SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
i. Hitung Panjang Kedatangan
Jumlah kedatangan murid-murid yang sebenarnya dibahagi dengan bilangan hari belajar. Jika hasil adalah dalam
perpuluhan, hendaklah digenapkan atau dibundarkan.
= Jumlah kedatangan murid sebenar
Jumlah bilangan hari belajar
Contoh : 630 = 28.63
20
= 29 (nombor bulat )
ii. Peratus kedatangan
= Jumlah kedatangan murid sebenar x 100
Jumlah kedatangan murid sepatutnya
Contoh : 630 x 100 = 84.22%
748
= 84.2% ( satu tempat perpuluhan)
iii. Hitung Panjang Bilangan Murid ialah jumlah kedatangan murid yang sepatutnya dibahagi dengan bilangan hari
belajar. Jika hasil adalah dalam perpuluhan maka hendaklah digenapkan atau dibundarkan.
= Jumlah Kedatangan sepatutnya
Bil. hari belajar
Contoh : 748 = 34 ( nombor bulat)
22
iv. Jumlah murid dalam daftar hujung bulan lepas
Bagi bulan Januari tandakan “ – “
Bagi bulan-bulan selepas Januari isikan bilangan murid dalam kelas pada hujung bulan lepas.
v. Jumlah murid yang masuk :
Untuk bulan Januari, bilangan murid ialah jumlah murid yang ada dalam jadual kedatangan. Bagi bulan-bulan
berikutnya rujuk contoh di bawah.
Contoh : untuk bulan Februari
Jumlah murid dalam daftar hujung Januari = 36
Jumlah murid yang masuk = 2
Jumlah murid yang keluar = 1
Jumlah murid dalam daftar pada hujung Februari = 37
150
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
2.3 Analisis Kedatangan Setahun
a. Jumlah Murid adalah bilangan murid dalam kelas pada akhir bulan berkenaan.
b. Hitung Panjang Kedatangan dan Peratus Kedatangan perlu diisi dengan merujuk kepada ruangan
ringkasan setiap bulan berkenaan.
c. Catatan : Di ruangan ini dicatatkan bilangan murid yang baru masuk atau keluar pada bulan berkenaan.
d. Bagi bulan Disember , isikan ruangan jumlah murid sahaja.
2.4 Pernyataan Bulan Mengikut Ras.
a. Jumlah murid mengikut bangsa pada muka surat ini dikira berdasarkan jumlah murid untuk bulan berkenaan.
b. Analisa keturunan : Lain-lain bangsa melibatkan Ceylonese/Sri Lankan, Pakistan, Indonesia dan Thai. Keturunan Punjabi
dicatatkan sebagai India. Rujuk sijil kelahiran murid untuk kepastian.
c. Guru perlu tandatangan pada setiap bulan.
d. Ruangan catatan: Catatkan bilangan murid keluar/masuk.
Contoh: 1murid Melayu masuk, 2 murid Cina keluar.
e. Maklumat di ruangan jumlah dan jumlah besar adalah sama.
f. Isikan ruangan berkenaan bagi bulan Januari hingga bulan Disember.
2.5 Maklumat Peribadi
a. Lengkapkan semua maklumat dalam ruangan berkenaan selewat-lewatnya akhir bulan Januari.
b. Tarikh masuk sekolah adalah tarikh murid mendaftar pada hari pertama di sekolah .
c. Nombor rujukan surat-surat untuk Murid Bukan Warga Negara perlu dicatat di ruangan catatan.
2.6 Maklumat Peribadi Ibubapa / Penjaga
a. Lengkapkan semua maklumat dalam setiap ruangan dengan teliti dan kemas selewat-lewatnya pada akhir bulan
Januari
b.Tarikh murid meninggalkan kelas adalah tarikh murid pindah/berhenti / dibuang.
c. Sijil berhenti perlu dikeluarkan bagi murid yang berhenti sekolah/dibuang sekolah / ke SMK Teknik / ke Institusi pendidikan
swasta.
d. Alamat rumah hendaklah ditulis dengan pen. Jika murid berpindah catatkan tarikh murid berpindah.
2.7 Catatan Surat Peringatan Ponteng Sekolah
a. Mesti dikemaskini pada akhir setiap bulan.
151
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
Pengurusan Surat Amaran Ponteng
1.0 Guru Tingkatan dikehendaki mengikut garis paduan berikut berhubung masalah disiplin murid di kelas masing-masing. Surat-
surat Amaran hendaklah dikeluarkan kepada ibu bapa / penjaga dan salinan disimpan di dalam fail yang disediakan di
pejabat.
Kesalahan Ponteng/TidaK Hadir ke Sekolah
AMARAN PERTAMA PONTENG BERTURUT
AMARAN KEDUA
AMARAN KETIGA 3 HARI
BUANG SEKOLAH 3 + 7 HARI = 10 HARI
10 + 7 HARI = 17 HARI
17 + 14 HARI = 31 HARI
AMARAN PERTAMA PONTENG TIDAK BERTURUT
AMARAN KEDUA
AMARAN KETIGA 10 HARI
BUANG SEKOLAH 10 + 20 HARI = 30 HARI
20 + 20 HARI = 40 HARI
40 + 20 HARI = 60 HARI
Pengurusan dan Organisasi Kelas
1.0 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan
dan AJK Keceriaan: memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan putih, menyapu lantai,
1.1 mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemas kini
a. papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir (jika perlu) untuk kelas.
b. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
c.
d. Jadual waktu
Jadual tugas murid.
1.2 Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru dan papan putih diinventorikan
1.3 Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
1.4 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
1.5 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
a. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang
b. berikut:
Keceriaan kelas
Kebajikan murid
152
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
Laporan murid, Sijil berhenti, Surat akuan dan kad 001(jika perlu)
1.0 Memastikan setiap murid mempunyai kad 001.
1.1 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad 001 murid bagi setiap
penggal.
1.2 Mengambil kad 001 dari penyelaras kad 001.
1.3 Menyedia dan mengisi :
a. Mark Sheet bagi setiap peperiksaan sekolah. Slip peperiksaan atau ujian hendaklah dicetak dan diserahkan
kepada ibu bapa semasa hari terbuka.
b. kad 001
c. sijil berhenti dan surat akuan bagi murid yang meneruskan persekolahan lulus.
Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin
1.0 Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.
1.1 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu).
1.2 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
1.3 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan muridan di kalangan murid.
1.4 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan.
1.5 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin sekolah.
1.6 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:
a. Mendapatkan dan mengisi dalam borang aduan salah laku murid.
Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan
1.0 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan
ditulis nama murid.
1.1 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
1.2 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan murid yang mendapat biasiswa
Pendaftaran Murid Baru
1.0 Mendaftarkan murid baru kedalam Buku Daftar Agung.
1.1 Memastikan murid ini mendapat buku teks.
1.2 Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
1.3 Mengumpulkan dokumen yang diperlukan.
Murid keluar/pindah
1.0 Menentukan semua keperluan dan dokumen peribadi murid di hantar ke pejabat. Dapatkan senarai semak di pejabat.
Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain
1.0 Menentukan setiap murid mempunyai rumah sukan dan menyertai aktiviti kokurikulum.
1.1 Menggalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
153
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
1.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS KATEGORI PENGURUSAN/PENTADBIRAN
1.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981: Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah
1. Semua guru diingatkan dari masa ke semasa tentang tanggung jawab mereka untuk
mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang
atau balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar, atau ketika
menjalankan kegiatan kokurikulum.
2. Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual
pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum
tiba waktu untuk berbuat demikian.
3. Guru-guru khasnya hendaklah memberikan contoh teladan yang baik bagi
menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid-murid.
1.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981: Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu
Luang (Free Period) oleh Guru-Guru
1. (Free Period) adalah waktu bekerja.
2. Menggantikan guru tidak hadir mengajar (relief class)
3. Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan,
membuat nota mengajar, menyediakan BBM dan sebagainya.
4. Memeriksa buku latihan / nota murid-murid.
5. Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
6. Penyediaan aktiviti –aktiviti kokurikulum.
7. Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.
1.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999: Larangan Terhadap Penglibatan PPP, Guru,
Murid Dan Staf Sokongan Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan
Tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan kakitangan kerajaan
adalah dituntut supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh
kerajaan yang memerintah (the goverment of the day).
1.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000: Salah Laku Memasukkan Unsur Politik
Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut /Meracuni
Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan
Tindakan tatatertib bukan sahaja diambil terhadap guru-guru terlibat, malah juga
terhadap pengetua/guru besar sekolah berkenaan.
1.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1985: Siaran Maklumat Untuk Media Massa
Pengetua/Guru Besar dan guru-guru tidak boleh membuat sebarang
kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau memberi maklumat untuk media
massa mengenai perkara-perkara yang menyentuh soal-soal dasar, peraturan
pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa hadapan yang belum diputuskan.
1.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
Mesti tidak melebihi 2 kali dalam setahun.
Mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan.
154
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
1.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah, Maktab
Perguruan, Politeknik, Lain-Lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran
Di PPD Atau Bahagian, JPNJ Dan KPM
Berikut adalah perturan pakaian yang ditetapkan:-
(a)Guru-Guru Lelaki
(i) Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau ‟bush-jacket‟
atau ‟lounge suit‟. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan
dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
(ii) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
(iii) Pakaian baju melayu lenglap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip
dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
(iv) Pakaian Baju melayu dengan kain sarong,‟ jeans‟, ‟track suit‟, seluar pendek,
kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batek, selipar, kasut getah
dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.
(b)Guru-Guru Perempuan
(i) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis
pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
(ii) Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk
yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
(iii) Kasut sukan, ‟jeans‟, ‟slacks‟, ‟track suit‟, kemeja T/sukan, jersi, seluar
pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain dari pakaian dari
jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.
1.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001: Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas
Di Sekolah (Dibaca bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985)
Jubah dan berserban bukan dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja sebagai
pegawai-pegawai awam.
Pakaian baju melayu yang lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan
potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.
2.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS KATEGORI KURIKULUM
2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang
hendak disedia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata
pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah
menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula
di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panita mata pelajaran i t u berfungsi atau
tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat
penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakala,
panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk
memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya
dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang
membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagj.
Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah
dikehendaki menubuh atau memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya
keberkesanan pcngajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.
155
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
3.1. Latarbelakang
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi
mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengemblengkan tenaga mereka
dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai
pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling
membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk
memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-
guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan
menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan
wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga
berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja
dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan
motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.
3.2. Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang
dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di
sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit
adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran);
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru
kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah;
3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara optimis menjadi
ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia
mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan
menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar
atau Pengetua Sekolah;
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-
masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada
Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk
mendapat penyelesaian atau untuk makluman;
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk
berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan
segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran;
3.3. Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
pelajaran :
3.3.1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-
pembelajaran;
3.3.2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi
mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan
kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;
3.3.3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan
156
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
3.3.4. sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan
atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam
rancangan akademik sekolah;
Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran
dengan persatuan atau kelab akademik;
3.4 Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia,
sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
3.4.1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk
kegunaan ahli-ahli panitia;
3.4.2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam
tahun persekolahan. rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru
dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana
ada kaitan;
3.4.3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks
untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku
itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
3.4.4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan
bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar
dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan
sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu
menubuhkan bank soalan;
3.4.6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar
dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan
pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
3.4.7. Menggalakkan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-
kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan
secara „ad-hoc‟ bila dan jika perlu;
3.4.8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia
(secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah
yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut;
3.4.9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi
setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di
sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam
usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata
pelajaran tertentu;
3.4.13. Melantik setiausaha dari kalangan ahli untu menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
157
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran Dan
Pembelajaran
1. Hendaklah mengandungi hanya 2 unsur sahaja, iaitu:
(ii) Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - mengandungi secara ringkas isi
pelajaran & pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan KPM.
(iii) Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - merupakan terjemahan RPT yang
mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti tajuk, objektif, cara
bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauhmana objektif
tercapai. Digalakkan pernyataan refleksi.
2. Boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa.
3. Rekod P&P dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyediaan RPT dan RPH
hendaklah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki oleh pihak yang berkepentingan.
2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2009: Perubahan Sistem Penggredan SPM Mulai
Tahun 2009
Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred
tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual di bawah:
Gred Sedia Gred Baru
Ada (mulai 2010)
-
1A A+ (18)
2A A (16)
3B A- (14)
4B B+ (12)
5C B (10)
6C C+ ( 8 )
7D C (6)
8E D ( 4)
9G E (2)
G (0)
2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2009: Pelaksanaan Menghadkan Jumlah Maksimum
Sepuluh (10) Mata Pelajaran Peperiksaan SPM
1. Enam mata pelajaran teras iaitu BM, BI, Math, Sains, Sejarah dan PI/PM adalah
wajib dipelajari dan dijadikan mata pelajaran peperiksaan SPM.
2. Mata pelajaran BM, BI, math dan Sejarah wajib diambil oleh semua calon tanpa
boleh diganti dengan mata pelajaran lain.
2.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran & Pembelajaran Di
Dalam Kelas Oleh Pengetua
Menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab dengan
tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
158
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
2.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2011 : Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
1. Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2010. sekolah
boleh gunakan Bahasa Inggeris atau bahasa penghantar masing-masing dalam P&P
sains dan matematik.
2. Membolehkan murid-murid SR dan SM pada atau sebelum 2010 meneruskan
penggunaan Bahasa Inggeris sehingga tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan
murid di sekolah.
3. Membatalkan SPI Bil. 2/2010 berkaitan MBMMBI.
3.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS KATEGORI HAL EHWAL MURID
3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa &
Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah
Semua telefon bimbit yang diambil oleh pihak sekolah akan direkodkan dan disimpan di
tempat yang selamat oleh pihak sekolah. Rekod kes perlu mengandungi maklumat:-
1. Tarikh, masa dan tempat telefon bimbit diambil.
2. Jenis telefon bimbit yang diambil.
3. Nama murid, nombor kad pengenalan serta tanda tangan murid.
4. Nama guru yang mengambil telefon bimbit.
5. Nama ibu/bapa, nombor kad pengenalan, tarikh, masa serta tanda tangan ketika
mengambil semula telefon bimbit anak mereka.
(i) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin
1. Semua guru telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid
mempamerkan tahap disiplin yang tinggi.
2. Gunakan pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative),
pembetulan(corrective) dan hukuman (punitive).
3. Hendaklah sentiasa mengimbangi semasa pendekatan tersebut dengan sifat-sifat
prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah dihadapi oleh murid.
3.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid
1. Hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang.
2. Hukuman dera kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan
ringan ditapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian.
3. Surat penurunan kuasa oleh pengetua kepada guru-guru yang laksanakan
hukuman rotan.
159
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
4.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS (KATEGORI KOKURIKULUM)
4.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2007: Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan
Kokurikulum Di Sekolah Rendah Dan Menengah
1. Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan daripada proses P&P dalam
bilik darjah. Ia bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menambah,,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di
bilik darjah.
2. Peruntukan waktu minimum kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah Harian =
180 minit seminggu.
4.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2010 : Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan
(1M1S)
1. Setiap murid wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan daripada yang ditawarkan di sekolah.
2. Sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara
sistematik.
3. Hendaklah mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan di sekolah
dengan mengutamakan keselamatan murid.
4. Menggalakkan wujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi/pihak luar bagi
pembangunan sukan.
5. Memastikan aktiviti sukan sepanjang tahun dijalankan.
5.0 AKTA PENDIDIKAN 1996 – AKTA 550 (P.U.(A) 531)
Perkara : Guru hendaklah mengadakan dengan serta merta satu jadual untuk
6 (1) pemeriksaan pihak berkepentingan mengenai
(i) semua m/p yang diajar
(ii) sukatan pelajaran m/p yang diajar
Perkara 6 : Guru hendaklah dengan serta merta menunjukkan jadual waktu untuk
(2) pemeriksaan oleh pihak berkepentingan.
Perkara : Guru hendaklah mengadakan sukatan pelajaran yang diluluskan dan
7 senarai nama murid dalam sesuatu kelas yang diajar untuk pemeriksaan.
Perkara : Guru hendaklah menyimpan dan menyenggara buku rekod mengajar
8 dengan baik.
Perkara : Pengetua/Guru Besar hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu
10 sekolah yang ditandatangani di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah.
Perkara : Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan dan
11 (1) satu jadual waktu yang diluluskan.
*** PENALTI
PENALTI untuk Perkara 6, 7, 8 dan 10 ialah denda tidak melebihi RM500.00.
PENALTI untuk Peraturan 11 (1) ialah denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak
lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
160
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
6.0 SURAT PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR
6.1 Surat Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil. 3/2013 – Cuti Mingguan Negeri Johor
1. Berkuatkuasa 1 Januari 2014 bahawa hari cuti mingguan negeri Johor ditukar
kepada hari Jumaat dan Sabtu.
2. Gantian Hari Pelepasan. Apabila hari kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan
Mingguan (Jumaat) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan
dengan hari hari bekerja berikutnya, dan jika hari yang kemudiaannya itu pula hari
Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
3. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari
berikutnya.
6.2 Surat Pekeliling SUK Kerajaan Negeri Johor – Pindaan Hari Pemakaian
Pakaian Batik Malaysia
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 bahawa pemakaian baju batik ditukar kepada hari Ahad.
161
SDARA NAMAMU DI ATAS MPK 2019
162