British. Geran Tanah bagi Kuil Sri Poyatha Venayagar Moorthi 20 Ogos 1781, Zaman Belanda, Melaka, Malaysia Dengan ihsan Pengamanah Kuil Sri Poyatha Venayagar Moorthi A R T I K E L U T A M A J A N U A R I 2 0 2 3 0 4 Gambar Somasundaram dan Meenatchi pada hari perkahwinan mereka 1940-an, Melaka, Malaysia


Secara tradisinya, masyarakat Chetti Melaka adalah pengikut setia Hindu Saivite dan perayaan utama Chetti Melaka bertepatan dengan acara keagamaan utama dalam kalendar Hindu Tamil. Ini termasuk Pongal (Pesta Menuai), Mahashivratri (Perayaan Shiva), Puthandu (Tamil Baru Tamil), Navaratri (Perayaan Sembilan Malam) dan Deepavali. Memandangkan komuniti Chetti juga merangkumi ramai penganut Kristian, Krismas dan Paskah juga merupakan perayaan penting bagi masyarakat. Walaupun beberapa perayaan disambut di kuil, terdapat juga banyak pengamalan dan amalan ritual di rumah. Perayaan Chetti yang paling ketara ialah sembahyang payung terjun yang diadakan dua kali setahun Bhogi pada bulan Januari dan Parachu Buah Buahan pada bulan Julai. Kedua-dua doa itu dikhususkan untuk penyembahan nenek moyang dan melibatkan penyediaan makanan istimewa yang diletakkan dalam daun pisang bernombor ganjil untuk diambil oleh nenek moyang. Walaupun amalan ritual berkaitan perayaan ini dipatuhi secara ketat pada masa lalu, beberapa keluarga di luar Melaka terus memerhatikannya apabila meraikan perayaan tradisional Chetti Melaka hari ini. Ritual perkahwinan tradisional untuk komuniti Chetti adalah rumit, dan perkahwinan biasanya berlangsung antara empat hari hingga tiga minggu. Komponen utama perkahwinan Chetti termasuklah majlis pertunangan parisom, hantaran hantar sireh koil pathiram kad jemputan ke tokong, sapuan inai berhinai, menepah thali membuat loket perkahwinan, perarakan perkahwinan dan majlis perkahwinan itu sendiri. Tradisi Perkahwinan Kaum Chetti A R T I K E L U T A M A J A N U A R I 2 0 2 3 0 5


Orang Chetti Melaka berlatih mengebumikan mayat mereka dan, mengikut amalan pengebumian tradisional Chetti Melaka, si mati akan dimandikan, berpakaian dan dimasukkan ke dalam keranda, dan dibawa oleh lelaki ke tanah perkuburan. Di Melaka dan Singapura, arwah Chetti Melaka akan dikebumikan di Batu Berendam dan Tanah Perkuburan Hindu Choa Chu Kang. Tradisi Pengbumian Kaum Chetti Kesimpulannya, berdasarkan perkembangan agama Hindu dan faktorfaktor sejarah, ciri-ciri kesenian dan kebudayaan masyarakat Chetti hampir merangkumi kebudayaan yang wujud di negara ini kerana masyarakat ini juga turut mengamalkan adat menyambut tetamu, perkahwinan campur, dan memiliki pakaian tradisional yang unik dan tersendiri. Walaupun mempunyai unsur budaya orang Melayu namun keunikannya masih janggal dalam masyarakat hari ini. Diharapkan generasi muda hari ini lebih peka akan etnik minoriti di Malaysia ini sebagai simbolik sebuah negara yang kaya akan sejarah. A R T I K E L U T A M A J A N U A R I 2 0 2 3 0 6


Dari India merantau, Mencari rezeki bumi Melaka, Kekayaan melimpah dunia serantau, Tertarik anak dagang menjadi nenek moyang, Hati berpaut wanita tempatan, Jadilah ia perkahwinan campuran, Cina, Batak dan juga Jawa Jadilah kami Kaum Chetti. Melaka bumi berdaulat, Tempat kami mencari amanat, Bahasa Melayu Bahasa Ibunda, Budaya campuran asimilasi hidup kemakmuran, Kurangnya kami di mata rakyat, Kerana sentiasa hidup muafakat. Makanan kami makanan hebat, Nasi kembuli, kuih kayam, ikan pindang, Namun saban hari saban kecil, Kaum Chetti, Kaum Minoriti. Jagalah perpaduan, Kekalkan keamanan, Kenalilah kami, Kaum minoriti, Malaysia kaya dengan budaya, Tambah dengan kaum Chetti penyumbangnya, Chet i, Kaum Minoriti S.J R U A N G A N K R E A T I F J A N U A R I 2 0 2 3


MAKANAN Keunikan K A U M C H E T T I BAHAN MASAKAN FAKTA MENARIK HARAM JADAH Dinamakan ‘Haram Jadah’ kerana orang pada zaman dahulu tidak mempunyai sebarang bahan spesifik untuk memasak. Terdiri daripada daripada pelbagai campuran sayursayuran seperti lobak putih, terung, peria dan kacang panjang.


Keunikan Bahasa Melayu Kreol Chetti Akibat asimilasi budaya yang disebabkan perkahwinan campur, rata - rata kaum Chetti tidak mahir untuk berbahasa tamil biarpun kaum Chetti ini adalah golongan minoriti yang dikenali sebagai golongan Peranakan Hindu Melaka atau dikenali sebagai Hindu Peranakan. Sampai ke hari ni, kaum Chetti masih tidak menuturkan Bahasa Tamil dan hampir keseluruhan menggunakan Bahasa Melayu Kreol Chetti dan Bahasa Inggeris. Mereka adalah penutur yang boleh bercakap dalam dwibahasa. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan BMKC. Kaum Chetti adalah pedagang India yang datang ke pelabuhan Melaka dan berkahwin dengan wanita tempatan seperti Jawa, Cina dan Batak. Sehubungan dengan itu, bahasa yang dituturkan adalah Bahasa Melayu pasar yang dahulunya menjadi lingua franca kepada semua pedagang yang datang ke Melaka untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Hal ini demikian kerana sewaktu berlangsungnya perkahwinan campur antara pedagang dari India yang beragama hindu dengan wanita tempatan, bahasa adalah satu bentuk komunikasi pada ketika itu. Apabila ibu kepada keluarga yang menetap di Melaka pada ketika ini menuturkan Bahasa Melayu namun masyarakat kaum Chetti ini menuturkan Bahasa Melayu Kreol Chetti (BMKC) sebagai bahasa ibunda mereka. Menurut Noriah Mohamed (2006), BMKC ialah Bahasa Melayu pasar yang dikembangkan dengan mencampur adukkan kosa kata Bahasa Melayu dan nahu Bahasa Tamil. Kreol dikatakan adalah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda buat sesbuah komuniti. Lama kelamaan, BMKC ini lebih mirip kepada dialek Melaka Tengah dan hampir mirip dengan Bahasa Melayu Standard iaitu Bahasa Melayu yang digunakan dalam penulisan dan lisan rasmi rakyat Malaysia. Sebagai tambahan, fonologi BMKC adalah seperti Bahasa Melayu lama dengan penambahan kosa kata, nahu dan gaya yang diadukkan dengan Bahasa Tamil. Tuntasnya, kesederhanaan kaum ini perlulah dicontohi dan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dapat menyampaikan mesej dan juga promosi kepada masyarakat luar tentang kemegahan dan kebanggaan bahasa rasmi Malaysia. Apa itu Bahasa Melayu Kreol Chetti? A R T I K E L S A M P I N G A N J A N U A R I 2 0 2 3 0 9


BUSANA KAUM CHETTI HASILKAN & MENANGI HADIAH WANG TUNAI! FOTO MENARIK JOHAN: NAIB JOHAN: KETIGA: SAGUHATI: RM500 RM300 RM100 RM50 IMBAS QR CODE UNTUK SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN! TEMPOH PENYERTAAN 1 JANUARI HINGGA 011-62634578 MAJALAH SEMARAK 31 JANUARI Terbuka kepada SEMUA!


POPULASI KAUM CHETTI DI MALAYSIA OLEH AINI ATHIRAH | JANUARI 13, 2023 CHETTI MELAKA: Masyarakat Chetti merupakan komuniti Peranakan yang tertua di Malaysia. Ianya juga dicatatkan sebagai satu etnik minoriti yang kaya dengan budaya dan keistimewaannya tersendiri. Di Malaysia, terdapat satu perkampungan tunggal masyarakat Chetti yang masih kekal sehingga ke hari ini yang dikenali sebagai Kampung Chetti. Beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui berharap agar perkampungan Chetti yang terletak di Gajah Berang, Melaka itu masih dikekalkan dan dikenali ramai. Dengan wujudnya Kampung Chetti ini maka, adat dan budaya Chetti akan dapat diteruskan dan tidak lapuk ditelan zaman. Identiti Chetti Melaka juga tidak seharusnya dilupakan. STATISTIK POPULASI KAUM CHETTI Sehingga tahun 2021, masyarakat Chetti yang menetap di perkampungan tersebut dianggarkan sebanyak 350 orang dengan lebih kurang 25 buah keluarga. Seiring waktu, ramai anak muda yang berasal dari perkampungan berkenaan telah berhijrah keluar selepas membina keluarga. B E R I T A S E M A S A J A N U A R I 2 0 2 3 1 1


GALERI CHETTI PAKAIAN WANITA KAUM CHETTI PERKAMPUNGAN CHETTI DI MELAKA BUSANA PERKAHWINAN (LELAKI) KAUM CHETTI KOMUNITI KAUM CHETTI “MASYARAKAT CHETTI, MASYARAKAT UNIK” DEEPAVALI KAUM CHETTI MUZIUM CHETTI BUSANA PERKAHWINAN (WANITA) KAUM CHETTI


PAMERAN CHETTI MARI RAMAI-RAMAI MERIAHKAN PAMERAN CHETTI PELBAGAI INFO MENARIK MENANTI ANDA TARIKH : 1 FEBRUARI - 28 FEBRUARI TEMPAT : DATARAN PALAPES, UUM TIKET MASUK ADALAH PERCUMA KUNJUNGILAH !!! UNTUK MAKLUMAT LANJUT, sila HUBUNGI : No. Tel: 010-234789456 E-mel: [email protected] atau imbas qr code TERBUKA KEPADA SEMUA


Click to View FlipBook Version